cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Shaziela Aswad

Mostrar más
Malasia42 052El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad99 256
Advertising posts
490Suscriptores
Sin datos24 hours
-27 days
-130 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Alhamdulillah,  syukur setelah kenal FTR mula belajar perbetulkan niat,  solat diawal waktu,  Rajin mengaji Al-Quran,  Solat Sunat Dhuha serta Istiqomah Zikir dan selawat. Belajar jadi pemaaf dan mengubah cara berfikir dari negatif kepada lebih positif. Credit: Syazana sharing pembaca FTR FTRExclusive #TimDaeiAisya #DakwahSampaiSyurga #BukuRezekiKelasPertama
Mostrar todo...
Kempen VOUCHER RAYA RM20 untuk pembaca FTR yang belum ada buku golden dan bagi mereka yang ingin memiliki buku ni. . OFFER SPECIAL NI ADALAH PENJIMATAN: 1. Potongan diskaun RM20 2. Hadiah Istimewa Sampul Raya Random . Boleh dapatkan PROMOSI ini daripada Usahawan & Agen FTR . JOM DAPATKAN SEKARANG https://osini.co/RahsiaPintuRezeki
Mostrar todo...
MEWAHREZEKI.COM

Sape2 yang taja 10 orang pelajar tak kisah pakej apa cikgu bg sijil penghargaan wakaf dan juga hadiah special. Meh dah lama ada ni tapi takda sape baca landing page ni ke macam mana he-3
Mostrar todo...
BAGI SESIAPA YG BELUM MELAKSANAKAN 6 HARI PUASA SUNAT SYAWAL Tarikh cadangan puasa 6 bagi tahun 2024 M/1445 H 22/4  (Hari Putih + Isnin) 13 Syawal 23/4. ( Hari Putih ) 14 Syawal 24/4. ( Hari Putih ) 15 Syawal 25/4. ( Khamis ) 16 Syawal 29/4 ( Isnin ) 20 Syawal 2/5 ( Khamis ) 23 Syawal *Berhimpun 3 Fadhilat* 1. Puasa 6 Syawal 2. ⁠Puasa Isnin Khamis 3. ⁠Puasa Hari Putih
Mostrar todo...
*CARA MUDAH UNTUK JEMPUT REZEKI* Hidup ni tak lama Tuan Puan. Kurangkan merungut, banyakkan bersyukur. Share video ni sebagai tanda syukur. You are awesome!🥰👍🏻 #TZN Sebarkan kebaikan
Mostrar todo...
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil. Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada. Jadi Rezeki memang ditakdirkan... Tetapi .. BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aminnnn. Moral dari kisah ini - Janganklah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang. - Bersyukur walaupun sedikit. - Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan. - Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan. - Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang. - Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum. - Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit. Wallahualam Perkongsian Syarifah Malihah Barakbah
Mostrar todo...
Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Nabi Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya. "Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih" Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan. Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar. Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan. Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis. Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia. Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Nabi Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda Nabi Musa AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman. Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Nabi Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama. Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Nabi Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. "Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .." Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar: Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia. Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.
Mostrar todo...