El servicio también está disponible en tu idioma. Para cambiar el idioma, pulseEnglish
Best analytics service

Add your telegram channel for

  • get advanced analytics
  • get more advertisers
  • find out the gender of subscriber
CategoríaSin especificar
Ubicación del canal e idioma
Sin especificar

all posts UmmiHumairaEdukids 🦋🍄

Perkongsian bahan pendidikan; Kredit kpd orang perseorangan/cikgu2 di pelbagai platform 🎁 Bahan Bantu Mengajar 🏻Education/Parenting Tips/motiv Produk Pendidikan: 🌻 Edutoys 📚 Buku Nota/PdPC 📝 Lembaran Kerja 🎈 Bahan Bantu Mengajar wasap.my/60199397878 
Mostrar más
3040
~9
~26
2.96%
Calificación general de Telegram
Globalmente
4 480 600lugar
de 7 296 546
Archivo de publicaciones
Jom mewarna 😍 Sementara nak tunggu berbuka, boleh juga anak2 buat aktiviti mewarna ni. Kredit Bbm Nafsiah 🥰
6
0
6
0

sticker.webp

6
0
Antara tanda ada terdetik ‘putus asa’ pada anak : 😞 rasa buntu 😞 rasa kecewa 😞 rasa gagal 😞 rasa tak ada harapan 😞 rasa tak peduli Seteruk apa pun anak kita jangan pernah ada rasa putus asa. Putus asa ini buat kita makin jauh dengan anak bukan dekat!
6
0
Korang boleh dapatkan sekarang Mini Hamper dari Mommy Happy..
6
0
6
0
6
0
MasyaAllah.. keluarga yang hebat! 😍👏 Inilah yang dinamakan “Keluarga Al-Quran” Semuanya hebat dan suara merdu bila membaca atat suci Al-Quran. 🥰🥹 . Ya Allah kurniakanlah kesihatan yang terbaik dan umur yang berkat buat mereka sekeluarga. Aamiin.. ❤️🤲 . . Kredit Video : TT atinridwan07
6
0

file

6
0

sticker.webp

5
0
4
0
4
0
4
0
5
0
5
0
6
0
9
0
10
0
10
0
Assalamualaikum selamat pagi semua,🤗 Salam Ramadan ke-7 🌸 Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kita harini🌸 Jangan putus asa dan keep fighting ✨
9
0

file

8
0
𝟱 𝗭𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 1️⃣ اَشْهَدُ اَن لَا إِلٰهَ إِلَّا الله Aku bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah 2️⃣ اَسْتَغْفِرُ الله Daku memohon keampunan Allah 3️⃣ أَسْأَلُكَ الْجَنَّة Aku memohon kepada-Mu Syurga 4️⃣ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ Dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka [HR Ibnu Khuzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban] 5️⃣ اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ ،تُحِبُّ الْعَفْوَ ،فَاعْفُ عَنِّي Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Zat Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan, maka ampunilah daku. [HR Tirmidzi 3513]
Mostrar más ...
9
0

sticker.webp

10
1

sticker.webp

1
0
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* Ya Allah, panjangkanlah umur kami dan sahabat² kami dalam kebaikan, kesihatan mental dan fizikal yang berterusan. Dan terangilah hati kami semua dengan keimanan, serta dijauhkan daripada segala musibah dan malapetaka. *اَللّٰهُمَ صَلِّى عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* *آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن*
9
0
14
0
13
0
12
0
10
0
KEBERKATAN HIDUP Jenis-jenis keberkatan: 1. Keberkatan dalam hidup Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama. Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam. 2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya) Contohnya: Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur. 3. Keberkatan pada rezeki Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah. Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia. 4. Keberkatan pada ilmu Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. 5. Keberkatan pada rumah Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah. 6. Keberkatan pada keluarga Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah. 7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi. Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. 8. Keberkatan pada pekerjaan Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat. Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya. SEMOGA BERMANFAAT
Mostrar más ...
12
0
🌙 POSTER AKTIVITI MEWARNA SEMPENA RAMADAN Kredit:cikgu ayu
8
0
7
0
7
0
7
0
Bila adik beradik bergaduh apa nak buat? Cara saya mudah. Mereka bergaduh sebab kurang mahir sosial skil. ✅ saya ajar mereka bertolak ansur, tak kira siapa salah sama-sama tolak ansur ✅ saya ajar mereka ikut giliran. Jika berebut mainan, boleh gilir gilir main. ✅ saya ajar bersabar & minta maaf. Yang salah saya suruh minta maaf, yang betul saya ajar bersabar. ✅ saya ajar berkasih sayang. Abg / kakak kena sayang adik, adik pula kena hormat abg / kakak.
Mostrar más ...
8
0
7
0
7
0
7
0

file

7
0
7
0
6
0
TIPS UNTUK SERONOK BACA AL QURAN . 1. Pastikan mempunyai bacaan yang baik. Baca dengan bertajwid. . 2. Pilih waktu yang menenangkan seperti sebelum atau selepas subuh, selepas maghrib dan juga isyak. . 3. Bersihkan diri daripada segala sebab yang boleh menyebabkan susah untuk berbuat ketaatan seperti maksiat. Jaga mata. Jaga lidah. . Orang yang biasa melihat maksiat,mana mungkin boleh berlama lamaan melihat  Al Quran.Begitu juga dengan orang yang tidak menjaga lidahnya. . 4. Perbuatan yang baik dengan perbuatan tidak baik, sama sekali tidak akan bergabung sekali. Maka kau harus memilih. . 5. Paksa sehingga timbul rasa tidak sempurna hari tersebut tanpa Al Quran. . Terus berusaha.❤🙌
Mostrar más ...
9
0
9
0
13
0
Jangan pernah ragu dengan rezeki anak. Orang kata anak ni pembawa rezeki tapi makin ramai anak makin tak cukup pulak rasa. Ni nak raya pasti dah mula berkira kira untuk kelengkapan raya anak. Murah atau mahal tak penting, yang paling penting ialah anak rasa gembira. Antara tanda tanda rezeki tu berkat ialah keluarga yang bahagia. - Kurangkan belanja pada kehendak peribadi tapi fokus dulu pada keperluan keluarga. - Elak membazir membeli secara berlebihan atau barang yang tidak perlu. - Remeh macam mana pun rai juga pemintaan anak kita, jika itu buat dia gembira. Ikut kemampuan. - Berikan yang terbaik bukan asal boleh atau barang terpakai pada anak. - Ada anak cerewet dia mengalahkan mak datin, layankan je dah itu karakter dia. Jika tak mampu usaha beri ikut kemampuan. - Anak anak bukan kisah pasal harga pun tapi dia cuma nak apa yang dia berkenan je. Anak kita 4 bulan dalam rahim lagi dah di tiup rezekinya. Usah ragu, beri yang terbaik pada anak. Makin gembira dia, makin berkat rezeki kita. InsyaAllah..
Mostrar más ...
13
0
9
0
[Kita Sebenarnya Idoa Anak] Salam Jumaat yang barokah, semoga banyak kebaikan dapat kita tonjolkan kepada anak-anak; semudah senyum, mengucapkan kata-kata baik dan memeluk mereka. Kredit : Maznah Ibrahim
8
0
7
0
😊 Nak anak lebih ceria sepanjang hari? 👉🏻 Ia sebenarnya bermula dari suasana sebelum tidur yang tenang dan gembira. 👉🏻 Anak yang sedih atau dimarah sebelum tidur, akan bangun pagi dalam keadaan emosi yang tak stabil. 🍁 Ada 3 waktu yang beri impak besar dalam hidup anak kita: ✔️ Waktu yang pertama ialah 3 minit pertama lepas anak bangun dari tidur. ✔️ Waktu yang kedua ialah 3 minit pertama selepas anak pulang dari rumah pengasuh atau dari sekolah. ✔️ Waktu yang terakhir ialah 3 minit pertama sebelum anak hendak tidur.
Mostrar más ...
1
0
🌷 Nak bahagiakan anak sulung? 🌷 Anak sulung ni special sangat dalam hati seorang ibu ♥️ Dialah anak, dialah teman, dialah kawan, dialah pendengar, dialah penyerap tekanan dan dialah segalanya bagi seorang ibu Ada kajian menunjukkan bahawa Deep Talk ni boleh tingkatkan happiness level anak anak Deep Talk ni buatkan anak terutamanya anak sulung rasa difahami, didengari dan dicintai Cara nak Deep Talk dengan anak sulung : 🗣️ Bertenang dulu 🗣️ Jangan gopoh 🗣️ Bercakap dari hati ke hati 🗣️ Jangan tanya soalan surface sangat 🗣️ Banyakkan tanya soalan dari hati ke hati contohnya : " Hmm. Kak Long bahagia tak dengan Mama? " " Apa Kak Long paling nak sangat dalam dunia ni? Cuba Kak Long cerita kat Ummi" "Abang Long suka Mama jadi Mama yang macam mana? Cuba Abang Long kongsi kat Mama" p/s : Deep Talk ni nampak je simple tapi buatkan anak sulung kita rasa sangat dihargai dan dia akan rasa sangat bahagia dalam hatinya 💓
Mostrar más ...
9
0
11
0
😊 Nak anak lebih ceria sepanjang hari? 👉🏻 Ia sebenarnya bermula dari suasana sebelum tidur yang tenang dan gembira. 👉🏻 Anak yang sedih atau dimarah sebelum tidur, akan bangun pagi dalam keadaan emosi yang tak stabil. 🍁 Ada 3 waktu yang beri impak besar dalam hidup anak kita: ✔️ Waktu yang pertama ialah 3 minit pertama lepas anak bangun dari tidur. ✔️ Waktu yang kedua ialah 3 minit pertama selepas anak pulang dari rumah pengasuh atau dari sekolah. ✔️ Waktu yang terakhir ialah 3 minit pertama sebelum anak hendak tidur.
Mostrar más ...
14
0
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ       وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ "Kekayaan bukan diukur dengan banyaknya kemewahan dunia, namun kekayaan yang sejati adalah hati yang selalu merasa cukup"
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
13
0
16
0
DOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN RUMAH DI SYURGA 🌹 Doa ini adalah doa yang dibacakan oleh Saidatina Asiah binti Muzahim yang merupakan isteri kepada Fir'aun ketika mengharapkan pertolongan Allah SWT agar menyelematkan beliau daripada kezaliman Fir'aun dan kaumnya sendiri.  Firman Allah SWT : وَضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوا امْرَاَتَ فِرْعَوْنَۘ اِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِيْ عِنْدَكَ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ وَنَجِّنِيْ مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهٖ وَنَجِّنِيْ مِنَ الْقَوْمِ الظّٰلِمِيْنَۙ Maksudnya: Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, isteri Fir‘aun, ketika dia berkata, “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir‘aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim,” (Surah At-Tahrim ayat 11) Di dalam Tafsir Al-Jalalain, dikisahkan pada suatu hari Fir'aun menyiksa Saidatina Asiah dengan cara mengikat kedua tangan dan kedua kakinya. Didadanya pula diletakkan kincir air yang besar dan dihadapkan ke matahari yang terik. Ketika orang yang diperintahkan Fir'aun untuk menjaga Asiah pergi, maka Malaikat memeliharanya dari sinaran matahari tersebut. Asiah berkata, “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga. Maka Allah SWT menampakkan kepadanya sebuah rumah di syurga sehingga beliau merasakan siksaan yang dialaminya itu ringan, (dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya) dari siksaannya terhadap diriku (dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim). Setelah itu Allah SWT mencabut rohnya. Wallahua'lam. Bagi sesiapa yang sedang bersedih hati, amalkanlah doa yang dibacakan oleh Saidatina Asiah ini. Moga dengan doa dan pengharapan kepada Allah SWT melalui doa ini dapat meringankan segala rasa duka, sedih, pilu dan segala perasaan yang berada di hati, insyaAllah. 😢 Mudah-mudahan Allah Ya Mujib memakbulkan doa kita dan dikurniakan kelapangan jiwa serta dirawat segala kesedihan yang melanda. Moga Allah menggantikan kesedihan dari kerasnya ujian di muka bumi ini dengan ganjaran Syurga yang tak ternilai indahnya, Allahumma aamiin 🤲 Semoga perkongsian ini bermanfaat🌹 Asma' binti Harun & Tim Penyelidikan
Mostrar más ...
16
0
12
0
🥵 Anak asyik merajuk? 🥵 Sebenarnya mak mak ni ada satu teknik yang boleh : 💓 Ikat hati anak-anak 💓 Bina memori terdalam anak 💓 Isi tangki emosi anak Apa teknik tu? Tekniknya adalah : Mom's Cooking Mak mak tak sedar sebenarnya memasak untuk anak-anak ni buatkan hati anak anak jadi mudah taat dan create deep memories yang akan diingati anak sampai bila-bila Sebab tu bila seorang ibu meninggal, yang anak-anak paling rindukan biasanya adalah masakan ibunya. Aduh sebak la pulak 😢 p/s : Mak mak biasanya tak perasan benda ni sampailah terpaksa berjauhan dengan anak suatu hari nanti
Mostrar más ...
12
1
10
0
9
0
*[PEDOMAN PARA WANITA ISTIMEWA RAMADAN]* Assalamualaikum wbt Dijemput para saudari pencinta majlis ilmu untuk menghadiri program *Pedoman Para Wanita Istimewa Ramadan Siri ke-2* 😊 Butiran program adalah seperti berikut: Tajuk: *Puasa Kunci Syukur Hakiki* Panel: Dr Nurul Asiah Fasehah binti Muhammad (Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM) Tarikh: 26 Mac 2023 (Ahad) Masa: 11.00 pagi - 12.00 tengahari *Khusus wanita sahaja* Program akan dijalankan secara *online*, sila ikuti telegram Pedoman Para Wanita untuk mendapatkan link:
Mostrar más ...
Pedoman Para Wanita 🌷
Link Telegram Group Kupasan Buku Risalah An-Nur: https://t.me/joinchat/79F9zQtJlAo3YWU1 Link rakaman kelas Risalah Annur: https://linktr.ee/risalahannur
9
0
8
0
9
0
9
0
Waktu Bulan Ramadan Banyakkan Berdoa Kerana Doa Pada Bulan Ramadan Sangat Mustajab. . Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.
9
0
8
0
7
0
7
0
Semoga setiap doa yang kita utuskan setiap pagi ini diberkati Tuhan.  Permulaan hari yang baik dimulakan dengan hati yang bersih dan doa yang terbaik buat orang sekeliling kita. Moga semua dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan kesihatan yang baik. Assalamualaikum dan selamat pagi ❤️
6
0
Assalamualaikum, salam sejahtera semua Usahawan Mommyhappy ❤️ Ramadhan sudah tiba ✨ Women Edition class pada bulan ini gonna be so special. 🥰 Kita bawakan seorang motivator, YBhg. Ustazah Dato' Siti Nurbahyah untuk mengupas topik semasa yang bersesuaian dengan kehidupan seorang usahawan wanita. Butiran sesi adalah seperti berikut: ✅ Topik: Wanita Bekerjaya, Keluarga Bagaimana? ✅ Tarikh: 25/03/2023 (Sabtu) ✅ Masa: 10.00am - 11.00am ✅ Platform: Zoom () Jumpa Sabtu nanti. Bagi yang join program ini secara live, 5 orang peserta bertuah akan menerima hadiah hamper Ramadhan dari Mommy Happy 🤗 Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Mostrar más ...
Join our Cloud HD Video Meeting
Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, conference, huddle, and training rooms, as well as executive offices and classrooms. Founded in 2011, Zoom helps businesses and organizations bring their teams together in a frictionless environment to get more done. Zoom is a publicly traded company headquartered in San Jose, CA.
7
0
8
0
9
0
Assalamualaikum selamat pagi semua 🤗 Salam Ramadan ke-3 Semoga dipermudahkan segala urusan dan  dimurahkan rezeki kita harini🌸 Jangan putus asa dan keep fighting semua nya ✨
9
0
Kehidupan di dunia ini bukan kehidupan yang sebenar dan hakiki melainkan ia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari bekal. Bekal untuk menuju ke mana? Tak lain tak bukan menuju ke negeri abadi dan hakiki yakni hari akhirat. Hari yang tiada penghujung. Hari di mana kematian itu sendiri dimatikan. Jadi, rugilah manusia yang masih menganggap dunia ni tempat untuk bersedap-sedap dan berseronok-seronok. - Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub - Muhasabah Diri
10
0
10
0
🕊اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga dapat di golongkan dengan orang-orang soleh Aamiin2 Allahumma Aamiin ✨
1
0
10
0
Assalamualaikum selamat pagi semua usahawan Mommy Happy,🤗 Salam Ramadan ke-2 Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kita harini🌸 Jangan putus asa dan keep fighting semua nya ✨
10
0
Hebatnya bersedekah. Ia memperluas rezeki dan mempermudahkan urusan yang sukar. Ini 10 kelebihan sedekah yang tak kita sedari: . 1. Harta tidak menjadi kurang. . 2. Memperoleh pahala berlipat kali ganda. . 3. Bukti keimanan kita kepada Allah SWT. . 4. Masuk syurga melalui pintu sedekah. . 5. Menghapuskan dosa. . 6. Selamat dari musibah dan kecelakaan. . 7. Mendapat naungan di hari akhirat. . 8. Ubat kepada penyakit. . 9. Menjauhkan seseorang daripada api neraka. . 10. Terlindung dari mati yang buruk. . Hulurkan seikhlas kita. Jika tidak mampu beri wang ringgit, sedekahlah melalui kudrat kita. . Sama ada membantu memudahkan urusan orang lain, atau paling tidakpun sedekahkan senyuman manis kalian pada orang di sekeliling hari ini. . Hiasi setiap hari kita dengan memperbanyakkan sedekah. . . Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Mostrar más ...
10
0
8
0
8
0
🥰 Apa yang anak inginkan dari seorang ayah? ✅ Anak suka lihat cara ayahnya melayan ibu dan keluarga. Dari situlah dia belajar tentang kasih sayang. ✅ Dipuji dan diberi sokongan oleh ayah. “Ayah bangga dengan abang.” “Ayah yakin abang boleh buat.” Disinilah kepercayaan dirinya terbina. ✅ Anak ingin tahu cara ayah menguruskan stress, tekanan dan masalah dalam hidup. Ketenangan seorang ayah itulah yang akan membantu anak mengurus hidupnya kelak.
8
0
🥵 Anak suka cakap kasar? 👉🏻 Di mata anak, ayah adalah idola sejati mereka. 🍓 Mereka akan tiru: ✔️ cara ayah bercakap ✔️ cara ayah berjalan ✔️ mimik muka ayah ✔️ cara ayah makan minum ✔️ cara ayah tidur 🍓 Sebab tu, ayah kena tunjukkan tingkahlaku yang baik di depan anak. 🍓 Anak mana tahu beza baik buruk. Apa idola dia buat, dia tiru sebijik sebijik je. Besarkan tanggungjawab ayah? 😉
8
0
8
0
Semoga setiap doa yang kita utuskan setiap pagi ini diberkati Tuhan.  Permulaan hari yang baik dimulakan dengan hati yang bersih dan doa yang terbaik buat orang sekeliling kita. Moga semua dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan kesihatan yang baik. Assalamualaikum dan selamat pagi ❤️
8
0
10
0
11
0
11
0
11
1
11
0
Assalamualaikum dan selamat pagi 🌹 Salam Ramadhan Al Mubarak ❤️ Ramadhan adalah bulan pengampunan. Jadi, jom kita sama2 banyakkan selawat dan beramal ibadat kepada Allah pada bulan mulia ni ya 🥰 Hadapilah ujian dan dugaan dengan senyuman 💕 Kalau mampu bersedekah, bersedekahlah.. kalau tak mampu sedekah dengan cara senyuman ☺️ Semoga pintu rezeki dibuka utk kita pada bulan mulia ini 🌹
12
0
13
0
16
0
16
0
13
0
*Kaji ulang Bab Puasa* *Syarat Wajib Puasa* :- 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Sehat 5. Bermukim (Tidak Musafir) 6. Suci (Dari Haid Dan Nifas) *Syarat Sah Puasa* :- 1. Islam 2. Berakal & Mumayyiz 3. Suci (Dari Haid Dan Nifas) 4. Nyata masuknya bulan Ramadhan *Rukun-Rukun Puasa*:- 1. Orang Yang Puasa 2. Berniat 3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa *Perkara Yang Membatalkan Puasa* :- 1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja 2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka. *Seperti* (lubang hidung, telinga, mulut dan lubang kemaluan) 3. Muntah Dengan Sengaja. 4. Keluar Haid & Nifas 5. Gila 6. Murtad 7. Keluar Mani Dengan Sengaja 8. Bersetubuh Di Siang Hari *Perkara Sunah Ketika Puasa* :- 1. Segera Berbuka Puasa 2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis 3. Baca Doa 4. Melambatkan Bersahur 5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan 6. Sentiasa Bersedekah 7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat 8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh *Makruh Ketika Puasa* :- 1. Suntik 2. Berbekam 3. Berkumur-Kumur 4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan 5. Mandi Yang Berlebihan 6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah *5 HAL YG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA* 1. Berdusta 2. Ghibah 3. Ado Domba 4. Sumpah palsu 5. Memandang seseorang dgn nafsu sahwat 6. mengeluarkan kata kata keji, cacian maki *Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :- 1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh 2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat) 3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas 4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa 5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara² Yang Membatalkan Puasa 6. Orang Yang Pitam/Mabuk 7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga *Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:- 1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1½ Liter Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.. Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 3 Liter Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan) 2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh 3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa 4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya) 5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1½ Liter Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya *Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :- Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :- 1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P (Sekiranya Tidak Mampu) 2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya) 3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat *Tingkatan Puasa*:- 1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak 2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas 3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin *Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :- 1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran 2. Orang Musafir 3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah 4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga 5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu *Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat*
Mostrar más ...
12
0
Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.. In Syaa' ALLAH والله اعلم...
12
0
❤️Ahlan Ya Ramadan🤲 شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." [Surah al-Baqarah 185] Bulan yang menjanjikan 1001 kebaikan dan ganjaran. Pelbagai tawaran istimewa daripada Allah swt untuk hamba-hambaNya yang beribadah di sepanjang bulan Ramadhan. Setiap amalan dibayar pahala berganda. Moga Allah mengizinkan kita beribadah di bulan yang mulia ini. 🤲Ramadan Mubarak❤️✨
Mostrar más ...
10
0
10
0
9
0
Última actualización: 10.11.22
Política de privacidad Telemetrio