cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Show more
Malaysia1 723The language is not specifiedMedicine258
Advertising posts
51 004Subscribers
-1424 hours
-1567 days
-62530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

7 MANFAAT BERPUASA KEPADA KESIHATAN Amalan berpuasa banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kesihatan apabila dilakukan dengan betul. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga memberi kesan baik kepada tubuh dari segi fizikal iaitu dengan memulihkan fungsi tubuh. Puasa dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping memperbaiki sel-sel (Adventures in Therapeutic Fasting, Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) ) Jom manfaatkan bulan Ramadan ini dengan berpuasa untuk meningkatkan kesihatan kita. Jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan sihat, seimbang dan sederhana ketika berbuka dan bersahur agar kita dapat menikmati kebaikan puasa sepenuhnya. Sumber : NutritionistKKM
Show all...
πŸ‘ 4
Tidak semua pesakit diabetes sesuai untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Ini kerana, puasa bagi pesakit diabetes berkemungkinan boleh menjejaskan paras gula darah mereka menjadi tidak terkawal. Antara simptom gula dalam darah rendah adalah menggigil, sakit kepala, pening, kerap berpeluh, degupan jantung pantas dan warna kulit pucat.πŸ’†πŸ»β€β™€οΈ Namun, bagi mereka yang ingin berpuasa, sila lihat tip berpuasa untuk pesakit diabetes ini bagi mengelakkan gula dalam darah dari menjadi tidak terkawal.
Show all...
πŸ‘ 4
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up. Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu) Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda. #ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Show all...
Jadikan setiap langkah anda penuh keseronokan. Sambil berjalan, anda boleh 🎧 Mendengar muzik / podcast 🌲 Nikmati alam semula jadi πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆ Berjalan bersama rakan / orang tersayang 🎁 Beri ganjaran kepada diri sendiri apabila berjaya mencapai matlamat dalam aktiviti berjalan πŸ“ˆ Pantau prestasi berjalan secara berkala Jangan biarkan aktiviti berjalan menjadi rutin yang membosankan. Selamat berjalan! * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh. #ANMS #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
πŸ‘ 5❀ 1
Jadikan budaya hidup sihat sebagai misi utama kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. β€œKita Ada Misi” #ANMS #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
πŸ‘ 3
Bersenam pada waktu malam telah menjadi aktiviti yang tidak asing bagi banyak individu. Adakah sesuai kita bersenam pada waktu malam? Ikut panduan yang disarankan sekiranya ingin bersenam pada waktu malam. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh. #ANMS #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
❀ 2πŸ‘ 1
SpeakOut bertujuan untuk memperkasakan individu untuk berbicara atau menyuarakan pendapat mereka tentang suatu masalah atau isu tertentu. Jadi pada 28 Mac 2024 ini, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Dr Md Sabtuah dan Naib YDP Majlis Belia, Muhammad Afiq Danial akan mengupas isu isu di Bulan Ramadan dan mampu tak kita berani dalam bersuara untuk mempertahankan hak kita sendiri. Jom saksikan! πŸ“† 28 Mac 2024 (Khamis) ⏰ 11:00 Pagi ▢️ https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat
Show all...
πŸ‘ 2❀ 1πŸ‘Œ 1
Awas, Cuaca Panas! Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat. #ANMS #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
❀ 4πŸ‘ 1
Keputusan untuk berhenti merokok atau vaping sememangnya memerlukan kekuatan mental dan fizikal namun tidak mustahil untuk berhenti merokok. Jom berhenti merokok atau vaping bermula 1 Ramadan. Atasi cabaran berhenti merokok dengan mengamalkan 12M. #ramadankekalsihatcergas #berhentimerokoktingkatkanimunitibadan #ANMS #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
πŸ‘ 2
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Hasil Siasatan Aduan Tular Kain Di Dalam Martabak
Show all...
😱 5πŸ’― 2❀ 1
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!