cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Iman Moment Official

Hebahan semua program dan aktiviti anjuran Iman Moment 🤩

Mostrar más
Malasia30 720El idioma no está especificadoNoticias y medios32 916
Advertising posts
1 400Suscriptores
-124 hours
+37 days
+1230 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Berikutan ucapan Abu Ubaidah di mana beliau menamakan Jordan sebagai barisan hadapan Arab terpenting, satu demonstrasi besar-besaran bagi menentang normalisasi dan menyokong pejuang dilakukan di ibu negara Jordan, Amman di mana penunjuk perasaan berhampiran kedutaan Zionis melaungkan: “Gerakan kalian? Hamas! Tentera kalian? Al-Qassam!" "Tabik hormat kepada Briged Al Qassam!" "Wahai Abu Ubaidah, wahai lelaki bertopeng! Kami adalah peminum darah!" "Wahai Abu Ubaidah, oh komando, ini adalah orang-orangmu di [Jordan]!" "Panji kalian? Allah! Pemimpin kalian? Nabi! Panduan kalian? Al-Quran! Jalan kalian? Jihad! Cita-cita tertinggi kalian? Syahid kerana Allah!" Dalam video kedua, penunjuk perasaan melaungkan: "Wahai Abu Ubaidah kami mendengarmu, seluruh Jordan bersamamu!" Fuhh meremang beb!
Mostrar todo...
Minta maaf min tersalah tadi. Terima kasih pada yang tegur. Background yang digunakan oleh Briged Al Qassam dalam ucapan kali ini tertulis petikan ayat dari Surah Al Baqarah ayat 250: رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًۭا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". Allahuakbar!
Mostrar todo...
Briged Al Qassam mengeluarkan poster ini yang tertulis petikan dari surah Yusuf ayat 21: وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمْرِهِۦ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Mostrar todo...
Briged Al-Qassam menerbitkan video seorang tahanan Israel mengecam pengabaian kerajaan Netanyahu terhadap tahanan dan menuntut agar mereka berusaha membebaskannya. Sumber: Al-Jazeera t.me/duniapalestin
Mostrar todo...
Hingga akhirnya, semua penat lelah kita berjuang sehari hari didunia ini hanyalah untuk menjadi hamba yang dekat denganNya. Perhatikan doa Asiah isteri Firaun, beliau mendahulukan kata “Ya tuhanku, bangunkanlah untukku disisiMu..” dahulu, Barulah “sebuah istana di syurga..” Asiah mengajarkan kita untuk mengharapkan agar kita dekat dengan Allah itu sebagai tujuan akhir yang kita harapkan. Moga kita pun bersungguh sungguh nak jadi abid dan khalifah yang eager & obses untuk dekat dengan Allah dan dapat istana di syurga yang dekat dengan Allah. At the end of the day, Asiah mengajarkan kepada kita, Allahu ghayatuna! Moga Allah lindungi kita dari beramal kerana reactive, atau kerana ingin berlawan siapa betul atau salah mahupun beradu siapa power siapa lemah. Nauzubillahiminzalik. Pesanan untuk diri sendiri terutamanya dan pertama tamanya ❤️‍🩹 t.me/imanmoment
Mostrar todo...
👍 2
“Wahai orang orang yang beriman, Bertaubatlah kepada Allah de Ng an taubat yang sebenar benarnya, mudah mudahan Tuhan kamu akan menghapizkan kesalahan kesalahan mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai….” “.. ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami..” Tahrim:8 Jom berlumba dalam perlumbaan taubat nasuha? Moga kita bersih suci dimataNya ❤️‍🩹
Mostrar todo...
🔥 1
Repost from Terjemahan Al Banna
DAKWAH MENYATUKAN HATI-HATI Ustaz Umar Tilmisani pernah menyebutkan dalam tulisannya: 'Hasan al-Banna, Murabbi Generasi' tentang bagaimana Imam Hasan al-Banna berinteraksi dengan masyarakat: "Beliau seorang yang sangat bersungguh dalam AL-MU'ĀKHĀH (persaudaraan) kerana Allah. Beliau sentiasa berpesan:
"Sekiranya kamu tidak mahu menjadi AKHAN (saudara kami), kami tetap merasa gembira dengan dirimu. Sekurang-kurangnya, kamu menjadi ṢADĪQAN (sahabat kami), nescaya kami akan terus merasa senang denganmu."
Oleh sebab inilah, tiada orang yang rasa JAFĀ' (tidak senang) dengan Hasan al-Banna, melainkan orang itu ialah yang tidak mahu (menegakkan) Syariat Allah" #زاد_السائرين Terjemah Al Banna http://t.me/terjemahanIHAB
Mostrar todo...
Repost from Muassis
Repost from Muassis
PEMUDA DARI HUJUNG KOTA Antara kisah yang paling popular dan selalu ditadabbur sebagai ‘dalil’ untuk bersemangat dalam dakwah adalah kisah pemuda dari hujung kota seperti yang direkodkan dalam surah Yaasin, ayat 20 hingga 27. Seorang pemuda (yang dikatakan namanya Habib an-Najjar), yang baharu sahaja beriman kepada Allah SWT telah bergegas ke kota untuk berdakwah kepada kaumnya, apabila mendapati kaumnya mendustakan tiga orang utusan Allah yang telah diutuskan kepada mereka. Ya, kisah ini sudah maaruf dan ibrah/hikmahnya juga sudah maaruf. Cuma ada sisi lain pada kisah ini yang jarang sekali kita perasan atau beri perhatian. Sisi kedegilan dan kesombongan kaum yang menolak hujah para utusan dan pemuda dari hujung kota itu, yang diabadikan dalam ayat 13 hingga 19 surah yang sama. Bayangkan, setelah diberi nasihat oleh ‘orang luar’ yang lebih tahu daripada mereka (kerana ‘orang luar’ ini adalah utusan Allah), yang sudah tentunya berada di atas jalan kebenaran, kaum yang sombong itu menolak risalah yang disampaikan kepada mereka. Bukan seorang, bukan dua orang tapi TIGA orang utusan! Apakah alasan-alasan mereka menolak dakwah para utusan ini? “Kamu hanyalah manusia biasa seperti kami sahaja!” (ayat 15) “Kamu tidak lain hanya berdusta sahaja!” (ayat 15) “Kami telah mendapat kecelakaan disebabkan oleh (dakwah) kamu!” (ayat 18) Tidak cukup dengan itu, apabila datang pula seseorang dalam kalangan mereka sendiri mengingatkan, yang sudah tentunya orang yang mereka biasa dan kenali, yang mereka boleh percaya dan tanggapi, mereka masih tetap nafikan kebenaran yang datang hanya kerana kebenaran itu tidak cocok dengan ego dan nafsu mereka! Kata Syaikh Wahbah Zuhaili dalam Tafsir al-Munir: “…motif yang tampak terlihat lelas di balik sikap penolakan dan pengingkaran orang-orang kafir tersebut adalah arogansi, keangkuhan, kecongkakan, kesombongan, merasa diri lebih besar dan terhormat, serta rasa kehormatan atas harga diri yang terlalu berlebihan dan tidak pada tempatnya.” Betapa angkuh dan dangkalnya mereka itu! Wahai saudaraku, Apabila sudah ramai yang mengatakan, “Jadilah seperti pemuda dari hujung kota!” untuk menaikkan semangat dan himmah anda dalam dakwah dan tarbiyah ini, saya ingin mengatakan kepada anda, “Jangan jadi seperti kaum yang menolak dakwah pemuda dari hujung kota itu!” Apabila ada ‘orang luar’ yang menasihati anda, jangan cepat untuk menolak dan menafikan nasihat-nasihat itu dengan alasan mereka dan anda tiada bezanya; malah anda lebih arif dan tahu daripada mereka. Boleh jadi mereka tahu perkara yang anda tidak tahu! Apabila ada ‘rasul’ (orang yang menyampaikan) datang kepada anda mahu menunjukkan jalan, jangan cepat untuk membantah dengan alasan mereka ini orang luar, belum cukup mengenali anda. Boleh jadi mereka nampak benda yang anda tidak bisa melihatnya! Dan apabila ada dalam kalangan anda sendiri yang tampil untuk menasihati anda kerana kasihnya dia kepada anda dan betapa dia mahu anda bersama-samanya dalam kebenaran, janganlah pantas 'membelasah' dan 'membunuhnya' hanya kerana anda tidak suka dengan nasihat yang mahu disampaikan. Duduk dan dengarlah dahulu. Fikir-fikirkan dan kemudian barulah buat keputusan. Kerana boleh jadi, dia telah mendapat sesuatu yang belum lagi anda dapatkan! “…alangkah baiknya jika kaumku mengetahui!” (Yaasin, 36:26) Inche Gabbana Aktivis Muassis --- Follow, like & subscribe medsos kami https://linktr.ee/muassismedia
Mostrar todo...
Repost from Tarbiah Daily
#UMMATI : MULA BARU Cerita tahun lalu. Aku didatangi seorang pemuda, dalam lingkungan awal 20-an. Datang ke klinik sebab nak berhenti ketagihan merokok dan vape. Ini cubaan kali ke dua. Kali ni nekad nak berhenti sebab isteri sedang hamil. Dia pernah berjanji nak berhenti awal-awal kahwin, namun gagal akibat tewas dengan desakan dalaman dan juga pengaruh rakan. Nak berhenti merokok, tapi kawan nasihat cuba tukar dengan vape. Dalam terma tarbiyah kita sebut, menukar satu jahiliyah dengan jahiliyah yang lain. "Pi mai tang tu" , "Supo tulo". Akhirnya dia ambil dua-dua akibat ketagihan.
"Saya dah nekad nak berhenti rokok dan vape ni Dr. Dulu dah mungkir janji, saya nekad nak berhenti dan berubah."
, kata pemuda bertubuh kurus itu.
"Nak berhenti merokok dan vape ni, yang paling penting adalah SEBAB kenapa awak nak berhenti. Kalau saja-saja nak berhenti, memang payah. Nicotin gum, nicotin patch semua ni sekadar BANTU saja. Sekarang ni apa sebab terbesar awak nak berhenti?" tanya aku.
"Sebab saya nak ubah cara hidup. Saya dah mula jaga solat lepas kahwin. Cuma yang susah bab rokok dan vape ni. Isteri awalnya nak tolong, akhirnya dia dah stress dan taktau nak bantu saya macam mana. Bila dua-dua stress, kami bergaduh. Tak lama lagi kami nak dapat baby. Lagi saya risau dengan tabiat saya ni."
"InsyaAllah boleh. Saya jumpa ramai yang boleh berhenti. Awak kena ada sebab yang besar. Sebab yang 'unshakable'. Niatkan nak berhenti sebab Allah dan memang awak nak berubah." ,
Lantas aku rujuk dia ke Klinik Berhenti Merokok, antara kemudahan yang tersedia di Klinik Kesihatan. Dia dibekalkan juga dengan nicotine gum, untuk bantu 'wean off' ketagihan rokok & vape. Sebulan kemudian aku bertemu dia semula untuk appointment. Rupa agak sugul dan lesu. Dia gagal berhenti sepenuhnya pada 'Quit Date' yang kami persetujui. Sepatutnya 'by the time' sampai 'Quit Date', dia kena berhenti secara total. Dia kecewa sebab masih gagal berhenti. Rumahtangga juga makin tegang hari ke hari. Bahkan aku juga terasa sedikit terkilan. Disebabkan dia nampak bersungguh pada awalnya. Namun, aku tetap yakin dia boleh berhenti. Kami tetapkan 'Quit Date' baru dan rancang langkah-langkah yang boleh diambil untuk elakkan kejadian sama berulang. Aku juga nasihatkan dia supaya mencari 'circle' atau rakan-rakan yang dapat membimbing dia untuk berubah. Ini juga penting - pemilihan kawan dan 'environment'. 'Fast forward', beberapa bulan kemudian aku berjumpa semula dengan dia. Wajah nampak ceria, penampilan juga berbeza. Dia sudah bebas dari rokok dan vape selama 6 bulan. Alhamdulillah, satu kejayaan buatnya. Dia juga selamat mendapat cahaya mata. Kegembiraan berganda. Sebagai tanda kejayaannya, dia hulurkan aku vape miliknya dan meminta aku buangkan ke tong sampah. Simbolik tanda 'selamat tinggal'. Mula baru. Selagi mana kita masih hidup, kita tidak terlepas dari ujian. Ada ketika, amat sukar pula bagi kita untuk mencari jalan keluar. Terutama apabila tiada 'support system' dan panduan yang jelas. Jangan berputus asa, teruskan usaha. Allah berfirman :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٣ Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. - Al Baqarah, 153.
Sabar dan teruslah meminta kepada Allah. Allah tidak jemu memberi melainkan kitalah yang selalu jemu dalam meminta kepadaNya. Jika terjatuh, terhumban, atau terlingkup sekalipun dalam langkah menuju Allah, bangun dan mula baru. Tiada yang mustahil. Dr Nas Tiada Hari Tanpa Tarbiyah https://t.me/tarbiahdaily
Mostrar todo...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah