BM UPSR PT3 SPM
Bahan Bahasa UPSR, PT3 & SPM
БольшеСтрана не указанаЯзык не указанКатегория не указана
590
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней
Архив постов
Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua ahli grup. Semoga tahun 2020 memberi kebaikan pada kita dalam dunia pendidikan!
SELAMAT MENDUDUKI SPM KEPADA SEMUA PELAJAR PELANGGAN CHANNEL!
Usaha & Tawakkal.
Berjuang hingga saat akhir. Jangan cepat keluar dewan walau sudah menjawab. Tunggu hingga masa tamat. Mana tahu tiba2 teringat jawapan. Tepuk dahi jika waktu tu sudah di luar dewan.
Dari Admin dan guru-guru.
Rumus Kata Adjektif
1. amat,sangat,sungguh-boleh diikuti oleh 'sekali'
amat cantik sekali(/)
sangat cantik sekali(/)
sungguh cantik sekali(/)
2. amat,sangat,sungguh boleh digunakan di belakang kata adjektif.
cantik sangat(/)
cantik amat(/)
cantik sungguh(/)
3. ter,paling,sekali-tidak boleh ditulis bersama
tercantik sekali(×)
tercantik(/)
cantik sekali(/)
paling cantik sekali(×)
paling cantik(/)
cantik sekali(/)
4. teramat,tersangat-penggunaan yang betul
teramat cantik(/)
tersangat cantik(/)
5. amat,sangat,sungguh-boleh diikuti oleh 'benar,nian,sekali'.
amat cantik sekali(/)
amat cantik nian(/)
amat cantik benar(/)
disediakan oleh:Cikgu Theeban
Kata kerja tunggal yang sering kali mengelirukan pengguna bahasa.
pergi
pulang
balik
datang
Ali pergi perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.(×)
Kami balik kampung pada cuti sekolah yang lalu.(×)
kata kerja tunggal di atas seharusnya diikuti oleh kata sendi nama untuk menyempurnakan maksud mengikut nahu bahasa yang betul.
1. Ali pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.
2. Kami balik/pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu.
Terdapat juga kata kerja yang dapat digunakan tanpa awalan dalam ayat aktif transitif seperti:
1. minta
2. mohon
3. makan
4. tidur
5. minum
tanpa menjejaskan nahu Melayu.
Kami minta jasa baik pihak tuan untuk mempertimbanhkan perkara ini.(/)
Kami mohon pihak berwajib supaya memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini.(/)
Alyssa makan kuetiau goreng di medan selera itu.(/)
Adik tidur terlentang di ruang tamu.(/)
Kami sempat minum jus buah sebelum menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.(/)
Maka,jelaslah bahawa bukan semua kata kerja transitif yang memerlukan awalan untuk membentuk ayat yang menepati nahu tatabahasa yang betul.Perlu diingat bahawa Bahasa Melayu kaya dengan unsur kekecualian.
Soalan:
1. Adakah kata hubung dapat digunakan pada awal ayat?
2. Adakah semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat dianggap ayat songsang?
Jawaban:
1. Semestinya kata hubung dapat digunakan pada awal ayat dan bukan semua *kata hubung* dapat digunakan pada awal ayat.
2. Bukan semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat membentuk ayat songsang.
Lihat contoh di bawah ini:
1. Yang berbaju merah itu abang saya.(ayat biasa)
Ayat asal:
Orang/Lelaki yang berbaju merah itu abang saya.
2. Bahawa ibunya sakit tenat diberitahu oleh Ali.
(ayat pasif)
Ayat asal:
Ali memberitahu bahawa ibunya sakit tenat.
3. Jika hari tidak hujan,saya akan ke rumah kamu.
(ayat songsang)
Ayat asal:
Saya akan ke rumah kamu jika hari tidak hujan.
Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas,jelaslah bahawa kata hubung dapat ditulis pada awal ayat dan setiap ayat yang terbentuk daripadanya membentuk pelbagai ragam dan jenis ayat.
disediakan:Cikgu Theeban
Rumus Tatabahasa Edisi Distingtif
1. ialah-digunakan sebelum kata nama
Kesan pencemaran alam sekitar ialah penularan penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat.
2. adalah-digunakan sebelum kata sendi nama dan kata adjektif
Prasyarat pertandingan catur peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut.
Rumah-rumah banglo yang tersergam indah di atas Bukit Serene itu adalah amat besar.
Nota Tambahan:
1. ialah-dapat digunakan sebelum kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
Hobinya ialah bersukan pada waktu senggang.
2. ialah-dapat digunakan sebelum kata hubung pancangan relatif 'yang'.
Semua peserta program sains itu ialah yang terpilih oleh panitia sekolah dan pejabat pendidikan daerah.
Kata Hubung dan Kata Sendi Nama yang bersinonim
1. walaupun-meskipun,biarpun,
sunggupun,kendatipun
2. walaubagaimanapun-walakin begitu,namun begitu
3. andai kata-jika,jikalau,kalau,
sekiranya
4. untuk-demi,bagi
5. sejak-semenjak,dari
6. kerana-lantaran,disebabkan oleh
7. malah-malahan,tetapi juga
disediakan:Cikgu Theeban
Theeban Anbalagan:
Tema Kewangan
1. kepentingan amalan berjimat cermat
2. cara-cara menjimatkan elektrik
3. faedah membawa bekal dari rumah
Hasil ilmu firasat hamba yang tidak seberapa
Teknik Pendahuluan
Pendahuluan tiga tema popular.
1. Tema Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai
kepada umat manusia.Alam sekitar haruslah dipelihara dan dilestarikan secara bersama oleh setiap orang.Akan tetapi,manusia yang sewajarnya menjaga alam sekitar telah menjadi perosak dan pemusnah kurnian ini bagai harapkan pagar,pagar makan padi.
2. Tema Kesihatan
Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang vital dalam agenda hidup setiap manusia. Kesihatan haruslah dipelihara secara optimum agar kelancaran hidup tidak terbantut.Oleh hal yang demikian,kita haruslah membudayakan langkah menjaga kesihatan diri sejak azali lagi kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
3. Tema Kekeluargaan
Keluarga merupakan institusi asas yang melahirkan anak-anak yang berminda kelas pertama.Curahan kasih sayang dalam kalangan keluarga menjadi pendorong dan pembentuk sahsiah dalam diri seseorang.Walau bagaimanapun, kesibukan dan kesuntukan masa warga metropolitan semakin mengekang kelahiran keluarga penyayang pada dewasa ini.
disediakan:Cikgu Theeban Anbalagan
Kekeliruan antara ayat dasar dengan ayat tunggal
Ayat Dasar
1. ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat
Ali membaca buku.
2. terdiri daripada ayat penyata sahaja
Ali membaca buku.
Ayat Tunggal
1. terdiri daripada satu subjek dan satu predikat serta diikuti oleh penerangan.
Ali membaca buku di pusat sumber.
2. boleh terdiri daripada pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya,ayat seruan dan ayat perintah.
a. Ali membaca buku di pusat sumber.(penyata)
b. Ali membaca buku di mana?(tanya)
c. Amboi, Ali sudah mula membaca buku!(seruan)
d. Sila baca buku itu.(perintah)
disediakan:Cikgu Theeban
Assalamualaikum / Salam Mesra ...
Saya telah meyediakan analisis soalan BM UPSR 012 beserta grafik serta sebahagian item yang saya jangka keluar dalam UPSR 4 September nanti.
Cikgu-cikgu juga boleh menokok tambah set karangan contoh Bahahian A / B / C yang cikgu jangka akan ditanya dalam UPSR nanti. Semoga prestasi BM tahun ini meningkat lagi.
Sekian, terima kasih.
Haji Md. Ramli Sabran (GC BM)
elak
gelak
galak
selak
mengelakkan
menggalakkan
menggelakkan
menyelakkan
semua kata dasar yang bermula dengan 'g' akan bergabung dengan awalan 'meng'.
menggabungkan
menggunakan
menggariskan
menggores
menggerit
menggubah
mengganas
menggonyoh
menggontai
HIMPUNAN SOALAN PERCUBAAN UPSR 2019 DARI 9️⃣ NEGERI SETAKAT INI
Kemas kini terakhir: 15-Ogos-2019 [04:20 pm]1️⃣ Terengganu Bahasa Melayu: http://bit.ly/2SPUoJW Bahasa Inggeris: http://bit.ly/2LO5EWh Matematik: http://bit.ly/339CvKO Sains + Skema Jawapan: http://bit.ly/2Yu93Q9 2️⃣ Kelantan Bahasa Melayu (Pemahaman): http://bit.ly/2yac3Co Bahasa Melayu (Penulisan): http://bit.ly/2SECBoQ Bahasa Inggeris (Pemahaman): http://bit.ly/32VD6jd Bahasa Inggeris (Penulisan): http://bit.ly/2JQHU1s Sains: http://bit.ly/2K3TC86 Matematik: http://bit.ly/2Ozyxbd 3️⃣ Perlis Sains + Skema Jawapan: http://bit.ly/2Ojj3rH 4️⃣ Perak Bahasa Melayu + Skema Jawapan: http://bit.ly/2Khewkj Bahasa Inggeris: http://bit.ly/2yeXpK0 Matematik + Skema Jawapan: http://bit.ly/32OqUAJ Sains + Skema Jawapan: http://bit.ly/2K4Lm7F 5️⃣ Sarawak Bahasa Melayu Pemahaman + Skema Jawapan: http://bit.ly/2YSMAZ5 Bahasa Melayu Penulisan + Skema Jawapan: http://bit.ly/2OWVhlE Bahasa Inggeris Pemahaman: http://bit.ly/2ZNGElA Bahasa Inggeris Penulisan: http://bit.ly/2yTx7NH 6️⃣ Negeri Sembilan Bahasa Inggeris Pemahaman: http://bit.ly/2OOBQv3 Bahasa Inggeris Penulisan: http://bit.ly/2YMLX7u 7️⃣ Johor Bahasa Inggeris Pemahaman: http://bit.ly/2Kpr9en Bahasa Inggeris Penulisan: http://bit.ly/31wlSqL Sains: http://bit.ly/2ZJr6ip 8️⃣ Melaka Matematik + Skema Jawapan: http://bit.ly/2YTJQi7 9️⃣ Pulau Pinang Matematik + Skema Jawapan: http://bit.ly/33sDu8S Sains + Skema Jawapan: http://bit.ly/2z3cPBH Sertai kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.
MUAT TURUN HIMPUNAN TERBAIK CERITA KANAK-KANAK
📚 SEBANYAK 18 CERITA KANAK-KANAK
📚 BERUNSURKAN NILAI-NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
📚 BERFORMATKAN PDF
SISTEM GURU ONLINE
Komuniti Pendidikan Malaysia
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/himpunan-terbaik-cerita-kanak-kanak.html
🍀 Join Telegram : t.me/sistemguruonline
🍀 Like Facebook : https://facebook.com/Kami-Guru-Malaysia-183199105461120