cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Nasihat Kewangan

🍃"Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri" 🍃

Mostrar más
Malasia7 794El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad12 971
Advertising posts
4 402Suscriptores
Sin datos24 hours
-177 days
-6030 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Hidup Ini Keras 1. Beberapa hari lalu saya menaiki Grab Car untuk pulang. Pemandunya wanita Cina muda. Dari belakang saya lihat kesulitan dan kesukaran beliau memandu dalam kesesakan yang ada. Jelas beliau menggigil. Saya tawarkan bantuan agar biar sahaja saya yang memandu. Beliau menolak. Dari katanya, beliau baru mendapat pekerjaan sebagai pemandu Grab. Beliau berkelulusan Ijazah dalam perakaunan. Tidak mendapat kerja selepas bergraduat. Akhirnya memilih jadi pemandu Grab. Serius saya lihat gigilnya bertambah bila dihimpit kenderaan lain. Saya mohon turun lebih awal dari tempat sepatutnya. Saya bagi alasan mahu berjalan sahaja ke rumah dengan harapan sedikit berpeluh. 2. Saya menggunakan perkhidmatan grab food menempah makanan dan minuman. Bila tiba masanya, loceng rumah berbunyi. Saya buka. Di depan saya seorang lelaki basah kuyup membawa tempahan. "Maaf bang, saya terjatuh tadi. Air tumpah". Baru saya perasan di lantai, air minuman menitis-nitis keluar. Lantai basah bersama air hujan. "Maaf bang." Suaranya terketar. Tak pasti terketar kerana kesejukan hujan atau takut. Benar, hampir semua air telah tumpah. Mungkin sekitar 1/3 air sahaja yang tinggal di setiap cawan. Beberapa kali beliau memohon maaf. Saya tahu permohonannya dari hati yang dalam. Saya kata tak usah bimbang. Tidak ada masalah pada saya. Saya salam beliau lama. Beliau berlalu sambil memandang saya berkali-kali dengan wajah yang berkata - maaf. 3. Sehari dua lalu, lewat malam. Ketika saya mahu menaiki lift, ada seorang perempuan penghantar makanan sama menunggu. Mungkin berumur 40an. Di dalam lift saya bertanya basa basi - kenapa masih menghantar makanan lewat malam. Entah bagaimana beliau mengalir air mata sambil menyatakan beliau hanya akan balik jika cukup target harian. Jika tak cukup, sukar untuk dia memberi makanan dan duit belanja anak-anaknya esok. Untuk hari ini, beliau masih memerlukan beberapa ringgit lagi. Saya segera menghulur duit bagi melengkapkan target hariannya. Saya minta usai menghantar makanan tersebut, beliau harus segera pulang. Beliau menyambut duit tersebut dengan air mata yang kian laju. Beliau keluar dahulu. Sebelum pintu lift tertutup, sambil mengesat air mata, dia tunduk memberi hormat. Lift tertutup dan saya pula menyambung tangisan. Serius beb. Hidup ini keras! Sumber : Syirfan Indra
Mostrar todo...
*Selamat Hari Kesihatan kepada semua* 🄷🄰🄿🄿🅈 🄸🄽🅃🄴🅁🄽🄰🅃🄸🄾🄽🄰🄻 🄷🄴🄰🄻🅃🄷 🄳🄰🅈 Perkara penting yang perlu diingat: 1. BP: 120/80 2. Denyutan: 70 - 100 3. Suhu: 36.8 - 37 4. Nafas: 12-16 5. Hemoglobin: Lelaki -13.50-18 Perempuan - 11.50 - 16 6. Kolesterol: bawah 5.7 7. Kalium: 3.50 - 5 8. Natrium: 135 - 145 9. Trigliserida: 220 10. Jumlah darah dalam badan: PCV 30-40% 11. Paras gula: Untuk kanak-kanak (70-130) dewasa: 70 - 115 12. Zat besi: 8-15 mg 13. Sel darah putih WBC: 4000 - 11000 14. Platelet: 1,50,000 - 4,00,000 15. Sel darah merah RBC: 4.50 - 6 juta. 16. Kalsium: 8.6 -10.3 mg/dL 17. Vitamin D3: 20 - 50 ng/ml. 18. Vitamin B12: 200 - 900 pg/ml. Petua khas untuk warga emas *40/50/60 tahun:* *1- Cadangan pertama* * minum air sepanjang masa walaupun tidak kehausan atau memerlukan, masalah kesihatan yang paling besar dan kebanyakannya berpunca daripada kekurangan air dalam badan. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari. *2- Arahan kedua* *lakukan sebanyak mungkin kerja dari badan, perlu ada pergerakan badan, seperti berjalan, berenang, atau apa-apa jenis sukan. *3 - Arahan ketiga* * Kurangkan makan... Lepaskan nafsu makan terlalu banyak... Kerana ia tidak pernah membawa kebaikan. Jangan menafikan diri sendiri, tetapi kurangkan kuantiti. Gunakan lebih banyak protein, makanan kaya karbohidrat. *4- Arahan keempat* *jangan gunakan kenderaan melainkan ia benar-benar perlu. Jika anda pergi ke mana-mana untuk mengambil barangan runcit, bertemu seseorang atau melakukan sesuatu kerja, cuba berjalan di atas kaki anda. Naiki tangga daripada menggunakan lif, eskalator. * *5- Arahan kelima* * Berhenti marah, berhenti risau, cuba abaikan sesuatu. Jangan memanjakan diri anda dalam situasi yang menyusahkan, mereka merosakkan semua kesihatan dan menghilangkan kemuliaan jiwa. Bercakap dengan orang yang positif dan dengarkan mereka. *6- Arahan Keenam* *Pertama sekali, lepaskan keterikatan kepada wang Berhubung dengan orang di sekeliling anda, ketawa dan bercakap! Wang dibuat untuk kelangsungan hidup, bukan hidup untuk wang. *7- Arahan Ketujuh* * Jangan merasa kasihan pada diri sendiri, atau tentang apa-apa yang anda tidak dapat capai, atau sesuatu yang anda tidak boleh lakukan. Abaikan dan lupakan. *8- Arahan Kelapan* *Wang, kedudukan, prestij, kuasa, kecantikan, kasta dan pengaruh; Semua perkara ini meningkatkan ego. Kerendahan hati membawa orang lebih dekat dengan cinta. *9- Petua Kesembilan* * Jika rambut anda putih, ia tidak bermakna akhir hayat. Ini adalah permulaan kehidupan yang baik. Jadilah optimis, hidup dengan ingatan, perjalanan, nikmati. Cipta kenangan! *10- Arahan ke-10* * Temui anak kecil anda dengan kasih sayang, simpati, dan kasih sayang! Jangan cakap sarkastik! Letakkan senyuman di wajah anda! Tidak kira betapa besar jawatan yang anda pernah pegang pada masa lalu, lupakan ia pada masa kini dan bergaul dengan semuanya! *Selamat Hari Sihat SeDunia 2023* #hidupSihat Semoga berManfaat InnSyaaALLAH
Mostrar todo...
🔥SYUKUR ALHAMDULILLAH🔥 SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023 telah bermupa…KEPADA ASATIZAH BARU POSTING ATAU KENA MENGAJAR TINGKATAN BARU JANGAN BIMBANG.. bahan mengajar telah tersedia… MODUL PDPC MAHABBAH POWERPOINT : 💥PENDIDIKAN ISLAM  TINGKATAN 1,2,3,4,5 ✅ 💥TASAWWUR TINGKATAN 4 & 5✅ 💥PQS TINGKATAN 4 & 5✅ LENGKAP DAN TERKINI NOTA KSSM Untuk pengetahuan semua bahan powerpoint yang dijual Merupakan bahan pelbagai guna .. Tak percaya ? tengok contoh video ini yang dihasilkan dari modul ini : 👇👇👇 PAI ting 5 PEL 12 unit 1 PERKAHWINAN https://www.youtube.com/watch?v=-n_PqYMBySE Tambahan kepada para  asatizah yg telah membeli bahan powerpoint tetapi masih belum membeli bank soalan .. Anda perlu dapatkan segera sebab selepas mengajar perlu berikan latihan bukan ..? Kami telah menyediakan bank soalan tingkatan 1 hingga 5 kssm serta PT3 ✅bagi membantu  para asatizah memberikan latihan selepas mengajar.. Bank soalan topikal .. bab by bab.. semua bab.. insyallah semoga bermanfaaat... JUALAN SECARA GMAIL  atau  pendrive kini dibuka untuk MEMBANTU USTAZ/AH mendapatkan bahan dengan segera..BAYAR & TERUS TERIMA bahan.. 🔥📲 Klik sini >> www.wasap.my/601113011030/sesi2022/2023 PERINGATAN !!!  Ingat ya.😰 Penyebaran “tanpa izin” adalah salah disisi undang undang dan ianya jelas satu perbuatan yang menhadirkan sumber yang “haram”
Mostrar todo...
TEASER MODUL PDPC MAHABBAH POWERPOINT TING 5 KSSM 2021

PANAS! PANAS! BARU SIAP ... PAI TING 5 KSSM YANG DITUNGGU -TUNGGU TELAH TIBA. SEGERA DAPATKAN BAHAN DI WHATSAPP 01113011O30 ATAU JOIN TELEGRAM

https://t.me/SharingBahanPDPCPPAI

UNTUK MENDAPATKAN INFO LEBIH LANJUT

Semoga bermanfaat
Mostrar todo...
Bila mati seseorang itu...
Mostrar todo...
Bila kita beramal dgn سورة الشرح Cerita Ust Hanafi Malik Hari ni saya nak kongsi kisah seorang wanita. Bekerja sebagai guru KAFA dan ada lapan orang anak. Satu hari, suaminya pinjam wang sebanyak RM 30, 000. Nak buat modal berniaga. Takdir Allah, Tak lama lepas tu si suami meninggal. Tinggalkan si isteri bersama anak-anak juga hutang Ah Long yang sangat banyak. Wanita ni sangat tertekan. Sebab Ah Long tu tak putus-putus desak dia untuk cepat-cepat bayar hutang. Ada sekali tu, rumah tempat dia tinggal disimbah dengan cat merah. Allahuakbar. Berat ujian yang Allah bagi. Masa tu tak ada sanak-saudara yang datang membantu. . . Guru KAFA ni datang jumpa saya. Minta nasihat apa yang perlu buat. Saya ajarkan dia beramal dengan surah Al-Insyirah dari ayat pertama sampai habis. . . Ada apa dengan surah Al-Insyirah ni tuan puan? Surah Al-Insyirah ni adalah surah yang bercerita tentang kelapangan dada. Kandungan ayat-ayatnya juga bertujuan memberi kita motivasi untuk tenang dalam menghadapi ujian. Bila jiwa tenang, hati jadi lapang. Fikiran kita akan berfungsi dengan lebih cemerlang. Allah juga akan lorongkan jalan-jalan rezeki yang tak disangka-sangka. . . Berbalik kepada cerita wanita tadi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Satu hari dia pinjam kereta kawan. Ketika isi minyak, dia mengisi borang cabutan. Maha Suci Allah, Allah rezekikan dia untuk menang pertandingan tu. Dapat hadiah kereta Honda CRV berharga lebih R M 100 ribu. MasyaAllah. Dia jual kereta hadiah cabutan bertuah ni. Dapatlah dia bayar hutang dan bakinya digunakan untuk belanja anak-anak. . . Tuan puan, Allah tak pernah benci kita. Allah tak pernah lupakan kita. Kita sendiri yang kadang memilih jalan untuk menjauh dari Allah. Kita sendiri yang menempah kesengsaraan dalam hidup dengan meninggalkan perintah Allah jauh di belakang. . . Tuan puan, Saya kongsi sekali lagi tip berdepan dengan ujian. 1. SANGKA BAIK PADA ALLAH 2. SABAR DAN TERIMA SETIAP UJIAN. 3. YAKIN DI SEBALIK KESUSAHAN PASTI ADA KEMUDAHAN 4. IKHTIAR DAN TERUSKAN BERUSAHA 5. TAWAKKAL HANYA KEPADA-NYA. Tuan puan, Allah uji sebab Dia sayang. Dengan ujian, kita sendiri akan kembali mendekat kepada Tuhan. Wallahu a’lam. . .
Mostrar todo...
Assalamualaikum semua.. semoga dapt dipanjangkan.. seorang ahli kami sedang berada di Sabah untuk misi Dakwah disana.. mereka sedang ketidakcukupan dana.. mohon semua sebarkan dan infaq bagi tujuan fisabillillah Maybank 562106698504 Usaha Murni
Mostrar todo...