cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

𝚂𝙸𝙿𝙴𝚁𝙸𝙽𝙳𝚄

Perasaan rindu pasti hadir di ruang hati dengan rasa yang paling manis dalam hidupku. Saat kamu tiada, aku telah menjadi si perindu kamu sepanjang aku masih mampu bernafas untuk meneruskan kehidupan. Official bot: @siperindubot

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Advertising posts
1 888Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
Sin datos30 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Group untuk request lagu and video boleh join sini @reqlaguvideo. Group borak2 boleh join sini @bawangerss
Mostrar todo...
Surat; Perihal Perasaan Selasa, 03 November 2020 Seringkali aku kebuntuan dalam memulakan aksara untuk pena yang ingin aku sampaikan perihal perasaan. Banyak cerita ingin aku cerita namun aku tewas saat akhirnya. Aneh bukan. Padahal, hati ini bersemangat untuk bercerita. Aku menarik nafas yang panjang; dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Lantas tangan ini menari; menulis mengikut kata hati dan aku telah berjaya menceritakan kepadamu perihal perasaan yang selama ini aku pendamkan. Aku menulis surat ini di mana jua aku berasa untuk mengisi kekosongan sejak kamu tiada bersamaku. Mengungkapkan perasaan rindu di dalam tulisan yang telah aku jadikan sebagai surat. Semoga surat sampai padamu dengan cepat dan selamat. Namun ternyata, surat ini aku mampu simpan ke dalam kotak kenangan. Tidak dapat dikirim pada alamat rumahmu yang sememangnya aku tahu tetapi aku takut. Jika surat ini telah di hantar pada alamat yang salah dan itu mampu membuat hatiku berasa kecewa.1230 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...
NikmatNya Sangat Luas Ahad, 01 November 2020 Renungkan kembali, mata ini mampu melihat dengan jelas sekali tanpa ada kekurangan. Bibir bicara sambil mengeluarkan suara,orang lain dapat mendengarkannya. NikmatNya sangat luas dan inilah besarnya cintaNya kepada kita. Tangan masih dapat digerakkan dan bergerak malah begitu juga kaki mampu berdiri serta melangkah demi langkah mengikut ke mana yang ingin di tuju ke destinasinya. Ada deria rasa, dalam menikmati rezeki yang diberi. Betapa luas dan besar nikmatNya kepada kita untuk kita berasa syukur serta menghargai setiap pemberian dari Maha Berkuasa. Tiada apa-apa yang kita miliki. Semua adalah milik dari Tuhan yang Maha Esa. Dia; Maha Kaya.2130 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...
Yang mana sendu astu tengah cari group chat jom lah join sini bagi rancak @bawangerss. Lai lai
Mostrar todo...
Bawangers Official 🐸 Group random chat, cari kawan, borak santai and so on ini boss! Official group ws: https://chat.whatsapp.com/DVEEHUCgEhb9YI5qUsIJMJ Our main channel : @bisikanrindu Founder: @ieemm https://t.me/bawangerss
Mostrar todo...
Bawangers Official. 🧅🧄

WhatsApp Group Invite

Memo Rindu Untukmu Sabtu, 31 Oktober 2020 “Duhai sahabat, aku masih mengharapkan kehadiranmu dalam kehidupanku. Aku tetap insan yang dulu. Menulis telah menjadi teman di kala kau tiada di sisiku. Ada perihal kamu di dalam setiap tulisanku. Aku rindukanmu.” “Duhai sayang, maafkan aku kerana tidak dapat menjadi teman dan tuan yang baik untukmu. Terlalu banyak kekuranganku dalam menjaga dan merawatmu ketika kamu memderita sakit. Betapa sukarnya aku untuk mengikhlaskan atas kehilanganmu. Kamu tetap aku rindu.” Memo rindu ini sememangnya aku sengaja tulis untukmu. Kamu; sahabat dan makhluk Tuhan yang telah ditakdirkan untuk bertemu seketika dan pinjaman terindah serta bermakna dalam kehidupanku. Terima kasih buat kenangan ini dan aku akan tuliskannya sebagai pengubat rindu.1930 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...
Andai Tersurat Takdir Jumaat, 30 Oktober 2020 Kehilangan telah membuat hati ini terbiasa untuk hadapinya. Semua yang ada, tidak akan kekal selamanya. Betapa sukarnya untuk aku menerima pada awalnya kerana rasa sakit itu terlalu dalam sehingga aku hilang separuh semangat dan senyuman. Andai tersurat takdir jika aku bakal kehilangan sekali lagi semangat dan senyuman, maka aku harus mengikhlaskan kerana aku percaya Tuhan sengaja menyembunyikan mentari. Hadir ribut yang melanda tanpa henti, lalu menujukkan kepadaku betapa indahnya sang pelangi sebagai ganti. Berjuanglah wahai empunya hati, kau berusaha sendiri untuk menahan derita, menutupi duka yang hebat bergelora oleh jiwa. Percayalah, ada bahagia yang bakal hadir di saat jiwamu sudah mengikhlaskan segala suratan takdir kerana ia mampu membuatmu dewasa dalam kehidupan.2230 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...
Cinta Yang Kekal Abadi Khamis, 29 Oktober 2020 Cinta manusia; seringkali berubah-ubah. Jika hati mula sudah tawar, cinta juga turut akan berubah. Dek kerana kecewa dan tersakiti, hati tidak akan kembali pada rupa asalnya. Parut itu akan ditinggalkan sekiranya telah sembuh dari lukanya. Cinta Ilahi; sungguh luas tersebar di seluruh alam dan juga makhlukNya. Walaupun banyak dosa setiap hambaNya lakukan, Dia tetap juga memaafkan jika taubat itu lahir dari keikhlasan. CintaNya yang kekal abadi dan tidak akan mati. Semakin mendalam cinta itu kepada Ilahi, diri ini akan terus diuji. Menilai sejauh mana rasa keikhlasan itu bertahan lama. Dia saja berhak menentukan mana yang baik dan buruk oleh sekeping hati setiap hambaNya.0930 am -; AishahKidal
Mostrar todo...
Syukur Atas NikmatNya Rabu, 28 Oktober 2020 Bersikap baik kepada diri sendiri kerana ini adalah amanah yang perlu dijaga sebaik-baiknya. Mensyukur atas nikmatNya dan usah merungut atau mempersoalkan itu serta ini. Suatu hari kelak, kau akan dapat menerima pemberian dariNya dengan merasa cukup dan bersyukur. Itu adalah rezekimu untuk hari ini. Setidaknya, kau masih mampu menikmati makanan yang ada di hadapan mata. Nikmat selera, tidak terputus oleh rasa. Setidaknya, kau mampu melihat dan berdiri dek kerana masih memiliki mata; dalam melihat serta kaki; untuk berdiri, berjalan, dan melangkah ke mana jua ingin pergi. Sekiranya kau masih merasa ada kekurangan, maka lihatlah pada mereka yang jauh lebih kurang dari apa yang telah kau terima. Usah melihat pada mereka memiliki kelebihan dan kemewahan yang diterima kerana hal ini dapat membuatkan kau menjauh dalam bersyukur.2000 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...
Kita Masih BerTuhan Isnin, 26 Oktober 2020 Renungkan kembali, nikmat mana yang didustai. Tidak secebis janji, yang dimungkiri. Selami hati sendiri, adakah pernah merasa mensyukuri oleh setiap pemberianNya. Sakit; mengajarkan bahawa bahagia hadir cuma seketika saja. Lihat pada langit, ia sememangnya ada di atas sana. Akan tetapi kehadirannya hilang dek kerana tiada sinaran matahari yang menemani. Begitu juga senja, tidak selamanya ada di pandangan mata. Keistimewaannya telah membuat beberapa hati, jatuh cinta padanya. Pernahkah kita berfikir sejenak, semua kehadiran senja, langit dan matahari ini ada tuan yang menciptakan? Dia yang menghidupkan keindahan seluruh alam dan Dia juga menciptakan bahagia, sakit, duka dan segala perasaan yang manusia rasakan. Berehat seketika, jika pernah merasa lelahnya saat berdepan dengan ujian dari Maha Esa. Kita harus ingatkan pada hati dan diri ini bahawa kita masih berTuhan yang menemani saat kita percaya hikmah disebalik ujian dariNya.1930 pm -; AishahKidal
Mostrar todo...