cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1

Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)... Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI.. 🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA 🔍KHIDMAT MASYARAKAT 🔍☔⚡☁INFO CUACA 🔍DAN LAIN2

Mostrar más
Malasia19 689El idioma no está especificadoNoticias y medios21 994
Advertising posts
3 388Suscriptores
+224 hours
+17 days
-3330 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Buang beras: Bekas MP Kuala Krau mengaku bertanggungjawab Oleh Roselan Ab Malek April 19, 2024 @ 12:07pm [email protected] TEMERLOH: "Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial semalam. "Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum dekat sini. Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan. Susulan itu, ramai netizen beri komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi kerana dianggap satu pembaziran dan merugikan. Bagaimanapun wartawan yang menunggu sejak pagi hampa kerana Ismail tidak hadir dan hanya mengedarkan kenyataan media sahaja melalui pegawai khas beliau di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krau, Pusat Komuniti Parlimen Kuala Krau, di Rumpun Makmur. smail berkata, beras dan barangan dapur berkenaan stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau. Barangan dapur berkenaan disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 dan dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan. Katanya pembelian barangan dapur ini tidak membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang. Ia juga tidak membabitkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID 19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir. Pada tarikh 5 April 2024, saya telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut. Ismail pernah menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri antara Mac 2020 - November 2022. Barangan dicemari bubuk, kutu beras Siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras. Menurutnya, sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan. Barangan lain seperti tepung, sardin, mi juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar. Tinjauan wartawan mendapati kawasan pelupusan barangan tersebut telah ditutup oleh SW Corp dan telah dikambus dengan tanah. #beritaharian
Mostrar todo...
Pemandu bas Kolej Vokasional rempuh 11 kenderaan direman 4 hari Oleh Alias Abd Rani [email protected] Batu Pahat: Pemandu bas Kolej Vokasional Batu Pahat yang terbabit dalam kemalangan dengan 11 buah kenderaan di Jalan Tan Swee How, Jalan Kluang semalam direman empat hari bermula hari ini. Perintah reman ke atas pemandu berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, pemandu bas terbabit tiba di mahkamah pada 8.30 pagi diiringi polis sebelum proses permohonan reman terhadapnya dikeluarkan. Dia yang memakai baju-T kelabu kelihatan tenang sebaik dibawa keluar dari mahkamah pada 9.40 pagi. Dalam kemalangan pada 10.20 pagi itu, bas yang dipandu suspek dan membawa lapan pelajar kolej terbabit merempuh 11 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas milik kolej terbabit berusia 26 tahun mengalami masalah brek sebelum meluncur dan merempuh kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Akibatnya, berapa kenderaan termasuk kereta mewah mengalami kerosakan teruk selain dua pemandu cedera selepas tersepit. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek ditahan pada semalam sejurus selepas kemalangan bagi membantu siasatan. Menurutnya, penahanan suspek itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung punca sebenar kemalangan berlaku. "Selain bas dipandu suspek, 11 kenderaan terbabit dalam kemalangan itu antaranya dua buah lori dan sembilan kenderaan lain termasuk kereta. "Maklumat awal diterima mendapati bas dalam perjalanan dari bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, hilang kawalan dipercayai kegagalan brek. "Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya. Disiarkan pada: April 19, 2024 @ 10:54am #harianmetro
Mostrar todo...
Gadis cedera diragut atas motosikal Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED 19 April 2024, 10:01 am KLANG – Perjalanan seorang gadis menuju ke tempat kerja bertukar malang apabila diragut penjenayah sehingga cedera akibat terjatuh daripada motosikalnya di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu. Kejadian tular pukul 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun cedera di tangan dan kaki selain beg silangnya dilarikan suspek. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa menunggang Yamaha LC secara bersendirian di jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina itu. Jelas beliau, gadis itu kemudian dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap ditunggang seorang lelaki yang menarik beg silang dipakainya. “Tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh atas jalan dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri. “Selain itu, mangsa kerugian RM3,000 selepas kehilangan beg itu yang berisi telefon bimbit Iphone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114,” katanya hari ini. Tambah Hoong Fong, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -KOSMO!ONLINE #Kosmo
Mostrar todo...
👍 1
🐆 *Kuala Terengganu: Penang FC mengintai seorang lagi pemain import bagi memperkasakan lagi pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.* *Ketua jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, kelab bimbingannya memerlukan 'arkitek' import yang mampu membantu jentera serangan pasukan itu.* *Bekas penyerang kebangsaan itu berkata, beliau sudah memiliki nama calon yang sesuai dari Amerika Latin, namun perancangan itu perlu mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan.* 🦌 *Kota Bharu: Bekas pengendali Perlis, Manja Man diumum sebagai ketua jurulatih Kelantan FC musim ini.* *Pengumuman itu disahkan dalam laman sosial Facebook rasmi pasukan, TRW Kelantan FC, malam tadi.* *Manja yang juga bekas pemain pertahanan Kedah dan Perlis era 80an itu dipilih bagi mengendali The Red Warriors yang bersaing di Liga M3 yang kini dijenamakan sebagai Liga A1 Semi Pro selepas gagal meneruskan aksi Liga Super musim 2024/2025.* 🏟️ *Kuantan: Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memperuntukkan RM150,000 untuk menaik taraf Stadium MPT, Temerloh bagi menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula bulan depan.* *Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata, setakat ini tahap pencahayaan lampu limpah mencapai 100 peratus seperti yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).* *"Bagi persiapan bilik video bantuan pengadil (VAR) dan bilik produksi, ia sudah mencapai 90 peratus manakala padang pula berada pada tahap 85 peratus.* 😥 *Kuala Lumpur: Faktor kenegerian menyebabkan Liga Bolasepak Amatur (AFL) 'berlembut hati' mempertimbangkan menerima Kelantan FC beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro.* *Walaupun, AFL teruk dikecam kerana membenarkan Kelantan FC beraksi dalam Liga A1 yang sebelum ini dikenali sebagai Liga M3 namun tindakan terbabit dilakukan bagi memastikan pasukan negeri itu tidak hilang dari rada Liga Malaysia.* 🫣 *Kuala Lumpur: Nasib malang terus melanda pasukan Kelantan FC apabila berpotensi disingkirkan disingkirkan dalam saingan Liga A1 Semi Pro jika tidak memenuhi syarat utama pendaftaran minimum 20 pemain yang ditetapkan Liga Bolasepak Amatur (AFL).* *Hal ini kerana, Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad menjelaskan bahawa Kelantan FC masih lagi dikenakan tindakan sekatan pendaftaran pemain baharu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji.* *berita penuh sila follow harian metro online* *#hanipiloiempire* *#repoterataspokok* *#hanisofeasupriseandgift* *#legasisepuluh*
Mostrar todo...
*Pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu juga hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku, sedangkan negara tidak ketandusan pemain berbakat dan memiliki segala kemudahan serta infrastruktur yang lebih baik berbanding dahulu.* 🏸 *Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menegaskan setiap pemain yang terpilih membarisi skuad Piala Thomas kali ini perlu bersedia berdepan segala kemungkinan.* *Peringatan Rexy itu selepas melihat beberapa situasi semasa agak memeningkan kepalanya termasuk status pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong yang mencetuskan resah kemungkinan tidak dapat menyertai skuad negara untuk acara berpasukan di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.* *Rexy sebelum ini berkata Tze Yong perlu menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) serta bertemu doktor yang merawatnya, namun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia berkaitan dengan kecederaan belakang yang dialami pemain itu sebelum ini.* 🏑 *Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh memberi bayangan tidak akan melepaskan Shello Silverius dan Norsyafiq Sumantri untuk membarisi skuad hoki dalam dewan negara bagi menghadapi Piala Asia di Taldykorgan, Kazakhstan dari 22 sehingga 28 Mei depan.* *Jelas Sarjit, keutamaannya ketika ini adalah membentuk skuad mantap dan senarai 30 pemain yang ada ketika ini akan diberikan peluang sama rata untuk membuktikan kemampuan mereka pada kejohanan selepas ini dengan paling dekat adalah Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula 4 sehingga 11 Mei depan.* 🐯 *Kuala Lumpur: Sudah banyak kali diberikan peringatan, namun pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara cukup sukar 'hadam' supaya mengelak melakukan kesilapan individu hingga membolehkan lawan mendapat sepakan penalti atau menjaringkan gol.* *Situasi terbabit diakui pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido yang melihat sekali lagi Malaysia dihukum atas kesilapan individu hingga Uzbekistan membuka akaun gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, malam tadi.* *Beliau yang jelas kecewa apabila skuad muda negara tewas 0-2 mahu barisan anak buahnya mengambil iktibar pada perlawanan pertama itu untuk bangkit bertemu Vietnam, Sabtu ini.* 🐯 *Kuala Lumpur: Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Uzbekistan, Timur Kapadze mengakui bukan mudah untuk menumpaskan Malaysia pada aksi sulung Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, malam tadi.* *Kapadze berkata, walaupun akhirnya menang 2-0, barisan anak buahnya tidak mempamerkan aksi diharapkan sehingga gawang mereka hampir dibolosi.* *Katanya, aksi pertama dalam pertandingan kebiasaannya akan menjadi satu kesukaran buat mana-mana pasukan, namun beliau lega apabila pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata.* 🐅 *Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) melaung amaran akan terus menguasai saingan Liga Super apabila membelasah pasukan Divisyen Dua Sepanyol, Real Murcia CF 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina, petang tadi.* *Juara 10 kali Liga Super itu yang dalam rangka latihan pra musim di Sepanyol menurunkan beberapa pemain utama membabitkan Arif Aiman, Syihan Hszmi, Matthew Davies selain turut menguji tonggak import baharu untuk pasukan terbabit.* 🦜 *Alor Setar : Tonggak pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Irfan Zakaria menjadikan bekas pemain pertahanan negara Skukor Adan sebagai idolanya sejak beliau mula mengembangkan bakatnya dalam arena bola sepak hingga ke peringkat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).* *Pertahanan kental yang kembali buat kali kedua bersama Sang Kenari pada musim ini selepas bersama KL City pada musim 2021 lalu menganggap legenda pertahanan skuad negara itu sebagai gurunya yang memberi tunjuk ajar serta tips penting di bahagian benteng pasukan dan hingga kini terus menjadi inspirasi penting setiap kali turun beraksi.*
Mostrar todo...
*Tandukan Joshua Kimmich pada babak kedua menghukum kesilapan benteng Arsenal dan meranapkan impian mereka untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2009.* *The Gunners kecundang 2-3 secara agregat di suku akhir selepas seri 2-2 pada aksi pertama di utara London, minggu lalu.* 🎉 *Al-Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE): Rekod 34 kemenangan berturut-turut dilakar kelab Arab Saudi, Al Hilal berakhir di tangan kelab UAE, Al Ain pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam tadi.* *Penyerang Maghribi, Soufiane Rahimi meledak hatrik pada babak pertama yang membolehkan Al Ain menang 4-2 pada perlawanan pertama separuh akhir ACL.* *Kali terakhir Al Hilal yang juga juara Asia empat kali gagal menang adalah pada September tahun lalu apabila seri pada perlawanan Liga Pro Saudi.* 🏎️ *Shanghai: Formula Satu (F1) kembali ke China buat kali pertama sejak 2019 dan juara dunia, Max Verstappen turut berdepan cabaran baharu di sirkit yang membolehkan Red Bull diwakilinya mengecap kemenangan pertama Grand Prix (GP), 15 tahun lalu.* *GP China hujung minggu ini akan menjadi perlumbaan pecut pertama bagi musim ini, selepas hanya sejam sesi latihan bebas pada Jumaat untuk menguji kereta dan penilaian tayar serta pasukan memiliki data simulasi sebagai panduan.* *Kali terakhir mereka berlumba di Litar Antarabangsa Shanghai itu menyaksikan kereta menggunakan tayar 13 inci dan permukaan rata berbanding tayar getah Pirelli 18 inci serta aerodinamik yang semakin rendah.* 🎾 *Barcelona: Rafael Nadal berkata, Terbuka Perancis pada bulan depan adalah kesempatan 'memberikan segala-galanya atau mati di gelanggang', selepas tersingkir di Terbuka Barcelona di tangan Alex de Minaur, awal pagi tadi.* *Juara 22 kali Grand Slam itu yang kembali beraksi selepas berehat tiga bulan akibat kecederaan, tewas 5-7 dan 1-6 di tangan pemain ke-11 dunia dari Australia itu di pusingan kedua.* *Nadal, 37, yang terlepas sepanjang musim 2023 berharap dapat bertanding di Terbuka Perancis, bulan depan iaitu kejohanan dimenanginya sebanyak 14 kali.* 🏌🏻‍♂️ *Miami: Scottie Scheffler meluangkan masa untuk meraikan kejayaan muncul juara Masters kali kedua, Ahad lalu, tetapi pemain nombor satu dunia itu bersedia untuk kejohanan berikutnya di RBC Heritage di South Carolina.* *Selepas kemenangan itu, pemain Amerika Syarikat (AS) itu pulang dari Augusta National untuk melawat isterinya, Meredith yang sedang mengandung dan memakai jaket hijau Masters untuk bertemu rakannya di bar di Dallas.* *"Saya bergambar, minum sedikit dan kemudian pulang ke rumah serta tidur," kata Scheffler, hari ini, yang memaklumkan dia menghabiskan sekitar 20 minit di bar berkenaan.* 🏌🏻‍♀️ *Los Angeles: Pemain golf nombor satu dunia, Nelly Korda memburu untuk menyamai rekod lima kemenangan berturut-turut LPGA apabila Kejuaraan Chevron yang juga acara utama pertama wanita bagi tahun ini, bermula di Texas, esok.* *Pemain Amerika Syarikat (AS) itu yang memenangi empat kejohanan pada 2024 termasuk LPGA Match Play di Las Vegas, bulan ini, boleh menyamai rekod lima kemenangan berturut-turut dilakar Nancy Lopez pada 1978 dan Annika Sorenstam pada 2005.* *Tetapi, pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia hanya fokus kepada cabaran dihadapinya iaitu meraih gelaran utama kedua selepas menjuarai Kejohanan PGA Wanita pada 2021.* 🏆 *Kuala Lumpur: Tidak pernah terdetik dalam hati legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.* *Rashid, sebahagian daripada skuad ditunjangi adik beradik Sidek yang menjulang Piala Thomas buat kali terakhir untuk negara pada 1992 di Kuala Lumpur, berkata beliau terkilan kerana badminton antara sukan popular di negara ini, namun sehingga sekarang Malaysia bergelut untuk memenangi kejohanan berprestij itu.*
Mostrar todo...
🇮🇩 *Jakarta: Lapangan terbang antarabangsa Indonesia yang terdekat dengan Gunung Ruang, Sulawesi Utara, diarahkan ditutup selama 24 jam akibat abu gunung berapi, kata Kementerian Pengangkutan pada Khamis.* *Gunung Ruang meletus lima kali dengan kali pertama pada petang Selasa, menghantar awan abu lebih satu kilometer ke langit.* *Pegawai menaikkan tahap amarannya ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat dan memberi amaran serpihan yang jatuh boleh menyebabkan tsunami, selepas empat lagi letusan pada Rabu.* 🇮🇩 *Manado: Anggota penyelamat Indonesia bertungkus lumus memindahkan ribuan orang, pada Khamis, selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus lima kali, memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang berhampiran dan mengeluarkan amaran serpihan yang jatuh, boleh menyebabkan tsunami.* *Kawah Gunung Ruang berapi-api dengan lahar berlatarkan panahan petir semalaman selepas meletus empat kali pada Rabu, memaksa pihak berkuasa menaikkan tahap berjaga-jaga ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat.* *Gunung berapi di wilayah paling luar di Indonesia itu masih mengeluarkan asap pada pagi Khamis, menyebabkan pihak berkuasa menutup lapangan terbang antarabangsa terdekat di bandar Manado di Pulau Sulawesi, selama 24 jam.* 🇧🇷 *Brasilia: Polis Brazil, baru-baru ini, menahan seorang wanita yang cuba membuat pinjaman bank atas nama seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.* *Ketika kejadian, dia membawa lelaki itu yang diletakkan di atas kerusi roda.* *Kakitangan bank yang curiga apabila melihat wanita itu menolak kerusi roda dinaiki lelaki berkenaan, menghubungi pihak berkuasa.* *Sejurus pasukan kecemasan tiba, mereka mengesahkan lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia, kata polis dalam satu kenyataan.* *Ketika kejadian, wanita itu cuba memohon pinjaman sebanyak 17,000 reais (kira-kira RM15,512) atas nama lelaki berkenaan.* *"Wanita itu cuba membuat lelaki itu menandatangani kertas berkenaan.* 🇸🇬 *Singapura: Lelaki warga Singapura ditahan di Sepanyol, selepas wanita senegara yang dilaporkan hilang, ditemukan mati dengan kesan tikaman, lapor media Sepanyol.* *The Straits Times melaporkan, mangsa, Audrey Fang Dirou, 39, dilaporkan ditikam lebih daripada 30 kali.* *Mayat mangsa ditemukan pada 10 April di kawasan hentian lori di Abanilla di wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer (km) dari sebuah hotel yang menjadi lokasi kali terakhir dia dilihat, menurut Olive Press.* 🇦🇪 *Dubai: Lebuh raya dan lapangan terbang utama di sini, dalam keadaan huru-hara, pada Rabu, sehari selepas hujan paling lebat dalam sejarah di pusat kewangan Timur Tengah itu.* *Berikutan itu, lebuh raya enam lorong dinaiki air sehingga 0.25 sentimeter.* *Jurucakap polis memaklumkan, sekurang-kurangnya seorang terbunuh, iaitu lelaki berusia 70 tahun selepas kereta dinaikinya hanyut di Ras Al-Khaimah.* *Gangguan bekalan elektrik dilaporkan di sekitar Dubai, yang dipenuhi dengan kawasan dilanda banjir dan kereta yang ditenggelami air dan ditinggalkan.* 🇵🇭 *Manila: Filipina merampas 1.8 tan kristal methamphetamine, kata Presiden Ferdinand Marcos, Selasa lalu.* *Polis menemukan dadah terlarang itu, dianggarkan bernilai lebih AS$230 juta (kira-kira RM1 bilion), Isnin lalu, semasa menggeledah sebuah van di wilayah Batangas, selatan Manila. Pemandu van itu ditahan.* *Marcos memeriksa tangkapan dadah itu pada Selasa itu dan berkata ia adalah "penghantaran syabu terbesar yang pernah ditangkap" di Filipina.* *Syabu adalah nama tempatan untuk kristal methamphetamine yang murah dan sangat ketagihan.*
Mostrar todo...