cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

💜JiwaTaqwaJalanKu💜

Taqwa berasal dari kata waqa, yaqii, wiqayah yang artinya memelihara, yaitu memelihara iman agar terhindar dari hal-hal yang dibenci dan dilarang oleh Allah SWT.

Mostrar más
Malasia42 702El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad104 847
Advertising posts
419Suscriptores
-124 hours
-27 days
-930 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️ (04:24 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Maghrib: 07:15 PM
Mostrar todo...
Perasan tak, kita boleh sebut kalimah La ilaha illallah tanpa perlu gerakkan bibir. Hanya dengan lidah. . Bila seseorang sedang sakaratulmaut, semua anggota akan jadi berat, termasuk dua bibir. Susah nak gerakkan. Tapi Allah mudahkan kalimah ini dengan huruf yang paling ringan untuk disebut. Hanya gerakkan lidah. . Inilah Rahmat Allah kepada manusia. . Semoga kita dapat mengucapkan kalimah ini di saat sakaratul maut nanti. . Aamiin...
Mostrar todo...
RENUNGAN KEHIDUPAN 1. Ada Yang Bertambah, Bukan Pahala, Melainkan Dosa-dosa. 2. Ada Yang Terus Berkurang, Bukan Harta Kekayaan, Tapi Usia Yang Disia-siakan. 3. Ada Yang Semakin Dekat Dalam Kehidupan, Bukan Pasangan, Tetapi Kematian. 4. Ada Yang Sangat Jauh, Bukan Jarak Atau Tempat Yang Sulit Ditempuh, Melainkan Masa Muda Yang Tak Dimanfaatkan Secara Penuh. 5. Ada Yang Berguguran, Bukan Dedaunan, Tetapi Amal Kebaikan Yang Hanya Ingin mendapatkan Tepuk Tangan Dan Pujian. 6. Ada Yang Berantakan, Bukan Kamar Yang Telat Dirapikan, Melainkan Hati Yang Terlalu Banyak Berharap Kepada Selain Allah. 7. Ada Yang Mudah Melupakan, Bukan Kenangan Buruk Bersama Mantan, Tetapi Perbuatan Kita Kepada Orang Lain Yang Begitu Menyakitkan. 8. Ada Yang Selalu Di Ingat, Bukan Keluarga Ataupun Pasangan, Melainkan Kebaikan Diri Sendiri Kepada Orang-orang. 9. Ada Yang Jatuh Cinta, Bukan Kekuatan Yang Timbul Dari HatiNya, Melainkan Dorongan Hawa Nafsu Belaka. 10. Ada Yang Rindu, Bukan Sepasang Kekasih Yang Lama Tak Bertemu, Akan tetapi Kerinduan Rasulullah Kepada UmatNya Yang Tak Pernah Habis Ditelan Zaman Dan Waktu. #quotephotovideo >>> https://bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Mostrar todo...
5 Jenis Hari Raya Bagi Orang Beriman Berkata Imam Anas bin Malik Rahimahullah: Bagi orang beriman terdapat 5 hari raya 1) Setiap hari yang berlalu bagi orang beriman dan tidak ditulis dosa baginya, itulah hari raya 2) Hari yang ia keluar dari dunia (hari lahirnya) dengan iman, itulah hari raya 3) Hari yang ia berjaya melepasi titian sirath dan aman dari dashyat hari kiamat, itulah hari raya 4) Hari yang ia masuk syurga , itulah hari raya 5) Hari yang mana orang beriman dapat melihat TuhanNya, itulah hari raya Kata Hasan Al- Bashri, “Bagi aku hari Raya itu adalah setiap hari dimana aku tidak bermaksiat kepada Allah” اللهم اجعلنا منهم Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 🌹 @quotephotovideo 🕸🕸🕸
Mostrar todo...
REALITI TIDAK SEINDAH DISANGKA "Angah, nanti angah balik belikan Alang seluar Levi's ya. Size 29. Achik nak kasut Nike. Size 7" "Baik Lang" Sampai kampung halaman, jajan dan buah tangan dibawa turun. Gembira adik-adik, mak ayah dapat rasa titik peluh anak yang bekerja di kota. Petangnya pergi lepak dengan kawan sekampung kat kedai roti canai. Borak-borak, bergerak ketawa, sampai masa nak beredar, "Orang KL ada hari ni. Orang KL la belanja," seloroh kawan. Yang lain pakat mengiayakan. Senyum, seluk poket, bayar satu table. Sampai rumah, adik bongsu pula datang mendekat, "Angah. Tau tak kat bandar sekarang ada buka restoran steamboat baru. Sedap kata orang. Malam ni kita pergi makan ramai-ramai jom" "Baik dik," jawab Angah dalam senyuman. Habis sahaja cuti, kembali pulang ke kota. Dalam kepala, berselirat masalah difikir Angah. Rumah sewa dah tertunggak sebulan. Bil letrik dah sampai surat merah. Bahkan nak balik hari tu, semua simpanan kecemasan digunakan demi meraikan ahli keluarga dan kawan-kawan di kampung. Kos kehidupan di kotaraya tinggi. Parking saja beratus sebulan, tol beratus lagi. Minyak pun kuat, maklumlah selalu jem. Makanan serba serbi mahal. Nak menjala, sungai tiada. Nak tanam terung, tanam lada, duduk pun apartment tingkat 25. Kepala ligat berfikir nak pinjam dengan siapa lagi. Ada hutang kawan belum langsai, ni nak tambah hutang baru. Sekali pulang, tol, minyak dan makan semasa perjalanan pergi balik tak kurang RM400. Balik kampung pula mesti bawa buah tangan. Kawan-kawan kat kampung pula ingat Angah kaya lega. Ajak mengeteh sokmo, time nak bayar hulur bil kat Angah. Kadang bila ada cuti singkat, adik-adik kat kampung telefon tanya balik ke tak. "Tak balik dik. Angah ada hal kena settle ni". Padahal bukan ada hal mana pun. Cuma duit tak ada. Bawa Grab part time tampung kehidupan. Duit yang ada, cukup-cukup makan sahaja. Nak balik kampung, kos perjalanan pun dah tak tertanggung. Apa lagi kos selingan yang lain. Tidak semua yang di kota itu kaya lega. Bahkan lebih ramai yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Yang bekerja di kota pasti faham kisah ini. Mungkin kena sangat dengan sebahagian kalian. Terus semangat kawan-kawan. Aminkan semua kata-kata yang mengatakan kalian kaya lega. Moga kata-kata itu menjadi doa yang mustajab hendaknya. Yang pasti, realiti tidak seindah disangka. #MFS
Mostrar todo...
Bismillah Hidup adalah untuk membesarkan ALLAH, bukannya membesarkan masalah...lalu mencari salah...menyalah nyalah dan akhirnya berbalah balah. Barangsiapa yang membesarkan masalah, dadanya akan merasa sempit dan sakit. Barangsiapa yang membesarkan ALLAH, dadanya akan merasa lapang dan sihat. Wallahualam.. #Sumberilmuofficial
Mostrar todo...
Cuba amalkan, insyaAllah yang baik-baik akan datang kembali. 😊❤️ Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamin ya Allah 😊
Mostrar todo...