cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

UmmiHumairaEdukids 🦋🍄

Perkongsian bahan pendidikan; Kredit kpd orang perseorangan/cikgu2 di pelbagai platform 🎁 Bahan Bantu Mengajar 🏻Education/Parenting Tips/motiv Produk Pendidikan: 🌻 Edutoys 📚 Buku Nota/PdPC 📝 Lembaran Kerja 🎈 Bahan Bantu Mengajar wasap.my/60199397878

Mostrar más
Advertising posts
272Suscriptores
Sin datos24 hours
-17 days
-230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Ok dah cukup 9 😂 Sejuk hati isteri bila dapat suami yang 'turun padang' urus anak anaknya sendiri. Ni 9 ciri Involved Father 👇 1. Suka bersembang tentang anak-anak 2. Tak perlu pelawa, memang dia turun tangan untuk urus anak anak 3. Tak perlu bagitahu, memang dia suka bantu isterinya urus dan didik anak anak 4. Dia memang amik tahu betul betul urusan sekolah & akademik setiap anak anaknya 5. Dia sangat suka bila ada perjumpaan dengan guru sekolah 6. Dia tak rasa 'annoying' pun bila isterinya kongsi screenshot dan penulisan tentang ilmu parenting 7. Dia suka ambil tahu tentang perkembangan dan milestone anak anaknya 8. Kadang ada yang betul betul sibuk tapi tak lupa untuk update perkembangan akademik anak anak daripada isterinya 9. Selalu cari jalan untuk bersembang dan ada 'Quality Time' dengan anak anak Ya Allah. Jadikanlah pasangan hidup kami ibubapa yang menjadi penyejuk mata hati kami sekeluarga. Kami tahu kami masih jauh daripada menjadi mak ayah yang terbaik untuk anak anak kami maka jadikanlah kami ibubapa yang sentiasa memperbaiki diri kami hingga kami menjadi yang terbaik buat anak anak kami sendiri aamiin Kredit : Dr Taufiq Razif
Mostrar todo...
Sejuk hati isteri bila dapat suami yang 'turun padang' urus anak anaknya sendiri. Ni 9 ciri Involved Father 👇
Mostrar todo...
Kunci kebahagiaan dan ketenangan itu adalah jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Mungkin kita tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang hidup mereka. Dia ada rezeki dia, kita ada rezeki kita. Dia bahagia dengan cara dia, kita bahagia dengan cara kita. Istilah bahagia tidak sama bagi setiap orang. Kadang hati jadi tidak tenang kerana kita terlalu sukar untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Maafkanlah walaupun tidak dapat mengubah apa yang sudah terjadi, tapi sekurang-kurangnya dapat melatih hati menjadi lembut dan baik. Oleh itu, berdamailah dengan semua orang, pasti hadir ketenangan dan kebahagian dalam diri. Kredit: Kamilah Shafie
Mostrar todo...
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu 2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu 3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu 4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu 5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian 6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal 7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
Mostrar todo...
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa 👇
Mostrar todo...
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi. 2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui: i. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau ii. UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888. 3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih. DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 12 April 2024 #upkk2023 #malaysiamadani #pelanalfalah #kafa
Mostrar todo...