*DOA MUNAJAT MERENUNG WABAK COVID-19 AGAR DILENYAPKAN, DISEMBUHKAN (BAGI YANG DIJANGKITI) DAN DIJAUHI (DARI DIJANGKITI)* 😢
بسم الله الرحمن الرحيم..
اللهم صل على محمد وآل محمد..
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير..
Allah, Allahurobbi ya Rohman ya Rohim, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bagi-Mu lah segala pujian ya Haiyyu ya Qaiyyum yang tidak pernah tidur dan Sentiasa dalam keadaan Melihat serta Mendengar hamba-hambaMu ya Sami' ya Basir. Yang sentiasa dalam keadaan Mengetahui keadaan hambaMu ya 'Alim ya Khobir 🥺
"Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat, Keselamatan dan Keberkahan Kepada Junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. yang Membuka Segala sesuatu yang Terkunci, yang Menjadi Penutup Segala Sesuatu yang Dahulu, yang Menjadi Penolong Kebenaran dengan Haq dan yang Memberikan Petunjuk pada Jalan-Mu yang Lurus. Semoga Allah Melimpahkan Rahmat kepada Baginda, Keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda dengan Haknya, Pangkat dan Kedudukan Baginda yang Agung"
Ya Allah wahai Tuhan kami, Saat ini kami hamba yang kotor lagi kerdil, yang jahil lagi fakir dan lemah tidak berdaya ini ya Allah, datang Menadah tangan merintih merayu memohon DOA dengan Penuh Pengharapan kepada-Mu ya Malik ya Malikul Mulk , Wahai Raja yang Mentadbir Segala Langit, Bumi dan Segala Makhluk yang ada di dalamnya. Engkaulah Zat yang Hakiki dan Janji-Mu Benar tidak boleh diubah-ubah lagi.
Ya Allah ya Baari' kepada-Mu kami Menyerah Diri, dengan-Mu kami Beriman, Kepada-Mu kami Bertawakkal dan Hanya kepada-Mu kami Mengadu dan Memohon Bantuan-Mu ya Wahab ya Somad.
Ya Allah Sesungguhnya saat ini kami akur akan Ujian-Mu buat kami di seluruh dunia khususnya di Bumi Malaysia ini yang Hakikatnya Engkau Turunkan ujian ini berserta Rahmat-Mu tanda Kasihnya Engkau pada Kami sebagai Peringatan bahawa Azab Neraka-Mu itu jauh Lebih Menakutkan dan tidak Mengenal Pangkat, Darjat & Keturunan. Semuanya akan Menerima Balasan yang Setimpalnya ya 'Adl ya Hakam atas Kejahatan & Kezaliman yang dilakukan saat di dunia ini.
Maka kami Mohon saat ini ya 'Affuw ya Ghoffar, Ampunkanlah semua Dosa-dosa kami yang Terang (Zohir) mahupun yang Tersembunyi (Batin), yang Terdahulu, Sekarang mahupun yang akan datang. Ampunkanlah semua dosa kami yang kami Tahu dan Tidak tahu samada Sengaja atau Tidak sengaja ya Ghoffur ya Tawwab.
Sungguh Maha Suci-Mu Allah ya Quddus, Engkau Suci dari segala Kesalahan dan Kesilapan. Setiap TakdirMu yang berlaku dalam Hidup kami Melambangkan Kesempurnaan-Mu ya Hakim ya Dzuljalali Wal Ikram yang Maha Bijaksana lagi Maha Memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan. Maafkanlah kami hamba yang dhoif ini atas kesalahan dan dosa kami yang selalu tersalah faham dan berburuk sangka padaMu 😔, mengeluh kesah kurang bersyukur akan limpahan Nikmat-Mu ya Rahman ya Rahim ya Rouf ya Syakur.
Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, padaMu kami Berlindung dari segala Wabak penyakit yang berbahaya khususnya Wabak Corona ini. Lindungilah juga kami semua dari Azab Neraka dan Azab Kubur, Fitnah Hidup dan Mati juga Tipudaya Dunia dan Fitnah Dajjal.
Pada-Mu juga kami mohon Perlindungan ya Waliy ya Maula dari Bisikan Nafsu Buruk kami dan Gangguan Jin Syaitan. Lindungilah juga Aib-aib kami ummat akhir zaman ini 😣. Bersih Sucikanlah HATI kami semua Ya Allah ya Quddus ya Jalil dari segala Berhala (Cinta Dunia), Kotoran Syirik dan Karat-karat Dosa.
Ya Allah Ya Qohhar ya Jabbar, Tundukkanlah Nafsu buruk kami agar Tidak Mengulangi lagi Dosa-dosa & Maksiat yang Engkau Murkai dimuka Bumi ini. Sesungguhnya saat Engkau Uji Begini pun sudah kami Tidak Mampu inikan pula untuk Menanggung Azab neraka-Mu yang sangat pedih itu ya Muntaqim walaupun Sesaat 😖.
Kami Merayu kepada-Mu Ya Allah ya Salam, ya Salam, ya Salam, Setiap Penyakit yang Engkau takdirkan bersamanya Engkau turunkan penawar maka Bukakanlah Jalan Kesembuhan ya Fattah ya Rosyid buat semua Sahabat Saudara kami yang sedang dijangkiti Wabak Corona (Covid-19) ini. Sembuhkanlah mereka mengikut CaraMu ya Salam ya Muhyi ya Mumit, Engkaulah Sebaik-baik Penyembuh yang Menghidupkan dan Mema