cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Hidayah Milik Allah

Perkongsian ilmu dunia dan akhirat. Sahaja aku berniat untuk sebarkan manfaat ilmu agamaMu, maka engkau permudahkanlah urusan hambaMu ini,aamiin Ya Allah Ya Mujib....Istiqomah itu Indah

Mostrar más
Advertising posts
270Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
-230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

26 SIFAT SOMBONG Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Ada Pada Diri Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri... Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga. 1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan. 3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja. 4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja. 5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan. 6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain. 8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain. 9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya. 10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf. 12. Orang sombong suka dihormati. 13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar. 14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu. 15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain. 16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain. 17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri. 18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain. 19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan. 20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja. 21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya. 22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain. 23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. 24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan. 25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain. 26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira. Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim Semoga memberi manfaat. (Dipetik daripada Ustaz Iqbal Zain) #muhasabahdiri
Mostrar todo...
Nak jemput korang yang tak pernah buat wakaf FTR join sekali wakaf untuk hari jumaat ni boleh? kadang masa posting ke blast tu ada juga rasa risau orang marah ke, rasa kita spam ke. Terus cepat-cepat pasakkan niat pada diri dan doa senyap-senyap. 😌😌😌 Yaa Allah ampunilah aku andai apa yang aku buat dan ajak mereka berwakaf ni mereka tak selesa dan mereka marah. Lembutkan hati mereka ya Allah kerana ini saja cara yang aku ada untuk buat dakwah dan ajak mereka berwakaf. Jentikkanlah hati mereka untuk merasa senang dengan mesej ni dan berwakaf. Pilihlah mereka kesyurga ya Allah. Kurniakan mereka saham berpanjangan dari asbab sedekahtunjariah (wakaf) ni ya Allah. Sape nak join support dakwah ftr tekan link dkt bawah tu na. Baca detail satu-satu na dekat landing page wakaf fahamkan misi visi betul-betul. Jangan skip tau. Kena faham sungguh-sungguh. Moga usaha kami berhasil sebarkan manfaat ilmu.aamiin 👇👇👇 wakaf dekat sini  https://bit.ly/KunciRezeki_WakafFTR
Mostrar todo...
Repost from Nadir Al-Nuri
Repost from Nadir Al-Nuri
Maaf saya kongsikan video ini dari awal pagi, agar sekurang-kurangnya sepanjang hari ini kita tidak lupa kepada mereka. Tidak ada apa lagi yang terkata, hanya usaha yang cuba diteruskan agar walau dari jauh, kita dapat memujuk mereka yang kita masih ada, kita masih bersama. Walaupun kami tidak dapat memulangkan ayah ke pangkuanmu wahai anakku, sekurangnya kami akan cuba memastikan yang perutmu terisi, dingin tubuhmu diselimuti. Itu yang paling kurang yang dapat kami lakukan. Sahabat-sahabat sekalian, pasukan dan rakan kerjasama kita di sana sedang giat mengagihkan puluhan ribu pek makanan dan makanan panas kepada penduduk khususnya di sebelah utara G. Sumbangan kalian diperlukan agar usaha ini tidak putus. Jom bantu kami mencapai sasaran dan menyebarkan kebaikan. Bersama kita mampu melakukannya. Jom mulakan Jumaat ini dengan sedikit kebaikan. Jom mulakan Jumaat ini dengan memberikan mereka sebutir harapan. Salurkan sumbangan kalian ke https://swiy.co/nadiralnuri. Kongsikan kebaikan ini.
Mostrar todo...
BEREBUT SEDEKAH JUMAAT Jangan biarkan Hari Jumaat kita berlalu pergi dengan sia sia. Rebut peluang untuk melipat gandakan pahala dengan amal soleh. Sedekah memberi kebahagiaan .. Sedekah Menenangkan jiwa .. Sedekah solusi doa dimakbulkan Allah. “Dan janganlah kamu bertangguh-tangguh (dalam besedekah) sehinnga sampainya(nyawamu) dikerongkong (hamper mati)” –Riwayat al -Bukhari,no. 1353- Sedekah paling baik salah satunya adalah SEDEKAH ILMU. Sudahkah anda berwakaf hari ini? Gandakan pahala sedekah MELALUI WAKAF ILMU inshaAllah, tekan link dibawah:- https://bit.ly/KunciRezeki_WakafFTR Sesungguhnya biar amalan ini akan menjadi peneman kita di akhirat kelak. Aamiin
Mostrar todo...
Salam Nuzul Quran daripada FTR Exclusive. Jom berwakaf buku FTR https://bit.ly/KunciRezeki_WakafFTR
Mostrar todo...
Semoga Allah selesaikan segala kesempitan dan hutang-hutang kita dengan asbab amalan sedekah wakaf kita. 𝘚𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯,𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢. Jom beri ilmu kepada pelajar dengan wakaf buku FTR sini dengan niat nak Allah redha. Gandakan pahala sini: https://bit.ly/KunciRezeki_WakafFTR
Mostrar todo...
Repost from Hidayah Milik Allah
Zikir Pagi & Petang 🌥 رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُولًا "Aku redha Allah sebagai Rabb (Tuhan) kami, dan Islam sebagai agama kami dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul kami." 🤍 -Baca 3 kali pagi, 3 kali petang
Mostrar todo...
Inicia sesión y accede a información detallada

Te revelaremos estos tesoros después de la autorización. ¡Prometemos que será rápido!