cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Sebarkan kebaikkan

Tips menjemput rezeki

Mostrar más
Advertising posts
540Suscriptores
-124 hours
-37 days
-1130 days
Archivo de publicaciones
Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah syukur "Bayangkan kita di akhirat nanti, berdiri di lautan berbilion manusia dari kaum Nabi Adam sehinggalah manusia akhir zaman. Bagaimanakah saat itu? Tiada apa yang mampu membantu kita melainkan amalan-amalan yang kita lakukan di dunia ini. Maka, berkejaranlah dalam melakukan amalan soleh sebelum kesempatan itu terpadam dan tiada lagi." Selamat Menjalani Ibadah puasa Semua Alhamdulillah 🤲 28 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Jika tersedar dari lena , bangunlah sekejab untuk bertahajjud, atau sekurang2nya berwirid & berdoa kepada Allah SWT.. Bersyukurlah, Allah sudi pilih kita untuk terjaga, sedang yang lain mungkin masih enak dibuai Mimpi indah Semoga dengan tahajjud ini, mudah2an Allah akan mengangkat kita ke tempat yg terpuji.. InsyaAllah, Aamiin Ya Allah Assalamualaikum Wbt Jom tahajjud sebelum Sahur Alhamdulillah
Mostrar todo...
Ujian datang bertalu talu Sampai membuatkan kita tunduk dan Diam membisu. Rupa-rupanya Allah rindu, Allah nak kita berdoa dan mengadu . Waktu Terbaik Mengadu di 1 per 3 Malam..waktu ini sangat tenang Maka kita solat dan berdoa Dengan sangat tenang. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam Ramadan 26 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
MEMBURU TAHAJJUD Selalu pasang niat nak bangun solat sunat tahajjud pada sepertiga malam? Tapi tak pernah berjaya? Atau menunda-nunda bunyi alarm sehingga terlepas waktu? Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba. InsyaAllaah Semuanya dengan izin Allah. 1 - Pastikan solat isyak telah dilaksanakan (usahakan untuk solat pada awal waktu). 2 - Selepas solat dan berdoa, sambunglah ibadah dengan membaca Al-quran. (Kalau berniat nak tidur selepas solat isyak seeloknya bacalah terlebih dahulu Surah Al-Mulk). 3 - Sebelum melelapkan mata disunatkan untuk menepuk-nepuk bantal sebanyak 3x dan mengibaskan selimut sebanyak 3x jugak dengan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad sebelum tidur. 4 - Baca ayat Qursi, Basmalah 21x, Surah 3Qul, doa tidur dan kalimah syahadah. 5 - Bagi yang ada simpan bacaan surah-surah dalam handphone boleh dengar guna earphone. Memang boleh lena dan mudah untuk bangun. Jangan lupa set alarm untuk bangun. 6 - Kemudian tidur dan niat untuk bangun tahajjud pukul 5 pagi. Mohonlah pada Allah untuk sedarkan kita dari lena. 7 - Bunyi alarm bangun terus, kalau nak tunda boleh tapi jangan sampai x ckup masa nak solat atau sampai terlepas waktu. 8 - Baca doa tidur dan bangkit untuk mandi atau berwudhu' dan lakukan solat tahajjud. Usahalah buat hari-hari. Pasang niat hari-hari. Bila dah dapat buat tu akan rasa nikmat sangat. Rasa nak buat lagi dan lagi. Alhamdulillah Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Mostrar todo...
Kematian itu memang sifatnya datangnya mendadak. Tak tunggu sakit, tak tunggu tua. Bila sampai ajalnya, ke liang lahad lah tempat kita. Kematian tidak bertanya di mana tempat yang kita mahu dimatikan, kematian tidak peduli apakah urusan kita sudah selesai atau belum. Ia datang tanpa sempat kita sedari. Pun begitu, bekalan untuk menghadapinya mampu kita sediakan. Di sanalah peranan amal soleh yang kita lakukan. Jangan berhenti berbuat baik, walau bila dan di mana pun. Bahkan, sekecil biji sawi pun lakukanlah. Jika kita boleh bekerja keras supaya wang simpanan bertambah, seharusnya kita juga patut beramal soleh tanpa kenal penat lelah supaya pahala sentiasa mengalir bila kita sudah tiada di atas dunia ini. Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 Salam #12Ramadhan 24 Mac 2023 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. “Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah #11ramadhan
Mostrar todo...
SEANGKUH DAN SEHEBAT apa pun kita , diatas hamparan sejadah juga Dahi kita perlu Bersujud , SECANTIK DAN SEINDAH mana pun rupa kita ini , Kain Putih juga yang akan membalut tubuh kita , SEKAYA DAN SEBANYAK mana pun harta dan pangkat kita , tidak ada sesuatu pun dapat di bawa Menghadap Illahi , SEGAGAH DAN SEKUAT apa pun tubuh dan diri kita , akhirnya tetap di usung juga , SERAMAI DAN SEBANYAK apa pun teman-teman dan kenalan kita , namun kita akan pergi seorang diri juga suatu hari nanti mengadap Ilahi . Muhasabah buat tatapan bersama dan diri ini . Assalamualaikum dan Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 🤲 22 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Bila kita menangis, kita akan rasa lemah rasa penat sangat sebenarnya Allah nak suruh kita rehat . Allah tahu apa yang terjadi pada kita. Allah tahu apa yang kita pendam . Allah tahu apa yang kita tanggung seorang diri. Allah tahu kita penat, kita memerlukan seseorang untuk memahami kita. Jadi mengadulah pada Dia yang Maha Mendengar.Allah bagi kita ujian bukan saja saja. Allah mahu kita kembali pada Dia. Di sebalik ujian ujian yang mendatang,bersangka lah perkara perkara yang baik dengan Allah. Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.Allah sayang kita. Semoga kita terus bersabar dalam ujian ujian yang mendatang Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Salam 9 Ramadan Alhamdulillah
Mostrar todo...
SHOLAT TAHAJJUD Rasulullah bersabda, “Barang siapa menjaga sholat tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima kemuliaan didunia dan empat di akhirat. Di dunia: 1. Allah jauhkan dari bencana 2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya 3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan disegani manusia 4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa 5. Mudah memahami Agama Allah. Di akhirat: 1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya 2. Mudah saat di hisab 3. Seperti kilat menyambar melewati shirot 4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan SubhanAllah, Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam 8 Ramadan Alhamdulillah 🤲 20 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Tahajjud, walau hanya dua rakaaTetapi Ianya bukan perkarah yang mudah Untuk bangun bersolat di tengah2 Malam kala sedang tidur yang begitu Nyenyak , bukan perkara mudah, Terutama kepada yang baru mahu Melakukannya. Tapi percayalah, jika kita betul2 Berazam, dan kita betul2 kuatkan Semangat, yang susah itu akan jadi Sangat2 mudah. After all, its only 2 rakaat Its only few minutes. Then kita boleh sambung tidur semula, Berjam2 lamanya. Apalah susahnya beberapa minit itu, Berbanding dengan nikmat berjam2 Yang Allah beri untuk tidur. Percayalah, tahajjud is a beautiful Struggle, ia sangat2 berbaloi di lakukan, Tolong dont give up ! Selamat bertahajjud Semua Assalamualaikum Wbt Salam 7 Ramadan Alhamdulillah 🤲 19 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Nak Cakap Bila usia 40an-50an ni. Banyak benda kau kena ubah! Antaranya: 1. Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga. 2. Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar. 3. Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang. 4. Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga. 5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang! 6. Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haram jadah. 7. Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake! 8. Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk. 9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga! 10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara. 40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.
Mostrar todo...
Sesungguhnya, Pengampunan Allah itu luas Seluas langit yang tak bertepi, Seluas lautan yang tak berpenghujung. Jika semua jalan sudah tertutup, Carilah jalan ALLAH Nescaya tidak akan ada kekecewaan bagimu Siapapun kamu, apapun ujian kamu, di mana pun kamu berada Demi Tuhanmu bersabarlah. Bahagia itu hembusan kasih dari langit dan pada hati yang 'terikat' kuat dan kukuh pada-Nya. Bukan pada makhluk-Nya Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam 7 Ramadan Alhamdulillah http://t.me/Mudahnyamenjemputrezki
Mostrar todo...
SEGALA PUJI BAGI ALLAH Segala puji bagi mu Ya Allah Yang Pertama tanpa ada yang mengawalnya Yang Terakhir tanpa ada yang menghakhiri Yang tak terlihat oleh pandangan Yang memandang Yang tak tergambarkan oleh bayangan Yang membayangkan Kau ciptakan makhluk kekuasaan Mu Kau ciptakan segala sesuatu kehendak Mu Segala puji Ya Allah Yang memberi kami kemampuan untuk Mensyukuri nikmat Mu Yang membuka bagi kami pintu-pintu ilmu ke Ilahian Mu Segala puji ya Allah, Dengan segenap pujian yang kami ucapkan Para mailakat dan para mahkluk yang di mulia Segala puji bagi Mu Atas nikmat yang kau berikan kepada kamiHamba-hamba yang telah mendahulu, Mahu pun yang akan datang kemudian Syukur Alhamdulillah Pujian yang kami aturkan kepada Mu Sebagai penghubung untuk mentaati dan meminta keampunan Sebagai penyebab membolehkan kemenangan Penghantar jalan menuju mu ya ilahi SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH Ampunkanlah segala dosa kami dosa kedua ibu Bapa kami dosa kaum keluarga kami dosaGuru guru kami serta saudara mara para Sahabat dan umat islam yang terdahulu kemudian dan terkini AMPUNKANLAH kami Ya Allah Kesemuanya dosa kami hak baru serta yang lama dan yang akan datang Hanya engkaulah yang maha mengampunkan Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 6 Ramadan 17 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Perbanyakkan mengingati pemutus kelazatan (iaitu kematian)." (Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Janaiz, hadis no: 3069) Imam Al-Qurtubi Rahimahullahu Ta'ala menukilkan dalam at-Tazkirah, ad-Daqqaq berkata : Sesiapa yang banyak mengingati mati, akan dimuliakan dengan tiga perkara : 1- Segera bertaubat. 2- Hati yang merasa cukup. 3- Kerajinan untuk beribadah. Sesiapa yang lupa kepada kematian, akan dihukum dengan tiga perkara : 1- Menangguhkan taubat. 2- Meninggalkan rasa redha dan cukup. 3- Malas dalam beribadah. Semoga kita sentiasa merenung diri ini, supaya sedar yang kita ini hamba ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Jangan bongkak untuk tidak tunduk dan sembah kepadaNya. Gunakan baki usia yang ada ini untuk kita kumpulkan bekalan buat kehidupan di akhirat sana. Kita tak tahu dan tidak punya pemgetahuan tentang tarikh tepat kematian kita. Banyakkan beristighfar dan bertaubat bersungguh-sungguh. ALLAH sentiasa memberi harapan untuk kita tidak berputus asa dengan RahmatNya. Muhasaba Diri Assalamualaikum Wbt Salam 5 Ramadan Alhamdulillah
Mostrar todo...
Berdamailah dengan masa lalumu kerana tanpanya , kamu takkan berada di jalan ini . Kerana tanpanya kau takkan kenal dakwah dan jika kau tak lalui masa lalu, mana mungkin kau mampu berdiri teguh di atas jalan ujian ini Assalamualaikum Wbt Semoga Apa jua yang di rancang Allah SWT pernudahkan semua Untuk kita semua Aamiin Ya Mujib Salam 4 Ramadan Alhamdulillah
Mostrar todo...
Jalan hidup cerita manusia tidak semuanya Ada bahagia. Ada waktu harus melalui liku perjalanan yang sukar sebelum sampai ke garisan penamat bagi menamatkan kesedihan. Selagi terdaya hadapilah ujian dengan berlapang dada. Allah Maha Mendengar Jom Sahabatku Sujud syukur pada Allah Mengadu,meminta Hanya pada Allah Segalanya mudah bagi Allah Sebelum Sahur sempatkan diri Menunaikan solat Tahajud Walaupun hanya mampu 2 rakaat Semoga Allaah SWT Sudih Mengabulkan Doa2 Kita Aamiiin Ya Mujib Assalamualaikum Wbt Salam 3 Ramadan Alhamdulillah
Mostrar todo...
MUHASABAH DIRI Di Waktu Tahajjud Assalamualaikum Wbt Salam 2 Ramadan Ketenangan dan kebahagiaan hidup hanya akan di dapat dengan cara menjauhi perbuatan dosa dan segala perbuatan buruk Di saat rasa sesal atas segala perbuatan dan dosa yang diperbuat, ketahuilah dan syukurlah masih ada benih² iman di dalam hati itu Tuhan menjentik hati itu dengan penyesalan teramat serta dibuatNya sering gelisah akan dosa-dosa itu. 13 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi. Atleast kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses.. Orang kata kita hipoktrit. Its okey jalan je k. Teruskan menyampaikan apa yang benar sebab dengan belajar untuk berdakwah pada orang lain sebenarnya kita sedang dakwah diri kita sendiri. Lebih baik kita berpesan2 kepada kebaikan berbanding kita buat benda tak berfaedah lain. Kalau kita ajak orang lain solat Tahajjud tapi kita sendiri on off Tahajjud Takpa. Ajak dan ingatkan selalu ya. Supaya nanti lama2 dengan izin Allah kita takkan on off lagi. Teruskan dakwah dengan penuh hikmah. Jangan sesekali hinakan niat baik orang lain.
Mostrar todo...
Marhaban ya Ramadhan Mohon maaf Andai ada tulisan2 saya yang mengguris di hati Maaf di pinta. Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita.. Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita!!! Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah ❤️ Alhamdulillah Syukur Ya Allah kerana sampaikan kami dalam bulan penuh dengan ganjaran kemuliaan. Jom perbanyakkan amal Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Salam 1 Ramadan Alhamdulillah
Mostrar todo...
DUNIA TEMPAT MEMANDANG ALLAH Sesiapa yang di dunia ini banyak ingat akan selain Allah, banyak ‘pandang’ selain Allah, dan banyak berurusan dengan selain Allah, di akhirat nanti dia akan sibuk dengan selain Allah. Tetapi sesiapa yang dalam hayat hidup di dunia ini dia banyak ingat akan Allah, banyak ‘memandang’ akan Allah, dan banyak berurusan dengan Allah, di akhirat nanti dia akan sibuk dengan Allah. - kitab Ihya' 'Ulumuddin, Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 10 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Mulakan Hidup dengan Syukur Dari mula kita membuka mata sehingga kita menutup mata. Ucapkan syukur, Allah masih beri peluang kita membuka mata, masih terbuka pintu taubat, masih dapat bernafas dengan Udara Percuma Syukur masih dapat melihat insan insan yang kita kasihi dan sayangi. Syukur kerana Allah masih kurniakan rezeki tanpa batas tanpa berkira kira dengan kita. Jaga niat. Setiap ibadah, kerja, bisnes yang kita lakukan niatkan kerana Allah taala.Jaga niat di awal, di tengah dan di akhir. Mulakan pagi kita dengan bersedekah. Berilah apa sahaja mengikut kemampuan kita. Banyakkan istighfar, selawat dan berzikir dari hati. Berbuat baiklah sepanjang hari kita. Jangan sakiti orang lain.Jaga ibadah, jaga mulut, jaga perbuatan kita selalu. Semoga Allah limpahkan kebaikan dan kurniaNya buat kita semua dengan rezeki yang berkat. Bagi mereka yang sedang diuji, senyumlah san bersabar. Redha dengan setiap Ujian Allah. Setiap kesulitan pasti ada kesenangan Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah syukur 09 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
"Kita hanya tahu tarikh lahir, namun kita tidak pernah tahu tarikh mati" Orang yang kita tidak kenal pun sudah ramai yang pergi. Pergi yang tidak kembali lagi. Kita semua ibarat sudah berada di Airport dan sedang menunggu pesawat di Balai Berlepas. Apabila pesawat tiba, kita pun pergi. Pergi yang tidak kembali lagi. Pergi Meninggalkan alam dunia ini menuju ke Alam akhirat yang kekal abadi. Iaitu sebuah kehidupan yang tiada lagi kematian." Renungan bersama di waktu Tahajjud Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 Murni Usman 🌹❤️ 8 mac 2024 pagi Jumaat
Mostrar todo...
Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran Degil dan karat di belakang kuali, PERLU DISENTAL kuat menagih tenaga Dan sabun terbaik. Sekiranya ingin hati kita bersih, Sentalannya adalah amal ibadah, LEBIH kuat rasa letih dan sukar Ditunaikan, LEBIH BERSIH hasilnya, Lebih kemas ibadah disandari oleh ilmu Yang sahih dan ikhlas, itulah SABUN Terbaik. Sesungguhnya hidup hanyalah sebuah Perjalanan menuju perhentian, Kepergian menuju kepulangan. Tentang meninggalkan dan Ditinggalkan, tentang melepaskan dan Mengikhlaskan. Dan waktu hanyalah sementara. Sementara Ada waktu dan ruang ini Jom paksa diri Bangun solat sunat tahajjud Walaupun hanya mampu 2rakaat Mula² kena paksa, Paksa diri untuk istiqamah. Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud 07 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️ Coretan di waktu Tahajjud Alhamdulillah 🤲
Mostrar todo...
Setiap hari ada kematian Dan adakah ianya sikit pun tak menjadi peringatan buat kita? Masih lagi banyak bergelak ketawa Daripada menangis mengenang dosa Diri? 😭😥 Kita ni bukan baik sangat pun tapi Allah tutup aib kita. Usah gembira sangat kita buka aib orang. Takut terlondeh aib kita tanpa sedar. Sama-sama memperingati antara satu Selawat dan istighfar selalu Assalamualaikum Wbt Alhamdulillah 🤲 Salam Tahajud Semua Tidur mu boleh lelap Tapi sempat kan dirimu Terbangun kala malam kian pekat Hantarkan sujudmu menjemput Rahmat di saksikan oleh para malaikat Semoga doamu sampai seperti Anak Panah menembus dengan tepat. 06 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Untuk memahami erti kehidupan pergilah ke 3 lokasi ini. 1. Hospital 2. Penjara 3. Perkuburan Hospital, kau akan faham tiada apa yg lebih indah dari kesihatan. Penjara, kau akan tahu nilai kebebasan itu amat berharga . Perkuburan, kau akan sedar yg kehidupan ini hanyalah sementara. Jangan lupa Bersyukur Sentiasa Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Mostrar todo...
ku minta pada ALLAH Setangkai bunga indah Tapi di beri kaktus berduri. Ku minta kupu-kupu Tapi di beri ulat berbulu Aku sedih dan kecewa 🥺 Namun kemudian. Kaktus itu berbunga indah sekali Dan ulat itupun menjadi Kupu-kupu yang cantik Itulah jalan ALLAH “indah pada waktunya” ALLAH tidak memberi apa yg Kita harapkan Tapi DIA (ALLAH)memberi apa yang Kita perlukan Kadang kita merasa tidak puas, Kecewa dan terluka Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang merajut yg terbaik untuk kehidupan kita. Setuju? Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Semoga Allah permudahkan segalanya Untuk kita semua Aamiin Ya Mujib 🤲 03 MAC 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Untuk menjadikan diri kita istiqamah, mati adalah perkara yang perlu kita jadikan nombor satu untuk kita muhasabah sentiasa agar dengan mengingati mati itu ia dapat memberi kesedaran dan peringatan.. Kita tidak boleh jamin apakah esok kita masih lagi akan dibangunkan.. Justeru itu, sentiasalah menjadikan detik-detik masa yang kita lalui itu bermanfaat. Maka, ruangan 15 minit untuk berzikir itu lebih bermakna dari 24 jam yang leka.. Assalamualaikum Wbt salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 3 MAC 2024 Selamat Bersantai Di Hujung Minggu Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Assalamualaikum Wbt Salam Dhuhah Allah sedikit pun tidak mengharapkan apa-apa, Amal ibadah dari kita Pada Allah Kita solat ataupun tidak Sedikit pun tak mengurangi Kehebatan Allah Kerana bukan Allah yang memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah. Dunia hanyalah permainan dan senda gurauan. “Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (Surah Al-An'am ayat 32) 02 Mac 2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
MUHASABAH DIRI Kita jangan sangka dalam kehidupan kita sentiasa bahagia. Ada ujiannya yang akan hadir. Itu lah kehidupan. Ada buruk ada baik. Ada turun ada naik. Bukan semua yang menggembirakan Hati kita baik untuk kita kekadang yang Menggembirakan itu tersembunyi derita dan Bukan semua yang memualkan Hati kita tidak Baik untuk kita. Kekadang di situlah letaknya bahagia Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan Yang baik dijadikan tauladan dan Yang buruk dijadikan sempadan. Assalamualaikum Wbt Salam Pagi Jumaat Salam Tahajjud Alhamdulillah 🤲 01 /Mac/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Pejuang akhirat yang disayangi lagi dikasihi yang dirahmati Allah dunia akhirat... Assalamualaikum Wbt sahabat syurga salam tahajjud.. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAHAJA AKU BEKERJA/BERNIAGA /BERIBADAH HARI INI KERANA INGIN MEMBANTU RAMAI ORANG MELALUI SERVIS ATAU PRODUK KERANA ALLAH TA'ALA
Mostrar todo...
Hidup ini hanya adalah sementara, umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah. Maka, hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ke alam akhirat. Walau dimana pun kita berada sekarang, banyakkan amal kebajikan kerana mati itu misteri sifatnya, dimana dan bila tarikhnya kita tidak pernah tahu. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud #hijrahpendosa
Mostrar todo...
Ada kalanya, jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu, kita berasa bimbang untuk meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yang menanti disebaliknya. Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita. Namun Yakinlah! Indah atau buruk, pasti ada kebaikan dalam duanya. Allah SWT hanya memberikan yang terbaik kepada Hamba-hambaNya YAKIN. Assalamualaikum Salam Tahajjud Semua Alhamdulillah 27/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Kesakitan yg membangunkan kita untuk bertahajjud itu LEBIH BAIK dari kenikmatan material Yang membuatkan kita terus nyenyak tidur sepanjang malam JOM TAHAJJUD Sentiasa bersyukur, Terkadang dugaan & kesukaran boleh mbawa kita lebih dekat dengan Allah SWT Assalamualaikum wbt Salam Tahajjud Alhamdulillah syukur 26/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
Sebarkan kedamaian, Lupakan persengketaan, Eratkan perhubungan, Jalinkan Silaturrahim sesama insan. Ingat Kita sesama kita ada tanggungjawab Masing² Ingat Tujuan asal kita lahir di bumi ini Ingat Jangan terlalu terbuai-buai Dengan dunia sementara Ingat Ada kehidupan yang kekal Sama ada syurga atau neraka Sekarang ini pilihan di tangan anda. Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Sekian Murni Usman 🌹 ❤️ 25/02/2024
Mostrar todo...
Tazkirah Bidadari 💎 Kita ni hidup untuk menunggu mati. Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tau bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit , harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang. Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat. Begitulah kita. Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (tahta) , sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat. Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis.😭😭 Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta - kita menangis dan mengatakan Allah tak adil. Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah Sedikit Perkongsian dan Muhasabah diri Credit penulis Asal
Mostrar todo...
"Usiamu semakin berkurang seiring dengan perjalanan waktu malam dan siang, sementara segala amalan akan tersimpan dan kematian akan datang secara mendadak" - Ibnu Mas'ud Rahimahullah- Assalamualaikum Wbt Selamat Pagi
Mostrar todo...
"Usiamu semakin berkurang seiring dengan perjalanan waktu malam dan siang, sementara segala amalan akan tersimpan dan kematian akan datang secara mendadak" - Ibnu Mas'ud Rahimahullah- Assalamualaikum Wbt Selamat Pagi
Mostrar todo...
Apabila seorang pemuda bertanya kepada Imam Hasan Al-Basri, "Aku telah banyak melakukan maksiat, mengapa aku tidak dihukum oleh Allah?" Lantas Imam Hasan Al-Basri bertanya kembali kepada pemuda itu, "Apakah setiap malam kamu bangun tahajud?" "Tidak," ujar pemuda itu. "Itulah hukuman kamu yang seberat-beratnya. Tiada hukuman yang lebih perit jika Allah telah berpaling darimu. Dia tidak lagi mahu 'berbicara' dan 'mendengar bicara' darimu, dibiarkan lena itu panjang padamu. Cukuplah Allah menarik nikmat dan kelazatan tahajud dalam dirimu itu sebagai hukuman kepadamu." Muhasabah diri Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud semua
Mostrar todo...
“Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yg dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan airmata biarpun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah swt. “ ( riwayat abu naim) Semoga ada airmata yg mengocak jiwa dalam sujud & doa kita kepada Yang Maha Esa di hening malam ini Harapnya Allah SWT menerima penyerahan diri yg penuh pengharapan, kepadaNya Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Jom solat Tahajjud Alhamdulillah 22/02/2024 Murni Usman 🌹❤️
Mostrar todo...
MUHASABAH MALAM INI Ketahuilah bahawa segala yang dicari oleh setiap orang adalah nikmat. Akan tetapi, kenikmatan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat kelak dan segala nikmat selainnya akan lenyap. Sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat seperti ilmu dan akhlak yang baik, inilah kenikmatan yang hakiki. Ada pun, sesuatu yang memudaratkan di dunia dan akhirat pula merupakan bala (kerugian) yang hakiki. Manakala, bermanfaat di dunia akan tetapi memudaratkan di akhirat seperti mengikuti hawa nafsu pula merupakan bala bagi orang yang berakal, sekalipun orang jahil menganggapnya nikmat" Semoga Bermanfaat Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Mostrar todo...
Inicia sesión y accede a información detallada

Te revelaremos estos tesoros después de la autorización. ¡Prometemos que será rápido!