cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki Melimpah Ruah4u

Tips tips dan amalan rohani yang mengundang rezeki, dan menenangkan jiwa dengan Ilmu dari buku 121FTR sekiranya anda ada masalah kewangan,keluarga atau jiwa tidak tentram sukar untuk bahagia??? Pilihan anda tepat jika anda di sini💖 Semoga bermanfaat😊

Mostrar más
Advertising posts
381Suscriptores
Sin datos24 hours
-17 days
-330 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Hebatnya pesanan Imam as-Syafi'e tentang travel 🌍✈️❤️ . Merantaulah... Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang. Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang. Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa. Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran. Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang. Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan. Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya. Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima manfaat, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan kehidupan, memperoleh ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai orang. 📘 Kitab Diwan as-Syafi'e, Oleh Imam as-Syafi'e
Mostrar todo...
Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Jawab Imam Al-Ghazali : "Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia."
Mostrar todo...
REZEKI Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya. Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri. Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha. Credit kepada penulis.
Mostrar todo...
Carilah seseorang yang tahu baik buruk kita tetapi tetap bersama kita.. Tahu kekurangan kita tapi tetap ingin bersama kita.... Tahu kisah silam kita tapi tetap mahu membimbing kita... Sentiasa Menerima kita tanpa bersebab... Tahu kita tak seperti yang dia inginkan tapi dia tetap ada dengan kita... Dia yang sentiasa Ikhlas menerima seadanya agar satu saat kita tidak dipersiakan.... Hargailah bila dah jumpa mungkin dia ada 1 dalam 1000... Dan pada satu saat nanti dia tidak menyalahkan akan takdir dan ketentuan yg telah dia jalani....
Mostrar todo...
Dia makan gaji. Gaji dia sebulan RM15k. Secara puratanya, gaji dia sehari ialah RM500. Ianya bermaksud, gaji dia untuk 1 jam ialah RM62.50 (8 jam bekerja). Dek kerana sibuk dengan kerjaya (dia perasan yang dia terlalu sibuk, walhal tak sibuk mana pun), dia terpaksa membeli setiap hari di Bazar Ramadan setiap hari untuk santapan berbuka. Dia merungut, katanya habis RM100 untuk membeli makanan setiap hari. Katanya peniaga cekik darah, jual nasi arab jer pun, mesti ambil untung terlalu banyak, sampaikan dituduh nak pergi haji balik hari. Suatu hari, ntah mana datang kerajinan dia untuk memasak untuk keluarganya sendiri masakan nasi arab. Dia pun pergi membeli barang-barangnya. Dia pun tanya saya apakah barang-barang yang perlu dibeli, terkejut dia, banyak bahan-bahan yang mahal seperti beras Basmathi, ayam dan kambing, itu belum termasuk barang yang kecil-kecil lagi. Hampir RM80 juga dia habis. Masa yang dia habiskan ke pasar adalah 2 jam termasuk pergi dan balik dari rumah. Dek kerana dia ni hanya memasak Nasi Arab kali pertama dalam hidupnya, dia perlukan 3 jam untuk memasak makanan tersebut. Jom kita kira berapakah nilai RM yang dia habiskan untuk memasak Nasi Arab. RM80 + 2 Jam + 3 jam = RM80 + (RM62.50×2) + (RM62.50×3) = RM392.50. Bayangkanlah, untuk dia masak Nasi Arab, dia perlu korbankan RM392.50, saya genapkan RM400 termasuk duit petrol dia pergi ke pasar tadi. 😁😁😁 Beli yang dah siap masak, RM100 sahaja. Masak sendiri nilainya RM400. Akhirnya dia sudah sedar, mana satu yang berbaloi dalam hidupnya. PS: Sebab itu kita kena sentiasa empati dalam semua perkara yang kita tidak mampu buat. Jangan persoalkan keuntungan orang lain, try lah buat dahulu nak tau boleh atau tidak berbisnes untung besar untuk pergi haji balik hari. 😁😁😁😁 Kredit: Nassry Mardee Ismail IV
Mostrar todo...
Beli FTR, confirm rezeki melimpah. Yeke? Taklah! 😏 Kena amal ilmunya. Tengok sis ni. Dia amal apa yang dipelajari. Dan Allah bantu dia. (Lihat komen) Nak Allah bantu? Buat apa yang Allah suka. Semua formula dalam FTR adalah formula untuk buat Allah suka. Allah sayang. Best ke best? Credit : kak kirah Nak dikejar Rezeki?? Klik sini : http://bit.ly/Rahsia121Rezeki
Mostrar todo...
* MENDERASKAN REZEKI * MENAIKKAN SERI WAJAH * MEMPERTINGKATKAN PROCESS AWET MUDA * MEMBERIKAN KETENANGAN KE TAHAP ALPHA * MEMELIHARA KESABARAN DAN KEROHANIAN DALAMAN DIRI * TAMPIL LEBIH BERKEYAKINAN DAN BERKARISMA TINGGI *MENGUATKAN DAYA PENARIKAN ANDA *MENSTABILKAN EMOSI, SPIRITUAL, MENTAL DAN FIZIKAL * MENGUBAH PERASAAN DAM PEMIKIRAN KE ARAH YANG LEBIH POSITIF * MEREDAKAN STRESS DAN KEMURUNGAN * MEMBANTU TIDUR NYENYAK KE TAHAP DELTA * MENGHARUMKAN AURA TUBUH ANDA Wasap.my/601121295914/ZenRezeki
Mostrar todo...
Lebih baik berniaga dari meminta-minta. . Orang berniaga sungguh adalah lebih baik daripada orang yang meminta-minta kerana mereka mendapatkan rezeki melalui hasil usaha mereka sendiri. . Berniaga sudah tentulah mahukan keuntungan. . Siapa yang berniaga mahu rugi? Tiada. Sebab matlamat berniaga adalah membuat keuntungan. . Masalah ramai pembeli atau customer adalah mereka sibuk mengira-ngira keuntungan peniaga. . Itu sama sekali salah dan tidak boleh. Sebab banyak faktor yang berbeza setiap peniaga yang tak boleh dinilai dengan untung pun. . Saya selalu cakap dengan hasben. Pa jangan kira untung orang. Kita beli je kalau nak beli. Kalau taknak beli diam. Sebab kita tak tahu apa struggle dia nak menjual tu. Nak beli susu anak ke. Nak buat sedekah ke. Nak bayar staff dia ke. Kita sibuk kira untung dia kenapa. Komitment setiap orang tak sama. Kalau kita rasa taknak beli. Kita cari je orang lain. . Sekarang ni kita nak beli ikut kemampuan kita. Cari yang sesuai dengan kita dan bukannya mengira-ngira untung orang lain yang berniaga. Sebab dalam berniaga nak ambik untung seribu kali ganda pun takda masalah. Dan mereka tidak salah. Tengok pada demand dan supply dan tengok pada jenis barang. Kawalan atau bukan. . Nabi kita berniaga. Sahabat pun berniaga. Orang berniaga ni mulia sebab mereka tak meminta-minta. Mereka usaha. Buat marketing pun kos. Beli barang modal niaga pun kos. Bil letrik segala pun kos. Staff nak bayar gaji pun kos. Nak sara keluarga anak isteri bagi mak ayah pun kos. Kos hospital sakit pening pun kos. Rumah sewa ofis sewa dan lain-lain pun kos. . Kita beli dengan dia itulah namanya rezeki. Rezeki dia dan rezeki kita. Allah atur. Usah cerca rezeki Allah atur. Kalau kita was-was nak beli sebaiknya mintaklah petunjuk Allah. Niatkan yang baik-baik semasa membeli. Mungkin kita kadang tak sedar rupanya yang berniaga seorang anak tahfiz yang berjuang untuk yuran sekolah tahfiznya, makannya minumnya. Daripada dia meminta-minta kan lebih baik dia hidupkan sunnah dengan berniaga. Doa orang yang di dalam dadanya Al quran ni mustajab inshaaAllah. Apatah lagi yang berniaga sambil berdakwah. Lagi mulia. Allah sayang dan suka. . Kita? Supportlah peniaga muslim kita kerana Allah. 🥰 . InshaaAllah lurusnya niat kita. Mudahlah rezeki kita Allah nak gandakan lagi. . Semoga dapat sesuatu. . Jika anda ada masalah rezeki... . Learn More tentang FTR klik sini ya. Cuba baca. Sangat Membantu untuk anda yang nak elakkan masalah rezeki makin bertambah besar. bit.ly/Rahsia121Rezeki Nora Yusof #PenulisFTR
Mostrar todo...
TERGIGIT LIDAH... Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah. Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar. Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya. "Encik, nak memesan makanan?" “Ya, tapi aku tak ada duit" "Tak mengapa, saya beri percuma". Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang. “Kenapa encik ?" “Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah. Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku. Pemilik warung itu berkata, "Encik, Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu, ... Sedangkan ... Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..." Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu. Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih, ... Tapi ... Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama Bertahun-tahun, Aku tak pernah berterima kasih. Lelaki itu terus balik ke rumah. Sampai sahaja di pintu rumah, dia melihat isterinya yang berwajah cemas. Ketika melihat suaminya, Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah "Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam." Selepas mendengar isterinya berkata begitu, Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya . Sahabatku, Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari. Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima. Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita. Berterimakasih lah kepada : Ayah - Ibu... kita Isteri / Suami... kita Adik beradik... kita Jiran... kita Rakan2 office... kita Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita Hidup itu Indah, kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ... Belajar menerima apa adanya ... Ketika GELAP , baru tersedar apa erti TERANG . Ketika KEHILANGAN, baru tersedar apa erti MEMILIKI Ketika BERPISAH, baru tersedar apa erti PERTEMUAN. Kelmarin sudah TIADA, Esok belum TIBA, kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA. MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita. Dalam kehidupan NYATA, kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR. Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN. Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING. Yang REMEH kerap dipermasalahkan, tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI. @quotephotovideo 🌸🌸🌸 CP.
Mostrar todo...