cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Mostrar más
Malasia184El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad84
Advertising posts
268 002Suscriptores
-5924 hours
-6727 days
-2 03130 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

😞
Mostrar todo...
😢 396🔥 5👍 3
Bayangkan kalau kita berada di sini, pada saat ini. Roket meledak di depan mata. Kalau tak mati meletup mungkin mati terkejut. Kawasan yang dibom ini, kawasan At-Tuffah di Bandar G adalah kawasan tempat saya tinggal selama dua tahun pertama berada di sana. 201 hari genosid ke atas G. 201 hari.
Mostrar todo...
😢 532👍 10🔥 6
Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Pertama. Isi penting: 🛑 Musuh penjenayah ini terus cuba memulihkan imejnya yang telah musnah. Sebaliknya mereka hanya berjaya mencapai lebih banyak keaiban dan kehinaan. 🛑 200 hari telah berlalu, rejim Nazi biadab masih berada di bumi Gaza tanpa matlamat, tanpa ufuk, dan tanpa gambaran sebuah kemenangan dan tanpa pembebasan tawanannya. Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia #CGMKongsi
Mostrar todo...
👍 291🔥 69 57
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-199. ▪️ Rejim Israel melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 54 syahid manakala 104 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu. ▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. ▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 34,151 syuhada dan 77,084 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu. Sumber: Kementerian Kesihatan di Gaza
Mostrar todo...
😢 271👍 16 8🔥 3😁 1
🆕 BERITA MINGGUAN PALESTIN Dengarkan rangkuman kemaskini mingguan di Palestin melalui Spotify rasmi Cinta Gaza Malaysia. Berita penting minggu ini: Dua buah tapak perkuburan terbesar di Gaza telah ditemui & AS menentang Palestin sebagai ahli tetap PBB. ☘️ https://shorturl.at/mzKPW Jangan lupa follow kami tau! ✌🏻 #podcastCGM #BeritaTerkiniCGM #weareCGM #heroes4hope
Mostrar todo...
👍 80🔥 15 3
Masa untuk kami membina semula masa depan. Jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏
Mostrar todo...
305👍 32
"Rupa-rupanya Baba memang sayang saya kan." Terkejut bila isteri bercerita yang Haura' sebut begitu kepadanya. Isteri saya tanya balik, kenapa Haura' cakap macam tu? Haura' jawab, sebab Baba belikan saya 'slime' ni, tak payah minta pun. Allah. Entah apa yang bermain dalam kepala budak 5 tahun ni sampai terdetik dia bercakap macam tu kepada Mamanya. Macam bersalah pula dalam tempoh 6 bulan mereka duduk dalam genosid, banyak benda yang mereka idamkan yang saya tak dapat tunaikan. Setiap kali call, Baba, hantar coklat. Baba hantar telur. Baba hantar buah-buahan. Nak cari kat mana anak oi? Nak hantar macam mana? Sebab tu masa Haura' dah di pangkuan dan dia sebut, saya nak dua benda je Baba, nak beli mainan banyak-banyak dan nak beli semua buah yang saya suka, memang saya tunaikan saja tanpa berkira. Alhamdulilkah, rezeki pun murah apabila ramainya pembaca budiman yang membeli ebook untuk kami bangkit semula. Semoga seluruh anak G mendapat nikmat yang sama, ameen. Terima kasih kalian semua.
Mostrar todo...
698👍 66😢 60🥰 2
Terkini! Pertahanan Awam di Gaza: "Setakat ini kami telah menemui 283 jenazah syuhada' dari kubur besar yang digali oleh tentera Israel di halaman Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis."
Mostrar todo...
😢 517👍 7 5🔥 4😁 1
😢 432👍 4 4