https://youtu.be/84-QwnFaB5I
Assalamualaikum wbt.Selamat Pagi🤗
Waalaikumusalam wbt,kepada yang
memberi salam,Dari atas sampai ke
Bawah ,Selamat pagi buat Semua
🤲🏻🌹🥰 JOM BERSELAWATke atas
Nabi Muhammad SAW pada Pagi ini? 📿
اللهم صل على حبيبك ورسولك سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم 💖
Kita ini semua hamba Allah. Sebagai hamba
Allah, kita mestilah memiliki sifat-sifat
sebagai seorang hamba yang sebenar di sisiNya.
Sekurang-kurangnya, ada 12 sifat hamba
Allah yang baik sebagaimana yang disebut
dalam Surah Al-Furqan bermula ayat ke 63.
✅ Sentiasa bersopan santun dan
merendah diri dalam apa jua urusan.
✅ Apabila bercakap dengan orang yang
kurang berilmu atau adab, selalu memilih
jalan damai dan mengucapkan kata-kata yang baik.
✅ Selalu memanfaatkan sebahagian
daripada waktu malam untuk melakukan
pelbagai ibadah sama ada secara duduk atau berdiri.
✅ Sentiasa berdoa kepada Allah agar
diselamatkan daripada azab api neraka
yang pedih. Doa khusus yang diajar
oleh Al-Quran ialah :
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَۖ اِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
“Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami dari
azab Jahanam, karena sesungguhnya
azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.”
اِنَّهَا سَاۤءَتْ مُسْتَقَرًّا وَّمُقَامًا
“Sungguh, Jahanam itu seburuk-buruk
tempat menetap dan tempat kediaman.”
✅ Selalu mengamalkan perbelanjaan
yang berhemah. Tidak kedekut dan tidak boros.
✅ Tidak menyekutukan Allah dari sudut
aqidah. (Atau melebihkan makhluk daripada
Allah dalam segala urusan - pendapat saya).
✅ Tidak membunuh orang lain. (Pembunuhan
fizikal atau karakter atau menyakiti orang lain
dengan apa cara sekali pun - pendapat saya).
✅ Tidak melakukan zina. (Dalam ayat
yang lain, Allah bahkan melarang kita
daripada menghampiri zina).
✅ Tidak memberikan penyaksian yang
palsu. (Atau apa saja bentuk penipuan
dan pembohongan - pendapat saya).
✅ Apabila melihat atau bertemu dengan
orang-orang yang terlibat dengan kerja
sia-sia dan tidak berfaedah, jalan yang
diambil ialah menghindarkan diri agar
kehormatan diri sendiri dapat dijaga.
✅ Sentiasa ambil serius dengan ayat-ayat
Al-Quran yang dibaca atau didengar dan
tidak bersikap seperti orang yang pekak atau buta.
✅ Selalu berdoa untuk keselamatan
dan kesejahteraan pasangan dan anak-anak.
Doa khusu yang diajar oleh Al-Quran ialah :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah
kepada kami pasangan kami dan keturunan
kami sebagai penyejuk hati (kami), dan
jadikanlah kami pemimpin bagi
orang-orang yang bertakwa.”
Cantik kan 12 sifat hamba Allah di atas?
Sudah pasti Allah akan sayang kepada
hamba-hambanya yang bersifat sedemikian.
Jom kita cuba amalkan. InsyaAllah kita
akan selamat di dunia dan di akhirat.😊❤️
Mostrar más ...
MALAM CINTA RASUL 30/12/2022
MALAM CINTA RASUL
MELAKA SERAMBI MADINAH
DATARAN SEJARAH AYER KEROH MELAKA
30 DECEMBER 20222