cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

USRAH #MYQURANTIME

Sharing ilmu, tips, kuliah

Mostrar más
Advertising posts
3 393Suscriptores
-224 hours
-167 days
-5130 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Repost from N/a
Hari ni nak share resepi air simple tapi padu nak mampui.😋😋 Sunquick lemon ni sedap sangat. Sape dah try tahu la rasa dia. Bancuh mcm biasa je letak gula sikit. Ya allah nikmatnya berbuka🤤 Nak lagi terangkat rasa dia buat macam ni Bahan2: + Sunquick lemon + lemon + biji selasih + daun pudina + asam boi + sprite 🎥HoscaUnishams 📌Nak beli SUNQUICK, kat Shopee pun ada jual. Ada discount pula tu. Linknya kat sini ➡️ https://goeco.mobi/eg3noqi0
Mostrar todo...
Alhamdulillah... Sejak kenal FTR mereka mula berzakat. Niat berniaga berubah untuk menjadi penyumbang terbesar Zakat FTR - Formula Tarik Rezeki Ianya adalah sebuah ilmu melakui buku Upgrade diri, ubah diri melalui ilmu FTR Bermulalah, berkorbanlah melabur untuk ilmu Selagi tak bermula, untuk upgrade ilmu Selagi tu hidup kita tiada perubahan Jom ubah! #bukurezekikelaspertama #ftr #bacabacasentap Gambar credit: Aifaah M Alim 📌 Rezeki sempit? Nak Formula Rezeki Melimpah Ruah? Formulanya di sini --> https://bit.ly/Buku121FormulaTarikRezeki
Mostrar todo...
Ambil inspirasi daripada madrasah Ramadan, kembali kepada Tuhan untuk uruskan kehidupan! Bantu Ustaz share posting ini ya. Credit FB: #UstazHanafiMalek 📌 Rezeki sempit? Nak Formula Rezeki Melimpah Ruah? Formulanya di sini --> https://bit.ly/Buku121FormulaTarikRezeki
Mostrar todo...
FORMULAREZEKI.COM

Sebuah agensi yang membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah semasa seperti rumah tangga, pasangan, hutang, perniagaan, keusahawanan dan kehidupan seharian dalam mencari redha Allah dengan menggunakan kaedah FORMULA yang sangat berkesan.

Banyak punca tekanan perasaan di kalangan orang islam di Malaysia Punca utama adalah kecelaruan kimia di bahagian otak menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah mental. Contohnya skizofernia atau penagih dadah kerana mereka suntik kimia menyebabkan ketagihan. Mereka alami halusinasi. Kena seimbangkan dengan pengambilan ubat. Kedua adalah disebabkan Bipolar Disorder, sejenis penyakit kecelaruan personaliti. Sekejap ok sekejap tidak. Ada masa senyum, tiba-tiba jadi pemarah, mengamuk dan sampai boleh membunuh. Mungkin disebabkan Hormon Tiroid berlebihan. Ini yang Ustaz selalu jumpa. Ada juga disebabkan tekanan mental berpunca daripada STRESS. Stress ni antara puncanya kerana kita lupa bersyukur. Kalau bersyukur mereka tidak akan stress. Ustaz ada kawan, dia seorang OKU kerdil. Seorang usahawan berjaya, Syukor namanya dan ada rancangan sendiri Inspirasi Syukor di ASTRO OASIS. Ustaz tanya pernah tak rasa menyesal? Dia kata tidak. Walau dia kerdil tetapi menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang lain. Dia ni hebat. Orangnya kerdil, kaki dan tangan kecil. Kenapa dia tidak stress? Kerana the power of syukur. Bila dia bersyukur, Allah tambah nikmat. Dia ada isteri. Ada anak. Ada perniagaan yang maju. Lulusan UIA dalam perundangan. Kita yang sempurna ni, banyak merungut sana-sini. Ponteng sekolah, ponteng kuliah akhirnya satu degree pun tak ada. Syukor, walau dia begitu tetapi bersyukur. Cacat tetap hebat! Steven Hawking, pakar banyak bidang. Seorang yang genius tetapi cacat duduk di kerusi roda sahaja. Mental dia tidak sakit sebab dia bersyukur walau agama lain. Kedua punca stress dan tekanan mental sebab HUTANG. Salah satu cara Yahudi Zionist kuasai dunia dengan KEWANGAN. Mereka tahu dalam al Quran sebut, siapa yang terlibat dengan riba' mereka berperang dengan Allah swt. Jadi orang islam tidak akan menang selagi kekuatan ekonomi tidak kuat. "Bila orang ni nak bayar hutang aku. Bila agaknya hutang rumah, kereta aku nak settle?" Ekonomi yang berasaskan hutang dan riba' akan sebabkan kita stress. Tengoklah berapa ramai orang hari ini banyak hutang. Daripada Ibn Mas'ud, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa." (Riwayat Ahmad) Sementara di akhirat nanti, setiap amalannya di dunia tidak diterima. Berkatalah Ibn Abbas: "Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.' Hutang memang buat orang stress. Itu antara tanda-tanda antara hilangnya keberkatan dalam hidup.. Sebab itu orang kampung lebih kaya, lebih tenang berbanding orang di bandar. Kita di KL ni memang gaji besar, beribu-ribu. Tapi rumah kita sewa, jalan sikit tol, nak ke bilik air kena bayar 50 sen. Kalau gaji tak banyak, duduk kampung nak makan sayur petik sahaja. Cili merah di KL RM28 sekilo. Sebab itu bila berhutang, berpada-pada. Hidup sederhana, hidup sekadar yang ada. Jangan ingin hidup menunjuk-nunjuk. Kerana itulah tanda kemiskinan jiwa. Jom geng, dalam bulan Ramadan ni peluang kita untuk belajar berjimat dan urus kewangan. Allah swt latih kita untuk menahan diri daripada makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa. 1. Jadi berkira-kira bila nak membeli makanan berbuka. Jangan berlebihan. Lebih mudah berbuka di surau atau masjid yang memang sediakan juadah iftar. Jimat banyak di situ. 2. Ada yang sudah membeli persiapan raya sebelum Ramadan lagi. Ada juga yang hanya recycle pakaian sedia ada. Perabot pun tidak ditukar hanya cat atau cuci sahaja. Jimat banyak di situ. 3. Duit raya mungkin tahun ini sudah dikurangkan peruntukannya kerana ada yang lebih memilih bersedekah di bulan puasa. Juga ramai yang salurkan dana kepada saudara kita di G4z4 dan Palestin yang lebih menderita. Sedekah juga antara alat untuk kita mengurus kewangan. Pelaburan jangka pendek dan panjang. Jom pujuk hati kita, cegah stress, banyakkan bersyukur dan fokus untuk tenang dengan mengurus hutang dan kewangan.
Mostrar todo...
FORMULAREZEKI.COM

Sebuah agensi yang membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah semasa seperti rumah tangga, pasangan, hutang, perniagaan, keusahawanan dan kehidupan seharian dalam mencari redha Allah dengan menggunakan kaedah FORMULA yang sangat berkesan.

Semua tahu menutup aurat itu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. . Jadi kenalah pandai beza antara tutup dan balut. . Fesyen tak salah, tetapi pastikanlah anda menjaga aurat anda. . Diri kita adalah tanggungjawab kita. . Jangan kerana mahu rancak berfesyen di dunia, Sehingga kita lupa akan rancaknya seksaan di akhirat. . Kerana apa? . Kerana meremehkan perintah Allah untuk menutup aurat. . Semoga anda semua diberi kekuatan untuk berubah dan diberi hidayay untuk menutup aurat dengan sempurna. . Saya tegur kerana sayang. ❤ . . Kredit : @imanimex_official 📌Di Jemput join telee gram Bookstore Online , klik link sini --> https://t.me/BookstoreOnlineTelegram
Mostrar todo...
Repost from N/a
Cadar Waffle Japanese Ramai bagi review 5 star kat shopee. Harga berpatutan , mampu milik. Boleh beli di Shopee linknya kat sini ➡️ https://shope.ee/2q56mRcOH5 📌 Nak cuci mata barangan deco yg lain , join Telegram ➡️ bit.ly/DRIKTele
Mostrar todo...
Menjemput Rezki dengan Taubat & Istighfar. InsyaAllah ada rezki fasa akan dtg kita upgrade setelah rutin zikir menjadi mknn untuk solat taubat menjadi rutin pula, InsyaAllah. Perkongsian indah dari FB Mohamad Feroz Zaini Bila mendapat peluang untuk berniaga di karnival sebuah masjid, hati memang berbunga riang. Manakan tidak, bukan setakat para ustaz selebriti yang akan hadir, tetapi artis terkenal juga turut memeriahkan program masjid. Maka saya telah menyiapkan dadih sebanyak 400 cawan. Pada hari yang dijadualkan, saya pergi ke karnival itu dengan harapan tinggi menggunung. Sudah terbayang, jika dadih dapat dijual semuanya. InsyaALLAH, cukup untuk membaik pulih alat pendingin hawa kereta Kancil yang sudah lama rosak. Suasana karnival memang meriah dengan pelbagai atur cara yang menggamit penyertaan masyarakat setempat. Tetapi hati ini bagaikan tidak keruan. Bayangkan dari pukul 8 pagi meja dibuka, sehinggalah jam 3 petang. Dadih hanya terjual sebanyak 7 cawan. Demi ALLAH, hati ini sudah keluh kesah. Saya tidak tahu apa sebabnya. Sedangkan gerai-gerai jualan keliling masjid, semuanya penuh dengan orang-ramai dan barangan mereka laku. Dengan langkah longlai, saya menuju ke tandas. Hati ini hanya terdetik kalimah ALLAH. Tidak ada daya upaya melainkan semuanya dari ALLAH. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu tandas. Begitu tenang wajahnya. Kami berbalas senyuman. "Engkau jual apa?" tanya lelaki itu. "Dadih." saya menjawab lemah. "Laku tak?" dia bertanya lagi, tetapi kali ini suaranya agak keras. Saya hanya menggelengkan kepala, tetapi berusaha untuk senyum. Dia mengurut janggutnya yang agak panjang. Seraya memandang ke langit. Tiba-tiba dia menunjukkan jari telunjuknya ke langit. Saya pandang ke atas. "Dia yang bagi rezeki. Tetapi ada ketikanya dia mahu menguji kekuatan iman kita." kata lelaki itu lagi. Saya angguk tanda bersetuju. Pintu tandas terbuka. Ada seseorang hendak keluar. Sebelum bersiap untuk melangkah masuk, lelaki itu memandang saya. "Engkau buat solat sunat Taubat. Selepas bagi salam, engkau Istighfar sebanyak-banyaknya. Dan ... JANGAN FIKIR TENTANG DADIH engkau. Itu urusan DIA." dan lelaki itu melangkah masuk ke dalam tandas. Sejujurnya saya pun sudah rasa hampa sangat waktu itu. Ya rasa 'down' tidak terkata. Usai solat sunat taubat. Saya terus beristighfar. Berusaha untuk tidak mahu ingat atau fikir tentang dadih. Masuk waktu Asar. Saya menghentikan zikir. Usai solat, saya sudah berkira-kira untuk pulang saja. Dadih yang ada saya sudah niat untuk bersedekah saja. Sebaik tiba di gerai. Saya terpinga-pinga. Kesemua kotak dadih saya hilang! Seorang makcik yang berniaga di meja sebelah menegur. "Ni, dadih kamu AJK masjid dah ambil semua. Entah nak buat apa. Engkau jumpa haji Razak. Dia yang tinggalkan pesan, kalau kamu datang suruh jumpa dia." Kaki melangkah laju ke meja urus setia. Bertanyakan tentang AJK masjid yang bernama Haji RAZAK. Petugas melaungkan nama orang itu. Tiba-tiba dia muncul dari belakang kaunter. "Ni, tuan haji, saudara ini yang jual dadih?" kata petugas kaunter kepada lelaki itu. "Maaf, saya ambil semua kotak dadih kamu. Nak beri pada rombongan anak yatim malam ini. Peniaga ais krim tak dapat datang, jadi kami tukar kepada dadih kamu. Berapa ringgit satu cawan?" tanya Haji Razak. . YA ALLAH. Waktu itu saya rasa macam nak menangis. Saya ISTIGHFAR dan saya lakukan solat sunat taubat. Dan urusan dunia bisnes saya >>> DIA yang uruskan. SUBHANALLAH. ALHAMDULILLAH. . . Sekadar bertanya. Siapa yang pernah mengalami situasi seperti saya ? Boleh kongsikan ? . . Abang Long. Penjual DADIH yang menulis. 📌 Rezeki sempit? Nak Formula Rezeki Melimpah Ruah? Formulanya di sini --> https://bit.ly/Buku121FormulaTarikRezeki
Mostrar todo...
Repost from N/a
Cantik jam dinding kaligrafi ayat al Quran Beli di Shopee linknya kat sini ➡️ https://goeco.mobi/GArX5cal
Mostrar todo...
Saya pakai baju macam biasa. Isteri nampak terus tanya.. "kenapa pakai baju tu?" Saya tengok baju yang saya pakai. Ya! Saya sedang memakai baju. Apa salah baju ni. Ini kan baju yang biasa saya pakai? Saya tanya diri. Buruk padahnya kalau tanya isteri. "Oh, takpe. Abang pakai baju lain ek" 'Takyah lah. Pakai je baju tu' Baik. Baru nak buka sarung balik. 😂 "Bagi sup tulang dan nasi satu!" Order di kedai makan. 'Kenapa order sup tulang je? Cuba abang makan lain plak!" Allahu, nak makan pun tanya lagi. "Kalau camtu, abang tukar makan lain lah ya" 'Tak yah. Susah plak nak tukar-tukar. Makan je' Bergetar rasa iman. Terbayang syurga yang akan di diami. Terasa burung-burung turut menyanyi supaya kurang rasa nak kakikan isteri. 😂 Sebelum tidur, isteri diam di hujung tv. Ni kalau pejam mata terus, memang mimpi ngeri. Baik tanya dulu, walau berhadapan saat ni, Allah je yang tahu sukarnya nak hadapi. 'Saya tidur dulu ya' Sambil hulur tangan pada isteri. "Tidur je tahu" Allahu, dah malam tidurlah sayang. Nak main teng-teng ke? Saya duduk depan isteri. Saya lihat wajahnya. Saya tatap matanya. Saya tak usik apa-apa walau tangannya. Saya cuma kata, "Abang ni lelaki. Lelaki yang suami. Banyak perkara yang boleh abang hadapi, tapi abang memang lemah untuk menghadapi isteri. Kalau ada terasa, abang minta maaf. Kalau ada tak cukup, mintalah. Abang akan usaha. Kalau semua tak sempurna, doakan itu pada Tuhan kita" Isteri perlahan-lahan pegang tangan. Meletakkan kepala di bahu. 'Maafkan saya. Saya penat..' Ya, hanya itu sebenarnya isteri kita. Dia penat. Orang perempuan, bila emosinya penat, maka segala sikap dan perangainya akan keluar dan membaham suaminya. Kadang suami mampu diam. Kadang suami tak faham. Kadang suami tak tahan, lalu keluar dan tinggalkan. Sebab itu, kita lah yang kena hadapi mereka. Kita lah yang kena dengar mereka. Kita lah yang kena sabar dan kebal hal ni. Jika tidak, kaum isteri yang penat inilah yang akan memenuhi ruangan facebook dengan segala keluh kesah. Sungguh, Rumahtangga benar ujian. Ujian yang membuatkan suami dan isteri akan sangat dekat dengan Tuhan. Sangat mendidik dan menghiburkan. ______ Penulisan Abu Hurairah Asifa . . . 📌 Perkongsian pelbagai ujian dalam rumah tangga , ada pengajaran dan manfaat kita akan dapat dari " Buku Ujian Kita, Usah Berdukacita", karya Prof Muhd Kamil. Dapatkannya di website , klik sini ➡️ https://bit.ly/BukuUjianKita ATAU di wasap klik sini ➡️ http://www.wasap.my/60137909188/NakBukuUjianKita ATAU beli di Shopee ➡️ https://shope.ee/7UpxhS2GoP
Mostrar todo...