cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Shaziela Aswad

Mostrar más
Malasia42 625El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad100 254
Advertising posts
490Suscriptores
Sin datos24 hours
-27 days
-630 days
Archivo de publicaciones
Inilah emas sebenar bernilai 15KG 😌 Rahsia penting tentang asas rezeki yang ramai orang tahu tapi tak sedar dan tak buat. rm29.90 sahaja. Nak dapatkan segera klik sini >>https://osini.co/RahsiaPintuRezeki
Mostrar todo...
Ujian itu datang dan pergi. Macam itu juga rezeki. Yang kekal bersama antara ujian dan rezeki itu satu sahaja. Kasih sayang Allah untuk kita. Dalam ujian ada kasih sayang. Dalam rezeki pun ada kasih sayang. Begitulah.
Mostrar todo...
Seorang Muslim yang hebat amalan sedekahnya bukan saja mendapat sanjungan di atas muka bumi ini, malah turut mendapat doa malaikat! Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut kemusnahan).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Setiap amalan sedekah yang dilaburkan akan ada gantinya daripada Allah SWT. Setiap sedekah akan digantikan dengan ganjaran pahala, limpahan rezeki berganda, menyihatkan tubuh badan dan mendapat keberkatan hidup. Jom kita zahirkan rasa kesyukuran kita menyambul Syawal dengan berwakaf! Semoga dengan wang tunai yang disumbangkan menjadi bekalan akhirat yang berkekalan buat anda, Insya Allah.
Mostrar todo...
Nak dapatkan rezeki ni Allah ajar kena memberi dulu. Kena invest dulu. Kena korban dulu. Baru Allah gantikan dengan rezeki yang lainnya. Contoh kalau nak rezeki dilipatgandakan sedekahlah Kalau nak keluarga bahagia, tunaikanlah nafkah Kalau nak rezeki bertambah, korbanlah dapatkan ilmu. Ia bukan soal duit habis sebab memberi sedekah. Ia bukan soal duit habis sebab menunaikan nafkah. Ia bukan soal duit habis belanja membeli buku. Tapi ia soal kesanggupan memberi ikhlas kerana mencari redha Allah. Kerana kunci kejayaan adalah terletak kepada kemampuan memberi dan juga kesanggupan berkorban. Jangan pelik kalau ketika kita sempit dan kemudian kita bersedekah. Allah tambah rezeki. Jangan pelik ketika rumah kita kucar kacir dan huru hara tapi apabila kita mencukupi yang wajib Allah menambahkan rezeki. Jangan pelik ketika kita buntu dan stuck tapi apabila kita berkorban bergolok gadai kerana mendapatkan ilmu buat kerana Allah. Allah hilangkan kesusahan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Jangan pelik ketika perniagaan kita hampir bankrap tapi apabila kita menunaikan hak terdahulu dengan lunaskan zakat yang tak pernah kita bayar perniagaan kita kembali maju. Jangan takut habis duit asbab memberi kerana janji Allah menambahkan rezeki. Cuma jalannya mungkin sakit kerana mahu mengajarkan kita keimanan, ketakwaan, kebergantungan dan tawakal yang tinggi hanya kepadaNYA pemberi rezeki. Nora Yusof. PenulisFTR t.me/ShazielaAswad
Mostrar todo...
Assalamualaikum wbt
Mostrar todo...
*12 KUNCI AWET MUDA⁣* *_☘️🌹بسْـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ🌹☘️_* *_اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ_* *1. TIDAK MEMBENCI⁣* Jangan sekali-kali membenci seseorang walaupun dia berbuat kesalahan kepadamu tetapi doakan dia untuk berubah dan menjadi baik⁣. ⁣ *2. TIDAK BERKELUH KESAH⁣* Jangan berkeluh kesah karena apa yang kita alami sebuah proses untuk kita menjadi lebih dewasa dalam banyak hal, sebaliknya perbanyaklah berdoa kepada Tuhan.⁣ ⁣ *3. HIDUP SEDERHANA⁣* Hidup sederhana walaupun punya kedudukan tinggi & harta melimpah karena apa yang kita terima semuanya titipan. ⁣ *4. BERPRASANGKA BAIK⁣* Senantiasa berfikir positif meskipun kerap ditimpa musibah karena dari setiap persoalan kita dapat merasakan bahwa Tuhan tidak pernah memberi cobaan melebihi kekuatan kita⁣. ⁣ *5. SELALU TERSENYUM⁣* Senyumlah walaupun hati terluka karena hinaan orang dengan satu pemahaman kita mengampuni dia karena dia tidak tau apa yang dia perkatakan kepada kita. ⁣ *6. SELALU MEMBERI⁣* Gemar memberi dan berbagi walaupun kita tidak berlebih karena kita sesungguhnya bendahara Tuhan didunia ini. ⁣ *7. BERDOA TANPA SEPENGETAHUAN MEREKA⁣* Jangan lelah dan jemu jemu selalu mendoakan sahabat-sahabat kita untuk kebaikan mereka tanpa sepengetahuannya.⁣ ⁣ *8. TIDAK DENGKI & IRI HATI⁣* Jangan iri & dengki dengan kejayaan dan kesuksesan teman-teman anda, karena setiap orang yang menerima lebih akan diminta lebih dalam hidup ini, sehingga kita tidak perlu iri⁣. ⁣ *9. MUDAH MEMAAFKAN⁣* Jangan merasa malas dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, karena terdapat kelegaan dan ketenangan dalam kita memaafkan⁣. ⁣ *10. HINDARI PERMUSUHAN⁣* Jangan menganggap orang yang berbeda pendapat sebagai lawan, karena sesungguhnya dia tetap saudara kita yang kita kasih dan sayangi⁣. ⁣ *11. BANYAK MEMBACA AL-QUR'AN⁣* Sebaik baik bacaan adalah Al-Qur'an. Beribu-ribu keutamaan dalam membaca Al-Qur'an. Setiap satu huruf ada 10 pahala dan disaksikan oleh malaikat. Rumah yang dibacakan Al-Qur'an akan terhindar dari syetan⁣. ⁣ *12. BANYAK MEMBACA SHOLAWAT⁣* Sholawat itu lebih ampuh dari pada segala mantra yang kita miliki. Tidak ada yang bisa mengalahkan keampuhannya daripada sholawat. Semakin banyak dibaca, semakin banyak kebaikannya.⁣ *SEMOGA BERMANFAAT*
Mostrar todo...
Apa sahaja yang terjadi kepada diri kita, belajarlah untuk kembali kepada Allah❤️ Jiwa yang tenang adalah jiwa yang tidak pernah tinggalkan Penciptanya🥰 Belanja Emoji ❤️ dekat posting ni kalau korang nak jadi orang yang tenang
Mostrar todo...
REDHA dengan apa yang ada pada diri kita. Kerana Allah akan beri apa yang kita perlukan. Tak kira baik atau buruk pasti ada penyebabnya yang Allah telah aturkan. Jadi jalani hidup anda dengan bahagia. InsyaAllah anda akan berjumpa dan letakkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah SWT. Dapat sesuatu? belanja emoji ❤️dekat posting ni skrg
Mostrar todo...
Sometimes bukan kita tak dapat sales sebab kita tak buat marketing. Dah buat marketing dari pagi ke malam tapi rezeki masih belum kunjung tiba. . . Tapi... Rupanya kita tak cukup selawat kita. Rupanya kita lupa istighfar kita. Rupanya kita lewatkan solat kita. Rupanya kita tinggal sedekah kita. Rupanya kita lalai zakat kita. . . Yang paling teruk. Kita hilang rasa syukur kita sepanjang hari dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dah usahakan. . . Allahu. Boleh jadi dosa-dosa kita menyekat rezeki sampai pada kita. Kita rungsing, risau, gelisah, sedih, moody, apa yang kita nak tak dapat-dapat. Rupanya ibadah kita sudah makin lama makin culas. Kita selalu salahkan marketing atau salahkan pelanggan yang tak membeli. Padahal kita bersalah besar dengan TUHAN. . . Ayuh muhasabah diri sebentar. . Mana tahu rezeki terbuka lepas kita muhasabah diri. Dan perbetulkan semula semuanya dari asas. 😇😊 . . Nora Yusof. #PenulisFTR #FTRExclusive #BacaBacaSENTAP.
Mostrar todo...
Assalamualaikum wbt
Mostrar todo...
Alhamdulillah,  syukur setelah kenal FTR mula belajar perbetulkan niat,  solat diawal waktu,  Rajin mengaji Al-Quran,  Solat Sunat Dhuha serta Istiqomah Zikir dan selawat. Belajar jadi pemaaf dan mengubah cara berfikir dari negatif kepada lebih positif. Credit: Syazana sharing pembaca FTR FTRExclusive #TimDaeiAisya #DakwahSampaiSyurga #BukuRezekiKelasPertama
Mostrar todo...
Kempen VOUCHER RAYA RM20 untuk pembaca FTR yang belum ada buku golden dan bagi mereka yang ingin memiliki buku ni. . OFFER SPECIAL NI ADALAH PENJIMATAN: 1. Potongan diskaun RM20 2. Hadiah Istimewa Sampul Raya Random . Boleh dapatkan PROMOSI ini daripada Usahawan & Agen FTR . JOM DAPATKAN SEKARANG https://osini.co/RahsiaPintuRezeki
Mostrar todo...
Sape2 yang taja 10 orang pelajar tak kisah pakej apa cikgu bg sijil penghargaan wakaf dan juga hadiah special. Meh dah lama ada ni tapi takda sape baca landing page ni ke macam mana he-3
Mostrar todo...
BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL Tarikh cadangan puasa 6 bagi tahun 2024 M/1445 H 22/4  (Hari Putih + Isnin) 13 Syawal 23/4. ( Hari Putih ) 14 Syawal 24/4. ( Hari Putih ) 15 Syawal 25/4. ( Khamis ) 16 Syawal 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal 2/5 ( Khamis ) 23 Syawal *Berhimpun 3 Fadhilat* 1. Puasa 6 Syawal 2. ⁠Puasa Isnin Khamis 3. ⁠Puasa Hari Putih
Mostrar todo...
*CARA MUDAH UNTUK JEMPUT REZEKI* Hidup ni tak lama Tuan Puan. Kurangkan merungut, banyakkan bersyukur. Share video ni sebagai tanda syukur. You are awesome!🥰👍🏻 #TZN Sebarkan kebaikan
Mostrar todo...
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya. "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan. Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar. Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis. Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia. Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama. Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. "Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .." Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar: Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia. Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Mostrar todo...
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil. Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada. Jadi Rezeki memang ditakdirkan... Tetapi .. BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aminnnn. Moral dari kisah ini - Janganklah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. - Bersyukur walaupun sedikit. - Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. - Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. - Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. - Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. - Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Wallahualam Perkongsian Syarifah Malihah Barakbah
Mostrar todo...
9 syawal Salam Duha. Firman Allah S.W.T: ۞ یَـٰبَنِیۤ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِینَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدࣲ وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ وَلَا تُسۡرِفُوۤا۟ۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِینَ “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [al-A’raf: 31]
Mostrar todo...
Assalamualaikum wbt
Mostrar todo...
❝Baca 7 Kali Surah ini Selesai Solat, Allah Melepaskan Kesusahanmu dan Melancarkan Rezekimu❞ . . Surah lazim Ini ringkas tapi besar manfaatnya. Dalam maknanya. . Ketika Nabi Allah Musa perlu memohon kepada Allah dilapangkan hatinya dalam urusan dakwah yakni doa Nabi Musa di dalam surah Toha: .رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا Rasulullah SAW, Allah kurniakan kelapangan dada ni bahkan sebelum baginda meminta أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ () وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ () الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ () وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ () فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا () فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ () وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu; dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu; bebanmu, Yang memberatkan punggungmu. Dan Kami telah memasyhurkan sebutanmu. Maka sesungguhnya di setiap masalah pasti disertai jalan keluar, sesungguhnya di setiap masalah disertai jalan keluar, Kemudian apabila engkau bertekad, maka berusahalah, Dan kepada Tuhanmu saja hendaklah kamu menaruh harapan.” . . Demikian hebatnya baginda Rasulullah. . . Surah Al Insyirah ini dan Al Quran sesungguhnya adalah syifa untuk kita. Antara kelebihan mengamalkannya: . . 1️⃣ Diberikan kelapangan dalam hidup. . Setiap dari Kita mesti nak kelapangan dalam hidupnya, dalam berumah tangga, dengan sesama Muslim serta dalam pekerjaan. Bacalah Surat Al Insyriah setiap hari. . . 2️⃣ Diberikan kemudahan dalam mencari rezeki. . Bacalah surat ini seusai melaksanakan Shalat Fardhu sebanyak 7 Kali. Lazimi setiap hari. Insya Allah akan dimudahkan semua urusan Rezeki Kita. . . 3️⃣Akan Dilapangkan Hatinya . Masalah yang bertubi-tubi MEMBUATKAN Kita rasa sempit dada. Dalam satu diantara ayatnya juga Allah berfirman, “Sesungguhnya bersama kesulitan ada keringanan. ” Ayat ni mengajar Kita untuk terus optimis Allah bakal menolong hambaNya selagi kita selalu memperbaiki diri serta memohon kepadaNya. . . 4️⃣Diberikan kekayaan yang melimpah. . Supaya hidup jadi lebih baik, mulai saat ini bacalah surat Al Insyirah seusai shalat fardhu sebanyak 40 kali. Amalkanlah sepanjang 7 hari berturut-turut. . . 5️⃣ Dikabulkan segala hajat . Jika Ada sebarang hajat cuba laksanakan solat sunat dua rakaat. Setelah solat, bacalah surat Al Insyirah sebanyak huruf dari surah itu. Kemudian mohonkanlah apa sebagai keinginan kita. . . Ini jugak salah satu ikhtiar kita dalam menjemput rezeki melimpah. Selain ikhtiar bumi yang sungguh2, tambah ikhtiar langit yang satu ni. . . Moga Allah berkenan melepaskan Kita dari kesulitan yang sedang dihadapi dan melapangkan dada dan rezeki kita seluas langit dan bumi😊 . . Siti Munirah A.Rashid Squad Elit FTR . . Dapat sesuatu? Jemput Komen YA BASITH Dan share mana tahu ada yang perlu ILMU dari post Ini😊 T.me/ShazielaAswad
Mostrar todo...
𝙆𝙚𝙨𝙖𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙣𝙘𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥𝙞 𝙐𝙟𝙞𝙖𝙣 Maka Tenang dan bertahanlah. Allah bersama orang yang Sabar. Isteri yang diuji dengan suami Suami yang diuji dengan isteri Suami isteri yang diuji dengan anak2 Suami isteri yang diuji dengan orang sekeliling Ujian kita tak sama. Tapi setiap hamba pasti diuji. Dan wajib bagi kita berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Nak tahuu Formula Asas Rezeki. Dapatkan Buku FTR disini https://osini.co/RahsiaPintuRezeki
Mostrar todo...
Testimoni fresh dari pembaca buku ftr
Mostrar todo...
Betul tu cikgu dengan ilmu yang bermanfaat dalam buku ftr hidup akak kembali *TENANG* Satu masa dulu hidup serabut dengan isu rumah tangga, hutang keliling pinggang, kerenah anak-anak yang masih kecil buat rasa hidup tertekan sebab tak tahu nak uruskan. Solat mengaji tapi masih serabut 💆🏻‍♀️..Sebab tak tahu dan faham apa yang kita baca dalam solat dan ayat Al-Quran. Doa tapi rasa *kenapa Allah tak makbulkan doa aku* rupanya cara kita berdoa itu salah dan terlalu mengharap balasan yang cepat sedang kan Allah itu sebaik-baik perancang dia bagi tepat pada masanya. Allahuuu jahil nya akak masa dulu-dulu sebelum baca buku ftr. Sekarang semua terjawab lepas baca buku ftr.Dan buku ftr ini lah hadiah yang lebih berharga dari sebentuk cincin pertunangan dan seutas gelang perkahwinan. Alhamdulillah usia perkahwinan kami dah 23 tahun semoga ia kekal ke Jannah.inshaAllah 🤲🏻🥰
Mostrar todo...
Duhai Saudara ku Apabila pada setiap Qalbu bangsa ini miliki cinta pada Rasulullahﷺ, Bangsa ini akan dimuliakan الله lantaran nama KekasihNya ada dalam Qalbu mereka. Sesungguhnya amalan Selawat adalah tareqat yang membawa seorang itu Makrifat kepada الله،Selawat adalah Pintu kpd Kecintaan Rasulullah ﷺdan Kecintaan Rasulullah ﷺ adalah  pintu kecintaan الله Pelbagai Nusrah الله akan berlaku dalam segala usaha gigih yang dilakukan yang membawa pada kejayaan dan dilindungi dari segala perancangan musuh. Begitu jua mana2 tempat yang dihidupkan majlis Selawat dan Maulid, tempat tersebut insyallah akan dimuliakan dan dirahmati الله , akan adanya barakah dan pelbagai pertolongan yang berlaku. Dengan disebar dan dihidup majlis Selawat dalam komuniti dimana jua,maka selamat komuniti tersebut daripd Fahaman Wahabiah , fahaman Syìah , ajaran batiniah dan lainnya. Ulama melawan dengan Ilmu, kita orang awam  melawan dengan amal. Sesungguhnya satu selawat yg diucapkan ,الله berselawat atasnya 10x, Selawat الله adalah keampunan, keamanan,  penyucian, syafaat, mengangkat darjat, kecintaan , kebaikan, perlindungan dan pertolongan kpd hambaNya. Cukuplah dengan amalan Selawat mewakili pelbagai manakib, hizib ,tasbih dan doa kerana segalanya kelebihan dan khasiat terkandung dalam SELAWAT. Tiada amalan yang الله perintah pada hambaNya untuk melakukannya dimana الله jua melakukannya melainkan SELAWAT Firman Allah SWT: إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا al-Ahzab: 56 Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta  salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”. Walid Ibrahim Almalik
Mostrar todo...
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin.. Wallahu'alam. Terdapat dua jenis manusia, 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.. 2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.
Mostrar todo...
MAHSYAR Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yassin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab. Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tiada satu pun yg tertinggal. Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan. 1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2) tak ingat 3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan. Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
Mostrar todo...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh 🌸 Selamat Pagi semua 🌷 Nak wakaf untuk kedua ibubapa jom klik sini Na https://bit.ly/MenujuSyurgaFirdaus
Mostrar todo...