cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

NOTA DIRI

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
1 571
Suscriptores
Sin datos24 horas
-37 días
-1530 días
Archivo de publicaciones
Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar bersangka baik. Maka fikir yg baik-baik jaa naa kerana ia adalah DOA. Assalamualaikum | Selamat Pagi ✌️❤️
Mostrar todo...
Jika kau rasa dunia ini membuatkan kau letih, sedih, pedih dan tersisih... Maka banyakkanlah bersujud... Kerana di sana kau akan temukan ketenangan, kedamaian dan kekuatan... Ketika itu, doamu ketika Sujud itu sampai kepada Allah... Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya. "Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." ( HR Muslim) Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa. Ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada Allah, maka perbanyakkan doa semasa sujud. #quotephotovideo 🐝🐝🐝 https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Nak bayar hutang tapi ..
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
01:04
Video unavailableShow in Telegram
Baca zikir selepas solat Subuh 🤍
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
🤍🤍🤍
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
🌹 Salam Jumaat 🌹
Mostrar todo...
Penat dengan ujian? Letih dengan kerénah manusia? Rasa 'down' & 'down'? 😔 Muhasabah diri. Dalam hidup, mungkin yang kita kejar adalah manusia, kerana itulah kita diuji dengan manusia. Jadi, jom kita betulkan NIAT. Cuba amalkan ayat ini. Letakkan sepenuh *YAKIN* pada Allah, di samping Usaha yang tak putus². 👇🏻👇🏻 Surah Ghafir ayat 44: (dibaca dengan makna) .{.. وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ} "....dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". Semoga dipermudahkan الله segala urusan. Dilorongkan الله ke arah pintu² penyelesaian atas setiap ujian. Allahumma Amin. https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
🥰 Mulakan harimu dengan ucapan dan kata-kata yang baik.. kata-kata yang lembut.. kata-kata yang menyejukkan hati.. kerana kata-kata yang baik permulaan untuk sebuah hubungan yang baik. kata-kata yang merupakan sedekah yang tidak memerlukan modal.. walau satu sen.. Jom kita berkata yang baik-baik hari ini..
Mostrar todo...
Setiap hari kita perlu berjuang untuk melawan kemalasan sendiri, melawan perasaan negatif sendiri. Nak atau tidak kita perlu buat setiap hari perkara tersebut sebab tiada orang yang boleh merubah keadaan kita selain diri sendiri. Restart, reset, refocus. 🔥 Assalamualaikum selamat pagi 💓
Mostrar todo...
Rezeki tu Allah yang tentukan. . Buat apa lah risau pasal rezeki orang lain lebih banyak dll. . Kita tak dapat apa kita nak sebab kita malas. . Mereka dapat apa mereka nak sebab mereka rajin. . Tak berhenti usaha. Tak berhenti tambah ilmu. . Kita tengok rezeki orang, kita terbakar. Tak senang duduk. Baguslah. Tapi tang tak bagusnya bila tak buat apa-apa untuk ubah tahap rezeki kita. . Usah cemburukan rezeki orang. Bersyukur dulu dengan apa kita ada. Nanti Allah tambah lagi. . Yes! . Hanya semudah bersyukur dan serahkan pada Allah sahaja hasil usaha kita. . Rezeki itu sebuah #kesabaran. Rezeki itu sebuah #kesyukuran. Rezeki itu sebuah #ketenangan. . Perbanyakkan amal ya. Ianya hanya milik orang yang yakin dengan rezeki Tuhan. . Rahsia yang bukan rahsia pun. Jaga mental blok. Jaga hati. Bantu orang. . Semoga bermanfaat. . Nora Yusof. #Penulis_FTR https://bit.ly/FTRFormulaRezeki_
Mostrar todo...
Bunga itu tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan siapapun, ia hanya akan terus berbunga. Hidup kita, jika dibandingkan dengan kehidupan orang lain, hanya akan membuatkan kita lemah, rasa tidak bersyukur. Kenapa dia lebih, kenapa kita kurang. Kita teruskan kehidupan. Tidak perlu bersaing. Qona'ah. Redha. Syukur. Usaha dan bertawakkal kepada Allah. https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
Nak murah rezeki selalu, sematkan 5 hal ini dalam sanubari kita: 1. Bertawakkal kepada Allah. Percayalah sepenuhnya kepada Allah sebagai Pemberi rezeki yang Maha Kuasa. Berserah diri dan bersandarlah hanya pada-Nya dalam segala urusan hidup. Yakinlah bahawa rezeki kita telah ditentukan pada kita di waktu yang tepat. 2. Memperbanyak Doa dan Istighfar. Berdoalah dengan sungguh-sungguh kepada Allah untuk memohon rezeki yang baik dan berkat. Beristighfarlah selalu dan mintalah ampun pada-Nya atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Doa dan istighfar yang ikhlas pasti akan membuka pintu-pintu rezeki dari Allah. 3. Berusaha dan Bekerja Keras. Hidup hari ini sangat mencabar. Maka kena terus usaha dan berusaha. Jangan pernah selesa dengan apa yang kita ada hari ini. Tetapi jangan pernah kita lupa untuk sentiasa mensyukuri atas nikmat yang dikurniakan buat kita. 4. Bersedekah dan Berinfaq. Perbanyakkan sedekah. Itulah jalan penghapus dosa dan buatkan rezeki kita makin berkembang dan berkembang lagi. Rasulullah SAW bersabda, "Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." 5. Menjaga Akhlak yang Baik. Islam menekankan pentingnya memiliki akhlak yang baik dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Berperilaku baik, jujur, amanah, dan menghormati hak-hak orang lain akan menghidupkan keberkatan dan menjadi asbab rezeki yang tak putus-putus seperti mengalirnya air zam-zam. Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah, Dalam menjalankan semua tip ini, penting untuk kita pasang niat yang ikhlas dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dimiliki. Selalu juga kita berpegang teguh pada ajaran agama dan mengamalkannya dengan baik agar selamat dunia dan akhirat kelak. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Moga kita semua terus menerus dimurahkan rezeki ya.
Mostrar todo...
KEBENARAN MEMANG PAHIT. Kecantikan yang kekal abadi adalah disyurga nanti. Apa yang manusia nak didunia Allah sediakan disyurga sana. Nak muda jelita tak tua. Ahli syurga perempuan sweet 17. Setiap hari bertambah jelita. Umur tak berubah selamanya. Sentiasa dara bak bidadari. Makan sebanyak yang mahu tanpa rasa perlu leceh membuang dan sebagainya. Tidak sakit tapi sihat selamanya. Inilah yang manusia nak setiap hari. Sebab tu di dunia ni bermacam2 dijualnya jamu online lah. Segala jadah petua mak nenek mekap untuk kelihatan cantik muda bergaya jelita dan dara. Makanan bermacam-macam yang jika tidak dikawal mendatangkan penyakit yang pelbagai pula. Sedangkan Allah janjikan itu semua disana. Tapi manusia berhabiskan masa untuk merebutnya didunia ni lagi. Sehingga lalai melupakan amal dan masa yang sepatutnya dihabiskan untuk mendapatkan keabadian disana bukannya yang sementara disini. Bersiap bermekap berjam-jam. Membazirkan air wuduk dan sebagainya. Berhias untuk siapa dan untuk apa? Tak ubah rupa perempuan jahilliah. Berpada-pada dan bersederhanalah. Bukan berlebihan. Obses FTR itu lebih baik dari obses pada kecantikan yang Allah tak pandang pun. Sebab ilmu bermanfaat itu disebut di dalam alquran sebagai bekal akhirat yang membawa ke syurga. Takut suami lari? Takut suami itu dan ini? Suami yang ikhlas dia akan terima isteri seadanya. Isteri yang tak cantik sebab uruskan anak mengandungkan dan membesarkan anak itu lebih cantik dari 100 bidadari syurga pun. Kerana dia bekorban untuk setia menjaga zuriat yang membawa kesyurga disana nanti inshaaAllah dialah tercantik. Kita tahukan suami jenis apa yang meninggalkan isteri hanya kerana rupa paras? Pikirlah. Suami anak harta semua itu pinjaman yang tak kekal. Yang kekal disana nanti. Fokuslah Ibadat. #AlwaysbacktoAllah. Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kebenaran selalunya pahit. Kita selalu menidakkannya untuk puaskan hati sendiri tanpa ilmu yang betul. Ayuh Bertaubat dan mintalah Husnul Khatimah. Orang yang cinta nasihat itu tandanya cinta agama. 😊 Nora Yusof. #Penulis_FTR
Mostrar todo...
Jangan baca Al-Quran ketika waktu lapang kamu. Tetapi, lapangkanlah waktumu untuk membaca Al-Quran. Jika kita menantikan waktu yang lapang untuk membaca Al-Quran, khuatir tidak ditemui dek kerana sibuknya mencari dunia. Tetapi, jika kita berdisiplin menyediakan waktu yang lapang untuk mendampingi Al-Quran, nescaya kita akan berjaya. Janganlah kita terus beralasan untuk tidak membaca Al-Quran. Kelak kita yang akan menyesal yang tiada kesudahan. #thetazkirahiman 🎈 https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
Apa persiapan kita pulang? Harta akan ditinggalkan. Keluarga akan ditinggalkan. Pekerjaan juga akan ditinggalkan. Hanya amalan yang akan dibawa pulang. Maka perbanyakkan amal kebaikan, kumpul pahala. Banyakkan istighfar, kurangkan dosa. Penyakit yang akan menimpa manusia kata Nabi adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Cerita harta rasa seronok, cerita kematian tiada keinsafan. Hati-hati. Ajaklah orang solat. Ajaklah orang buat baik. Ajaklah orang tinggalkan keburukan. Urusan kita hanya mengajak. Yang berikan hidayah adalah Allah. 1 orang yang baca post kita mula buat baik, pahala yang orang tu dapat akan diberikan juga kepada kita tanpa dikurangi sedikit pun. Kurangkan mencela. Kurangkan mengumpat. Kurangkan mencari salah orang. Hidup kita tidak lama. Esok-esok kita pasti mati. Bersiap sedialah sahabat semua..yg pasti kita semua akan merasai saat kematian itu... Kredit:Penulis asal https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
Penat didunia kerana nak rehat disyurga. Tahan dan sabar sikit ya. Banyak pahala sedang dihitung untuk orang yang sedang sabar dengan ujian dariNYA. . Orang yang boleh masuk syurga ni hanya orang yang punyai hati bersih. . Bersih dari: Rasa marah Rasa benci Rasa tak puas hati Rasa iri Rasa sakit hati Rasa tak senang Rasa jiwa serabut Rasa taknak maafkan orang Rasa bangga diri atau rasa hebat Rasa orang ada salah dengan kita. Rasa bersangka-sangka . Rasa apa sahaja yang buatkan hati kurang tenang. . Kalau kita ada perasaan ni jauh sangat kita dari syurga. . Sebab ahli syurga ni semasa di dunia lagi dah hati mereka sangat bersih. Tidak iri dengki atau bersangka-sangka yang buruk-buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat kasar yang menyakiti hati orang lain sama ada sengaja atau tidak sengaja. . Kisah sahabat nabi yang dijanjikan syurga menjadi panduan hidup agar hati sentiasa jauh dari sifat-sifat yang tidak baik. . Banyakkan bersyukur. Banyakkan amalan. Banyakkan ibadah. Akhlaknya terbaik. . Mampukah kita? . Nora Yusof #PenulisFTR #BersamaKESyurga
Mostrar todo...
Apa itu kecewa? Apabila kita meletakkan harapan pada manusia bukan pada Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat kita bergantung harap. Semakin kita menitipkan hati kita kepada Allah, maka semakin luas hati kita dengan keikhlasan. -meraihredha
Mostrar todo...
#notatazkirah Tatkala kamu merasakan amat down, stress, hingga tak mampu menghadapinya.Masalah datang bertimpa². Kala itu carilah Allah. Mengadulah kepadaNya. Dia Maha Mendengar. Luahkan segalanya. Menangislah.. Merintihlah.. Dia takkan mengecewakan. Disebalik ujian ada hikmahnya. Hanya kamu yang tak nampak.
Mostrar todo...
Jadi kaya itu wajib, Jadi kaya itu mesti. . ISLAM HARUS KUAT EKONOMI. . Yang tak wajib adalah, . Bagitahu orang kekayaan kita. Bagitahu orang jumlah duit kita. Bagitahu orang kehidupan kita. . Zakatlah senyap-senyap. Sedekahlah senyap-senyap. Dermawanlah senyap-senyap. Infaklah senyap-senyap. . Jadilah jutawan dermawan senyap. . Banyak kebaikannya. . Terutama dari segi suma'ah, ujub, riak dan takabur. . Menjaga hati sendiri dan hati orang lain agar kita benar-benar di landasan keikhlasan sebenar. . Berhati-hati jarum syaitan sangat halus. . Lagi satu, adalah sangat tak bagus seseorang menghormati seseorang kerana kekayaannya. . Jadi stoplah budaya nampak kaya raya yang hakikatnya kayap juga berhutang. . Orang kaya sebenarnya adalah mereka takda hutang. Jika masih ada hutang, itu bukan kaya. Itu kedana. Kerana mati belum tentu selamat perjalanan roh kita. . . Jadilah kaya senyap, agar semua peringkat dapat belajar hormat-menghormati bukan sebab siapa kita, pangkat kita atau level kita. Juga tarbiyah terbaik menjadi seorang hamba. . Kaya diam-diam. Memberi pun diam-diam. . Kaya tidak perlu pada pakaian. Kaya tidak perlu pada kemewahan. Kaya tidak perlu pada hutang. . Tapi kaya perlu pada hati. Kaya perlu pada adab. Kaya perlu pada ilmu. Dan kaya perlu pada memberi. . Kayalah untuk agama, bangsa dan negara sehingga langsung dibumi tidak dikenali tapi bergegar dilangit. . Allahuakbar. Nora Yusof #PenulisFTR https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
Saat kamu terasa bosan, Saat kamu terasa sendirian, Saat kamu terasa berseorangan, Carilah Al-Quran. . Selak sehelai demi sehelai, Baca penuh penghayatan, Ketenangan bakal menghilangkan kegundahan. . Bicara cinta dari Allah itu penawar, Buat hati yang kesunyian, Juga kalbu yang merindukan, Ianya sebuah rasa ketenangan. . Al-Quran mukjizat agung Nabi kita, Buat pedoman sepanjang hayat, Ku ingatkan sekali lagi, Al-Quran itu jangan pernah ditinggal sekali. 📌 #notadiri
Mostrar todo...
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” — Imam Hasan Al-Basri
Mostrar todo...
"Manusia akan mati bila² masa, tetapi tulisan akan kekal selama²nya. Maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak". - Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad.
Mostrar todo...
Nak bahagia dan ceria sepanjang masa, ia perlukan tabiat yang dipasak dalam diri. Jom kita lihat, ada tak perkara ini dalam diri kita: 1. Membantu orang lain. Kita rasa senang hati bila kita dapat tolong orang lain walaupun dengan sekecil kecil pertolongan sekalipun. 2. Banyakkan ketawa dan senyum. Bila kita ketawa badan kita akan meningkatkan tahap hormon seperti endorfin yang membantu mengurangkan hormon tekanan. 3. Belajar setiap hari. Ambil peluang setiap hari untuk belajar benda baru. Ilmu yang ada boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri untuk bantu orang lain. 4. Abaikan perkara negatif. Ubah persepsi diri untuk abaikan perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan rasa untuk kekal positif dalam hidup. 5. Kurangkan bercakap. Pastikan perkataan yang keluar dari mulut adalah tentang perkara berfaedah dan bermanfaat sahaja. Banyakkan mendengar. Anak cucu dan sahabat Tok Abah, Jadikan tabiat hidup kita ini menuju ke arah kebahagiaan. Semua ini untuk kita rasa tenang. Buang semua perkara yang tidak bermanfaat yang akhirnya bukan memberi kita bahagia malah menyusahkan pula hidup kita. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Salam Jumaat dan bahagia buat semua.
Mostrar todo...
Ada orang solat awal waktu dah memang tabiat dia, Ada orang baru nak belajar belajar nak cukupkan solat 5 waktu. Ada orang istighfar dan selawat tu dah sebati dalam darah daging. Ada orang baru nak berjinak jinak melazimi istighfar Dan selawat. Ada orang dhuha tu dah jadi rutin sejak Dara Dan teruna lagi. Ada orang diusia dah lewat baru nak Kenal waktu dhuha. Ada orang tahajjud tu sampai berbekas dah dahi. Ada orang baru nak belajar belajar set alarm bangun pukul 4 pagi. Andai Kita dah biasa lazimi amalan bersyukurlah. Kerana Allah pilih kita, rezekikan Kita istiqamah dalam Amal kebaikan. Jangan Kita pandang rendah pandang sebelah mata pada mereka yang baru nak mula walaupun asbabnya datang dari sebuah Buku saja Boleh jadi mereka akan jadi lebih baik dan Tinggi kedudukannya di sisi Allah dalam perjalanan mereka memperbaiki diri. Setiap orang titik paling penting dalam hidup adalah saat pengakhirannya. Husnul khatimah. Atau Suul khatimah. Ya Allah kurniakan kami khatimah yang indah dan diredhai. Kredit : Siti Munirah A. Rashid . #FTRExclusive #BacaBacaSENTAP #BersamaKeSyurga
Mostrar todo...
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ 𝙎𝙀𝙉𝙏𝙄𝘼𝙎𝘼𝙇𝘼𝙃 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙔𝙐𝙆𝙐𝙍 Kalau nak timbulkan rasa syukur dalam diri, jangan dibandingkan diri dengan orang yang lebih dari kita. Akan tetapi bandingkanlah diri dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita. Contohnya kita memiliki kereta biasa, jangan bandingkan dengan orang yang mempunyai kereta mewah. Tapi bandingkan diri kita dengan orang yang hanya mempunyai motosikal atau dengan orang yang tidak punya kenderaan. Dari situ kamu akan tahu bahawa sebenarnya kamu lebih bernasib baik dari dia. Sentiasalah bersyukur, nescaya Allah akan tambah rezeki bagimu. - Al Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid -
Mostrar todo...
Siapa boleh jamin kita hidup lagi esok? . Andai kita mati esok apa kebaikan kita nak buat hari ni? . Bahagiakan keluarga Selesaikan segala hutang Qada puasa dan qada solat Tinggalkan wasiat untuk keluarga Baca quran je sepanjang hari Mintak maaf dengan semua orang Nak sedekah semua harta yang ada Dan banyak lagi kan. . Tapi tulah sebab Allah rahsiakan kematian kita, kita jadi lengah dan last minit nak buat semua kebaikan-kebaikan tu kan. . Sapelah yang tak takut mati. Semua orang nak masuk syurga. Termasuklah diri kita. . Cuba renungkan sekejap. Kenapa bila Allah jentik hati kita untuk buat baik, bangun tahajud atau sedekah kita abaikan? Allah sentiasa bagi peluang untuk kita buat jariah. Tapi kita selalu tolak. Lebih besarkan tido kita. Nantilah sedekah. Nantilah buat baik. . Nanti-nanti. Tahu-tahu kita tak sempat. . Sebenarnya ada je setiap hari Allah beri kita perhatian dengan hadirkan perkara-perkara kebaikan dalam hidup kita sebab nak bagi kita syurga. . Manusia bila dia senang dia lupa nak buat. Tapi bila dia dah susah dan sakit barulah dia cari Allah. Barulah dia rasa nak buat baik. Barulah dia rasa nak sedekah. . Dia selalu rasa, buat baik tu orang lain yang dapat, buat sedekah tu orang lain yang untung. Tapi lupa nak hitung sebenarnya setiap kebaikan yabmng dibuat itu Allah nak ganjarkan pahala dan syurga sekiranya niat ikhlas kerana Allah. . Anda nak tangguh lagi? Jangan... Allah pilih anda hari ni...sebab tu anda baca mesej ni. Maknanya Allah nak bagi kebaikan pada akhirat kita. Pahala ke syurga. . Join wakaf FTR biayai ilmu kepada Pelajar sekolah anak muda kita, nak bangunkan generasi ummah yang kaya jiwa, kaya adab dan kaya ilmu bantu mereka dapatkan dan baca buku FTR. InshaaAllah kita dapat bina bangsa yang berjaya dimasa depan. Orang yang biayai ilmu kepada penuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga. Tekan sini ⏬ Wakaf Buku FTR 💚 >>> https://bit.ly/JomWakafBukuRezeki
Mostrar todo...
JOM BERSIHKAN HATI 💖 Tips Hati bersih hidup​ ​bahagia. 🤲 . 1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar. . 2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita. . 3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat. . 4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya. . 5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan. . 6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul. . 7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak. . 8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa. . 9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza. . 10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. . Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri. https://bit.ly/FTRFormulaRezeki_
Mostrar todo...
01:00
Video unavailableShow in Telegram
Penghulu Istighfar sekali baca bersamaan 1000x istighfar #UstazAzharIdrus
Mostrar todo...
Doa Keberkatan Ilmu, Rezeki & Amalan اَللَّھُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَیِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
#notatazkirah “Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan kerana sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” - HR Thabrani -
Mostrar todo...
Rezeki terindah bukanlah harta, tapi rezeki terindah adalah tenangnya hati, akal yg sihat, badan yang sihat, hati yang bersih, fikiran yg indah, doa ibu, kasih sayang ayah, tali persaudaraan, senyuman anak, perhatian sahabat dan doa yg dikabulkan. - Syeikh Muttawalli As Sya'rawi -
Mostrar todo...
Orang berniaga sifat tawakalnya harus tinggi. Tiada rezeki semalam, mungkin hadirnya hari ini. Putus asa jangan sekali. Adat berniaga ada pasang surut. Ada jatuh bangun. Senyum sahaja kerana ini juga nikmat dan rezeki. #thetazkirahiman https://bit.ly/FormulaRezeki_
Mostrar todo...
"Malas ah nak doa. Bukan faham pun cakap arab!" Ramai yang malas nak doa sebab tak faham pun apa yang dia doakan tu. Saya nak kongsi tips supaya kita boleh jadi rajin untuk berdoa! 1. Ambil sehelai kertas 2. Listkan semua perkara yang kau nak dalam hidup ni. Nak kaya, nak kesihatan baik, nak Lamborghini, nak bela tikus, nak jadi angkasawan, nak masuk syurga, nak mati syahid. 3. Listkan bukan sekadar diri kau je, listkan juga kat umat Islam, keluarga, guru, dan lain-lain lagi. 4. Tiap kali solat, bawa list yang panjang tu sekali. Habis je solat, tadah tangan, doalah. Minta kat Allah semua yang dah listkan tu. 5. Jangan lupa pula adab berdoa! Allah tu Tuhan, bukan member. huhu 6. Istiqamah dalam berdoa. berdoalah. Allah confirm akan makbulkan! ❤️✨ #DakwahSentapOfficial
Mostrar todo...
#notatazkirah Setiap kejayaan yang nak kita capai pasti saja akan melalui pelbagai cabaran. Tiada kejayaan jika tanpa usaha yang gigih. Rezeki takkan datang bergolek dan kita bergoyang kaki.
Mostrar todo...
Menangis tak bermakna tak redha. Menangis juga tanda bersyukur. . . Buat apa Allah beri air mata tapi taknak guna. . Menangis pun boleh jadi sebab kita dapat masuk syurga. . Menangis kerana takutkan Allah, air mata taubat dan banyak lagilah. . . Menangis tu cara kita tunjukkan luahan rasa. Sedih ke, gembira ke, rindu ke. Ada macam-macam jenis tangisan. . Redha tu maksudnya kita terima segala ketentuan Allah tanpa soal itu ini. Tak tanya Kenapa begitu kenapa begini. . Redha tu jugak bila kita takda rasa down dengan hidup. Kita rasa relax je mampu senyum lagi. Rasa tenang je. Tak melatah bukan-bukan lagikan nak fikir bukan-bukan. Tak tenang tu kunci tak redha. . Bila kita redha, Allah akan gantikan dengan lebih baik. . Macam saya, anak first meninggal. Lepas 6 bulan Allah gantikan yang kedua. Alhamdullillah. . Bila kita redha dengan sakit kita, kita tempuh je apa Allah bagi... In shaa Allah sakit tak lama dan sekejap je sembuh... Sebab redha tu tanda bersyukur. . Bila kita bersyukur, Allah tambah dan gantikanlah nikmat kita yang hilang tu lebih baik dari sebelumnya. . Faham ke tu? . . Panjang lagi kalau nak cerita bab redha ni... Baca buku FTRlah senang. Terjawab segala persoalan. 🥰 . Nora Yusof. #PenulisFTR
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Berdoa dan minta kepada Allah Swt perbanyak sabar. Setiap musibah dan nikmat sakit itu ujian dariNya. Tanda Dia sayang kepada kita. . Minta doa agar jalan penyelesaian dimudahkan dan berikhtiar untuk menemukan lingkungan yang positif. . Usaha, doa dan tawakkal. Setiap sakit ada ubat penawarnya kecuali mati. Setiap masalah insya Allah akan ada jalan keluarnya. Aamiin..❤️
Mostrar todo...
Doa arafah by JAKIM *DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM* ✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus. ✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. ✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). ✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. ✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. ✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. ✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku. ✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal. ✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi ✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman. ✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu. ✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan. ✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw). ✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu. ✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu. ✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat. ✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku. ✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku. ✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal. ✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka. ✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah. ✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku. ✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini. ✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah. ✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu. ✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan. ✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.. ✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. ✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil. ✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik. ✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. Tutup dgn selawat. Aamiin Aamiin Ya Rabbul 'Aalamiin. Wallahu-a'lam.
Mostrar todo...
#notatazkirah Rezeki dari Allah sentiasa cukup. Kita saja yang kadang lupa bersyukur. Rezeki dariNya semestinya cukup tapi gaya hidup dan nafsu yang membuat ianya tak pernah cukup. 😥
Mostrar todo...
Dunia itu hanyalah ladang akhirat. Maka, tanamilah ia dengan sebaiknya, agar kelak kamu berhasil menuainya dengan baik. #thetazkirahiman
Mostrar todo...