cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

DaieMatrix

Kita semua adalah pendakwah.

Mostrar más
El país no está especificadoEl idioma no está especificadoLa categoría no está especificada
Publicaciones publicitarias
222
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días
Archivo de publicaciones
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang mati sedangkan ia belum pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk berjihad, maka ia mati dalam satu cabang kemunafikan.” [HR Nasa'i,no.3097]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila ada tiga orang yang melakukan perjalanan, maka hendaklah salah satu dari mereka menjadi pemimpin perjalanan.” [HR Abu Daud,no.2609]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abdullah bin Amr r.a : Nabi saw bersabda, “Akan diucapkan kepada ahli Al-Quran (pada hari kiamat) ‘Bacalah, dan naiklah (ke syurga) serta bacalah (Al-Quran) dengan tartil, sebagaimana kamu membacanya dengan tartil ketika di dunia. Kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca’”.[HR Abu Daud,no.1464]
Mostrar todo...
Assalamualaikum.. 1 hari 1 hadis Dari Jubair bin Muth’im r.a : Telah sampai kepadanya hadis Nabi saw berbunyi, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” [HR Abu Daud,no.1696]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka sama sekali.” [HR Ibnu Majah,no.172]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tanda-tanda munafik itu ada tiga, Apabila berbicara, dia dusta,Apabila berjanji dia mungkir,Apabila dipercayai, dia khianat.” [HR Muslim,no.49]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. [HR Muslim,no.35]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apa yang aku perintahkan kepadamu, maka kerjakanlah dan apa yang aku larang bagimu, maka tinggalkanlah." [HR Ibnu Majah,no.1]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abdullah bin Amru bin Ash : Rasulullah saw bersabda, “Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya, ‘Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?’ Jawab Nabi saw, “Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.” [HR Muslim,no 70]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang mati sedangkan ia belum pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk berjihad, maka ia mati dalam satu cabang kemunafikan.” [HR Nasa'i,no.3097]
Mostrar todo...
Assalamualaikum.. 1 hari 1 hadis Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak dapat masuk syurga, orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau (merusuh).” [HR Muslim,no.82]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Bakal datang di suatu masa di mana orang tiada (ambil) peduli akan apa yang diambilnya; apakah dari yang halal ataukah dari yang haram.” [HR Bukhari, no.1012]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk syurga, pada hari itu pula dia keluar daripadanya dan tidak terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat.” [HR Muslim, no.806]
Mostrar todo...
"Di akhirat, kau bertanggungjawab atas setiap apa yg kau lakukan di dunia"
Mostrar todo...
Dari sini aku belajar, berkata baik atau diam :)
Mostrar todo...
Terimalah nasihat seseorang itu walaupun ia pedih bagi kau. Terimalah nasihat seseorang itu walaupun yang menasihatimu itu adalah bukan orang alim. Cuba Jangan lihat siapa yang berkata-kata Tapi lihat apa yang dikatakannya Walau pedih, sakit bagi kau nak terima Ingatlah, Allah hantar nasihat itu melalui dia, Terima je Belajar rendah diri, Dan martabat kau akan tinggi. Kawan, Terima kasih atas nasihat, Aku hargai. Kawan, Aku tahu kau bukan sempurna, Kerna manusia tiada yang sempurna. Nak sempurna, Kau kena belajar terima ketidaksempurnaan, Dari situ datangnya sempurna. Kawan, Moga Allah redha, Moga doa ini mengiringimu ke taman indah, Taman syurga. Sekali lagi, Thanks SAHABAT :)
Mostrar todo...
"Luah dekat Pencipta, bukan twitter" Pedih 😔
Mostrar todo...
Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat. Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat. Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik. SubhaanAllah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. [HR Muslim,no.33]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Daripada Saidina Uthman bin Affan r.a : Rasulullah saw bersabda, “Orang yang paling utama di antara kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya pada orang lain.” [HR Ibnu Majah, no.176]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa dikehendaki Allah SWT menjadi baik, maka Allah SWT akan memberi kefahaman kepadanya dalam masalah agama.” [HR Ibnu Majah,no.0181]
Mostrar todo...
Tak semua yang kita nak, kita dapat. Sebab itulah apa yang kita ada, kita kena bersyukur. Jangan nanti apa yang dalam genggaman, turut terlepas. Waktu itu baru kita akan tahu, betapa pentingnya menghargai. Kawan, tak susah. Sungguh, hargailah. Tak kiralah barang, benda, orang hatta haiwan sekalipun, hargailah. Sesiapapun suka dihargai. Lagi-lagi dengan orang yang mereka cinta. Andai kau tak pandai nak menghargai, jangan harapkan sesuatu yang sama daripada orang lain. Kau bagi tahi, takkan orang nak bagi nasi?
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Daripada Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, “Tiga perkara yang akan menyertai mayit; Keluarga,Harta dan Amal Perbuatannya, lalu yang dua kembali iaitu keluarga dan hartanya dan satu yang tetap bersamanya, iaitu; Amal Perbuatannya.” [HR Nasa'i,no.1936]
Mostrar todo...
Ujian, Ia untuk menguatkan, Bukan untuk melemahkan. Mana mungkin Dia kurniakan ujian Hanya untuk melemahkan hambaNya. Sahabat, Sangka baik dengan Allah yang tlh kasi banyak nikmat. Ujian, Diberi mengikut kemampuan, Tidak usah kau mengeluh. "Ahh, aku tak boleh" Kawan, Cuba selagi boleh, Allah kan ada. Minta pada Dia Untuk kuatkan semangat kita Menghadapi kekejaman dunia. Kawan, Bergantunglah padaNya, Nescaya kau bahagia.
Mostrar todo...
Assalamualaikum.. 1 hari 1 hadis Dari Abu Hurairah r.a: Nabi saw bersabda, “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.” [HR Nasa'i,no.1823]
Mostrar todo...
[Stres] Sebab apa kau stres? Sebab dalam hati kau takda sang Pencipta Sebab apa kau stres? Sebab agama bukan lagi no 1 bagi kau Sebab apa kau stres? Sebab dunia adalah segala-galanya bagi kau Sebab apa kau stres? Sebab harta tlh menjadi kegilaan kau Kawan, Ubahlah. Carilah Allah, Carilah Islam, Carilah keredhaanNya, Nescaya kau tenang. Percayalah. Baliklah pada Dia 😔
Mostrar todo...
Assalamualaikum . 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” [Sahih Abu Daud,1693]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.” [HR Muslim,0129] 
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat.” (HR Muslim)
Mostrar todo...
Ada orang, dia nak berjaya, tapi dia takut untuk gagal. Kawan, gagal itu syarat pertama untuk capai kejayaan. Sungguh, tiada escalator untuk kau capai puncak berjaya melainkan dengan usaha. Berhenti bagi alasan, Cuba cari penyelesaian. Kuat.
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (HR Muslim)
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya” (Sahih Muslim, 0033)
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Daripada 'Abdullah Bin Abbas r.a, Rasulullah saw telah bersabda, "Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggal kosong" (HR tirmizi, Darimi dan Hakim)
Mostrar todo...
Assalamualaikum.... 1 hari 1 hadis Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.” (HR Bukhari)
Mostrar todo...
Kita boleh menangis kalau handphone kita hilang, kita boleh menangis kalau tak berjaya dalam exam, kita boleh menangis apabila diputuskan bf/gf. Bila agaknya kita boleh menangis saat kita membaca ayat-ayat Quran yang menceritakan tentang azab Allah?
Mostrar todo...
Assalamualaikum.... 1 hari 1 hadis Sabda baginda s.a.w: “Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: Allah tidak akan menguntungkan perniagaanmu.” (Riwayat al-Tirmizi).
Mostrar todo...
Assalamualaikum.... 1 hari 1 hadis " Tidaklah seorang pemuda menjaga seseorang yang sudah tua melainkan Allah telah menetapkan seorang pemuda yang akan menjaganya ketika tua kelak . " [ HR :Tirmizi ]
Mostrar todo...
Assalamualaikum... 1 hari 1 hadis Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah Saw pernah bersabda: "Berbagai fitnah akan muncul. Pada masa itu orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Siapa yang melibatkan diri dalam fitnah itu, maka fitnah akan membuatnya celaka. Siapa yang bisa berlindung dari fitnah tersebut, maka berlindunglah". HR :Bukhari
Mostrar todo...
Assalamualaikum..... 1 hari 1 hadis Dari Uthman bin Affan,Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa telah mendengar azan di masjid, kemudian dia keluar dan keluarnya tersebut bukan untuk suatu keperluan, (melainkan) dia tidak ingin kembali ke masjid, maka dia itu adalah orang munafik.”  HR ibnu majah
Mostrar todo...
"Satu je nak cakap, manusia tu tak sempurna. Jangan la kau benci dia macam diri kau tu baik sgt macam langsung tak berdosa. Kau pendosa, dia pendosa, aku pendosa. Kita semua pendosa. Apa salahnya kau maafkan dia. Rendahkan ego kau kawan. Bahagia ke hidup tak maafkan orang?"
Mostrar todo...