cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Dakwah Attakwa

وَٱلْعَصْرِ  Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran. "Barakallahu Fiikum"🕊

نمایش بیشتر
ماليزيا37 042زبان مشخص نشده استدین و مذهبی78 151
Advertising posts
818مشترکین
+124 ساعت
-17 روز
-230 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Mereka yang bahagia, bukan kerana mereka tidak derita. Tetapi mereka memilih untuk bahagia lalu cepat menguruskan derita, bangkit dan keluar daripadanya. Bahagia adalah pilihan yang memerlukan tindakan. Derita juga pilihan yang memerlukan seseorang untuk pasrah dan menyerah. Nampak lebih mudah tetapi sebenarnya perlu melalui susah.Ingatlah bahawa kamu seorang hamba, dunia ini bukan milik kamu, sehingga tidak mungkin selalu sesuai harapan, Ingatkan diri, bahawa semua itu kurniaan dari Allah. Jika semua yang kita harapkan harus tercapai, lalu apa bezanya syurga dengan dunia.. Tidak ingatkah engkau, bahawa dunia ini adalah tempat hukuman leluhurmu; Adam ‘alahissalam, bahawa dunia ini penjara bagi seorang mukmin, bahawa dunia ini tempat ujian dan cubaan..? Oleh kerana itu, jalanilah hidup dengan hati tenang dan lapang.. teruslah berusaha sebaik mungkin.. dan nikmatilah proses usahamu dan rasa lelahmu.. Allah sangat mampu menjadikan nikmatmu pada proses usahamu mencapai tujuan. Dan harapkanlah pahala dari setiap gerak langkahmu.. Agar engkau tidak merasa rugi, kerana di sisi Allah tidak akan ada yang sia-sia.. Bahkan pahala di akhirat, pasti akan lebih membahagiakan kita nanti. Teruslah berdo’a, dan yakinlah bahawa Dia pasti nanti mengabulkannya. Tanamkan keyakinan, bahawa Allah Yang Maha Penyayang sentiasa ingin yg terbaik buat kita. Sollu Alan Nabi Muhammad!🕊
نمایش همه...
۞ اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Hal yang paling melegakan di tengah resah dan kekhawatiran kita hari ini adalah keyakinan bahawa kita masih punya Allah. Ada Allah yang akan sentiasa ada dan melindungi kita, bahawa apapun keadaannya Allah pasti punya hikmah terbaiknya. Skenario hidup ini ada dalam kendalinya, perkara pergi dan tinggal, asing dan mengenal, bersama dan meninggalkan sudah dalam pengaturannya. Entah sedih, atau bahagia semuanya pasti akan bertemu dengan hikmah dan pelajarannya. @Dakwahattakwa
نمایش همه...
1
Kitab Pelita Penuntut. Pengarang Kitab Pelita Penuntut ialah Tuan Guru Shaykh Muhammad Syafie Bin Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Rangkul, Langgih, Fathani. Kitab Pelita Penuntut ini adalah terjemahan daripada kitab asalnya iaitu kitab Ta'lim Al-Muta'aallin merupakan sebuah kitab yang amat penting bagi para pelajar pondok. lanya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adab dalam menuntut ilmu. lanya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut ilmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu : Fasal 1 : Hakikat ilmu dan feqah dan kelebihannya. Fasal 2 : Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu. Fasal 3 : Memilikan ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas ilmu. Fasal 4 : Membesarkan ilmu dan ahlinya. Fasal 5 : Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita. Fasal 6 : Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya. Fasal 7 : Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla. Fasal 8 : Waktu menghasilkaan ilmu dan menuntutinya. Fasal 9 : Kasih-sayang dan nasihat. Fasal 10 : Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya. Fasal 11 : Warak' pada ketika belajar ilmu. Fasal 12 : Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa. Fasal 13 : Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur. Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Maksiat-Maksiat Hati". Wallahu a'alam. Semoga bermanfaat. 😊
نمایش همه...
[Adab Penuntut Ilmu] Nasihat Baba Li Sekam حفظه الله تعالى buat pelajar-pelajar agama, pupuk beberapa sifat dalam diri, budayakan diri sebelum membudayakan masyarakat— 1. Ikhlas 2. Amanah (Jangan khianat terutama dengan ilmu) 3. Siddiq (Jangan bercakap bohong) 4. Tawadhuk (Jangan merasa diri lebih hebat daripada orang lain) 5. Ithar (Mengutamakan orang lain daripada diri sendiri) 6. Mendekatkan diri kepada Allah (Pandangan Baba Li, antara zikir yang boleh diamalkan adalah Wirdul Latif) Kredit: Tuan Guru Alfaqir Ghazali Ahmad - BABA LI Sekam
نمایش همه...
CATITAN ADAB PENUNTUT ILMU DI DALAM KITAB SIYARUSSALIKIN. Bermula adab orang yg belajar ilmu itu sebelas perkara. Sayugia bagi penuntut ilmu beringat jaga : 1. Memberi salam dahulu apabila berhadapan dengan guru 2. Tidak banyak berkata kata dihadapan guru 3. Tidak berkata dengan izin guru 4. Tidak bertanya hingga minta izin dari guru 5. Tidak menyanggah kata kata guru seperti berkata "si polan tak kata seperti yg guru kata" 6. Tidak menunjukkan diri lebih tahu dari guru 7. Tidak berbisik bisik dengan rakan dihadapan guru 8. Tidak menoleh ke kiri & kanan BAHKAN hendaklah ia menunduk 9. Tidak banyak bertanya tatkala guru segan hendak bercakap atau sedang keletihan 10. Hendaklah ikut berdiri ketika guru berdiri atau ketika guru baru sampai ke tempat pengajian kerana berdiri itu tanda ta'zim (memuliakan). Dan ketika guru sedang bangun atau berjalan, jangan ditanya soalan KECUALI dharurat. 11. Jangan buruk sangka dengan guru pada segala perbuatannya yg zahir sebab berbeza dengan mu kerana mereka lebih tahu segala hukum syarak dan rahsia syarak berbanding kamu.
نمایش همه...
AKHLAK DAN ADAB "Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperoleh melalui mujahadah membersihkan hati. Jangan pelik melihat orang berilmu tetapi tiada akhlak kerana hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati. Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan. Akhlak dan adab mendepani ilmu. Ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang. " Berkata Syeikh Yusri : الأداب هو أساس وصول الى الله "Adab itu adalah tunjang asas bagi seorang hamba untuk sampai pada ALLAH" Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak rahimahullah : "Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah yg tidak zalim), akan hilang dunianya. Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya” Tidak cukup lagi kah untuk kita mengambil I'tibar dari kisah Qadhi Az-Zubaidi, yang mana ketika dia meninggal dunia lisannya berubah menjadi hitam, hal ini kerana dia suka mencerca Al-Imam An-Nawawi.
نمایش همه...
Nasihat saya pada sahabat penuntut ilmu termasuk diri ini, jangan lupa utk belajar tentang adab. Sebab ramai yg dah mula belajar hatta yg dah lama belajar pun masih tidak tahu tentang adab. Ilmu tidak akan berkat jika tidak disusuli dgn adab. 👇🏻
نمایش همه...
⏳ JANGAN LUPA SELAWAT ! اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
نمایش همه...