cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Firdaus Wong Wai Hung Telegram

Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.

Mostrar más
Malasia625El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad362
Advertising posts
121 362Suscriptores
-2824 hours
-3287 days
-1 29630 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Vegetarian lunch date bersama ibu tercinta.. Salah satu menu kegemaran dulu yang tidak halal iaitu ‘Cuka Kaki Babi’ tetapi versi halal boleh ditukar kepada versi ayam, daging atau vegetarian. Masam tetapi sedap…
Mostrar todo...
110👍 42🔥 4
“Saya selalu cuba untuk menggambarkan versi terbaik Islam” - Siti Kasim “Even if the mufti bagi pandangan, dia tidak mendakwa saya walaupun ada undang-undang mengatakan jika seseorang menghina Islam, melakukan sebarang kesalahan terhadap Islam, saya boleh didakwa di mahkamah tetapi tiada (didakwa) setakat ini, Yang Arif kerana tahu ini pandangan saya…” “….Zamri Vinoth fikir saya menentang Islam, musuh Islam..” Itu sebahagian dari kenyataan Puan Siti Kasim di mahkamah semalam sebelum Yang Arif, Dr Johan Lee menanggung perbicaraan pada jam 3pm. Perbicaraan akan bersambung pukul 2pm hari ini di Aras 3, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Puan Siti Kasim pula akan disoalbalas oleh peguam Zamri Vinoth. In Sha Allah saya akan hadir. Perbicaraan terbuka jadi sesiapa juga boleh hadir. Tempat terhad.
Mostrar todo...
👍 165 18🔥 18👌 1
Hebat Arun. Tiada bukti tapi buat kenyataan macam dia memiliki bukti-bukti. Nampak Siti Kasim seperti mengelengkan kepala beberapa kali melihat sahabatnya ditanya soalan demi soalan oleh peguam kami. Selepas solat Zohor, mungkin Siti Kasim pula disoalbalas oleh peguam Zamri. Zamri Vinoth diwakili oleh peguam dari Unit Undang-Undang Multiracial Reverted Muslims - MRM dalam saman fitnah terhadap Arun Dorasamy. Siti Kasim OK ke tu selepas nampak sahabatnya diasak dengan soalan maut secara bertubi-tubi sehingga menundukkan kepala? Get ready SK 😉 Saya akan berusaha untuk balik semula ke mahkamah selepas temujanji di pejabat untuk melihat bagaimana Siti Kasim menjawab soalan dari peguam kami. Solusi kepada individu seperti Arun, saman fitnah dan biar mereka jawab di mahkamah. Tapi sekurang-kurangnya Arun lebih berani dari majoriti keyboard coward yang guna fake account.
Mostrar todo...
👍 53🔥 8
Sebelum bershahadah, seperti biasa kami akan tanya apa asbab utama yang menarik minatnya untuk memeluk agama Islam. Beliau memaklumkan bahawa sejak kecil, beliau mempercayai pada satu Tuhan. Tuhan yang tidak serupa dengan ciptaanNYA. Setiap kali berdoa, beliau akan sebut Allah. Beliau kagum bagaimana agama Islam menyediakan garis panduan yang cukup jelas dalam setiap aspek kehidupan kita bermula dari dilahirkan hingga meninggal dunia. Beliau memaklumkan bahawa beliau sudah 2 kali cuba untuk memeluk agama Islam tetapi tidak berjaya disebabkan salahfaham yang beliau terima dari orang Islam sendiri. Ada sekali beliau jumpa dengan seorang ustazah untuk memeluk agama Islam tetapi disuruhnya balik kerana dikatakan tapak tangan beliau menunjukkan beliau belum bersedia. “Ustazah tu tengok tapak tangan saya, tengok muka saya lepas tu kata awak belum bersedia untuk masuk Islam ni, balik dulu. Selepas kejadian tu, saya jadi putus asa dengan agama Islam. Tapi saya masih percaya pada Allah, masih berdoa kepada Allah." "Alhamdulillah Allah temukan saya dengan kawan saya ini. Saya banyak tanya dia soalan. Ada yang dia boleh jawab ada yang tak, tu yang dia suruh saya tanya MRM. Tapi siapa sangka saya boleh terus bershahadah hari ini." MashaAllah! Alhamdulillah! Selamat kembali kepada agama fitrahmu dan semoga istiqamah di jalan Allah. . . Jika anda ingin mengetahui tentang Islam atau hendak ikuti kelas asas islam, boleh hubungi 0103735596 untuk daftar.
Mostrar todo...
183👍 49🔥 2
“Ustazah tu tengok tapak tangan tangan, tengok muka saya lepas tu kata awak belum bersedia untuk masuk Islam ni, balik dulu." . Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! Saudari Tina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat MRM Wangsa Maju. Kisahnya di ruangan komen.. Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini. MAYBANK Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor 5648 1052 0353
Mostrar todo...
👍 72 12🔥 1
Welcome to Malaysia @Ibrahim Fatih (Ibothepro) & his younger brother Isa. Both of them are here to learn about Islam and hopefully to make Malaysia their new home. Joseph Johnson Ibrahim embraced Islam 5 years ago while his brother, Isa embraced Islam 1 year ago. In Sha Allah both will be staying in MRM’s apartment while learning about Islam & dawah. May Allah make both of them source of goodness and guidance. Allahuma Ameen
Mostrar todo...
426👍 131💯 14🔥 8
Sebenarnya saya tak nampak kaitan perbuatan individu ini dengan dia pernah belajar sekolah tahfiz atau seorang penghafal Quran. Seriously saya tak nampak. Andai mesej yang ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya. Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil & kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama.
Mostrar todo...
👍 368💯 96 15🔥 14
PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa ramai ahli politik ketika ini mengamalkan double standard dalam memperjuangkan sesuatu isu demi meraih kepentingan untuk diri sendiri. Oleh itu, Firdaus berkata, masyarakat perlu bijak menilai dan tidak terikut-ikut dengan rentak ahli politik ketika mereka terlalu lantang memperjuangkan satu-satu isu. “Ini kerana mengapa ada isu yang mereka lantang tapi ada setengah isu kurang lantang? “Sebabnya kalau tidak bawa isu nanti nama tenggelam dan dalam pilihan raya umum orang tidak undi mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini. Pendakwah bebas itu berkata demikian mengulas isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk isu stoking dan dakwaan logo kalimah Allah pada tapak kasut baru-baru ini. Dalam pada itu, Firdaus berkata, umat Islam di negara ini menjadi lebih sensitif disebabkan tindakan segelintir pihak yang melampau sehingga mencetuskan provokatif. “Antara terlalu sensitif, kurang sensitif atau tiada langsung perasaan sensitif. Kita perlu tanya apakah yang menyebabkan umat Islam berperasaan sedemikian? “Dulu mungkin kita kata kurang sensitif. Tapi apabila saban hari ada yang cuba menangguk di air keruh, isu kecil menjadi besar disebabkan sentimen. Bagi saya itu reaksi segelintir orang Melayu yang ditekan dan ditolak ke satu sudut,” jelasnya. Oleh itu, Firdaus berharap rakyat bertindak bijak dan tidak terburu-buru sehingga mencetuskan kekacauan dan keharmonian kaum di negara ini. “Serahkan balik kepada pihak berkuasa untuk menyiasat (dalam sebarang isu),” katanya.- UTUSAN https://www.utusan.com.my/nasional/2024/04/ahli-politik-double-standard-pejuang-isu-firdaus-wong/
Mostrar todo...
Ahli politik 'double standard' pejuang isu - Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa  ramai ahli politik ketika ini mengamalkan double standard dalam memperjuangkan sesuatu isu demi meraih kepentingan untuk diri sendiri.

👍 232 32🔥 12💯 8 2
FOKUS
Mostrar todo...
👍 280 48💯 17🔥 5💩 1
Taqaballahu Minna Wa Minkum Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat. Semoga kita semua mencapai ketaqwaan sepanjang Ramadhan yang baru berlalu & semoga Allah kurniakan keberkatan umur agar kita dapat menyambut Ramadhan yang akan datang. Allahuma Ameen
Mostrar todo...
269👍 62