cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Mutiara📚Ilmu

Ilmu adalah hal yang sangat penting dalam kehidupan ini.. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah

Mostrar más
Malasia31 660El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad58 856
Advertising posts
1 298Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
-230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Mengenali tubuh badan Rasulullah ﷺ itulah syariat, mengenali qalbu Rasulullah ﷺ itulah thoreqoh, mengenali roh baginda ﷺ itulah hakikat. Tanpa 3 tingkatan itu ketahuilah kamu belum bergabung (bertemu) dengan Rasulullah ﷺ (fana' dalam diri Rasulullah ﷺ). Masih ada lagi jarak antara kamu dengan Baginda ﷺ. #Selawat Fatih Selawat PEMBUKA Medan HAKIKAT ALMUHAMADIYYAH #Beruntung sangat bagi YG melazimi dan mencintainya.. #Kurniaan ilahi YG terbesar utk UMMAT akhir zaman
Mostrar todo...
Jiwa Pendakwah dengan maksiat Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan; Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia: "Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?" Pemuda: "Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka." Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?" Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka." Syeikh: "Ke mana syaitan ingin membawa mereka?" Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan." Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka." Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW. Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya: "Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?" Baginda SAW berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!" Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!" Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.
Mostrar todo...
😢 2👍 1
❤️ HATI❤️❤️❤️ Wahai hati, berhati- hati Jalan mu penuh onak dan duri Hati, berhati- hati Tidak jaga hati, diri mati Raba di kedalaman hati Dalam kelambu kecil penuh sepi Jangan sampai hati tidak berhati Hati2 dengan hati Hati mati kerana nafsu Hati mati kerana akli Yang tidak mampu dikawal lagi Walaupn zikirnya puluhan ribu dalam sehari. Kalam Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
Mostrar todo...
𝗪𝗔 𝗔𝗡𝗡𝗔 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟𝗨𝗡 𝗪𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔 𝗔𝗟𝗜𝗠𝗨𝗡 = aku hanya hamba yg jahil...Allah lh Yg Maha Mengetahui. Org ini dinamakan arif.... Allah Taala x dinamakan arif tp alim. Cuba cari dlm Asmaul Husna ada ke nama Allah arif. Apa hikmahnya = arif kena usaha..alim itu qodim lg azali.
Mostrar todo...
𝗔𝗴𝗮𝗿 𝗞𝘂𝘀𝘆𝘂' 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 ↪️. Hadirkan hati bersama badan. ↪️Memahami apa yang dibaca. ↪️. Membesarkan *ɑɺɺٱ* ↪️. Kagum gementar akan kebesaran *ɑɺɺٱ* . ↪️. Harap akan ampunan, Rahmat *ɑɺɺٱ* . ↪️. Rasa malu dan hina dihadapanNYA." [ Imam Al-Ghazali ] ┉┅━━━━━━━━•┉┅━━ ☝️ **أشهد أن لا إله إلاالله** **وأشهد أن محمدا رسول الله**
Mostrar todo...
1
JALANAN ILMU Orang yang bahagia ialah orang yang mendapat redha Allah Ta’ala dan orang yang mendapat redha Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika ingin menjadi orang yang beriman dan beramal soleh perlulah kembali kepada ilmu yakni ilmu fardhu Ain tauhid, feqah, tasawwuf. Malah jika Allah Ta’ala redha dengan amal sedikit yang dilakukan maka ia akan memperolehi pahala yang tidak pernah dicitakan/diimpikan tetapi jika Allah Ta’ala tidak redha walaupun banyak amal sekalipun tetap tiada nilai disisi Allah Ta’ala. Lihatlah dengan mata hati semua yang ada pada kita adalah nikmat kurniaan daripada Allah Ta’ala malah kita dapat beramal dan belajar semua ini pun asbab taufiq hidayah daripada Allah Ta’ala. Oleh itu, kita perlu menjaga amal supaya tidak jatuh kepada ujub yang dicela oleh Allah Ta’ala kerana nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja terutama nikmat ilmu. Dapat belajar dan faham serta beramal dengan ilmu itulah suatu nikmat yang sangat besar daripada Allah Ta’ala walhal hakiki kita ialah لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. Maka disunatkan perbanyakkan menyebut la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzimil untuk kita melihat segala yang ada pada kita ini semuanya kurniaan daripada Allah Ta’ala. Membilang besar amal yang ada pada diri itu bukan jalan yang sebenar malah tidak takut sama ada Tuhan redha ataupun tidak maka itulah yang dipanggil ujub. Tetapi jika membilang besar pada amal tetapi tidak lupa semuanya itu kurniaan daripada Allah Ta’ala serta takut nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dan takut Allah Ta’ala tidak redha padanya maka itulah yang dipanggil dzikrul minnah yakni satu sifat kepujian yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu khususnya. Kita menyangka belajar ini mudah tetapi bagi yang Tuhan sempitkan jalan baginya maka ia akan menjadi payah. Permulaan bagi orang baru yang hendak belajar adalah sangat sukar untuk faham maka disitulah perlunya sabar, inshaa Allah lama-kelamaan Allah Ta’ala akan buka kefahaman itu kerana ‘boleh faham’ dan ‘tidak faham’ semuanya itu kurniaan daripada Allah Ta’ala. Maka nikmat belajar ini adalah bahagian masing-masing dan boleh beramal pula itu pun bahagian masing-masing yang telah Allah Ta’ala tetapkan dan ianya bahagian nikmat pemberian kurniaan daripada Allah Ta’ala, hakikinya kita tidak ada apapun. Pesanan untuk penuntut ilmu: 1. Belajar molek kerana kita nak redha Allah Ta’ala. 2.Jika nak beramal semuanya berbalik kepada ilmu (mengikut panduan syarak) bukan mengikut perasaan ataupun mengikut rasa sedap ataupun bukan mengikut budaya. 3. Kita beramal untuk mendapatkan redha Allah Ta’ala maka kita perlu mengikut hukum yang telah ditetapkan kpd kita. 4. Ilmu yang sedikit tetapi disusuli dengan adab akan menjadi sangat bermanfaat berbanding ilmu yang banyak tapi kurang adab umpama ladang yang luas tapi kering kontang (tiada manfaat). Setiap dari kita berjuang untuk mendapatkan ilmu. Ada yang mudah sangat diberi kefahaman walaupun hanya beberapa tahun menimba ilmu tetapi ada juga yang masih terkapai² walaupun dah berpuluh tahun menimba ilmu. Apa jua ujian jangan sesekali berundur kerana “Orang yang tidak duduk di dalam majlis ilmu selama 40 hari dikhuatiri matilah hatinya.” Biarlah lambat asalkan hasilnya bermanfaat! Wallahula’alam Ta’ala ✍️Nukilan Faqirah ٥ Ramadhan ١٤٤٥ Posting asal https://www.facebook.com/share/M78PrDwv7hx7EJ2i/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

👍 1