cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MAGNET REZEKI MAGIK💕

Assalamualaikum wbt, Selamat datang ke Group TIPS REZEKI MAGIK Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕

Mostrar más
Advertising posts
2 030Suscriptores
-224 hours
-167 days
-3430 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

FADHILAT DAN KHASIAT 3 AYAT AKHIR SURAH AL-HASYR Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam ayat terakhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya. Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan; 1. Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى. 2. Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya. 3. Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid. 4. Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak. Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr 1) Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi ﷺ telah bersabda : “Sesiapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah سبحانه وتعالى mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.” 2) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi) 3) Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah سبحانه وتعالى mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.) Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya dengan membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 – 24) yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah. والله أعلم بالصواب
Mostrar todo...
Rebut peluang keberkatan Nuzul Al-Quran. Semoga kita terpilih untuk menyemarakkan malam yang penuh keberkatan ini. Aamiin2 YRA.. 🤲 . .
Mostrar todo...
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. . Oleh itu, marilah kita jadikan Nuzul Al-Quran sebagai inspirasi untuk kita bersatu hati serta bertoleransi antara satu sama lain dan sentiasa membasahkan lidah dengan bacaan Al-Quran agar kita semua mencapai redha Ilahi.
Mostrar todo...
[AGAR ALLAH SWT PIMPIN KITA] Sama ada kita sedar atau tidak.... Sama ada kita bersedia atau tidak... Waktunya kian tiba.... Dunia berada di penghujungnya... Dan... Telah termaktub sejak lama.... Pelbagai ujian dan pancaroba.... Bakal dijalani seluruh umat manusia ... Yang menentukan bakal ke mana... Ujian bukan fizikal semata.... Ujian yang tak lut walau punya harta berjuta.. . Senjata utama ialah TAQWA... Jangan pernah lupa meminta.... Agar ALLAH pimpin kita... Dalam setiap urusan yang ada ... . Tolonglah amalkan doa ini... Doa dalam ayat ke-10, iaitu doa pemuda Ashabul Kahfi, رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Robbanā aatina min ladunka rohmatan, wa hayyik lana min amrina rosyadā. “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada kami daripada sisiMu, ya Allah dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (Al-Kahfi: 10) Wallahu a'lam.
Mostrar todo...
Doa untuk tetap istiqomah dalam menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya Tidak mudah menjadi hamba yang istiqomah Namun jangan pernah lupa Selalu ada Allah sebagai tempat kita bergantung dan berharap Yaa Allah Yang Maha Membolak-balikkan Hati.. Teguhkanlah Hati kami pada Agama ini.. Teguhkanlah kami agar selalu berada dekat dalam naungan-Mu.. Krdt to islamitu_indah
Mostrar todo...
Beruntunglah bagi yang hatinya tenang, fikiran lapang dan jiwa rasa bahagia ketika bangun daripada tidur.... Sesuatu yang sukar dimiliki sekalipun memiliki harta yang banyak... Untuk hidup lebih tenang, sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik, fokuslah kepada perkara yang baik-baik, memerhati kejadian alam dan sentiasa berkeinginan menambah ilmu... Jadilah seperti lebah (suka kebaikan) dan bukannya lalat (suka keburukan). “Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rosak.” (HR Ahmad No: 6577) Nasihat buat diri ini...
Mostrar todo...
LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN Pertama : BAIK AKHLAQ NYA Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari AKHLAQ YANG BAIK dalam timbangan di Akhirat kelak. ( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi ) Kedua : SELAWAT KE ATAS BAGINDA Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya SELAWAT ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam termasuk yang memberatkan timbangan. ( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi ). Ketiga : UCAPAN ALHAMDULILLAH Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Ucapan ALHAMDULILLAH memenuhi timbangan ( Mizan ). ( H.R. Imam Muslim ) Keempat : KALIMAT LAA ILAHA ILLALLAH Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isi nya di letakkan pada satu piring timbangan sedang LAA ILAHA ILLALLAH di letakkan pada sebelah lain nescaya kalimat tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi. ( H.R.Imam Ahmad ) Kelima : TASBIH SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL AZHIIM Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Dua kalimat ringan pada lisan berat pada timbangan dan menimbulkan cinta kepada Tuhan ia itu : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZHIIM. ( H.R.Imam Bukhari )
Mostrar todo...
Pelik Tapi Benar ! Dah Dapat Gaji Jangan Bayar Komitment Dulu? https://youtu.be/tf3O2CB6mHE Dengan pendaftaran Package 2 Nafas Doa anda akan dapat belajar Rahsia Ibu Duit & dapat 3 bonus padu! Siapa lagi nak Ikhtiarkan ilmu ni untuk selesaikan masalah dan urusan dengan Izin Allah ? Nak tahu lebih detail klik sini 👇 https://osini.co/TeknikTerapiNafasDoa #nafasdoa #tekniknafasdoa
Mostrar todo...
Alhamdulillah dengan izin Allah Ilmu Nafas Doa membantu untuk : ✅ Redha dan percaya ada rezeki lebih baik setelah di tipu (scam) RM10ribu ✅ Allah beri gantian rezeki sebanyak RM30ribu melalui seorang hamba Allah ✅ Ilmu kedua-dua Cikgu Ash & Cikgu Mirul memang power Siapa lagi nak ikhtiarkan dengan *Teknik ND* ni untuk segala masalah dan rintangan yang dihadapi dengan bergantung pada Allah melalui teknik ni❓ Mari daftar kelas teknik nafas doa sekarang 👉🏻 https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa Jangan percaya saya tapi percaya lah 1900++ cerita testimoni yang amalkan teknik ini 👇🏻🥰 Telegram Testimoni Nafas Doa : https://t.me/testimoninafasdoa Siapa nak saya bantu daftarkan boleh buat pembayaran di akaun dibawah.... 😊👇🏻 Yuran sekali seumur hidup. Pakej 1: RM97 Workshop Nafas Doa Pakej 2: RM147 Workshop Nafas Doa+ Live Nafas Doa Praktikal+ ibu duit advance Maybank 562106711210 DUO HEROES Sediakan details :- Nama: Email: No. Tel: Resit bayaran
Mostrar todo...
Inicia sesión y accede a información detallada

Te revelaremos estos tesoros después de la autorización. ¡Prometemos que será rápido!