cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Dakwah Attakwa

وَٱلْعَصْرِ  Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran. "Barakallahu Fiikum"🕊

Mostrar más
Malasia37 042El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad78 151
Advertising posts
818Suscriptores
+124 hours
-17 days
-230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Kitab Pelita Penuntut. Pengarang Kitab Pelita Penuntut ialah Tuan Guru Shaykh Muhammad Syafie Bin Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Rangkul, Langgih, Fathani. Kitab Pelita Penuntut ini adalah terjemahan daripada kitab asalnya iaitu kitab Ta'lim Al-Muta'aallin merupakan sebuah kitab yang amat penting bagi para pelajar pondok. lanya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adab dalam menuntut ilmu. lanya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut ilmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu : Fasal 1 : Hakikat ilmu dan feqah dan kelebihannya. Fasal 2 : Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu. Fasal 3 : Memilikan ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas ilmu. Fasal 4 : Membesarkan ilmu dan ahlinya. Fasal 5 : Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita. Fasal 6 : Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya. Fasal 7 : Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla. Fasal 8 : Waktu menghasilkaan ilmu dan menuntutinya. Fasal 9 : Kasih-sayang dan nasihat. Fasal 10 : Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya. Fasal 11 : Warak' pada ketika belajar ilmu. Fasal 12 : Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa. Fasal 13 : Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur. Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Maksiat-Maksiat Hati". Wallahu a'alam. Semoga bermanfaat. 😊
Mostrar todo...
[Adab Penuntut Ilmu] Nasihat Baba Li Sekam حفظه الله تعالى buat pelajar-pelajar agama, pupuk beberapa sifat dalam diri, budayakan diri sebelum membudayakan masyarakat— 1. Ikhlas 2. Amanah (Jangan khianat terutama dengan ilmu) 3. Siddiq (Jangan bercakap bohong) 4. Tawadhuk (Jangan merasa diri lebih hebat daripada orang lain) 5. Ithar (Mengutamakan orang lain daripada diri sendiri) 6. Mendekatkan diri kepada Allah (Pandangan Baba Li, antara zikir yang boleh diamalkan adalah Wirdul Latif) Kredit: Tuan Guru Alfaqir Ghazali Ahmad - BABA LI Sekam
Mostrar todo...
CATITAN ADAB PENUNTUT ILMU DI DALAM KITAB SIYARUSSALIKIN. Bermula adab orang yg belajar ilmu itu sebelas perkara. Sayugia bagi penuntut ilmu beringat jaga : 1. Memberi salam dahulu apabila berhadapan dengan guru 2. Tidak banyak berkata kata dihadapan guru 3. Tidak berkata dengan izin guru 4. Tidak bertanya hingga minta izin dari guru 5. Tidak menyanggah kata kata guru seperti berkata "si polan tak kata seperti yg guru kata" 6. Tidak menunjukkan diri lebih tahu dari guru 7. Tidak berbisik bisik dengan rakan dihadapan guru 8. Tidak menoleh ke kiri & kanan BAHKAN hendaklah ia menunduk 9. Tidak banyak bertanya tatkala guru segan hendak bercakap atau sedang keletihan 10. Hendaklah ikut berdiri ketika guru berdiri atau ketika guru baru sampai ke tempat pengajian kerana berdiri itu tanda ta'zim (memuliakan). Dan ketika guru sedang bangun atau berjalan, jangan ditanya soalan KECUALI dharurat. 11. Jangan buruk sangka dengan guru pada segala perbuatannya yg zahir sebab berbeza dengan mu kerana mereka lebih tahu segala hukum syarak dan rahsia syarak berbanding kamu.
Mostrar todo...
AKHLAK DAN ADAB "Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperoleh melalui mujahadah membersihkan hati. Jangan pelik melihat orang berilmu tetapi tiada akhlak kerana hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati. Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan. Akhlak dan adab mendepani ilmu. Ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang. " Berkata Syeikh Yusri : الأداب هو أساس وصول الى الله "Adab itu adalah tunjang asas bagi seorang hamba untuk sampai pada ALLAH" Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak rahimahullah : "Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah yg tidak zalim), akan hilang dunianya. Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya” Tidak cukup lagi kah untuk kita mengambil I'tibar dari kisah Qadhi Az-Zubaidi, yang mana ketika dia meninggal dunia lisannya berubah menjadi hitam, hal ini kerana dia suka mencerca Al-Imam An-Nawawi.
Mostrar todo...
Nasihat saya pada sahabat penuntut ilmu termasuk diri ini, jangan lupa utk belajar tentang adab. Sebab ramai yg dah mula belajar hatta yg dah lama belajar pun masih tidak tahu tentang adab. Ilmu tidak akan berkat jika tidak disusuli dgn adab. 👇🏻
Mostrar todo...
⏳ JANGAN LUPA SELAWAT ! اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
Mostrar todo...
Tips Hati Tenang 1- Allah menyatakan kepada kita bahawa semua masalah, kesusahan yang kita hadapi itu adalah dengan izinNya, maka ini isyarat penting bahawa jika kita hendak kesusahan itu berlalu, maka mintalah juga dengan Allah 2- Imam Ibn Kathir di dalam tafsir beliau menyatakan tips untuk mendapatkan bimbingan supaya hati kita terpandu ; - kita sedar bahawa ini adalah ketentuan Allah - sabar - menghitung semula hidup kita (muhasabah) - tawakkal kepada Allah 3- Ibn Abi Hatim di dalam tafsir beliau menyatakan juga bahawa “dipandu hati oleh Allah” itu ertinya istirja’ iaitu mengucapkan إنا لله وإنا إليه راجعون ‎4- Imam al-Razi menyatakan bahawa maksud kepada “memimpin hatinya” itu adalah ketika menghadapi suatu kesusahan, kematian, kesakitan, kefakiran, maka adanya tawakkal kepada Allah ‎5- Imam Abu Hayyan al-Andalusi menyatakan pula bahawa orang yang dipandu hatinya adalah ke jalan kebaikan dan hidayah 6- Apa yang kita lihat, boleh kita katakan semua tafsiran kepada ayat ini disebutkan oleh ulama’ dengan menyatakan bahawa “pimpinan hati” itu bersifat cekal dan sabar 7- Maka kita faham bahawa terkadang apa yang kita perlukan dalam menghadapi ujian bukanlah apa sahaja tetapi ketenangan jiwa, kesabaran. Jika kita katakan duit secara mutlak dapat selesaikan masalah, maka ramai sahaja orang kaya tidak tenang hidupnya, begitu juga kesenangan dunia yang lain, tanpa kita menolak manfaatnya. Kita doakan supaya Allah kurniakan kita rezeki supaya hati kita tenang dan sabar ketika susah 8- Maka tanyakan hati kita, adakah kita tenang? al-Taghabun : 11 #FawaidTadabbur
Mostrar todo...
1