cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Kaya Jiwa

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Ikhtiar hidup dan rezeki melalui ilmu FTR (Formula Tarik Rezeki) ❤️ #BukuRezekiKelasPertama #BacaBacaSENTAP #BackToAllah wasap.my/60126487977/FTRBestSayaNAK

Mostrar más
Indonesia111 840El idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Advertising posts
189Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
Sin datos30 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم ِ اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼 Selamat menunaikan ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr * 29 Zulhijjah 1443H* 📆 *HARI TERHEBAT, HARI JUMAAT* 📆 #PesanNabi ‎إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ : فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ قُبِضَ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ؛ فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ ؛ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ _”Antara hari yang paling banyak kelebihan bagi kalian ialah hari Jumaat. Padanya Adam dicipta & diwafatkan. Padanya tiupan sangkakala pertama, suara kuat mematikan semua. Maka, banyakkanlah berselawat kepadaku, kerana selawat kalian akan dibentang kepadaku.”_ [HR Abu Daud. Dinilai sahih] #BSS Hikmah pesannya: Demikian hebat hari Jumaat. Titik mula & akhir bagi kemanusiaan. Maka digalakkan padanya agar banyak berselawat agar semakin dekat kedudukan kita kepadanya, mempermudah penerimaan syafaat melaluinya, dengan izin Allah. __
Mostrar todo...
Usah risau. Sekecil-kecil makhluk yang Allah cipta ini pun sudah ada rezekinya, lebih-lebih lagi manusia yang merupakan makhluk terbaik yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini. ‎{ وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا } "Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.." (Hud : Ayat 6) . Assalamualaikum, salam menjemput rezeki💞 #kunanta
Mostrar todo...
Jom bertakbir. Bertakbir bermula 9 zulhijjah (Subuh) hingga 13 Zulhijjah (Asar)
Mostrar todo...
Doa adalah kekuatan dan senjata bagi orang yang beriman 🤍 Jangan hanya merasa cukup pada ikhtiar sahaja tanpa kita iringi dengan Doa dan Tawakkal. #AzizanOsman
Mostrar todo...
HARI ARAFAH DIAMPUNKAN DOSA DAN WAKTU DOA MUSTAJAB Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354] Status: Hadis Sahih PENGAJARAN: 1. Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah. 2. Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu dan tempat berdoa. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)” [HR. Tirmizi no. 3509] Status: Hadis Hasan. 3. Antara tempat doa mustajab adalah di padang Arafah dan pada hari Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah. 4. Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat. 5. Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yg tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir. SEMOGA BERMANFAAT 🥰
Mostrar todo...
Jamu kunyit asam buat kesihatan Kalau bli pun blm tentu ORI kn😁 Baik buat sndri,buat cek suami yg penat keje pun bleh,buat ank yg sudah mkn pun bleh,buat mama apalagi,lagiiii Bleh 😁😁😁,buat tok pun bleh,tak da masalah lah kn buat kesihatan😊 Bahan jamu Kunyit 1 genggam tanggan Halia 1 genggam tanggan Cekur 1genggam tanggan ,di blen ya asing kn Gula Melaka satu ketul yg dikedai runcit tu lh Asam Jawa 3,4 sudu besar Gula batu,3,4 sudu Garam secukupnya je Smua bahan ni rebus dekat 60 mnt Pastu dh sejuk atau suam minum bila,, masa blh Kredit : rose zainal abidin
Mostrar todo...
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI. 1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri. 2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun. 3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini. 4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri. 5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga. 6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama. 7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga! Belajar sesuatu? Jemput #share dengan rakan-rakan ya. Moga bermanfaat.❤ #Sharing Zuhairi Nopiah di FB 🍃 🍃💙 🍃🍃 💙 🍃🍃💙🍃 @GayaSihatCantik 💙🍃🍃💙🍃🍃💙🍃🍃💙🍃🍃
Mostrar todo...
**Bila diusia Tua❤️ Baca yer...bagus utk kita renungkan... 👨‍👩‍👧‍👦✍ Kalau anak² sudah berkeluarga dan meninggalkan kita , giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.caranya: ☝🎅👳 1. Bila kita tua ... Lebih dekatkan diri kepada Tuhan dan Luangkan waktu bersama pasangan kita berdoa dan bersyukur karena salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah. ☝👳🎅 2. Bila kita tua ... Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan²lah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Tuhan, dengan mengagumi keindahan ciptaan NYA. 🎅👳🙌 3. Bila kita tua ... Jangan susahkan diri memikirkan anak² secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Anak-anak sdh diberikan rezeki dan tanggungjawab msg2 yg tidak kita fahami. ☝🎅👳 4. Bila kita tua ... Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan Luangkan waktu bersama rakan² lama karena peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu, sesering mungkin jalan2, bersenang2 dan nikmatilah hidup ini dgn penuh sukacita bersama teman-teman dan keluarga . ☝🎅👴 5. Bila kita tua ... Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak², dewasa, tua, sakit dan mati. 👆👵🙎👰 Nasihat bijak ... "Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti wang logam : depan lain belakang lain... @CintaLuka
Mostrar todo...
*KEUTAMAAN BERPUASA 10 HARI DI BULAN DZULHIJJAH* Pahala dan Keutamaan 10 hari Pertama Bulan Dzulhijjah. *1 Dzulhijjah 1443/ 1 Juli 2022* Hari diampuninya Nabi Adam As. Barangsiapa berpuasa di hari itu akan diampuni segala dosanya. *2 Dzulhijjah 1443/ 2 Juli 2022* Hari diterimanya doa Nabi Yunus dan dikeluarkannya dari dalam perut Ikan. "Barang siapa yang berpuasa pada hari itu, maka akan dapat pahala selama 1 tahun tanpa mendurhakai Allah Swt walaupun sekejap mata". *3 Dzulhijjah 1443/ 3 Juli 2022* Allah mengabulkan do’anya Nabi Zakaria. Barangsiapa yang berpuasa, Maka do’anya akan dikabulkan oleh Allah Swt. *4 Dzulhijjah 1443/ 4 Juli 2022* Hari dilahirkannya Nabi Isa As. Barangsiapa pada puasa hari itu, Maka Allah Swt akan menghilangkan kesusahan dan kekafirannya dan pada hari Kiamat kelak akan dikumpulkan dengan orang yang baik- baik dan mulia. *5 Dzulhijjah 1443/ 5 Juli 2022* Hari dilahirkannya Nabi Musa As. Barangsiapa yang berpuasa, Maka akan terhindar dari sifat munafik dan siksa Kubur. *6 Dzulhijjah 1443/ 6 Juli 2022* Hari dimana Allah Swt membuka pintu kebaikan pada Nabi Muhammad Saw. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, Allah Swt memperhatikan kepadanya dengan penuh kasih sayang. *7 Dzulhijjah 1443/ 7 Juli 2022* Hari ditutupnya pintu-pintu Neraka dan tidak akan dibuka hingga berlalunya hari kesepuluh. Barangsiapa puasa pada hari itu, Maka Allah Swt menghindarkan dari pahalanya 30 pintu kesukaran dan membukakan baginya 30 pintu kemudahan. *8 Dzulhijjah 1443/ 8 Juli 2022* Disebut *HARI TARWIYAH* Barangsiapa puasa pada hari itu, Maka akan diberi pahala yang nilainya hanya Allah Swt yang tahu. *9 Dzulhijjah 1443/ 9 Juli 2022* *HARI AROFAH* Barang siapa puasa pada hari itu, Allah Swt mengampuni dosa setahun yang lalu dan tahun yang akan datang. *10 Dzulhijjah 1443/ 10 Juli 2022* HARI RAYA IDUL ADHA Barang siapa berkurban dengan hewan kurban, Maka mulai tetesan darah yang jatuh ke tanah, Allah Swt mengampuni dosanya dan dosa keluarganya. Dan siapa yang memberi makan kepada orang mukmin atau bersodaqoh, Maka Allah Swt akan membangkitkan di hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya menjadi lebih berat dari Gunung Uhud. (Sumber: Durrotun Nashihin halaman, 267) *Niat Puasa Zulhijjah* Niat Puasa 1-7 Zulhijjah نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى Nawaitu shouma syahri dzil hijjah sunnatan lillahi ta'ala Ertinya: "Sahaja aku puasa sunnah di bulan Zulhijjah kerana Allah ta'ala." Niat Puasa 8 Zulhijjah نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى Nawaitu shouma tarwiyata sunnatan lillahi ta'ala. Ertinya: "Sahaja aku puasa sunnah Hari TARWIYAH kerana Allah ta'ala." Niat Puasa 9 Zulhijjah نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى Nawaitu shouma arafata sunnatan lillahi ta'ala. Ertinya: "Sahaja aku puasa sunnah HARI ARAFAH kerana Allah ta'ala." اَللّٰهُمَّ حَبِّبْنِي إِلَى حَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ
Mostrar todo...