cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Islamic Diary ✨

Sharing : Vid/quote/pic✨ @DiaryQuote_bot-boleh chat bot ni untuk penambahbaikan semoga syurga buat kita Aamiin Hasbunallah wani'mal wakeel -Hanya Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung. https://msha.ke/eryzz_/ (Owner media sosial) 🥀🍂

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
298
Suscriptores
Sin datos24 horas
+17 días
-130 días
Archivo de publicaciones
Puasa Ulangkaji Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Puasa adalah membentengi diri, maka bila salah seorang kamu di hari ia berpuasa janganlah berkata kotor dan jangan teriak-teriak, dan jika seseorang memakinya atau mengajaknya bertengkar hendaklah ia mengatakan “Sesungguhnya aku sedang berpuasa," HR. Bukhari 1904 & Muslim 1151.
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #68 Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata bahawa seorang lelaki telah bertanyakan kepada Rasulullah ‎ﷺ, "Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat fardu, aku berpuasa bulan Ramadan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?" Baginda ‎ﷺ bersabda, "Ya!" Hadis Riwayat Muslim
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #67 Aisyah رضي الله عنها meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Apabila seseorang daripada kamu hendak mula makan, bacalah 'Bismillah (Dengan nama Allah)'. Jika terlupa membacanya ketika hendak mula makan, maka bacalah, 'Bismillahi fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)'." Hadis Riwayat Tirmizi
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #66 Abu Dzar رضي الله عنه berkata, "Pada suatu malam, aku pernah keluar rumah, tiba-tiba aku melihat Rasulullah ‎ﷺ berjalan sendirian tanpa ditemani oleh seorang pun, aku menyangka mungkin baginda ingin berjalan tanpa ditemani oleh orang lain, maka aku pun berjalan di bawah bayangan rembulan, ternyata baginda menoleh dan melihatku. Baginda ‎ﷺ bersabda, 'Siapakah itu?' Aku menjawab, 'Saya Abu Dzar. Demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusanmu.' Baginda bersabda, 'Wahai Abu Dzar, kemarilah.' Abu Dzar melanjutkan, 'Lalu aku berjalan bersama baginda beberapa ketika.' Lantas Baginda ‎ﷺ bersabda, 'Sungguh orang-orang yang banyak harta (mengumpulkan harta) akan menjadi sedikit (melarat) pada hari kiamat, kecuali yang diberikan kebaikan oleh Allah padanya dengan harta tersebut lalu ia memberikannya serta membuat kebajikan dengan harta tersebut ke kirinya, kanannya, hadapannya serta belakangnya (dia menggunakan harta tersebut) dengan baik.'" Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
Hayati hadis ini. Pengutusan Rasulullah bagi penyempurnaan hidayah Allah buat manusia. عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلِي وَمَثَلُ الْأَنْبِيَاءِ كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى بُنْيَانًا فَأَحْسَنَهُ وَأَجْمَلَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يُطِيفُونَ بِهِ يَقُولُونَ مَا رَأَيْنَا بُنْيَانًا أَحْسَنَ مِنْ هَذَا إِلَّا هَذِهِ اللَّبِنَةَ فَكُنْتُ أَنَا تِلْكَ اللَّبِنَةَ. رواه مسلم Dari Al A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Perumpamaanku dengan Nabi-nabi sebelumku adalah seperti orang membangun sebuah bangunan, lalu dia sempurnakan dan diperbagus bangunannya, hingga orang-orang pun mulai mengelilingi bangunan tersebut seraya berkata; 'Aku tidak melihat bangunan yang lebih bagus dari ini, kecuali sebuah sudut (belum terpasang) dengan sebuah bata. Maka akulah yang meletakkan atau memasang bata itu." HR Muslim (4237)
Mostrar todo...
ㅤㅤ*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم ِ اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ 🌼السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته🌼 Selamat menunaikan ibadah Fardhu SUBUH ...Sobahul Khayr *SUBUH 5:59am* *SYURUK 7:07am* *24 Sya’ban 1443H* 🌙*Ramadhan 6 hari lagi** *Siapakah yang enggan masuk ke syurga?*. . عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: . «كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى»، Setiap umat ku akan masuk ke syurga kecuali sesiapa yang enggan. . قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan? . قَالَ: «مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الجَنَّةَ [ص:93]، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى» Baginda menjawab: Sesiapa mentaati ku, dia akan masuk syurga, sesiapa yang ingkar kepada ku, dia enggan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I'tisham bi al-Kitab wa al-Sunnah, no: 7280]. . Shaikh Faishal berkata dalam Tathriz Riyadussolihin: . في هذا الحديث: أعظم بشارة للطائعين من هذه الأمة، وأن كُلّهم يدخلون الجنة إلا من عصى الله ورسوله واتَّبع شهواته وهواه، Hadis ini mengandungi sebesar-besar berita gembira kepada mereka yang taat daripada umat ini. Mereka semua akan masuk syurga kecuali yang ingkar kepada Allah dan rasulNya, dan mengikuti hawa nafsunya. . Allah berfirman: . فَأَمَّا مَن طَغَىٰ Adapun orang yang melampaui batas, (37) . وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, (38) . فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). (39). . وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (40). . فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). (41) [An-Nazi'at : 37-41].
Mostrar todo...
Jom lakukan.. *Petua Murah Rezeki* ✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang.. .................................... ✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin. .................................... ✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan. .................................... ✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. .................................... ✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2). .................................... ✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah). .................................. ✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya. .................................. ✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus. .................................... ✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah. .................................... ✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu. .................................... ✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia... ....................................
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #65 Aisyah رضي الله عنها berkata, "Nabi ‎ﷺ pernah berdiri solat malam sedangkan aku berbaring di atas tikarnya. Apabila baginda melaksanakan solat Witir, baginda membangunkan aku hingga aku pun bangun mengerjakan solat Witir." Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #64 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya." Hadis Riwayat Bukhari
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #63 Samrah bin Jundab رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah; Subhanallah  سُبْحَانَ اللّهُ  (Maha Suci Allah), Alhamdulillah  اَلْحَمْدُلِلّهِ  (Segala Puji Bagi Allah), Laa ilaaha illallah  لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ (Tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah) dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai." Hadis Riwayat Muslim
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #62 Jundub رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Yassin pada waktu malam kerana mencari keredhaan Allah maka dia akan diampunkan." Hadis Riwayat Ibnu Hibban
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #61 Jabir bin Samurah رضي الله عنه berkata bahawa, "Setelah Nabi ‎ﷺ selesai daripada solat subuh Baginda ‎ﷺ akan duduk bersila ditempatnya (untuk berzikir) sehingga matahari terbit dengan sempurna." Hadis Riwayat Abu Daud
Mostrar todo...
22:33
Video unavailableShow in Telegram
Tajuk: Nikah Kontrak & Hukum Makan Keldai
Mostrar todo...
Bismillah. Alhamdulillah. Ramadan ke 14 ✨ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Mostrar todo...
7 Amalan Menjelang Ramadhan✨✨ 1)Banyak berdoa 2)Puasa Sunnah 3)Menyegerakan Puasa Qadha 4)Niat kuat puasa Ramadhan 5)Penuh suka cita 6)Ziarah kubur 7)Meminta maaf اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان "Ya Allah, Sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"🤲
Mostrar todo...
3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci:- . 1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. . 2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain. . 3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain. . Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: . أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون . “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi]. Semoga kita semua dijauhi dari salah satu golongan diatas.
Mostrar todo...
Tarawih Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari, no hadith 36
Mostrar todo...
Berkat Qunut Nazilah kita selama ini. Jangan berhenti Qunut Nazilah nak2 lagi di Bulan Ramadhan. Allah SWT segera angkat doa2 orang2 yang beriman apatah lagi yang berpuasa di bulan Ramadhan. Apatah lagi doa itu Qunut Nazilah, SubhanAllah. Qunut Nazilah ni sangat berbisa ya. Jangan terkejut bila baca Qunut Nazilah tu di bulan suci ini akan kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat. AllahuAkbar. Amalkan Qunut Nazilah ni dan yakinlah kemenangan umat Islam seluruh dunia semakin hampir. InsyaAllah.
Mostrar todo...
Nabi saw berkata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur, badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan.. Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat.. Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah.. Duduk dalam kubur menghadap kiblat. Suami, isteri, anak² menangis.. Selepas itu, diambil papan lalu ditutup.. Tanah pun diturunkan secara perlahan².. Bila sudah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak²nya kubur. Nabi saw berkata, bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang, kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang.. Derapan kaki² mereka kita boleh dengar.. Maka pada saat itulah, roh kita akan duduk.. Duduknya roh dan kaki melunjur.. Badan tegak. Maka pada masa itulah, kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur.. Kalau adik yang hantar, kita akan memanggil adik kita. "Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…" Suami memanggil si isteri, “Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah” Isteri tak mendengar.. Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata.. Sayang macam mana pun isteri kita, dia akan balik.. Dia tidak akan tengok.. Dia tetap balik. Selepas itu, kita akan melihat anak² kita balik.. Kita panggil anak², tapi tak dengar.. Selepas mereka semua pergi, datanglah dua malaikat.. yang hitam kedua²nya.. yang biru kedua²nya.. Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi.. Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi.. Lagi menakutkan. Yang tak pernah senyum dan ketawa, malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita, "Hai manusia!" Malaikat tak kata, "Hai ustaz, hai ustazah". Malaikat tak panggil begitu. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!” "Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?" Itulah pertanyaan dia.. Maka kita akan menjawab, "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah.. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”. Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita.. Dia tak bertanya lagi, "Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?". Kalau lulus pertanyaan ini, maka lepaslah pertanyaan² lain.. Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab.. Malaikat berkata, "Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik". Maka, kata malaikat kepada kita, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin". Nabi Muhammad S.A.W kata, kalau kamu orang yang baik, akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta, dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu. Walaupun mayat tak boleh beritahu kita, Nabi sudah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa. Jagalah solat kita. Allahuakbar! Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari) Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah. Aamiin Ya Robbal'aalamiin. Semoga bermanfa'at. “Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”. Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada semua pembaca..
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #60 Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu." Hadis Riwayat Tirmizi
Mostrar todo...
Adab dan Sunnah #59 Aisyah رضي الله عنها berkata bahawa, "Janganlah kamu meninggalkan solat malam (Qiamullail), kerana Rasulullah ‎ﷺ tidak pernah meninggalkannya, bahkan apabila baginda sedang sakit atau kepayahan, baginda solat dengan duduk." Hadis Riwayat Abu Daud
Mostrar todo...
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya," Hud 11:6
Mostrar todo...
Kesan Solat Yang Tidak Khusyuk ========== 1. Menurut al-Imam al-Hasan al-Basri, solat yang tidak khusyuk memberikan petanda yang tidak baik buat seorang Muslim. Kata beliau: قال الحسن البصري: "َصلاة بلا خشوع هي إلى العقوبة أقرب “Solat yang tidak khusyuk lebih dekat dengan azab Allah.” 2. Barangkali dengan sebab itu Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka yang khusyuk solatnya. Firman Allah: قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ “Telah berjayalah orang-orang yang beriman. iaitu mereka yang mendirikan solat dalam keadaan khusyuk.” (al-Mukminun:1-2) 3. Al-Imam al-Ghazali memberikan pandangannnya mengapa terjadi sebegini. Kata al-Imam al-Ghazali: ويقول الإمام الغزالي ر حمه الله : إن الرجل ليسجد السجدة يظن أنه تقرب بها إلى الله سبحانه وتعالى , ووالله لو وزع ذنب هذه السجدة على أهل بلدته لهلكوا ، سئل كيف ذلك ؟؟؟ فقال : يسجد برأسه بين يدي مولاه , وهو منشغل باللهو والمعاصي والشهوات وحب الدنيا “Kata al-Imam al-Ghazali: Seorang lelaki sujud kepada Allah dengan menyangka sujudnya itu akan membawa dia lebih dekat dengan Allah sedangkan sekiranya diagihkan dosa lelaki yang bersujud itu kepada setiap ahli sebuah negeri, akan hancur negeri itu. Al-Ghazali ditanya: Mengapa terjadi sedemikian? Jawab beliau: Kerana dia sujud dihadapan Tuhannya sedangkan jiwanya sibuk dengan nafsu, maksiat, syahwat dan kecintaan kepada dunia.” 4. al-Imam Malik pernah menukilkan kisah lelaki daripada Ansar yang menjual kebunnnya kerana kebunnya telah menyebabkan dia lupa berapa rakaat yang telah dilaksanakan dalam solatnya. Kata lelaki tersebut: لقد أصابَتني في مالي هذا فتنةٌ “Sesungguhnya harta aku ini telah menjadi fitnah (ujian yang melekakan diri dari solat). (al-Imam Malik, Muwatta’) Semoga Allah membimbing kita.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
@𝐒ʰ𝓐  ♕: Allahumma ja'alna min utaqa fi syahri Ramadhan wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan daripada senarai ahli neraka 🤲
Mostrar todo...
Terkadang, Menjauh dari seseorang bukan sebab ingin memutus tali silaturahim Tapi ingin memutus perselisihan, perdebatan, kesalah-pahaman & rasa tdk nyaman dihati Jika seseorang sudah menyakiti dengan sikap & kata2 Jangankan untuk menyapa, Memandang wajahnya pun malas rasanya Itu bukan benci, Tapi hanya menjaga hati & perasaan Orang yang biasa merendahkan kita, biarkanlah tidak perlu merasa tersinggung, apalagi merasa sedih Jika kita dinilai baik yaa bersyukur, Dinilai tidak baikpun tak mengapa Semua yang hadir dalam hidup kita Memiliki peranannya masing2 Ada yang memberikan kebahagian, ada juga yang memberikan kepedihan Memaksa diri agar disukai semua orang Itu sangatlah melelahkan Maka, Jadilah diri sendiri walaupun banyak Yang merendahkan Jauhi orang yang membuat kita kecewa Berhenti berusaha menyenangkan orang Yang tidak pernah menghargai kita Semakin kita menjauhi mereka Yang meracuni jiwa, Akan terasa jauh lebih sihat hidup kita Bahagia itu kita sendiri yang menciptakan Selebihnya, Allah SWT yang mengaturkan
Mostrar todo...
Repost from Tahreer Gh 🇵🇸
Photo unavailableShow in Telegram
Ini Zakariya Rantisi. Dia dilahirkan dan meninggal dunia masa perang Israel ke atas Gaza yg belum berakhir lagi sejak bulan Oct 2023. Zakariya adalah salah bayi daripada ratusan bayi Gaza yang mempunyai sijil kematian dikeluarkan untuk mereka walaupun sebelum mempunyai sijil kelahiran 😞💔 Ibunya menulis: "Malaikat kecil ini menghabiskan 9 bulan di dalam rahim dan hati saya. Dia sangat aktif, sama seperti degupan jantung saya di tengah2 ketakutan dan panik yang kita mengalami." 😭💔 https://t.me/tahreergh
Mostrar todo...
09:03
Video unavailableShow in Telegram
Tajuk: 10 Minit Tentang Puasa
Mostrar todo...
8 JENIS PINTU REZEKI DARIPADA ALLAH SWT 1.Rezeki Yang Telah Dijamin ‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ "Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6). 2. Rezeki Kerana Usaha ‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى "Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39). 3. Rezeki Kerana Bersyukur ‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7). 4. Rezeki Tak Terduga ‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ "Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3). 5. Rezeki Kerana Istighfar ‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11). 6. Rezeki Kerana Menikah ‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ "Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32). 7. Rezeki Kerana Anak ‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31). 8. Rezeki Kerana Sedekah ‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak." (Surah Al-Baqarah : 245).
Mostrar todo...
22:01
Video unavailableShow in Telegram
30 Minit Bersama Dato Ustaz Shamsuri
Mostrar todo...
Berpuasa Ramadhan Ilmu untuk motivasi diri عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih
Mostrar todo...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ibadah Puasa dan Anugerah عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya. 2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah. 3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan yang kotor, lucah dan buruk serta hina, sama ada yang diucapkan, ditulis serta ditularkan. 4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa. 5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi. 6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan: a.  Gembira ketika berbuka puasa b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.   Bangunkan Jiwa Taqwa. Semoga  Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah bagi mengapai Taqwa. Ramadan Aku Kembali Mendamba Redha Ilahi. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita 12hb Mac 2024 01hb Ramadan 1445H
Mostrar todo...
09:16
Video unavailableShow in Telegram
Tajuk: 20 Checklist Amalan Di Bulan Ramadhan.
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
BULAN RAHMAT 🌙 "Ya Allah, masukkan kami ke dalam bulan Ramadan dengan penuh keberkatan 🤲🏻" Moga Allah kurniakan sihat, mudahkan dan dibukakan pintu rahmat buat kita dan semua. Allah jaga, bantu dan permudah urusan saudara kita 🍉 Salam Ramadan semua. Ramadan kareem 💞
Mostrar todo...
Selamat Datang Bulan Ibadah Bulan Penuh Berkat dan Keampunan Isilah Ramadhan dengan sebaiknya Kerna ia datang setahun sekali. Tahun hadapan belum tentu jumpa Kerna kita mati bila-bila masa Bulan Ramadhan bulan yang berkat Bulan rahmat dan bulan utama Pahala digandakan, doa diterima Bulan Lailatul Qadar yang istimewa Salam Ramadan 1445H
Mostrar todo...
Jom join kempen Ramadhan tahun ni: *Saya tak post gambar makanan saya kerana saya bersolidariti dengan saudara kita di Gaza* *Saya tak post gambar makanan saya sepanjang Ramadhan ini kerana saya hormati kelaparan saudara kita di Gaza*
Mostrar todo...