cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tips Rezeki & Kebahagiaan

Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah 💕💝

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
2 624
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-2130 días
Archivo de publicaciones
Percayalah, doa yang diulang -ulang ibarat mengayuh basikal, tiba masa akan sampai ke tujuan yang diinginkan. Allah mendengar segala luahan dan doamu, Dia mengenggam rapat dan akan menjawab segala doamu pada waktu yang tepat. @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
KENAPA PERLU SELAWAT HARI JUMAAT? Marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW  Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda : أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً Maksudnya : “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”[Riwayat al-Baihaqi (5995)] Jom kita rebut peluang yang sungguh besar dengan banyakkan selawat & bersedekah pada Jumaat ini.  https://bit.ly/WakafIlmuFtrExclusive  https://bit.ly/WakafIlmuFtrExclusive https://bit.ly/WakafIlmuFtrExclusive Sesungguhnya biar amalan ini akan menjadi peneman kita di akhirat kelak. Aamiin
Mostrar todo...
Seorang telah bertanya kepada syeikh, mengapa aku tidak merasakan manisnya berzikir seperti aku merasakan manis bila aku melakukan perkara dunia? Syeikh menjawab, kerana Dunia itulah penyebab kamu tidak merasakan manisnya berzikir kepada Allah, semasa kamu berzikir kamu bukan berzikir kepada Allah tetapi hati kamu masih lagi kepada dunia. - Al Arifbillah Syeikh Yusuf Mahyuddin Riq Al Bakhour Al Hasani @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Tanda-tanda Allah sayang kita. . Allah kalau nak uji kita ada banyak cara, tidak semestinya Allah turunkan bala. . Boleh jadi nikmat harta benda itu ujian. . Boleh jadi kemiskinan yang kita hadapi menjadikan kita lebih dekat kepada Allah daripada kekayaan yang kita miliki tetapi menjauhkan kita daripada Allah.Tanda-tanda Allah sayang kita. . Allah kalau nak uji kita ada banyak cara, tidak semestinya Allah turunkan bala. . Boleh jadi nikmat harta benda itu ujian. . Boleh jadi kemiskinan yang kita hadapi menjadikan kita lebih dekat kepada Allah daripada kekayaan yang kita miliki tetapi menjauhkan kita daripada Allah. T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Sudahkah kita bersyukur hari ini? Jangan banyak mengeluh kerana hanya akan menambah kegelisahan. Perbanyaklah bersyukur dan teruslah bersyukur sehingga kita tidak mampu lagi mengucapkannya. #thetazkirahiman 🍃 T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
TAK BACA/TAK PELAJARI/TAK AMAL SAYYIDUL ISTIGHFAR ADALAH SATU KERUGIAN YANG TERAMAT SANGAT Sayyidul Istighfar atau penghulu istighfar ini adalah merupakan kalimah yang diajarkan oleh Nabi s.a.w dan ia di anjurkan untuk di baca sekali pada waktu pagi (di dalam waktu subuh) dan sekali pada waktu petang (di dalam waktu asar), yang mana sekiranya seseorang itu ada membacanya dengan penuh keyakinan pada waktu pagi lalu ditakdirkan dia mati sebelum menjelang petang maka kematiannya adalah sebagai ahli Syurga, Justeru, rugi sangat2lah bagi mereka yang tak ambil tahu, tak tahu, tak ada usaha nak tahu , tak der usaha nak hafal , tak der usaha nak pelajari dan paling rugi adalah mereka yg dah tahu dan dah hafal tapi tak amal.. rugi, rugi rugi...... . . Kredit Jom dakwah #jommuhasabahdiri ✍️ T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Sesungguhnya bekunya air mata itu disebabkan hati yang keras, Kerasnya hati itu disebabkan tebalnya dosa. Terkumpul banyak dosa sebabnya panjang angan-angan. Panjang angan-angan itu sebab lupa bahawasanya semua yang hidup akan mati Lupa akan kematian itu sebab terlalu cinta pada dunia. - Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid- @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ Zikrullah adalah salah satu sebab untuk mendapatkan pertolongan Allah. Dalam keadaan perang pun disuruh berzikir, apatah lagi dalam keadaan senang. Dalam keadaan genting, susah, gelisah, penawarnya adalah zikrullah. Dalam keadaan senang, nyaman, tenteram, aman, syiarnya adalah zikrullah. Sehingga zikrullah menjadi sebab kebaikan baik dalam keadaan senang ataupun susah. Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Sedar tak sedar, kita terlampau sibuk. Terlalu sibuk, kan? . Banyak perkara yang perlu kita settlekan. Banyak benda yang kita kejar-kejarkan. Banyak hal yang perlu kita selesaikan. . Terlampau banyak. Entah bila semua ini akan berakhir. . Cuma satu pesanan.. Sesibuk mana pun kita, bila dah masuk waktu solat, tinggalkan segala apa yang kita usahakan buat sementara, dan luangkan masa bersama Allah. Tak lama. Cuma seketika. . Solatlah. Dengan solat, hati akan tenang. Berbicaralah pada Tuhan. . Dia sentiasa menanti. Berkata-katalah kepadaNya, tanpa perlu menyimpan di dalam hati, nescaya segala gusar akan hilang serta merta. . Dahulukan Allah, InsyaAllah, Allah akan dahulukan kita. Jaga hak Allah, InsyaAllah, Allah akan jaga hak kita, permudahkan segala urusan kita dunia Akhirat. T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Tips strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf. 1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit. 2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan berkali-kali. 3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga. 4.  Infakkan sebahagian harta yang kita ada kepada mereka yang memerlukan. 5. Cintai Allah. Utamakan Allah dalam setiap perkara CnP
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
SELALU SANGAT RISAU DENGAN DUIT Tambah-tambah bila ada duit banyak, tapi nak guna untuk itu untuk ini. Nak sedekah pun berkira-kira. Kita rasa kita kaya sebab 100% usaha kita. Usaha kejar dunia semata-mata. Takda langsung usaha tambah ibadah. Takda langsung rasa nak doa sungguh-sungguh. Takda langsung nak fikir akhirat. Kita lupa, selama ni Allah yang bagi duit. Kredit : Azimah Jamial T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah. . Mahu berjaya, solat. Mahu ubati kecewa, solat. Mahu hilangkan kemarahan, solat. @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Amalan seorang hamba yang pertama kali akan di nilai pada hari Kiamat adalah solat. Apabila baik solatnya, maka akan baik pula  seluruh amalnya. Sebaliknya jika rosak solatnya, akan rosaklah seluruh amalnya. [Riwayat At Tabrani] @SuriMohamad
Mostrar todo...
Letakkan prinsip ini Allah tak akan melupakan kebaikan yang engkau berikan,kesusahan orang lain yang kau atasi,dan mata yang hampir sahaja menangis lalu kau buat bahagia. Jadilah orang baik walau kau tidak diperlakukan baik oleh orang lain. T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
4 janji Allah dalam Al-Quran yang mungkin beberapa dari kita banyak yang sudah tahu : . 1. Allah bagitau berdoalah kepadaKu pasti aku kabulkan Kalau mahu dikabulkan Doa. Berdoa tu jangan malas, selesai solat pasti kan perbanyakkan zikir dan terus berdoa dulu  tanpa buat kegiatan lain. . 2. Jika kita bersyukur Allah tambah nikmat untuk kita Setiap apapun yg kita lakukan itu perlu perbanyakkan mengucapkan Alhamdulillah, supaya hati kita tidak kufur atau lalai dan nikmat bersyukur itu luar biasa. Hati kita tenang nyaman dan tidak iri hati dengan apa yg orang lain miliki. . 3. Ingatlah kepada Allah maka Allah pun pasti ingat kepada kita. . 4. Tidaklah Allah mengazab Selama mereka, selama mereka memohon ampun ( Beristghfar kepada Allah ). . Biasakan diri dan selalu meminta ampun kepada Allah. Allah tidak akan mengazab kita. Ingat Allah itu tidak perlukan kita tapi kita lah yg perlukan Allah, wlau apapun  dan dimanapun ingatlah Allah. Biasakan lidah kita menyebut nama Allah supaya Allah selalu bersama kita dan melindungi kita semua. . . "Barang siapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya" (HR. Muslim) . . Kredit : PesanOrked T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Soalan : Ustaz, kenapa stress betul hidup di dunia ni? Banyak betul dugaan. Masalah tak henti-henti. Ustaz : Kalau dunia ni indah, pasti kita tak berhajat kepada Syurga. Belajarlah untuk menghadapinya kerana segala yang payah itu lah yang akan membuatkan kita bertambah kuat dan akhirnya hanya pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kita berharap. -DakwahSentapOfficial T.me/SuriMohamad
Mostrar todo...
Kesan dosa dan maksiat teramat besar di dalam diri dan kehidupan kita. . Perbuatan dosa hakikatnya adalah pelanggaran terhadap hak Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Semakin tenggelam seorang hamba dengan dosa maka semakin jauhlah dia dengan Allah SWT. . Orang yang melakukan dosa hatinya terasa gersang, gelisah, jauh dari hakikat kebahagiaan, bahkan ilmu yang cuba dipelajari amat sukar untuk masuk, apatah lagi ilmu agama. . Jalan keluar dari semua musibah itu hanya satu. Bertaubat dan segera meninggalkan dosa-dosa tersebut kerana Allah SWT.
Mostrar todo...
Pesanan untuk diri sendiri dan semua, "pergi mana mana tetap jaga solat, sesibuk mana pun urusan kita dekat dunia ni, wajib jaga solat. Kalau tak jaga solat, hubungan kita sesama manusia pun makin lama makin jauh, kehidupan kita pun tidak terurus, rezeki pun susah nak masuk".
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Aku khawatir akan datangnya hari di mana orang-orang yang tidak beriman merasa bangga dengan kedustaannya,sementara orang-orang yang beriman malu dengan keimanannya. (umar al khattab) @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Imam Al Ghazali رحمة الله تعالى memberikan sebuah nasihat : "Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya. Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya." [Imam Al Ghazali] 😔
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
🌺 SEDEKAH VS REZEKI 🌺 “Kdg sedekah RM1, esoknya org belanja makan.” “Kdg sedekah RM5, tiba² saja rezeki datang.” “Kdg sedekah RM10, tiba² terselamat dari kecelakaaan.” Maka SEDEKAHLAH, Murah rezeki tak semestinya harta, panjang umur, sihat tubuh badan tu juga rezeki. ❤️ Alhamdulillah 🤲
Mostrar todo...
LETAKKAN DUNIA DI TANGAN DAN AKHIRAT DI HATI Jangan letak DUNIA di hati. Nanti tika orang lain 'lebih' akan timbul rasa iri hati, sakit hati, makan hati. Tapi simpanlah di hati itu akan AKHIRAT. Hati akan sihat, sebab ALLAH bagi rahmat. Hidup pun berkat, InsyaAllah selamat Dunia Akhirat. Para sahabat Rasullullah Saw juga ada yang mengambil Dunia, tetapi mereka tidak meletakkannya di dalam hati. Mereka meletakkannya di tangan kerana mereka sedar bahawa manusia bukannya warganegara Dunia tetapi warganegara Akhirat. Aamiin 🤲 🤲 CnP
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Apabila kita bercakap tentang ketenangan, bukan kerana kita sudah tenang, tetapi kerana kita sedang mencarinya. Apabila kita menulis tentang kebaikan, bukan kerana kita sudah baik, tetapi kerana kita sangat ingin menjadi baik. Ketika kita berpesan tentang bahagia, bukan kerana kita sudah merasainya, tetapi hanya kerana kita pernah merasai derita! 💞
Mostrar todo...
Jangan lupa untuk selalu mengucapkan Alhamdulillah. Jika sering merasakan rezeki harta kurang, jalan keluar bukanlah dengan mencari lebih banyak lagi tetapi mensyukuri apa yang telah kita miliki 💕 #spreadthelove 🤍 @SuriMohamad
Mostrar todo...
Berjaya, itu nikmat. Gagal, bukan musibah. . Sebab apa? . Cuba awak sangka baik dengan Allah. Mungkin kejayaan awak, Allah simpan di masa akan datang. . Cuba awak muhasabah diri. Mungkin, ada tak betul dalam ibadah. . Dan segalanya bermula dengan 'tiang' (solat) @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Imam Ghazali ditanya: "Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?" Imam Ghazali menjawab: "Teruskanlah berzikir walaupun hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata kotor dan sia-sia. @SuriMohamad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Sentap
Mostrar todo...