cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

﷽ TIPS REZEKI MELIMPAH RUAH & BEBAS HUTANG ﷽

Channel ini mengajar kita cara perolehi rezeki masuk dengan mudah & lebat sekali gus bebas hutang. khas buat sahabat² yg nak tahu rahsia doa cepat makbul dan memperbaiki amalan untuk lebih dekat diri kepada Allah s.w.t Berkongsi with ❤️ @RezekiFollowYou

Mostrar más
Malasia9 637El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad68 354
Publicaciones publicitarias
485
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
-730 días
Archivo de publicaciones
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM 📜🍂~ UCAPAN YG AMAT BERMAKNA SEBELUM MELELAPKAN MATA Do’a terakhir sebelum Tidur عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَال: َ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: Dari Barra' bin Azib berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: يَا فُلَانُ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُل.. "Wahai si fulan, jika engkau menghampiri tilam tempat tidurmu, maka panjatkanlah do'a seperti berikut:- ْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْك َ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْك َ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْك َ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْك َ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْت َ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ "ALLAAHUMMA ASLAMTU NAFSII ILAIKA.. [Ya Allah, aku pasrahkan jiwaku kepada-Mu.] WA WAJJAHTU WAJHII ILAIKA.. [Dan kuhadapkan wajahku kepada-Mu.] WA FAWWADHTU AMRII ILAIKA.. [Dan aku serahkan urusanku kepada-Mu.] WA ALJA’TU ZHAHRII ILAIKA.. [Dan aku baringkankan badanku kepada-Mu.] RAGHBATAN WA RAHBATAN ILAIKA.. [Dengan berharap-harap cemas kepada-Mu.] LAA MALJA'A WA LAA MANJAA MINKA ILLAA ILAIKA.. [Sesungguhnya tidak ada tempat bersandar dan tempat keselamatan selain kepada-Mu.] AAMANTU BIKITAABIKAL LADZII ANZALTA.. [Aku beriman kepada Kitab-Mu yang Engkau turunkan.] WA BI NABIYYIKAL- LADZII ARSALTA.. [Dan Nabi-Mu yang Engkau utuskan] فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ أَجْرًا Sekiranya engkau meninggal dunia pada malam itu, maka engkau mati dalam keadaan fitrah, dan jika engkau mati pada pagi harinya, engkau dapat pahala.” (HR. Bukhari). 💌~ISTIQOMAH BACA QURAN, JAGA TAHJUD, WITIR/ FAJAR. @kitabdoa 📚📚📚
Mostrar todo...
7 AMALAN UNTUK MENAGIH HUTANG -------------------------------------------------------------- Bagi Anda yang ingin mengetahui berbagai doa menagih hutang secara Islam, sebaiknya Anda memperhatikan beberapa doa mustajab berikut ini. 1. Doa menagih hutang dari surah Al-Fatihah Ucapkan “Bismillahirohmanirohiim” saat berangkat dari rumah.Bacalah surah Al-Fatihah saat sampai di rumah orang yang berhutang, "Ya Allah, saya hadiahkan Al Fatihah kepada … (sebut nama orang yang akan Anda tagih)” lalu bacakan Al Fatihah sebanyak 1 kali.Bacalah ayat “Wallohu Mukhrijum Maa kuntum Taktumuum” sebanyak 23 kali. 2. Doa menagih hutang dengan surah Al-Fatihah dan surah-surah lainnya secara bergantian Dirikan solat sunat Tahajud Bacalah surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Dilanjutkan membaca surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali Kamudian, bacalah surah An-Nashr sebanyak 4 kali Lalu, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali. Tutup dengan dzikir "Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a". 3. Doa menagih hutang dari surah Ali Imran ayat 16 Bacalah "Robbanaa INNANAA AAMANNAA Faghfirlanaa Dzunuubanaa Wa-qina 'adzaabannar." (Q.S. Ali 'Imran ayat 16) sebanyak 7 kali. Ertinya: "Wahai Tuhan kami!, sesungguhnya kami telah beriman, maka berilah ampunan atas segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka" 4. Doa menagih hutang dari surah Ali Imran ayat 26 dan 27 “Quli Allaahumma Maalika Almulki Tu’tii Al Mulka Man Tasyaau Watanzi’u Almulka Mimman Tasyaau Watu’izzu Man Tasyaau Watudzillu Man Tasyaau Biyadika Alkhayru Innaka ‘Alaa Kulli Syay-In Qadiirun. Tuuliju Allayla Fii Alnnahaari Watuuliju Alnnahaara Fii Allayli Watukhriju Alhayya Mina Almayyiti Watukhriju Almayyita Mina Alhayyi Watarzuqu Man Tasyaau Bighayri Hisaabin.” Erti:Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." 4. Doa menagih hutang dengan amalan zikir “Ya Mudzil” Bacalah amalan “Ya Mudzil” sebanyak 770 kali dalam sehari sambil Anda membayangkan orang yang berhutang kepada Anda. 5. Doa menagih hutang dengan zikir "Al Mu'iiz" Bacalah "Al Mu'iiz" sebanyak 140 kali setiap minggu setiap malam Jumaat atau malam Isnin setelah menunaikan solat Maghrib. 6. Doa menagih hutang dengan dzikir "Al Mudzill" Bacalah "Al Mudzill" sebanyak 75 kali, lalu dilanjutkan dengan solat sunnah 2 rakaat. Kemudian, tutup dengan membaca Allahumma Aaminnii Min ... (sebut nama orang yang berhutang kepada Anda), Allahumma Akfinii Syarra-hu". 7. Doa menagih hutang dengan zikir "As Samii" Bacalah "As Samii" sebanyak 500 kali setiap hari Kamis setelah mendirikan shalat Dhuha 2 rakaat. Demikian beberapa jenis doa menagih hutang yang dapat Anda lakukan. Semoga bermanfaat. Silakan share sekarang.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
"Barangsiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak tiga kali di pagi hari dan tiga kali di petang hari, maka pantas baginya mendapatkan redha Allah." (HR Abu Dawud & Tirmizi) @kitabdoa 📚📚📚
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Zikir untuk wanita period.. Sebenarnya meskipun dalam keadaan haid dan nifas. . Wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan zikir bagi mendekatkan diri pada-Nya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut. #RahsiaRezekiILAHI #mactieyjutawanberiman
Mostrar todo...
Bila usia sudah semakin tua ni pilihlah hidup yang tenang. Berkawanlah dengan mereka yang membuat hati kita senang. Sebolehnya elakkan dari mencari masalah dengan orang, supaya mati kita nanti juga mati yang senang membawa hati yang tenang. Yang suka mengata orang. Yang mengumpat orang. Yang memaki orang. Yang menfitnah orang. Yang menyakitkan hati orang. Yang sangka buruk pada orang. Yang suka menyalahkan orang. Yang menghina orang. Yang merendahkan orang. Yang membuka aib orang. Yang menjatuhkan maruah orang. Yang mendengki orang. Yang suka melaga-lagakan orang. Itulah yang menyebabkan hati tidak senang dan tidak tenang. Jauhilah diri dari bersikap dengan akhlak tercela seperti itu. Dan sama sekali tidak rugi menjarakkan diri dari orang-orang negatif yang sebegitu untuk menjaga dirimu dari ikut menjadi seperti itu. Kadangkala dalam proses kamu menjadi baik memang ALLAH tapis manusia yang berada di sekelilingmu. Ada yang ALLAH dekatkan. Ada yang ALLAH jarakkan. Ada yang datang bawa kegembiraan. Ada yang pergi meninggalkan pengajaran. Kesemua itu proses untuk kamu menguatkan lagi kesabaran berhadapan dengan pelbagai karenah orang. Kadangkala ALLAH hantar orang menjatuhkan dan mengaibkan kamu untuk menguji apakah kamu sabar? Andai benar kamu sabar, darjat kamu ditinggikan lagi oleh ALLAH. Kadangkala ALLAH uji kamu dengan orang-orang yang membenci dan melukai untuk menguji apakah kamu sabar? Andai benar kamu sabar, sebentar lagi bahagia pasti datang. Yang benci ALLAH ganti dengan yang menyayangi. Yang melukai ALLAH ganti dengan yang membahagiakan. Cuma sekarang yang perlu kamu buat adalah bertanyakan kepada dirimu sendiri, "Apakah aku sabar seperti yang diingini oleh Tuhanku ?" Seterusnya bermonolog dengan dirimu sendiri, "Tidakku rela rasa kecewa, sedih ataupun rasa putus asa terus memijak. Akanku gagahi juga bangkit untuk terus menapak. Mahuku pilih hati yang senang, dengan tidak mahu mencari masalah dengan orang. Mahuku raih hati yang tenang, dengan tidak ada menyimpan benci dan dendam terhadap orang. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang, dengan memaafkan. Mahuku miliki hati yang senang dan tenang , dengan move on dari segala yang menjadikan hatiku tidak senang dan tidak tenang." سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @quotephotovideo 🐝🐝🐝
Mostrar todo...
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuhu. 2️⃣4️⃣ Zulkaedah 1443H 2️⃣4️⃣ Jun 2022 *Jumaah Mubarak Sayyidul Ayyam* Zikir harian Imam Ghazali يَا الله YA ALLAH اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Allahumma Sholli'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad. Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang yang terdekat denganku dihari kiamat adalah yg terbanyak membaca selawat kepadaku." (HR.Tirmizi) لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين La Ilaha Illallah Al-Malikul Haqqul Mubin. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ “Bismillahilladzi La Yadhurru Ma’asmihi Syai’un fil Ardhi wa Laa fis Sama’i wa Huwas Sami’ul ‘Alim.” "Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur".... Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan..... #islamitu_indah
Mostrar todo...
ASSALAMUALAIKUM WBT #RENUNGANSUBUH Waktu Hujan Turun Mustajab Doa عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya. 2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu: a. Doa selepas azan dan sebelum iqamah b. Doa pada waktu hujan mula turun 3. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340). @islamitu_indah
Mostrar todo...
Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut, Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu. Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru. Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal) Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tokma' ninah, Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah. Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang, Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang. Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai. "Sesungguhnya BERJAYALAH orang² yang beriman. Iaitu mereka yang KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" Al-Mu'minuun: 1-2 Jom perbaiki solat kita dan ingatan ini terutama utk diri saya sendiri yang kadang² melewatkan solat sebab kerana urusan dunia.😔 Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu yang alpa ini Ya Allah. 🤲😢 @quotephotovideo 🎯🎯🎯
Mostrar todo...
Aturan Allah itu sangat indah Setiap yang terjadi punya hikmah Kadangkala kemanisan itu datang Menelan pahit dan lalu hilang Cumanya, hati perlu bersabar. Yakin dengan Allah Senyumlah selama termampu Berjalanlah selagi terlarat Bila lelah penat memeluk asamu Berhentilah dan renungkan KalamNya dengan jiwa erat Hidup tak selalu bahagia Namun tak selama kekal hina. Asal saja kita punya cinta Allah kan sentiasa ada untuk sang hamba Yang sentiasa mencari jalan pulang ke pangkuanNya... "SENYUMLAH" wahai wajah...kerana ia mampu"MEMBAHAGIAKAN" orang-orang disekeliling kita, meskipun diri berada dalam "KEDUKAAN"... Berilah "KEBAHAGIAAN" buat mereka... kerana kira tak tahu,mungkin itu adalah.."SENYUMAN TERAKHIR" dari kita yang mampu memberi "KEBAHAGIAAN"...buat insan insan disekeliling kita... Selalu tersenyum... Senyumlah walaupun hati terluka.... Apabila kita tersenyum dihadapan saudara kita, kita sudah melakukan sedekah paling ringan yang diperhitungkan oleh Allah SWT untuk menambah pahala kita. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” ( H.R. Tirmidzi no 1956) ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚَ “Maha suci Engkau ya Alloh, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu”. @islamitu_indah
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ الَّذِي لاَ إلَهَ إلاَّ هُوَ، الحَيُّ القَيُّومُ، وَأتُوبُ إلَيهِ "Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya." Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat sehat dan mempermudahkan segala urusan kami. Jom jemput rezeki. 🤗 . . #BukuRezekiKelasPertama #BacaBacaSentap
Mostrar todo...
Mati tu tak kenal usia. Tak kira waktu, tak kira tempat. . Sebab tu lah kena perbanyakkan ummah ingatan terhadap agama. . Sesungguhnya urusan akhirat itu urusan yang paling utama. . Ni bila orang update agama kata orang bajet agama. Kata orang bajet alim. :3 . Janganlah jadi manusia yang rugi. . Walau sehari, kalau tak tahu nak tulis apa kat fesbuk, tulis tentang zikir ingatkan Allah pun dah pahala. . Hidup ni bukan tentang tunjuk siapa pandai, tentang siapa banyak like. siapa lagi alim. Tapi tentang siapa yang banyak pahala dan saling ingat-mengingati tentang akhirat. . . Saya suka ingatkan diri dan orang yang suka diingatkan. Nora Yusof. #Pengasas_FTR #FtrExclusive #BacaBacaSENTAP #AlwaysBackToAllah.
Mostrar todo...
DOA DI PAGI HARI : اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) NIAT: Sahaja aku bekerja dan berniaga kerana Allah Taala. Jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki melimpah ruah lagi banyak buat kami. tutupi aib kami dan selamat kan kami dunia akhirat.
Mostrar todo...
Jangan putus asa dari rahmat Allah. . Teruskan sangka baik dan usaha. . Hanya Allah yang mampu bagi mudarat dan manfaat kepada kita. . Hanya Allah yang memberi dan menyekat rezeki kita. . Tidak ada selainnya. . Jika belum berhasil, ketahuilah Allah sedang menguji sabar kita. . Jika sedang sakit, ketahuilah Allah sedang angkat darjat kita. . Letaklah Allah di setiap perkara. Bukan selainnya. . Itulah tauhid terkuat dan tertinggi. . Nora Yusof #PenulisFTR
Mostrar todo...
Fadhilat Bismillah 5 Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut: 1 - Menghalang jin dan syaitan. 2 - Terpelihara dari bahaya dan musuh. 3 - Penawar pelbagai racun dan bisa. 4 - Penawar penyakit gila meroyan. 5 - Melegakan bengkak dan benjol. 6 - Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang. 7 - Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan. 8 - Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang. 9 - Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya. Kaedah Merawat : Letakkan tangan di tempat yang sakit. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit. Alhamdulillah . Sebarkan ilmu walau hanya sepotong ayat !❤
Mostrar todo...
Alhamdulillah jom syukur dulu pagi-pagi. . Senyum dan ucaplah terima kasih Allah aku masih hidup lagi hari ni untuk bertaubat dan tambah amal. . Segala urusan hidup mati kami serahkan padaMU ya Allah sebaik-baik pengurus. . Sahaja kami bekerja, berniaga kerana Allah taala. . Selamat pagi 💕 T.me/Tipsbebashutangdanrezekilebat
Mostrar todo...
Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Hidup ini kita diberi pilihan, sama ada bangkit daripada kesilapan semalam ataupun terus mengulangi kesilapan semalam. Pilihan sama ada kita mahu ke syurga atau neraka. Kita yang memilih jalan hidup kita. In sha ALLAH. Alhamdulillah Muhasabah Diri @quotephotovideo 🍭🍭🍭
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Sinarilah Rumah Kalian dengan Selawat Bersyi'arlah dengan berselawat kepada Baginda Muhammad Saw ,sinarilah hati-hati kalian dan rumah-rumah kalian dengan syi'ar tersebut, muliakan rumahmu dan makmurkanlah ia dengan senantiasa berselawat kepada Nabi Muhammad Saw serta mengingat hari kelahirannya juga sejarah hidupnya. ٱللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمُ #KekasihkuRasullah #TheBilal
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Amalkan sunnah" RASULULLAH SAW. InshaAllah dengan sebab keberkatan mengamalkan sunnah NABI kita akan mendapat kebaikan dunia & akhirat. Semoga Allah menambahkan Cinta & Rindu kepada RASULULLAH ke dalam hati kita semua apabila kita mengamalkan Sunnah. Aamiin ya robb InshaAllah. Dah Selawat hari ini ? Jom perbanyakkan selawat.💚 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد #KekasihkuRasulullah #Thebilal
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
TIPS DIHAPUSKN DOSA SELAMA 80 TAHUN DENGAN BERSELAWAT 🌹Selain mendapatkan pahala, mengamalkan salawat Ummi dan dibaca sebanyak 80 kali di hari Jumaat, juga dapat MENGAMPUNI DOSA selama 80 TAHUN Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah ra: 🌹"Barangsiapa yang bersholawat kepadaku hari Jumat sebanyak 80 kali niscaya Allah mengampuni dosanya selama 80 tahun." Ada yang bertanya kepada beliau: "Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara bersholawat atasmu? Beliau menjawab: "Ucapkanlah 'Allahumma sholli 'ala Muhammadin 'Abdika wa Rasulika An-Nabiyyil Ummiy, ini dihitung sekali." JOM GANDAKAN SELAWAT PADA HARI JUMAAT SEMOGA KITA DAPAT SYAFAAT RASULULLAH S.A.W❤️ serbarkan:http://bit.ly/KekasihkuRasulullah
Mostrar todo...
Nama anak ini Saiful Anbiya..ayahnya sudah meninggal ketika beliau darjah 3...ibunya mencari nafkah berkerja di ladang ternakan puyuh..ketika saya masuk kelas tasmik Al Quran kelihatan beliau mencorek2 buku latihannya.. Saya bertanya " kamu buat apa lorek2 buku macam ni?" Dia menjawab.. "Ustaz ,setiap kali Saya selawat Saya lorekkan sekali dalam buku ni sebab saya takdak tasbih..Saya target nak selawat 1000 kali macam ustaz selalu pesan..Kan ustaz kata Nabi kenal Kita sangat2 kalau rajin selawat..." اللهم صل على سيدنا محمد 😪⁦♥️⁩ ALLAHU.....Saya tersentuh lagi pagi ni...anak2 didik saya ini dimata manusia mereka tidak ada apa2.... mudah2an disisi ALLAH mereka kelak menjadi seperti Uwais Al Qarni...hamba ALLAH yg tak dikenali makhluq Di bumi namun dicintai makhluq di langit....😪 Kita????? 😭😭😭😭 Kredit: Muhammad Khairil Munawar #SinarKongsi #LembaranBaharu #IlhamRamadan
Mostrar todo...
Subhanallah Walhamdulillah Wala ila haillallah wallahuakbar. 100x . Jom baca zikir ni sekejap. . Zikir ni makanan akhir zaman nanti. Mengenyangkan bila kelaparan takda makanan. . Zikir ni juga menumbuhkan pohon-pohon disyurga. . Jadi tanamlah pepohon syurga dengan zikir ni banyak-banyak. . Sekejap je. Daripada duk scroll fesbuk tengok bebukan. . Ajak buat baik. Ajak buat pahala. . Itulah dakwah. . Nora Yusof #PenulisFTR
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً “ Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) jom sebarkan : https://bit.ly/KekasihkuRasulullah
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Checklist Hari Jumaat🕊 • Baca surah Al-Kahfi • Perbanyakan selawat • Perbanyakan berzikir • Berdoa • Mandi sunat • Potong kuku • Bersedekah • Bersiwak “Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.” 😉
Mostrar todo...
Teringat ust kami pernah bercerita, Dia akhirat kelak, lepas habis semua penghisaban dan setelah semua manusia selesai dimasukkan ke dalam syurga dan neraka, dunia datang pada Allah merayu agar dimasukkan juga ke dalam syurga. Lalu Allah berpaling daripadanya dan melaknatnya selama2nya. Barulah faham apa sebenarnya hakikat dunia itu. Ia bukan sekadar tempat, tapi ia adalah makhluk, antara makhluk yg paling dilaknat Allah. Dalam hadith disebutkan: Dunia ini dilaknat oleh Allâh Azza wa Jalla . Ertinya, apa saja yang melalaikan manusia dari ibadah kepada Allâh,maka dia terlaknat. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ مَلْعُوْنٌ مَا فِـيْهَا إِلَّا ذِكْرُ اللهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِـمٌ أَوْ مُـتَـعَلِّـمٌ Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allâh dan ketaatan kepada-Nya, orang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu. Dunia ini lebih jelek daripada bangkai anak kambing yang cacat. Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu anhu : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِالسُّوْقِ دَاخِلًا مِنْ بَعْضِ الْعَالِيَةِ وَالنَّاسُ كَنَفَتَهُ. فَمَرَّ بِجَدْيٍ أَسَكَّ مَيِّتٍ فَتَنَاوَلَهُ فَأَخَذَ بِأُذُنِهِ، ثُمَّ قَالَ: ))أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ (( فَقَالُوْا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قال:(( أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ )) قَالُوْا: وَاللهِ لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ، لِأَنَّهُ أَسَكُّ. فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: (( فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ )). Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam berjalan melewati pasar sementara banyak orang berada di dekat Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam . Baginda berjalan melewati bangkai anak kambing jantan yang kedua telinganya kecil. Sambil memegang telinganya Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa diantara kalian yang berkenan membeli ini seharga satu dirham?” Orang-orang berkata, “Kami sama sekali tidak tertarik kepadanya. Apa yang bisa kami perbuat dengannya?” Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apakah kalian mau jika ini menjadi milik kalian?” Orang-orang berkata, “Demi Allâh, kalau anak kambing jantan ini hidup, pasti ia cacat, karena kedua telinganya kecil, apalagi ia telah mati?” Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ "Demi Allâh, sungguh, dunia itu lebih hina bagi Allâh daripada bangkai anak kambing ini." Dunia tidak berharga meskipun hanya seberat sayap nyamuk. Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: لَوْ كَانَتِ الدُّنْـيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ "Kalaulah dunia ini mempunyai nilai walaupun sekadar sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberikan pada orang kafir walaupun seteguk air." Oleh kerana tidak ada langsung nilainya disisi Allah, maka Allah bagi percuma pada orang kafir dan fasiq sebagai ISTIDRAJ (Nikmat yg disusuli azab). Bila sampai masanya, semuanya akan ditarik, barulah manusia akan menyesal dgn tipudayanya. Bagi orang mukmin, mereka hanya akan menganggap ia sebagai pinjaman, pinjaman yg perlu diperlakukan mengikut kehendak Zat Yg memberi pinjam, kerana diri dan harta orang mukmin Allah telah beli dgn syurga, hatta iman sebesar zarrah, Allah ganti dgn 10x kali besar dunia. Jadi berbaloikah kita bersusah payah, bermati-matian untuk bangkai yg kalau hidup pun hanya cacat dan tak diingini? Dunia hanya sebagai pengantara untuk menuju akhirat, bukan sebagai maksud hidup. Jadilah seperti sahabat r.a walaupun kekayaan 2/3 dunia yg ditakluk melimpah ke madinah, namun tidak berjaya memasukkan cinta dunia dalam hati mereka. Langsung tidak ada keinginan pada harta, bermewah2 dgnnya. Inilah maksud zuhud yg sebenar. Hanya dalam tangan, bukan dalam hati. Credit Ruqayyah Ahmad Fuad
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً “ Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.” (HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah) jom sebarkan : https://bit.ly/KekasihkuRasulullah
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
✨اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ✨ InshaALLAH Jom Sama2 kita baca zikir ini sementara menunggu waktu berbuka puasa🌿 Selamat Berbuka Semua✨
Mostrar todo...
6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 1. Allahumma 2. Innaka 3. 'Afuwwun 4. Tuhibbul 5. 'Afwa 6. Fa'fu 'Anni Yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii (HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426). Menurut Dr Sanusi, pengertian doa ini, ia membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah. Oleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini. Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah ✨Jom Amalkan Moga kita semua dipilih untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar
Mostrar todo...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Khamis yang Mulia dan Indah 💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌 Didoakan kepada semua yang membaca doa pagi ini: 🌷Dipanjangkan Umur 🌷Diluaskan rezeki 🌷Ditetapkan Keimanan 🌷 Dikurniakan fikiran yang baik 🌷Kesihatan yang baik 🌷Berjaya dunia dan akhirat 🌷Sentiasa mendapat rahmat dariNYA. Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya. Aaminn Aaminn Ya Rabb Al- aaminn
Mostrar todo...
Seorang wanita melihat seekor ular hampir terbakar dan langsung mengeluarkannya dari api. Ketika dia melakukannya, ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan rasa sakit bisanya. Wanita itu menjatuhkan ular itu, dan ular itu jatuh kembali ke dalam api. Dalam situasi menahan kesakitan, wanita itu terlihat sebatang logam yang panjang, tanpa berfikir dia menggunakannya untuk mengeluarkan ular itu dari api, menyelamatkan nyawanya. Terdapat seorang pemuda yang melihat kejadian tersebut, lalu mendekati wanita itu sambil berkata, "Ular itu menggigitmu. Mengapa engkau masih cuba untuk menyelamatkannya?" Wanita itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit, tetapi itu tidak akan mengubah sifat aku yang suka menolong." Pemuda itu terdiam seketika sambil terfikir kata-kata wanita tadi. Jangan mengubah sifat mu hanya kerena seseorang membenci dan mrnyusahkan engkau. Jangan kehilangan hatimu yang baik, hanya kerena mereka yang berhati buruk, tetapi terus lakukan kebaikan-kebaikan sehingga tiada keburukan di hatimu lagi. 🥺 Dapat sesuatu? 🙌🏻 @quotephotovideo 🐍🐍🐍
Mostrar todo...