cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki Melimpah Ruah4u

Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖 Semoga bermanfaat😊

Mostrar más
Advertising posts
381Suscriptores
Sin datos24 hours
-17 days
-330 days
Archivo de publicaciones
Hebatnya pesanan Imam as-Syafi'e tentang travel 🌍✈️❤️ . Merantaulah... Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang. Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa. Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran. Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang. Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan. Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya. Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima manfaat, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan kehidupan, memperoleh ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai orang. 📘 Kitab Diwan as-Syafi'e, Oleh Imam as-Syafi'e
Mostrar todo...
Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Jawab Imam Al-Ghazali : "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia."
Mostrar todo...
REZEKI Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya. Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri. Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha. Credit kepada penulis.
Mostrar todo...
Carilah seseorang yang tahu baik buruk kita tetapi tetap bersama kita.. Tahu kekurangan kita tapi tetap ingin bersama kita.... Tahu kisah silam kita tapi tetap mahu membimbing kita... Sentiasa Menerima kita tanpa bersebab... Tahu kita tak seperti yang dia inginkan tapi dia tetap ada dengan kita... Dia yang sentiasa Ikhlas menerima seadanya agar satu saat kita tidak dipersiakan.... Hargailah bila dah jumpa mungkin dia ada 1 dalam 1000... Dan pada satu saat nanti dia tidak menyalahkan akan takdir dan ketentuan yg telah dia jalani....
Mostrar todo...
Dia makan gaji. Gaji dia sebulan RM15k. Secara puratanya, gaji dia sehari ialah RM500. Ianya bermaksud, gaji dia untuk 1 jam ialah RM62.50 (8 jam bekerja). Dek kerana sibuk dengan kerjaya (dia perasan yang dia terlalu sibuk, walhal tak sibuk mana pun), dia terpaksa membeli setiap hari di Bazar Ramadan setiap hari untuk santapan berbuka. Dia merungut, katanya habis RM100 untuk membeli makanan setiap hari. Katanya peniaga cekik darah, jual nasi arab jer pun, mesti ambil untung terlalu banyak, sampaikan dituduh nak pergi haji balik hari. Suatu hari, ntah mana datang kerajinan dia untuk memasak untuk keluarganya sendiri masakan nasi arab. Dia pun pergi membeli barang-barangnya. Dia pun tanya saya apakah barang-barang yang perlu dibeli, terkejut dia, banyak bahan-bahan yang mahal seperti beras Basmathi, ayam dan kambing, itu belum termasuk barang yang kecil-kecil lagi. Hampir RM80 juga dia habis. Masa yang dia habiskan ke pasar adalah 2 jam termasuk pergi dan balik dari rumah. Dek kerana dia ni hanya memasak Nasi Arab kali pertama dalam hidupnya, dia perlukan 3 jam untuk memasak makanan tersebut. Jom kita kira berapakah nilai RM yang dia habiskan untuk memasak Nasi Arab. RM80 + 2 Jam + 3 jam = RM80 + (RM62.50×2) + (RM62.50×3) = RM392.50. Bayangkanlah, untuk dia masak Nasi Arab, dia perlu korbankan RM392.50, saya genapkan RM400 termasuk duit petrol dia pergi ke pasar tadi. 😁😁😁 Beli yang dah siap masak, RM100 sahaja. Masak sendiri nilainya RM400. Akhirnya dia sudah sedar, mana satu yang berbaloi dalam hidupnya. PS: Sebab itu kita kena sentiasa empati dalam semua perkara yang kita tidak mampu buat. Jangan persoalkan keuntungan orang lain, try lah buat dahulu nak tau boleh atau tidak berbisnes untung besar untuk pergi haji balik hari. 😁😁😁😁 Kredit: Nassry Mardee Ismail IV
Mostrar todo...
Beli FTR, confirm rezeki melimpah. Yeke? Taklah! 😏 Kena amal ilmunya. Tengok sis ni. Dia amal apa yang dipelajari. Dan Allah bantu dia. (Lihat komen) Nak Allah bantu? Buat apa yang Allah suka. Semua formula dalam FTR adalah formula untuk buat Allah suka. Allah sayang. Best ke best? Credit : kak kirah Nak dikejar Rezeki?? Klik sini : http://bit.ly/Rahsia121Rezeki
Mostrar todo...
* MENDERASKAN REZEKI * MENAIKKAN SERI WAJAH * MEMPERTINGKATKAN PROCESS AWET MUDA * MEMBERIKAN KETENANGAN KE TAHAP ALPHA * MEMELIHARA KESABARAN DAN KEROHANIAN DALAMAN DIRI * TAMPIL LEBIH BERKEYAKINAN DAN BERKARISMA TINGGI *MENGUATKAN DAYA PENARIKAN ANDA *MENSTABILKAN EMOSI, SPIRITUAL, MENTAL DAN FIZIKAL * MENGUBAH PERASAAN DAM PEMIKIRAN KE ARAH YANG LEBIH POSITIF * MEREDAKAN STRESS DAN KEMURUNGAN * MEMBANTU TIDUR NYENYAK KE TAHAP DELTA * MENGHARUMKAN AURA TUBUH ANDA Wasap.my/601121295914/ZenRezeki
Mostrar todo...
Lebih baik berniaga dari meminta-minta. . Orang berniaga sungguh adalah lebih baik daripada orang yang meminta-minta kerana mereka mendapatkan rezeki melalui hasil usaha mereka sendiri. . Berniaga sudah tentulah mahukan keuntungan. . Siapa yang berniaga mahu rugi? Tiada. Sebab matlamat berniaga adalah membuat keuntungan. . Masalah ramai pembeli atau customer adalah mereka sibuk mengira-ngira keuntungan peniaga. . Itu sama sekali salah dan tidak boleh. Sebab banyak faktor yang berbeza setiap peniaga yang tak boleh dinilai dengan untung pun. . Saya selalu cakap dengan hasben. Pa jangan kira untung orang. Kita beli je kalau nak beli. Kalau taknak beli diam. Sebab kita tak tahu apa struggle dia nak menjual tu. Nak beli susu anak ke. Nak buat sedekah ke. Nak bayar staff dia ke. Kita sibuk kira untung dia kenapa. Komitment setiap orang tak sama. Kalau kita rasa taknak beli. Kita cari je orang lain. . Sekarang ni kita nak beli ikut kemampuan kita. Cari yang sesuai dengan kita dan bukannya mengira-ngira untung orang lain yang berniaga. Sebab dalam berniaga nak ambik untung seribu kali ganda pun takda masalah. Dan mereka tidak salah. Tengok pada demand dan supply dan tengok pada jenis barang. Kawalan atau bukan. . Nabi kita berniaga. Sahabat pun berniaga. Orang berniaga ni mulia sebab mereka tak meminta-minta. Mereka usaha. Buat marketing pun kos. Beli barang modal niaga pun kos. Bil letrik segala pun kos. Staff nak bayar gaji pun kos. Nak sara keluarga anak isteri bagi mak ayah pun kos. Kos hospital sakit pening pun kos. Rumah sewa ofis sewa dan lain-lain pun kos. . Kita beli dengan dia itulah namanya rezeki. Rezeki dia dan rezeki kita. Allah atur. Usah cerca rezeki Allah atur. Kalau kita was-was nak beli sebaiknya mintaklah petunjuk Allah. Niatkan yang baik-baik semasa membeli. Mungkin kita kadang tak sedar rupanya yang berniaga seorang anak tahfiz yang berjuang untuk yuran sekolah tahfiznya, makannya minumnya. Daripada dia meminta-minta kan lebih baik dia hidupkan sunnah dengan berniaga. Doa orang yang di dalam dadanya Al quran ni mustajab inshaaAllah. Apatah lagi yang berniaga sambil berdakwah. Lagi mulia. Allah sayang dan suka. . Kita? Supportlah peniaga muslim kita kerana Allah. 🥰 . InshaaAllah lurusnya niat kita. Mudahlah rezeki kita Allah nak gandakan lagi. . Semoga dapat sesuatu. . Jika anda ada masalah rezeki... . Learn More tentang FTR klik sini ya. Cuba baca. Sangat Membantu untuk anda yang nak elakkan masalah rezeki makin bertambah besar. bit.ly/Rahsia121Rezeki Nora Yusof #PenulisFTR
Mostrar todo...
TERGIGIT LIDAH... Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah. Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar. Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya. "Encik, nak memesan makanan?" “Ya, tapi aku tak ada duit" "Tak mengapa, saya beri percuma". Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang. “Kenapa encik ?" “Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah. Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku. Pemilik warung itu berkata, "Encik, Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu, ... Sedangkan ... Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..." Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu. Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih, ... Tapi ... Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama Bertahun-tahun, Aku tak pernah berterima kasih. Lelaki itu terus balik ke rumah. Sampai sahaja di pintu rumah, dia melihat isterinya yang berwajah cemas. Ketika melihat suaminya, Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah "Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam." Selepas mendengar isterinya berkata begitu, Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya . Sahabatku, Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari. Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima. Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita. Berterimakasih lah kepada : Ayah - Ibu... kita Isteri / Suami... kita Adik beradik... kita Jiran... kita Rakan2 office... kita Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita Hidup itu Indah, kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ... Belajar menerima apa adanya ... Ketika GELAP , baru tersedar apa erti TERANG . Ketika KEHILANGAN, baru tersedar apa erti MEMILIKI Ketika BERPISAH, baru tersedar apa erti PERTEMUAN. Kelmarin sudah TIADA, Esok belum TIBA, kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA. MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita. Dalam kehidupan NYATA, kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR. Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN. Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING. Yang REMEH kerap dipermasalahkan, tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI. @quotephotovideo 🌸🌸🌸 CP.
Mostrar todo...
PERNGOBANAN SEORANG WANITA YANG BERHIJRAH Ketika kamu telah memutuskan untuk BERHIJRAH ! Maka bersiap-siaplah. Kamu akan kehilangan duniawimu, Kamu akan kehilangan banyak kawan diwaktu senang, Untuk beberapa saat kamu akan sendirian menyendiri. Ini memang sudah risikonya, Ini HARGA yang harus dibayar untuk sebuah perubahan kearah KEBENARAN. Bersiap-siaplah pula, Kerana ini bukan jalan yang mudah ! Akan ada banyak sekali UJIAN-UJIAN dan rintangan. ISTIQOMAH kamu akan DIUJI. Hatimu akan di bolak-balikkan. Bersiap-siaplah, Tapi Tenang, Ada Allah SWT yang MAHA PENGASIH, Allah SWT tidak mungkin tega melihat Hamba-NYA Berjuang sendirian tanpanya sahabat. Allah SWT pasti akan mendatangkan seseorang untuk menemanimu didalam HIJRAH. Membantumu terus ISTIQOMAH. Dan memudahkan langkahmu menuju Jannah. Harus YAKIN ! Harus SABAR ! Dan teruslah berbaik sangka kepada Allah SWT. Sudah Allah SWT siapkan segala sesuatu yang terbaik bagimu. Maka YAKINLAH ! Bahawa segala sesuatu yang telah Ditakdirkan untukmu tidak akan Allah SWT biarkan menjadi milik orang lain. Maka Tenanglah wahai Jiwa-Jiwa yang Tenang, Jalan HIJRAH bukanlah jalan yang mudah, Tetapi Allah SWT menjanjikan keindahan pada akhirnya. Jadi BERSABARLAH, Dan sentiasalah tersenyum....😊
Mostrar todo...
HOT DESY PERFUME Bukan perfume biasa... Selain bau dia yang elegan HOT DESY PERFUME mengandung pheromone yang boleh membuat orang² sekitar anda terpikat dengan anda dari bau perfume yang anda tebarkan!!💚 Perfume ini jawaban untuk anda para wanita!!! Bagi anda yang bekerja sebagai seorang yang ramai jumpa customer anda boleh pakai perfume ini untuk membuat customer anda 'tertarik' dan selesa berbincang dengan anda Bagi anda wanita single yang tengah mencari pujaan hati,, tak payah la pakai make up tebal² just spray perfume ni.. Sebab lelaki lebih tertarik wanita yang harum dari pada wanita yg pakai make up tebal -Trust me- 💚 Untuk anda para suri rumah, perfume ni boleh buat 'hangatkan' hubungan rumah tangga anda,, Meh 'goda' suami anda dengan perfume ni 💚 Untuk anda para Lelaki...Hadiahkanlah perfume ini kepada pasangan anda, agar pasangan anda senantiasa harum sepanjang hari 💚 Tunggu apa lagi?? Jom dapatkan sekarang juga untuk diri sendiri atau orang tersayang 💚 CARA HOT DESY BEKERJA ================= Dalam Ilmu Hypnosis, salah satu cabang Ilmu Mind Control ada satu Istilah yang disebut sebagai Anchor . Anchor merupakan salah satu cara "Shot Cut " untuk Merangsang Minda Bawah sedar mengingati sesuatu data. Caranya mudah. 1. Anda cuma senyum tanpa alasan selama 20 saat dan Spraykan Hot Desy di kedua belah nadi anda. 2. Ulangi lagi Senyum & Cium Aroma Hot Desy - Ulangi lagi 3. Cium & Senyum lagi dan lagi... KEMUDIAN 4. Jangan Senyum atau cuba tahan Senyuman anda & Cium Aroma Hot Desy di Tubuh anda dan Lihat apa yang terjadi. Apa yang terjadi adalah . Walaupun anda cuba menahan Senyuman anda . Tapi Otak anda akan membuat anda tersenyum sendiri. Tanpa anda mampu hentikan senyuman anda. Inilah Keajaiban Otak Manusia & Produk Hot Desy , akan mengenali sebuah Rangsangan Senyuman yang diCiptakan Oleh Hot Desy . Inilah kenapa saat anda menggunakan Hot Desy anda akan terasa ceria , happy , bahagia sepanjang hari . Jika suasana hati anda bahagia, sepanjang hari anda akan happy . 1. Anda akan lebih mudah menerima senyuman dari Orang lain . 2. Anda lebih mudah happy di bandingkan dengan orang lain 3. Jika anda Happy , Hati anda akan memancarkan Vibration Rezeki. 4. Anda mudah Close Sale dengan Mudah . 5. Jika anda masih Gadis - Anda mudah membuat Jejaka tersenyum dengan anda . 6. Jika anda telah berumahtangga - Ceritanya sudah berbeza. Kerana rangsangan yg di ciptakan bukan sekadar senyuman . Tapi Sebuah kebahagiaan dalam Rumahtangga. Anda akan melihat Suami anda akan menjadi lebih liar terhadap anda. 7. Oleh kerana sistem Otak lelaki dan Wanita mempunyai kemiripan yang sama . Maka rangsangan yang sama juga dapat anda gunakan terhadap Isteri kesayangan anda. Dengan cara ini hot desy dapat menyelamatkan Rumahtangga seseorang dan Merawat Trauma Serta meningkatkan pendapatan . Sehingga anda menjadi seorang yg BERNILAI & BERHARGA . Apabila anda bernilai anda akan dicari oleh orang lain ...disinilah anda mula membina Network untuk memberi nilai tambah dalam hidup orang lain. Anda di lihat sebagai Manusia yg menjadi penyelamat hidup orang lain. UBAH PERFUME ANDA - UBAH HIDUP ANDA Hot Desy - Kandungan 30 ml https://url.squarelet.com/acH8 Wasap.my/601121295914/Pheromone_parfume_HotDesy
Mostrar todo...
Charge gelombang orgonite ni pada serum Eloy dan minyak wangi hot desy yg hakak guna agar diliputi gelombang protection... Sblm ni brg merawat wajah hakak selalu kena sebotaj dgn seseorg tu.. Semoga Allah menjauhkan org jahat tu dari idup Riyanti Ramly . Riyanti Ramly.
Mostrar todo...
FUNGSI & KEBAIKKAN ELOY SERUM   ✅Menghilangkan je ra wat & je rag at. ✅Sesuai untuk kulit par ut & j er awat. ✅Mence ra hkan kulit wajah. ✅Melindungi kulit dari sinar uv. ✅Melembatkan pen ua an. ✅Mengawal minyak pada kulit. ✅Melembabkan kulit & mera wat kulit kering. ✅Mengurangkan pi gm ent asi kulit. ✅Mengurangkan garis halus pada wajah. ✅Melembutkan & menganjalkan kulit. ✅Mencantikkan & menyihatkan kulit. NAK DAPATKAN ELOY Wasap.my/601121295914 Cara Guna : 3 Titis Di Dahi - Pipi dan Bawah Dagu - Untuk Rawatan Kulit Boleh gunakan Setiap 4 Jam .  Untuk Penjagaan Kulit : Pagi & Malam Sebelum Tidur 
Mostrar todo...
Ramai orang terpikat selepas 7 hari, Flawless + licin habis wajah. . Pergi mana mana pun kena puji lepas wajah berseri memakai serum Eloy yang harga tak sampai Rm100 . . Pergi kerja cuma guna serum dan sunscreen je.. takyah nak makeup bagai dah ok.. Nampak kulit glow tanpa makeup! - Kak Norwati . ✅ Muka glowing dalam 7hari ✅ Anti penuaan ✅ Mengecilkan pori pori ✅ Menegangkan kulit ✅ Mengecutkan jerawat ✅ Mengurangkan pigmentasi . Bonus Percuma Kelas Rahsia Wanita Sunda kepada yang ambil 3botol hari ini untuk membangkitkan aura bidadari &kejelitaan Terhad kepada 15 orang sahaja hari ini . Lelaki awak comfirm tak pandang perempuan lain dah Klik link dibawah sekarang. Wasap.my/601121295914/SerumEloyMemikat
Mostrar todo...
Kelebihan guna Eloy Serum Kesan Sepantas 7 Hari ✅Cerahkan Kulit ✅Melembapkan kulit ✅Anti penuaan ✅Mengecilkan pori pori ✅Menegangkan kulit ✅Mengecutkan Jerawat ✅Mengurangkan pigmentasi ✅Memudarkan Jeragat + ✅Percuma Gelang Emas ✅Percuma Rantai Emas ✅Cabutan Bertuah Barangan Elektronik ✅Discount 30% ✅Percuma Kelas Kecantikan Wanita Bernilai RM500 Ws Tuna Wasap.my/601121295914
Mostrar todo...
Waliyullah Pak Su Mid Kuala Nerang yang meninggal semalam ada kongsikan amalan dalam menghadapi dunia akhir zaman. Moga kita dan seluruh ahli keluarga kita berkumpul di syurga Allah. #MinguanWanita #temansetiapwanita
Mostrar todo...
Ramainya yang pergi menghantar Arwah Paksu Mid.. SIAPAKAH ARWAH PAKSU MID YANG BARU MENINGGAL DUNIA? Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1926 - Sekarang ) Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran. Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah . Diantara guru beliau ialah : 1. Syeikh Abu Bakar Palestin 2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok 3. Pak Da Eil Mekah 4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 . Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang. Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah: 1) Hilyatul Auliyak 2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 3) Khozinatul Asror Beliau pernah berkata bahawa , beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja . Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat. Ramai ulamak yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah. Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa. Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan. Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah : 1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah. 3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka. 4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga. 5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah. 7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran. #santuniUlamak #sekadarperkongsian Sumber: Ulama' Besar Alam Melayu
Mostrar todo...
Orang kata, apabila memandang ke arah sesiapa, gunakan cermin. Jangan gunakan kanta pembesar. Kalau guna kanta, nampak jelas segala buruknya. Yang kecil boleh jadi besar. Yang setitik boleh jadi sebukit. Kalau guna cermin, Insya-Allah akan terbias diri kita sendiri. Kalau tidak suka tabiatnya yang malas membantu, boleh nampak juga adakah kita sendiri punya sifat itu? Kalau kita tak suka dia berlagak, tanya diri kita, sifat itu ada pada kita atau tidak? Memang Allah selalu bantu kita untuk muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang dihantar hamba-Nya yang lain untuk bantu kita refleksi diri. Yang penting, kita kena tanya hati. Mahu berubah atau tidak? Mahu jadi lebih baik atau tidak? Kalau mahu berubah, Alhamdulillah. Kalau tidak mahu, terpulanglah. Hidup di dunia ini bukan lama mana. Kalau nak diikutkan ego kita, hmm ... menjawablah di akhirat sana. 🥀☕️ @bicarabulanofficial
Mostrar todo...
MUHASABAH DIRI Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorg pun yg terlepas. Di dunia ini kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat, ttp bila di Pdg Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walau pun jaraknya 500 perjalanan lg, semua org dlm ketakutan dan semua org takkan terlepas dari tuntut menuntut. Org lelaki paling banyak dituntut di akhirat... Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yg akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yg akan menuntut pahalanya di akhirat. Begitu juga ibubapa yg sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yg sakit, mak ayah kata dia redha ttp di akhirat nanti semuanya akan dituntut. Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak. Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa2 orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu. Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yg ambil mudah... Contoh: suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sbb akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur. Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tetapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri. Di dunia ini jika suami membiarkan isteri2 dan anak2 mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak2 akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tetapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut. Itu belum lagi bab dalam berkawan... Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan2, kita biarkan kawan2 kita dlm kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan2 akan dtg menuntut hak kpd kita. Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangan ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa sahaja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab. Seorg perempuan beragama Islam yg mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan2 yg menegur dia utk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan2nya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yg tidak menutup aurat itu akan menuntut semua pahala dari kawan2 yg tidak menegurnya. Nampak? Ini antara hak seorg kawan... Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sahabat. #Ustazah Asma' Harun.
Mostrar todo...
Setiap manusia, Allah jadikan sangat istimewa. Mungkin tidak di mata orang lain, tapi tersangatlah istimewa pada seseorang 🥀☕️ @bicarabulanofficial
Mostrar todo...
Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim, hadis sahih) 4. BERZIKIR DAN BERISTIGHFAR Ketika berlakunya gerhana, Rasulullah SAW menggalakkan untuk kita memperbanyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT. Dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata; خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ رَأَيْتُهُ قَطُّ يَفْعَلُهُ وَقَالَ هَذِهِ الْآيَاتُ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنْ { يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ } فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَار Maksudnya:“Ketika terjadi gerhana matahari, Rasulullah SAW berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.” (HR Bukhari, hadis sahih) 5. BERSEDEKAH Daripada ‘Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda. أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا يُخْسَفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا Maksudnya: “Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah SWT, bertakbirlah serta perbanyakkan bersedekah.” (HR Abu Daud, hadis sahih) HUKUM SOLAT GERHANA Dalam mazhab Syafii, mendirikan solat sunat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT: وَمِنْ أَيٰتِهِ الَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُۗ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلّٰهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ Maksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.” (Surah Fussilat: 37) WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA Solat gerhana bulan boleh dilakukan bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan tamat dengan berakhirnya gerhana serta naiknya matahari. TIDAK HARUS MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA KETIKA: 1. Bulan menjadi terang kembali kerana cahaya matahari tidak lagi dihalang oleh bumi. 2. Apabila terbit matahari hingga bulan tidak lagi kelihatan walaupun gerhana bulan berlaku ketika itu. Namun, jika matahari terbit tetapi bulan yang sedang gerhana masih kelihatan, maka solat sunat gerhana masih boleh dilakukan. TATACARA MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA Berdasarkan kepada mazhab Syafii, ketika berlakunya gerhana, solat ini masih boleh dilaksanakan walaupun berada dalam waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat). Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia dilakukan dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri, pada tiap-tiap satu rakaat. Secara ringkasnya adalah seperti berikut: RAKAAT PERTAMA 1. Niat. 2. Takbiratul Ihram. 3. Membaca surah al-Fatihah. 4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah. 5. Rukuk dan membaca 100 kali tasbih. 6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah. 7. Membaca surah Ali 'Imran atau mana-mana surah. 8. Rukuk dan membaca 90 kali tasbih. 9. Iktidal. 10. Sujud. 11. Duduk antara dua sujud. 12. Sujud.
Mostrar todo...
RAKAAT KEDUA 1. Membaca surah al-Fatihah. 2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah. 3. Rukuk dan membaca 70 kali tasbih. 4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah. 5. Membaca surah al-Mai'dah atau mana-mana surah. 6. Rukuk dan membaca 50 kali tasbih. 7. Iktidal. 8. Sujud. 9. Duduk antara dua sujud. 10. Sujud. 11. Membaca tasyahud akhir. 12. Memberi salam. 13. Khutbah gerhana. 🔸 Sunat menyaringkan suara pada bacaan al-Fatihah dan surah lain ketika solat sunat gerhana bulan. 🔸 Mazhab Syafii menyatakan sunat untuk melakukan khutbah selepas solat gerhana ini. MENGAPA DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA SURAH YANG PANJANG DALAM SOLAT GERHANA? Hal ini adalah kerana Aisyah r.a., berkata: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ Maksudnya: "Telah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah SAW lalu Baginda mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri." (HR al-Bukhari, hadis sahih) Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan dalam kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari mengenai lamanya Baginda SAW berdiri bahawa: Disebutkan dalam hadis Ibnu Abbas seperti yang disebutkan setelah empat bab iaitu: فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى Maksudnya: "Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama." Abu Daud juga meriwayatkan melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz: قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان Maksudnya: "Baginda SAW membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. Walau bagaimanapun, surah panjang tersebut hanyalah sekadar surah yang disarankan untuk membacanya ketika menunaikan solat gerhana. Boleh juga jika kita membaca mana-mana surah yang lain seperti surah al-A'la, surah al-Ghashiyah, surah al-Syams, surah al-Zalzalah dan sebagainya. NIAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (bersendirian) أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للَّهِ تَعَالَى Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.” Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (berjemaah) أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا/مَأْمُومًا للَّهِ تَعَالَى Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.” Mari sama-sama kita memperbanyakkan amalan ketika berlakunya gerhana bulan seperti yang telah disarankan Rasulullah SAW, mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan sentiasa menjadikan kita hamba Allah yang mengharap Syurga dan redaNya 🌹 RUJUKAN 1. Ensiklopedia Solat (Rohidzir Rais, Fuad ismail dan Mohd. Wahid Abd. Hanif). 2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan 3. Laman Web Rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 4. Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan 5. Khutbah Gerhana Bulan Separa Semoga bermanfaat buat semua.🌹 SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🌹 Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan #UAHSahabatDuniaAkhirat
Mostrar todo...
ADAKAH BENAR FENOMENA GERHANA TANDA HAMPIRNYA KIAMAT? 🌕 Salah satu tanda besar kiamat adalah apabila berlakunya 3 gerhana. Ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: Daripada Huzaifah bin Asid al-Ghifari berkata: "Telah muncul Rasulullah SAW di samping kami apabila kami sedang berbincang. "Maka Baginda SAW bertanya: "Apa yang kamu bincangkan?" Mereka menjawab: "Kami sedang membicarakan perihal al-Sa’ah (hari Kiamat)." Lalu Nabi SAW bersabda: إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ - فَذَكَرَ - الدُّخَانَ، وَالدَّجَّالَ، وَالدَّابَّةَ، وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنَ الْيَمَنِ، تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ Maksudnya: “Sesungguhnya ia (hari Kiamat) tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelum daripadanya sepuluh tanda.” “Baginda SAW menyebut (tanda-tanda tersebut): Asap, Dajjal, al-Dabah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Nabi Isa anak kepada Maryam, Ya’juj dan Ma’juj dan tiga gerhana iaitu satu gerhana di Timur, satu gerhana di Barat dan satu lagi gerhana di rantau atau jazirah Arab. Seterusnya, yang terakhir adalah keluarnya api dari Yaman yang menghalau manusia ke Mahsyar mereka.” (HR Muslim, hadis sahih) NAMUN GERHANA BULAN PENUH PADA HARI INI BUKANLAH GERHANA SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN DALAM HADIS DI ATAS. InsyaAllah, kita akan berpeluang menyaksikan fenomena ini pada 8 NOVEMBER 2022/ 13 RABIULAKHIR 1444, mulai jam 5:09 petang dan berakhir pada jam 8:49 malam. Tetapi, apa yang lebih penting adalah, apakah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang boleh kita contohi ketika berlakunya gerhana bulan? PERINGATAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BERLAKUNYA GERHANA 1. MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH Dalam hadis Aisyah r.a. disebutkan: فَإِذَا رَأَيْتُمْ كُسُوْفًا فَاذْكُرُوْا اللهُ حَتَّى يَنْجَلِيَا Maksudnya: “Apabila kamu melihat gerhana, ingatlah kepada Allah sehingga kedua-duanya kembali tenang.” (HR Muslim, hadis sahih) 2. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT GERHANA Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan Baginda bersabda: “Maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari). (HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih) 3. BERTAKBIR, TAHMID DAN TAHLIL Dari Abdurrahman bin Samurah berkata: بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِي بِأَسْهُمِي فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لَأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّيَ عَنْ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ Maksudnya: “Pada suatu waktu di masa Rasulullah SAW ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah SAW apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali.
Mostrar todo...
"Yang paling buruk adalah orang yang berada dalam bidang NASIHAT MENASIHATI tapi dialah si jahat hati" #drtuah
Mostrar todo...
Setiap waktu Subuh Allah swt turunkan Malaikat. Tugasnya mendoakan orang yang BERSEDEKAH SUBUH hari. . Amalan ini wallahu sangat dasyat, manfaat banyak untuk menyembuhi penyakit, memakbulkan hajat, memudahkan urusan dan mendapatkan hajatnya. . Waktu sedekah subuh itu sentiasa doa, Ya Allah dengan berkat sedekah ini, mudahkan perjalanan kerja ku, Ya Allah dengan berkat sedekah ini mohon sedekahkan pahala kepada kedua ibubapa ku, Ya Allah berkat sedekah ini kurniakan aku anak penghafal Al-Quran. Amiin. . Jadikan amalan sedekah waktu subuh setiap hari. In shaa allah moga-moga apa yang kita doa Allah swt makbulkan. . Wakaf sedekah infak buku FTR semoga ilmu yang diamalkan pahala sentiasa mengalir.. Klik link dibawah untuk sedekah wakaf.. https://bit.ly/WakafSahamAnda
Mostrar todo...
﷽ ketika kamu memutuskan untuk berhijrah, Maka bersiaplah, Kamu akan kehilangan duniamu Kamu akan kehilangan banyak sekali teman Untuk beberapa saat kamu akan sendirian, ini sudah risiko Ini harga yang harus dibayar untuk sebuah perubahan. Bersiaplah pula, Kerana ini bukan jalan yang mudah Akan ada banyak sekali ujian dan rintangan Istiqomah mu akan di uji Hatimu akan di bolak-balik Bersiaplah, Tapi tenang, Ada Allah yang maha pengasih, Allah nda mungkin tega melihat hambaNYA berjuang sendiri tanpa kawan Allah pasti akan mendatangkan seseorang untuk menemani mu dalam hijrah Membantu mu Istiqomah Dan memudahkan langkah mu menuju jannah. Harus yakin, harus sabar Dan teruslah berbaik sangka kepada Allah Allah baik kan, Sudah Allah siapkan segala sesuatu yang terbaik bagimu Yakinlah, Bahwa segala sesuatu yang telah ditakdirkan untuk mu tidak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Maka tenanglah wahai hati Jalan hijrah bukanlah jalan yang mudah tapi Allah menjanjikan keindahan pada akhirnya. Jadi bersabarlah,dan jangan lupa senyum♡ Kredit to owner.
Mostrar todo...
kita semua pernah terasa hati dalam relationship, but bila kita nak luahkan iainya menjadi punca berlaku gaduh & salah faham. sebab tu ramai sekarang memilih untuk pendam dan diam. 🥀☕️ @bicarabulanofficial
Mostrar todo...
Bila kita melihat orang yang berjaya, jangan kita simpan rasa cemburu buta. Perangai makhluk Allah yang berhati kurang cantik, pantang tengok orang lain senang dan bahagia mesti akan cungkil idea untuk malukan si fulan, sakitkan hati dan perasaan dia, mengaibkan dia dengan mengungkit kesilapannya, persendakan kekurangannya, dan melupakan kebaikannya. Walaupun kita kata tiada niat kita sebegitu tapi Allah Maha Tahu apa yang ada dalam hati kita, kawan. Jangan pandang orang saja yang jahat, diri sendiri yang sentiasa betul dan baik. Andai kita anggap sebegini, kitalah sebenarnya jahat. Jahat dalam diam. 🥀☕️ @bicarabulanofficial
Mostrar todo...
99 kebaikan kamu pada manusia, mereka boleh lupa semuanya hanya kerana 1 khilafmu terhadap mereka. Tapi... 99 keburukan perilakumu terhadap Allah, sekali gus Allah terus lupakan atas asbab 1 penyesalanmu iaitu taubat. DIA lebih memilih yang SATU itu. Bezanya antara Allah dan manusia. 🥀☕️ @bicarabulanofficial
Mostrar todo...
Ilmu rumahtangga bersama😍 “Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi 'magnet rezeki'.” Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga. Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. Kata Ustaz Ebit Lew, “Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.” Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka. Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa. “A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.” Begitulah.. Kredit to owner
Mostrar todo...