cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

✍️ Tips Rezeki Dunia Akhirat

Tips Formula Tarik Rezeki untuk kebahagiaan hati, kekayaan harta & jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA & di AKHIRAT

Больше
Рекламные посты
1 680
Подписчики
+324 часа
+137 дней
+2630 дней
Архив постов
Фото недоступноПоказать в Telegram
Buku 121 FORMULA TARIK REZEKI ADALAH TERBAHAGI KEPADA 5 PECAHAN UTAMA BERIKUT: . BAB 1: PUNCA SEMPIT REZEKI YANG TIDAK DISEDARI BAB 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN BAB 3: TIPS REZEKI PANTAS BERSIH KOLAM JIWA BAB 4: BONUS REZEKI BAB 5: PELENGKAP REZEKI MUKASURAT: 527pages SETIAP TAJUK: SIMPLE, SANTAI, SENTAP DAN SAMPAI. MUDAH FAHAM. PENYAMPAIAN STRAIGHT TO THE POINT TAKDA KONAR-KONAR😂😂😂 KELEBIHAN: ULANG BACA TAK JEMU 🫣🫣🫣
Показать все...
APA USAHAWAN NAK? . Dah cuba macam-macam cara ikhtiar selesaikan masalah rezeki tapi keadaan masih sama? . Usahawan ni setiap hari dia berniaga dan buka kedai online ke offline dia nak jualan dia laku je. . Bila duit ada, hidup dia akan tenang. Sebab ada duit nak buat apa sahaja tanpa masalah. . Yang jadi masalah bila jualan tak laku dan duit tak masuk. Dia akan mula pening. . Macam mana nak bayar sewa? Macam mana nak bayar komitmen? Macam mana nak bayar hutang? Macam mana nak bagi nafkah anak isteri? Macam mana nak beli makan? Macam mana nak bagi mak? Macam mana nak beli barang dapur? Macam mana nak bayar bil? . Dan senarai yang panjang dalam list. . Kalau yang impian dia besar sikit. Dan kena planning... . Macam mana nak buat rumah? Rumah sendiri, rumah mak atau rumah mak mertua. Macam mana nak beli kereta idaman? Bila nak g haji umrah? Bila nak beli nfon baru? Bila nak g melancong? Bila nak beli gelang emas untuk isteri. Nak bayar sekolah anak tetiap bulan lagi. Nak sediakan duit kecemasan hospital dll. . Dan senarai panjangnya... . Dalam menempuhi keperluan dan keinginan ini, usahawan akan sentiasa diuji dengan masalah emosi, masalah diri, masalah masa, masalah anak isteri. . Belum nak cerita setiap hari bergaduh. Setiap hari serabut dengan macam-macam benda. Orang sekeliling yang tak faham situasi. Hilang sabar dan rasa nak marah sepanjang hari. . Nak tenang-tenang cari rezeki tu susah sangat-sangat. Bila ketenangan hilang. Maka hilanglah segala fokus dan target yang nak dicapai. . Solat zikir semua kelaut mati dah. Buntu dan tertekan. Solat buat bukan tak buat tapi... tak khusyuk. Duk teringat-ingat banyak benda nak buat kejap lagi. Itu ini. Ingat Allah bukan tak ingat... tapi dia punya serabut tu tak hilang-hilang. Tak tahu apa masalah. Tak tahu nak buat macam mana. Tak tahu nak mula macam mana. . Rasa nak berhenti berniaga. Rasa nak putus asa. Rasa tak mahu buat semua ni. . Pernah anda rasa macam ni? . Tercari-cari solusi macam mana nak keluar dari keadaan ni supaya dapat berbisness dengan tenang dan yang paling penting rezeki masuk banyak dan tak perlu stress lagi lalui benda sama setiap hari sampai hilang tumpuan dan fokus? . Jika anda usahawan dan berniaga, anda wajiblah baca formula ni dulu.👇
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Tak Sangka baca buku Golden Cenggini Result Depa. Luar biasa. Yer sama-sama. Terima kasih kongsi feedback na. Moga lebih ramai lagi dapat manfaat ILMU FTR ni.aamiin FTR Exclusive BacaBacaSENTAP #SatuFTRSatuJiwa SatuJutaPembaca
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Hati seorang isteri. Mudahnya suami. Bila marah isteri, kecik hati dgn isteri, tinggalkan aja, tak payah bercakap 4 5 hari. Tak balik. Kuar rumah. Dosa ke? Tak, Sbb aku suami. Isteri, kalau kecik hati, telan je. Tunjuk muka sikit, kena marah. Diam, pun kena marah. Kuar rumah? Lagi lah salah. Sedang marahnya isteri tu, rajuknya isteri kadang sbb suami. Pertuturan suami. Tapi.. yelah. Nama pun isteri. Tak layak utk amik hati. Apalagi nak lari. Isteri tak mintak byk. Duit berlori, Emas berkati, tak payah. Paling mudah. Jaga hati. Perkara kecik tolak tepi. Sbb mereka punya hati. Kdg² tak mampu telan sbb luka dah penuh di hati. Hati kdg tak mampu nak sembunyi Hati kdg takmampu nak tunjuk muka yg seri Maka pujuk hati. Aku hanya isteri. Hanya mohon maaf Hingga dipanggil mati.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Sedekahlah, walau hanya dengan sebiji kuih, walau hanya dengan sesuap nasi, walau hanya dengan segelas air. . . Sedekahlah walau dengan sedikit rezeki yang kita ada. Moga Allah gantikan dengan nikmat besar di akhirat sana. . . #UstazHanafiMalek
Показать все...
SELASA, 28 SYAWAL 1445 Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wasiq bukakanlah pintu rezeki yg berkat seluasnya, Ya Ghani Ya Mughani Ya Allah Maha Kaya yg Memberi Kekayaan bagilah kami kekayaan dunia akhirat. Aamiin🤲🤲🤲
Показать все...
Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama. Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya. Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik. Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka. Jangan terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ?? Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ?? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak. Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk & jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik. Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata allah.. Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..🤲🤲🤲 Kredit : AAZ Transport
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Doa sempat bertaubat sebelum mati : “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami taubat sebelum mati dan syahid ketika mati dan selepas mati syurga dan nikmat.” Assalamualaikum 🩷
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Terjumpa screenshot luahan orang lain. kita ambil sebagai iktibar untuk semua pasangan . Wahai perempuan sekalian, Hidup kita jangan sibuk menilai hidup orang lain. Kalau kita tak rasa nikmat seperti isteri lain, banyak-banyak bersabar dan muhasabah diri. Bagi admin, Sepatutnya, berbanggalah adik lelaki beliau menjadi suami yang qawwam dan 'halim'. Bukan yang menyakitkan hati. . Sebagai perempuan, jagalah hati kita. Tutup mata melihat kelebihan orang lain. Iman dan taqwa kita ni banyak punah sebab rasa kita ni betul, orang lain salah. Hati kita ni mudah rosak sebab sering rasa kita ni elok orang lain tak elok. Lagi2 hal rumah tangga orang lain. . Dia laki bini nak tertonggeng terlentang pun biarlah. Asal dia bahagia. Mata kita ni ujian. Nak tengok sisi baik atau nilai sisi gelap.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Jom amalkan😍
Показать все...
Cara memberikan pesanan berbeza bagi anak lelaki dan perempuan.. Sumber : linas198
Показать все...
Cara memberikan pesanan berbeza bagi anak lelaki dan perempuan.. Sumber : linas198
Показать все...
Jaga kata-kata. Sedangkan orang koma apabila mendengar kata semangat dan kata yang baik boleh sedar dari koma, inikan pula ada orang yang sedang berjuang keluar dari masalah dan kesusahan hidupnya. Tahukah kalian? Pentingnya kata-kata semangat untuk seseorang yang sedang berjuang mengubah hidupnya agar mendapatkan suntikan semangat yang positif melawan apa jua cabaran hidupnya? SANGAT GILER PENTING! Mampu mengubah menjadi luar biasa dan luar jangkaan. Seperti orang sedang koma yang kadang mungkin tiada harapan untuk hidup. Kalau sentiasa ditiupkan kata-kata semangat atau kata-kata yang baik ditelinganya setiap hari tak mustahil dia boleh sedar semula. BEGITULAH BERKUASANYA 'KATA-KATA POSITIF' Jika ada ahli keluarga kita sedang down, sedih dan putus asa, jangan lemahkan lagi semangatnya. Just tadahkan telinga untuk dengar masalah dan berikan mereka kata-kata semangat yang positif. Ia mampu dan boleh menjadikan mereka 'POWER' dengan tiba-tiba. Sebab tu kadang bukan semua orang nak dengar dan bagi kita semangat. Kemahiran berkata-kata ni bukan semua orang ada dan pandai. Komunikasi berkesan. Menyampaikan untuk buat orang tenang dan faham adalah anugerah dari Allah. Itulah kadang juga bercakap dengan manusia ni kalau kena manusianya yang baik dan bagus maka baguslah perubahannya. Kalau kena yang jenis menyindir dan menyakitkan hati makin hancur jadinya. Pemilihan teman atau partner macam ni sangat penting. Jika takda sapa nak bagi kata-kata semangat maka bacalah buku yang baik. The Power Of kata-kata dalam buku kadang lebih power dari kata yang keluar dari mulut. Boleh mengubah manusia dengan izin Allah. Percayalah manusia perlu berkomunikasi, bercakap dan bercerita dan perlukan solusi. Cuma jarang nak jumpa mereka yang bagus bagi nasihat dan kata-kata yang baik. Yang banyaknya buat tambah down lagi adalah. Allahu... Inilah antara fungsi buku FTR. Membacanya ibarat korang bercakap dengan penulis. Pendengar dan penasihat yang baik. Tidak ada kata negatif yang diucapkan. Seolah-olah penulis ada sebelah anda. Segala apa korang nak tanya dia jawabkan terus dalam buku. Kalau korang takda teman baik tu. Jadikan FTR teman baik dan peneman korang bila takda sapa sudi jawab atau dengar masalah korang. InshaaAllah hati akan jadi tenang serta merta dan hidup akan mula berubah. Aamiin. Trylah miliki 1 teman baik ni. SANGAT BERBALOI. Nora Yusof. #SatuFTRSatuJiwa #BacaBacaSENTAP
Показать все...
Khuatir Hutang Jika boleh dihindari, hindarkanlah sebaiknya. Bukan lah sebuah dosa meminjam wang itu. Tapi sebagai seorang Muslim, hutang adalah sesuatu yang mesti di khuatir kan. Kita khuatir, Ada silaturrahim yang rosak kerana hutang Kita khuatir, Ada yang terzalimi sebab hutang Kita khuatir, Terhambatnya kita masuk ke syurga, sebab hutang Nak share sikit doa elak hutang dari Rasulullah, "Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas, dan aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang" Nadiah Azaman, Elak berhutang dan memberi hutang
Показать все...
Bayangkan Quran Fayyadh Hensem ini milik yang tersayang, nak surprisekan diri sendiri pun ok kan. Pasti bahagia sangatkan? Bukan setakat Al-Quran saja dapat tapi sekali wallet tau dan set satu kotak 🥰 MasyaaAllah siapa saja tak suka hadiah kan. Awak tak berhajat ke nak dapatkan untuk orang yang tersayang juga? Tapi sayangnya.. Surprise Box ini sangat limited. Saya harap awak dapat grab segera sebelum kehabisan stok 😭 Jom dapatkannya sekarang!
Показать все...
“Ustaz, dulu setiap pagi saya buat kopi untuk suami saya. 40 tahun hidup dengan dia, tiap-tiap hari saya buat kopi untuk dia. Sekarang ni, walaupun dah lebih setahun dia pergi, saya tak boleh lupa. Saya tak boleh tengok kopi, saya kan teringat pada suami saya.” Saya tengok kain pelikat dia, saya teringat dia lagi. Saya tak boleh ustaz. Saya tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sedih ni.” . . Ada seorang wanita, datang jumpa saya. Cerita kesedihan yang dia alami selepas suaminya meninggal dunia. Dia tanya, macam mana nak hilangkan sedih bila suami tercinta pergi menghadap Illahi? Saya tanya dia balik, “Anak-anak balik ziarah tak?” “Ada ustaz. Anak-anak ada juga balik ziarah.” Jawab wanita ni. Alhamdulillah.. . . Tuan puan, Ujian paling besar yang menimpa manusia adalah ujian kehilangan orang tersayang. Boleh jadi suami atau isteri, mak ayah atau anak-anak yang pergi meninggalkan kita. Saya juga pernah alami pengalaman yang sama beberapa kali. Emak saya telah meninggal dunia. Begitu juga dengan dua anak perempuan saya yang meninggal dunia ketika usia 1 tahun 4 bulan dan 7 bulan. Sedih tu payah nak cerita. Rindu yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. . . Apa yang saya boleh kongsi. Bila rindu dan teringatkan orang yang telah pergi, ada beberapa perkara yang kita boleh buat. Pertama, tenang. Usaha untuk tenang, tuan puan. Tenang bila hadapi apa-apa ujian. Bila hati tenang, kita mampu kawal emosi dan bertindak melulu. Tak salah nak bersedih dan menangis, tapi jangan berlebih-lebih. Cara nak tenang, kena banyakkan zikrullah. Banyak ingat Allah. Yakin setiap apa yang kita ada adalah pinjaman dan Allah berhak mengambil bila-bila masa saja yang Dia kehendaki. . . Kedua, tingkatkan amal ibadah. Bila sedih, banyakkan ibadah kepada Allah. Banyakkan baca Al-Quran, bersedekah, solat terutamanya qiamulalail. Salah satu cara nak kuatkan jiwa adalah solat malam. Ketika kita bersendiri, mohonlah pada Allah dengan sesungguh hati. Mohon Allah kuatkan jiwa kita dalam menghadapi ujian. Allah swt pemilik hati kita, dan padaNya jua kita minta kekuatan. . . Ketiga, banyakkan sedekah dan amalan baik dan diniatkan untuk orang yang lebih dulu meninggalkan kita. Ada tiga talian hayat bagi orang yang dah meninggal dunia. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakan. Jika si dia yang telah pergi ada meninggalkan harga, infaqlah sebahagiannya di jalan yang Allah redhai. Sebarkan ilmu bermanfaat yang diajarkan si mati, dan didiklah anak-anak yang tinggalkan dengan ajaran agama yang sebaiknya. . . Keempat, sibukkan diri dengan menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu agama yang benar, banyak rahsia-rahsia kehidupan akan tersingkap. Iman dan keyakinan kita kepada Allah swt juga akan bertambah. Ini menjadikan kita lebih tenang dan lapang menghadapi pemergian insan yang tersayang. . . Tuan puan, setiap yang hidup pasti akan melalui kematian. Jika hari ini, insan yang kita sayang telah pergi menghadap illahi, entah esok lusa kita pula yang menyusul. . . Tuan puan, kematian bukanlah pengakhiran dan titik akhir hidup kita. Ada perjalanan panjang dan destinasi abadi yang menanti setiap manusia. Moga Allah kumpulkan kita dengan keluarga tercinta di syurga sana. Amin. . . #UstazHanafiMalek
Показать все...
Ubahlah, ubah cara kita berfikir. Syukur banyak dapat nikmat atau ujian. Kalau tak syukur, azab pedih. Pedih di dunia dan di dalam barzah. Ini yang Allah swt sebut juga dalam ayat sama Surah Ibrahim tadi. Hidup yang berbaki ini mesti diteruskan dengan agama. Pujuk hati kita, pujuk untuk syukur dan jangan kufur. InsyaAllah jiwa kita akan tenang. #UstazHanafiMalek
Показать все...
Ada satu kisah seorang yang diuji dengan anak perempuannya datang rumah pemulihan ustaz. Tingkatan 5 mengandung anak luar nikah. Ayahnya seorang imam di negeri selatan, ibunya mengajar ngaji di kampung. Ayahnya memang seorang yang tawaduk, maklumlah imam. Tiba-tiba anaknya mengandung, satu kampung tahu. Sekolah berhentikan anaknya. Satu kampung tahu dan tak mahu dia jadi imam. Pergi kenduri tak dijemput sampai dia rasa down sangat. Kena pulau. Tak ada seorang pun yang hantar anak mengaji pada isterinya. Pergi kedai nak beli air, orang kecam. Nasihat ustaz, jangan kecam orang lain hatta dia imam atau orang baik-baik. "Ish, apalah anak ustaz macam, orang agama baik-baik pun keluarga masalah." Jaga-jaga, bila-bila masa Allah boleh terbalikkan ujian tu ke batang hidung kita. Baru kita tahu langit tinggi atau rendah. Mulut jangan cepat mencemuh. Jangan mulut terlalu cabul, jari terlalu pantas nak kecam orang. "Ya Allah, ustaz beratnya ujian saya ni ustaz. Ustaz tolong jaga anak saya mengandung luar nikah. Saya dah rotan dan pukul dia. Dia tak bagitahu apa-apa pun. Dia ni memang lain sikitlah, tak macam kakak-kakak dia." Keluh Pak Imam tu. "Shhh, abang, jangan bandingkan dengan kakak-kakak. Diam dan bertenang dan duduklah dulu." Ustaz tenangkan dia. Satu kezaliman sebenarnya bila ibu ayah membanding-bandingkan anak mereka. "Ustaz apa nasihat ustaz pada saya dan isteri? "Abang, abang jangan sekadar jadi orang yang hanya bersabar tapi jadi orang yang bersyukur." Jawab saya. "Syukur apa ustaz?!!! Anak saya mengandung anak luar nikah, ustaz suruh saya bersyukur?" Imam tu dah macam hilang sabar. "Syukurlah abang. Sabar ni kita bertahan, syukur ni kita bersangka baik kepada Tuhan. Abang ikut saya ajar ya. "Alhamdulillah..." Ucap saya berulang kali. "Ustaz ni ajar ajaran sesat ni!" Tempelaknya. "Tak apa, abang ikut ya perlahan-lahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahim." Mereka pun ikut perlahan-lahan, satu-satu. Terima kasih ya Allah aku ada anak Alhamudlillah ya Allah, anak aku ni baik orangnya ya Allaj Mungkin aku kurang bersyukur sebab tu kau azab aku dengan ujian anak mengandung luar nikah ya Allah. Dia ikut cakap. "Abang, amalkan hari-hari sujud syukur atas ujian anak yang mengandung ni. Paling tidak dia tak mandul." "Tapi ustaz, anak yang dia mengandung ni anak haram." Dia masih rasa berat nak buat. "Tak apa, abang cuba dulu ya. Buat betul-betul." Ustaz terus dorong dia. Tak lama lepas tu kuasa Allah seperti yang Allah beritahu dalam Surah Ibrahim ayat 7. وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ ٧ “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.” Apa berlaku? Masya-Allah, 2 tahun anak dia duduk di rumah kami berjaya hafal 20 juzuk Quran. Bayi yang lahir diambil jadi anak angkat seorang ustaz dan isterinya ustazah. Selepas dia keluar dari rumah pemulihan, ustaz tadi datang masuk meminang jadi isterinya. Isterinya sebelum tu meninggal dunia akibat kanser rahim. Rupa-rupanya doa dia seorang ibu muda ni, "Ya Allah aku mengandung dan lahirkan dia. Tolonglah satukan kami semula nanti." Waktu yang sama ibu muda ini bertaubat dan menghafaz Quran masyaAllah selesai banyak masalah. Akhirnya dia disatukan semula dan dapat menyusukan bayinya tadi. MasyaAllah Tabarakallah. Dari sisi hidup imam tadi, akhirnya dapat menantu imam dan anaknya jadi anak, isteri dan ibu solehah. Alhamdulillah. Ustaz jumpa imam tu tanya khabar. "Alhamdulillah ustaz, dah empat orang anak dah ustaz. Semua pandai-pandai ustaz. " "Kan saya dah kata, alhamdulillah anak ini dia tak mandul. Alhamdulillah." Pengajaran dari kisah ini, percayalah Allah tak pernah bohong. Allah s.w.t kata "Siapa bersyukur, akan ditambah nikmat." Pujuklah hati kita, seberat mana pun ujian kita pada hari ini "we still have a life to live". Masih ada hidup untuk diteruskan.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Фото недоступноПоказать в Telegram
"Ustaz Hanafi nak amalkan zikir apa ya setiap hari supaya hati rasa tenang dan masa saya terisi dengan zikir?" Ustaz kongsikan amalan zikir harian daripada Imam Al Ghazali seorang ulama besar yang alim. Ada yang beritahu buat 1000 kali sehari, itu hanya cadangan. Terpulang dan ikut kemampuan kita. Jom pujuk hati ingat Allah sebanyak-banyaknya. Tolong SHARE posting ustaz ini ya. #infografikdakwah
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Pujuk hati jadi orang yang suka mudahkan urusan orang. Bukan suka menyusahkan. Jadi orang yang bermanfaat. Di akhirat nanti kita dapat manfaat. . . #UstazHanafiMalek
Показать все...
Nikmat sihat ni ujian. Kadangkala waktu sihat kita berlagak. Kita lupa. Lalai dengan ibadah. Ustaz nak berkongsi hal ini bila teringat hadith Rasulullah sebut ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Antaranya, ingat MASA SIHAT SEBELUM SAKIT. Alhamdulillah Allah bagi ustaz bebas kanser. Ustaz ada banyak pengalaman sakit. Dua kali pernah demam denggi. Sakit kanser rasanya macam demam denggi kuasa tiga! Kesan kanser ni masih ada lagi. Sekarang pun masih rasa sakit-sakit. Kadang-kadang tak boleh angkat tangan. Kalau duduk, ada masa krem perut Tengah-tengah tidur malam, kejang perut tak boleh bernafas. Ingat mati, terus doa "Ya Allah Allah pinjamkan usia lagi." Sebelum ni lutut ustaz dah operation 5 kali. Baru-baru ni, ustaz operation lutut sebab ligamen ACL, PCL putus. Akhirnya diambil urat peha sebelah kiri untuk repair dilutut. Jadi kena sentiasa berhati-hati. Dulu solat atas kerusi sampai menangis rindu nak solat sujud. Alhamdulillah semakin sihat dan boleh solat berdiri. Berdasarkan hadis tadi, kita kena ingat SEMUA ORANG AKAN SAKIT. Masa sihat kita lupa, sebab tu nabi ingatkan isi masa sihat betul-betul. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali beriman beramal soleh berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Allah bersumpah dengan makhluknya bernama masa. Orang yang main-main dengan masa ni rugi. Masa di masjid, dia main-main. Masa solat main-main. Masa kerja main-main. Masa dalam kelas main-main. Masa berniaga main-main. 24 jam main-main. Apa orang buat hari ni? Main tiktok, tengok reel yang tidak akan selamatkan di akhirat nanti Sibuk hal orang Orang bergaduh, orang bergelek, orang berdangdut Semua ni takkan selamatkan kita di depan Allah nanti. Demi masa manusia dalam kerugian. Demi waktu dhuha Demi malam yang suci sepi Allah tidak pernah benci dan meninggalkan Kita yang tinggalkan Allah. Waktu Dhuha, kita sibuk cari rezeki tidak ingat Allah dan abaikan solat Dhuha Waktu malam sunyi sepi, kita lena diulit mimpi Kita lupa Tuhan yang izinkan kita tidur malam tadi. Waktu malam Allah nak lihat siapa yang bangun menadah tangan berdoa untuk Allah makbulkan hajatnya. Ingat, jangan berlagak waktu sihat. Bila-bila sahaja Allah boleh tarik. Berapa ramai yang pagi-pagi pergi bilik air, tiba-tiba jatuh Lari tulang belakang, kebas satu badan. Tangan tak boleh angkat Bila jumpa doktor kata slip disc. Ada yang tiba-tiba kena heart attack. Na'uzubillahiminzalik Jom pujuk hati kita, susun semula rutin masa kita setiap hari. Hargai nikmat beribadah dalam keadaan sihat. Yang boleh solat betul-betul, jangan laju-laju macam kartun. Cuba lebih khusyuk Yang boleh sujud, lamakan sujudnya. Yang mata masih nampak, boleh baca Quran tataplah selama mungkin sebelum nikmat penglihatan hilang Lepaskan rindu manis beribadah. Supaya kita tidak menyesal nanti disaat tubuh badan lemah tak berdaya. Yang tinggal hanya pandangan sayu ke atas tikar sejadah. #UstazHanafiMalek
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Ingat kata-kata Ustaz. Hari ini kita dengar orang mati. Kawan kita mati. Ayah kita mati. Ibu kita mati. Hari ini kita dengar ramai kawan-kawan baik kita meninggal dunia. Hari ni kita tengok, mandi, kebumikan orang mati. Esok lusa, kita yang akan mati. Mati bukan berakhir sebuah kehidupan. Tapi mati bermulanya sebuah kehidupan baru yang lebih panjang perjalanannya. Menunggu kiamat. Kiamat akan dibangkitkan semula. Bila Rasulullah s.a.w bercerita kiamat manusia dibangkitkan, ramai orang tidak beriman yang gelakkan Nabi. Ada ke daripada tulang Sulbi tu boleh jadi manusia balik? Allah s.w.t pujuk nabi dalam al Quran disebut, dulu manusia tiada tetapi Allah boleh adakan. Pejam celik, pejam celik berkahwin dan usia perkahwinan kita dah 40 tahun dan lebih. Perkahwinan gabungan dua manusia berbeza latarbelakang dan melalui ujian panjang dalam hidup. Ada yang berdendam. Saling memaki. Ada seorang wanita hubungi Ustaz. "Ustaz, boleh bagi tip macam mana nak layan pasangan saya? Dia kahwin lain." Ustaz jawab, "Tip paling baik adalah KEMATIAN." Bila suami balik rumah dalam keadaan marah, doa "Ya Allah andai kata hari ini hari terakhir dalam hidupku, izinkan aku berbakti kepada anak kunci syurgaku dengan cara yang paling baik." Bila kita berdoa di hadapan Allah, mengaku rendah, mengaku salah. Allah akan bagi petunjuk macam mana nak layan suami. Hari tu jadi bahagia. Jadi seronok. Rasa tak susah. Mohon pertolongan kepada Allah macam mana nak layan pasangan buat kali terakhir. Cuba kenang kebaikan-kebaikan suami kita. Daripada memikirkan hati hancur dan kata-kata orang lain. Layan mereka seolah-olah itu hari terakhir mereka hidup di atas muka bumi. Pujuk hati kita perlahan-lahan. "Ya Allah, tolonglah ya Allah. Berikan aku kekuatan." Ustaz selalu pesan kepada suami atau isteri, jangan pada hari terakhir kita hidup pada hari tersebut kita bergaduh besar. Ada seorang sahabat Ustaz, isterinya menyesal tak sudah telefon saya. "Ustaz, sehari sebelum suami ride kami bergaduh besar dengan dia. Sampai suami tidur di rumah lain. Esoknya ride dengan kawan-kawan sebab tak tahan dengan perangai saya." Esok pagi ride, suaminya kemalangan dan meninggal dunia di Genting. Suaminya memang baik. Dia terasa dengan perkataan isteri. Habislah isteri. Kalau tak sempat minta maaf kepada suami. Pengajaran hari ini, bagaimana kita nak hapuskan perasaan dendam dan marah kepada pasangan adalah dengan MENGINGATI KEMATIAN. Lepas baca posting Ustaz ni cuba bayangkan, "Hari ini hari terakhir bersama suamiku. Sekejap lagi dia bawa Grab Food hantar makanan. Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon." "Assalammualaikum Cik, kami daripada Balai Polis nak maklumkan sila ke hospital sebab suami Cik kemalangan dan meninggal dunia." Lain rasanya. Mungkin ada yang gelak, "Suami aku tak mati lagi." Jangan macam tu. Suami ni cari rezeki penat. Ya ada isteri kata, "Saya pun kerja Ustaz." Jangan keraskan hati macam tu. Suami ada yang panas baran, rupanya di tempat kerja kena maki hamun. Hadap politik pejabat. Macam-macam masalah dalam kepala suami. Tapi lelaki bukan jenis bercerita. Tak nak isteri penat, sedih. Dia tahan dan diam. Bila dia balik rumah, tenangkan dia. Layanlah dia. Jangan terus hujani dengan soalan-soalan dan peluru dia dengan masalah. Ada satu kisah di zaman Nabi, seorang lelaki berdagang berbulan-bulan ke Syam. Suami tinggalkan isteri dengan anak masih kecil. Selepas beberapa bulan suami balik. Sedangkan anak tadi sudah meninggal dunia. Isterinya sedih. "Apa aku nak jawab kepada suamiku?" Bila dengar suami esok nak balik. Dia berhias, kuatkan hati. Layan suami dan tenangkan suami. Sehingga suami tertidur lena. Bila terjaga, "Anak kita mana?" "Abang, kalau saya ada pinjam pinggan dari rumah sebelah lepas tu dia ambil balik pinggan tu. Abang marah tak?" "Eh, kenapa nak marah. Bukankah itu hak dia." Isteri yang bijak ini menjawab, "Terima kasih Abang, Allah dah pinjamkan kita anak. Allah dah ambil balik anak kita Abang." Suami ini memeluk dan menenangkan isterinya.
Показать все...
Kisah ini sampai kepada Rasulullah. Nabi sebut, "Anakmu sedang menanti kamu di Syurga. Maka gembiralah kedua pasangan ini. Isteri bertanya, "Ya Rasulullah, adakah aku akan masuk syurga?" Nabi jawab, "Atas kebijaksanaan kamu melayani suamimu, kamu ahli syurga." Jom pujuk hati kita, yakin kepada Allah. Allah tahu apa yang kita tidak tahu. Suami dan isteri, layanlah pasanganmu seolah-olah hari ini hari terakhir pasanganmu hidup. Buatlah sebaik mungkin. Layanlah dia kerana dia umpama anak kunci ke Syurga. Begitu juga suami, layanilah isterimu sebaik boleh. Mengalahlah apabila dia marah. Buatlah apa yang terbaik untuk isteri umpana hari ini hari terakhir dia dalam hidup kita. Begitu juga dengan anak-anak. Jom pujuk hati, lupakan segala dendam. Ingatlah kematian dan jadi manusia yang paling baik hari ini untuk gembirakan insan yang tersayang. Be the best, at last day in your life! #UstazHanafiMalek
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
ISNIN 27 SYAWAL 1445H Walau nasib kita di dunia ni tak sama, moga tempat berakhir kita nanti sama iaitu sama-sama jadi penghuni syurga Firdaus. Aamiin. 🤲
Показать все...
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” Aamiin 🤲
Показать все...
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐮𝐫𝐩𝐫𝐢𝐬𝐞 𝐛𝐨𝐱 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧? 🤔 Apa kata bagi kejutan senaskah Al Quran Khadeeja Tagging ni untuk si dia. Hadiah yang sangat bermanfaat dan mendapat keberkatan di dunia serta akhirat. ❤️ Nak lebih eksklusif....tambah ukiran nama pada cover Al Quran boleh pilih antara laser atau gold. Dan paling best....harga sekali dengan ukiran macam dalam gambar ni. Sangat murah dan mampu milik👍 Jom dapatkan sekarang sebelum promosi tamat !🤩
Показать все...