ORANG YANG TOKSIK?
.
Ramai yang cakap...
.
Tinggalkan rakan sekerja yang toksik.
.
Tinggalkan suami isteri yang toksik.
.
Tinggalkan environment yang toksik.
.
Mereka yang toksik ni ada masalah hati, masalah cara fikir dan masalah sikap.
.
Mereka suka dengki, suka mengumpat, suka menfitnah, suka berbohong dll.
.
Contohnya...
Kita pergi kerja, kita mengharapkan suasana yang best, yang bahagia, yang positif dan yang bagus-bagus.
.
Kita sentiasa mengharap... mereka berubah ikut apa kita nak. Tapi sekadar mengharap tanpa usaha. Tanpa nasihat. Tanpa teguran. Tanpa dakwah.
.
Yang selalu kita buat adalah... Jauhkan diri. Diamkan diri atau selalu tukar tempat kerja. Kita pilih untuk stop bergaul dengan mereka yang ada perangai begini. Tegur.. takut bergaduh. Nasihat... takut itu, takut ini. Takut... Jaga tepi kain orang dan takut dikatakan menyibuk. Penuh dengan ketakutan.
.
Kita selalu merasa diri kita sahajalah paling baik. Diri kita sahajalah layak masuk syurga.
.
Mereka yang toksik, kita biarkan mereka terus hanyut dengan perangai mereka, dengan kejahilan mereka terus-menerus. Malah ada antara kita yang mendoakan mereka masuk neraka. Biarkan mereka dengan dosa-dosa mereka tanpa sedikit rasa kasih sayang kita kepada mereka, nak sama-sama melihat mereka menjadi orang yang lebih baik. Orang yang nak bersama-sama kesyurga.
.
Kalau bukan kita yang nasihatkan mereka, siapa lagi? Kalau bukan kita yang tunjuk jalan, siapa lagi? Kalau bukan kita yang dakwah, siapa lagi? Kalau bukan kita yang mulakan budaya positif, budaya best, siapa lagi? Kalau bukan kita bersabar nak lihat mereka jadi manusia yang mempunyai sikap yang bagus, siapa lagi?
.
Siapa akan usaha, doa, dakwah dan beritahu apa yang mereka fikir, rasa, cakap dan buat itu adalah toksik dan berdosa?
.
.
Sahabat... kitalah yang kena mulakan membina circle yang baik. Circle yang bagus. Circle yang best dengan cara membina orang-orang yang kita nak ikut disiplin dan budaya baik ikut sunnah atau Alquran seperti yang kita nak. Jangan mengharapkan orang lain yang mulakan.
#KayaAdabKayaAkhlak perlu dibina begitu juga...
#Hidayah perlu dicari dan diusaha. Bukan ditunggu.
.
Pergilah tempat mana-mana pun kita akan sentiasa mencari-cari circle yang baik. Sama ada jumpa atau sebaliknya.
.
Apa kata, kita yang bermula jadi benih yang baik iaitu kita pergi mana-mana kita yang tanam benih yang baik disatu tempat yang kita singgah. Kita tinggalkan tanaman paling baik ditempat tu.
Bukan kita singgah dan kita tinggalkan tanpa kita lakukan apa-apa perubahan ditempat itu. Jadilah manusia yang bermanfaat untuk orang lain. Sabar mendidik orang lain. Sabar berdakwah kepada orang lain dengan misi nak masuk syurga sama-sama. Dan bukannya mencari ahli syurga semata-mata untuk kita tumpang masuk syurga dengan kebaikan orang lain.
.
Tak berani nak nasihatkan mereka? Tapi nak mereka berubah jadi manusia kaya jiwa? Nasihat NY... rekemenkan FTR kepada rakan sekerja anda. Gerenti mereka berubah. InshaaAllah dijamin!
.
Sangat sesuai untuk anda yang ada rakan sekerja toksik pakat-pakat baca FTR.
Dari golongan bawahan sehinggalah sampai pada pemimpin negara untuk baca buku ni.
>>>
https://bit.ly/RahsiaAsasRezekiAllah
Nora Yusof
#FTRExclusive
#BukuRezekiKelasPertama
#BacaBacaSENTAP
#BukuUntukSemua
#1JUTAPembacaMostrar más ...