cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Geng_Surau💪

Berdakwah bukan suatu kesulitan. Berdakwah bukan suatu keperitan. Tetapi berdakwah adalah suatu kesenangan kepada Ummah Allah✔️Rasulullah✔️Ummah😄

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Advertising posts
292Suscriptores
Sin datos24 hours
Sin datos7 days
Sin datos30 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Mostrar todo...
THE POWER OF SEDEKAH!! . Sedekah adalah antara tiga perkara yang akan dibawa oleh mereka yang telah meninggal dunia . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏ Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880) . Jom kita bersedekah💪 Telegram.me/budak_surauu
Mostrar todo...
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة Air basuhan Wuduk Menggugurkan Dosa Anggota Wudhu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ أَوْ الْمُؤْمِنُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلَاهُ مَعَ الْمَاءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنْ الذُّنُوبِ Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu ia bersih dari dosa-dosanya”. (HR Muslim No: 360) Status: Hadis Sahih Pengajaran: ✅ Seorang Muslim yang berwudhu dengan membasuh anggota wudhunya (muka, tangan, kaki ) akan gugur dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota tadi (dosa kecil) bersama dengan titisan air yang digunakan. ✅ Perelokkanlah basuhan anggota wudhu dengan berharap dan berdoa agar Allah gugurkan dosa-dosa yang dilakukan oleh anggota pancaindera di muka seperti mata dan mulut. Dosa anggota tangan ketika membasuh tangan juga dosa anggota kaki. _#JomPerelokkanWudhu_ _#WudhuGugurkanDosa_
Mostrar todo...
Mostrar todo...
*DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA* Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah) Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT. Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing 🤗🤗 Cadangan doa ketika berbuka puasa 1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Mati yang baik. 4. Murah rezeki. 5. Anak soleh. 6. Keluarga bahagia. 7. Rahmat Allah. 8. Jauh azab kubur. 9. Lapang dada. 10. Kekalkan iman. 11. Ampunkan dosa. 12. Anak2 berjaya. 13. Perniagaan yg diberkati. 14. Jauhi segala penyakit. 15. Ibadat diterima. 16. Mudah segala urusan. 17. Diterima taubat. 18. Lapangkan kubur. 19. Mudah bayar hutang. 20. Lailatulqadar. 21. Syafaat Nabi SAW. 22. Syurga Firdaus. 23. Jauhi neraka. 24. Terima kitab tgn kanan. 25. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Ketenangan hati. 28. Doa ibubapa. 29. Keluarga yg dirikan solat. 30. Diterima puasa Ramadhan Semoga memberi manfaat buat semua.
Mostrar todo...
📖 *TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 01)* 📖 #NotaTerjemahanBroSyarief Ini ialah tips bacaan al-Quran yang ditulis oleh Dr Muhammad al-Muhaysini: ‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد . (1) Jangan engkau berikan lebihan waktumu untuk membaca al-Quran. Malah khususkan untuknya waktu tertentu, di mana tiada siapa yang akan mengganggumu.  ‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن . (2) Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu mu & hadaplah ke arah kiblat. Mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian baca Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatlah selalu kelebihan membaca al-Quran (agar bermotivasi). ‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ،  ‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم . Pastikan kekuatan suaramu sederhana. Tidak terlalu kuat sehingga engkau penat dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.  Hendaklah juga kadar laju bacaanmu itu sederhana, tidak terlalu laju sehingga tersilap-silap sebutan dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.  (Bersambung..)  Nota ini disalin & diterjemah dari Channel Telegram ‘قطف قرآنية’ Link: t.me/QtoofQuranih __ #BroSyariefShares ‎#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
Mostrar todo...
قطوف قرآنية

قال رسول ﷺ: اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه

LIMPAHAN KASIH SAYANG ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN Firman Allah SWT : هُوَ ٱلَّذِی یُصَلِّی عَلَیۡكُمۡ وَمَلَـٰۤىِٕكَتُهُۥ لِیُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَكَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَحِیمࣰا [Surat Al-Ahzab 43] ‎Terjemahan : "Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). #c&p Telegram.me/budak_surauu
Mostrar todo...
Mostrar todo...
Mostrar todo...