cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

HadaanAllah

Ittiba'u Rasullillah Menyebarkan Ilmu. Berdakwah KeJalan Allah diatas Bashirah...

Show more
Indonesia124 987The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
158Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

✅💎🌷🌹🌺 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 32 – Akhir) 📚 Bab 1⃣2⃣ : Ibadah I’tikaf 🔘 Syarat-Syarat I’tikaf 🔹Antara syarat-syarat dalam i’tikaf adalah: 1⃣: Islam. Tidak sah jika i’tikaf dilakukan oleh orang kafir. 2⃣: Minimum telah berusia tamyiz (mampu memahami perkataan dan boleh menjawab pertanyaan), dan biasanya pada usia tujuh tahun. 3⃣: Suci dari haidh dan nifas bagi kaum wanita. Jadi, i’tikaf sah dilakukan oleh wanita yang mengalami istihadhah (keluarnya darah di luar masa haidh dan nifas) jika ia menjaga darahnya tidak terjatuh di masjid. 4⃣: Berniat i’tikaf. 5⃣: Melaksanakannya di masjid. Menurut pendapat yang benar, i’tikaf sah dilakukan di setiap masjid. 6⃣: I’tikaf sah dilakukan meskipun tidak disertai puasa, menurut pendapat yang benar. Ini adalah pendapar azh-Zhahiriyah, asy-Syafi’i, dan yang masyhur pada mazhab Ahmad, serta diriwayatkan dari sejumlah sahabat. Ini yang dipilih oleh asy-Syaukani, Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin. Dalil yang menunjukkan hal ini adalah qadha i’tikaf yang dilakukan oleh Rasulullah pada sepuluh hari pertama di bulan Syawal, sedangkan awal Syawal adalah Hari Raya ‘Idul Fitri yang diharamkan berpuasa padanya. 7⃣: Tidak melakukan jima’, berdasarkan firman Allah, “Janganlah kalian menggauli isteri-isteri itu selagi kalian beri’tikaf dalam masjid.” (Al-Baqarah: 187) 8⃣: Tidak melakukan hal-hal kontradik (bertentangan) dengan tujuan i’tikaf, seperti keluar untuk bersetubuh dengan isteri di rumah, keluar untuk menjalankan pekerjaannya, keluar untuk transaksi jual beli, melakukan pekerjaan (seperti upah menjahit) di tempat i’tikafnya, dan transaksi jual beli di tempat i’tikafnya, atau lainnya. 9⃣: Tidak keluar dari tempat i’tikaf untuk urusan yang tidak bersifat harus dilakukan. Adapun keluar untuk urusan yang bersifat harus dilakukan, hal itu boleh, baik urusan yang bersifat tabiat manusiawi, seperti buang hajat, makan dan minum, mahupun yang bersifat aturan syariat seperti wudhu, mandi janabah dan solat jumaat. 📕“Sesungguhnya Nabi biasanya tidak masuk rumah kecuali untuk suatu hajat manusiawi jika sedang beri’tikaf.” (HR Muslim) ❗Jika seseorang yang beri’tikaf mengeluarkan sebahagian anggota tubuhnya dari masjid, i’tikafnya tidak batal. Sebab ketika i’tikaf, Nabi pernah mengeluarkan kepalanya dari masjid dan kepalanya dibasuh oleh Aisyah dari luar, kerana Aisyah sedang haidh, sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. 🔘 Sunnah-Sunnah I’tikaf 🔹Antara unnah-sunnah dalam i’tikaf adalah: 1⃣: Hendaknya seseorang mengambil tempat khusus dengan membuat tenda (khemah) di dalam masjid, sebagaimana amalan Rasulullah dan isteri-isterinya. 2⃣: Hendaknya seseorang menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah khusus, seperti solat sunnah mutlak di waktu-waktu yang tidak terlarang, membaca Al-Qur’an, berzikir, berdoa dan beristighfar. Khususnya i’tikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan, malam-malamnya dihidupkan dengan solat tarawih. 3⃣: Hendaknya meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. Bukan bermakna tidak boleh berbicara atau tidak boleh dikunjungi keluarga atau teman. Namun yang ditekankan agar menghindar dari perkara yang tidak bermanfaat. 📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media) Alhamdulillah, selesai perkongsian ringkasan faedah ilmiyah dari kitab ini. Moga bisa bermanfaat buat kita semua. 💎💎💎💎💎💎💎 📲 WhatsApp Pena Ilmu Salafiyyin 📡 Channel Telegram II https://t.me/PenaIlmuSalafiyin ========================= 🌏 Sumber : http://telegram.me/thoriqussalaf ✅🌺✅🌺✅🌺✅
Show all...
Pena Ilmu Salafiyyin

Ittiba'u Rasullillah Menyebarkan Ilmu. Berdakwah KeJalan Allah diatas Bashirah...

✅🌻🌹 *Benarkah Ada Yang Berpendapat Boleh Makan Sahur Setelah Adzan Subuh?* 🎙️ _Al Ustadz Muhammad Afifudin As-Sidawy_ حفظه الله تعالی
Show all...
Repost from SALAFY PRABUMULIH
🌺🌺🌺🌺🌺 DARI APA SAJAKAH KITA BERPUASA AGAR BERPAHALA SEMPURNA❔❔ 🎙️ Syaikh Al-'Allamah Shalih Al-Fauzan hafizhahullah pernah mengatakan : 💠 "Terkadang orang yang berpuasa merasakan beratnya lapar, haus, dan letih, akan tetapi dia tidak mendapatkan pahala di sisi Allah 'azza wa jalla. Hal itu karena beberapa sebab, diantaranya : 👉 dia membiarkan lisannya untuk berkata yang haram 👉 membiarkan penglihatannya untuk memandang yang haram 👉 dan membiarkan pendengarannya untuk mendengar hal yang haram. Orang seperti ini hakikatnya adalah orang yang tidak berpuasa, dia sekedar meninggalkan makan dan minum saja. Dia merasakan keletihan, akan tetapi tidak ada faedahnya. ✅ Adapun puasa meliputi semua perkara berikut ini : 👉 puasanya perut dari makan dan minum dan semua perkara membatalkan puasa 👉 puasanya pendengaran dari mendengar semua perkataan yang haram 👉 puasanya penglihatan dari melihat semua perkara yang haram untuk dilihat. 👉 puasanya lisan dari perkataan keji dan dosa, Dengan demikian, seluruh anggota badannya berpuasa." 📚 [Majalis Syahri Ramadhan hal. 15) ● قَالَ الشيخ العلامة صالحُ الفَوزَان - حَفظهُ الله - : 《 فقد يصومُ الصائمُ ويشتدُّ جوعُهُ وعطشُهُ ويشتدُّ تعبُهُ وليس له أجرٌ عند الله -عز وجل- بسبب أنه : سلط لسانهُ في الكلام الحرام ، وسلط نظره على النظر الحرام ، وسلط أذنيه على استماع المحرم ، فهذا في الحقيقة لم يَصُمْ وإنما ترك الطعام والشراب فقط فهو يتعب بلا فائدة ، فالصيام يشمل جميع هذه الأشياء : صيام البطن عن الأكل والشرب وسائر المفطرات ، وصيام السمع عن كل كلامٍ محرم ، وصيام النظر عن كل ما حرم الله النظر إليه ، وصيام اللسان عن النطق بالفحش والآثام ، فتصوم جميع جوارحه 》. 📓📔 |[ مجالس شهر رمضان (ص١٥) ] ✅🌺✅🌺✅🌺✅ 📲 WhatsApp Salafy Prabumulih 📡Telegram : https://t.me/salafy_prabumulih ========================= 🌏 Sumber : https://t.me/salafy_cirebon 🔰🌹🔰🌹🔰🌹🔰
Show all...
SALAFY PRABUMULIH

: Kembali kepada Islam yg Murni.. Islam yg sebenarnya.... Dengan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat melalui majelis il

KONDISI ORANG YANG TAKLID BUTA 💎💎💎💎💎💎💎 📲 WhatsApp Pena Ilmu Salafiyyin 📡 Channel Telegram II https://t.me/PenaIlmuSalafiyin ✅🌺✅🌺✅🌺✅
Show all...
✅💎🌷🌹🌺 MENJAGA DZIKIR SETELAH SHALAT... Imam al-Albâni rahimahullah berkata, "Barangsiapa yang memiliki urusan yang mendesak setelah sholat, maka janganlah ia meninggalkan berbagai dzikir selepas sholat. Dan hendaklah dia membacanya dalam keadaan berjalan." [Fatâwa Jaddah : 34] 💎💎💎💎💎💎💎 📲 WhatsApp Pena Ilmu Salafiyyin 📡 Channel Telegram II https://t.me/PenaIlmuSalafiyin ========================= 🌏 Sumber : https://t.me/ahlussunnahmalang ✅🌺✅🌺✅🌺✅
Show all...
Pena Ilmu Salafiyyin

Ittiba'u Rasullillah Menyebarkan Ilmu. Berdakwah KeJalan Allah diatas Bashirah...

✅💎🌷🌹🌺 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 31) 📚 Bab 1⃣2⃣ : Ibadah I’tikaf 🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹 💎 Al-Imam as-Sa’di berkata, “Rasulullah senantiasa melakukan i’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga baginda diwafatkan oleh Allah. Para isteri baginda pun melakukan i’tikaf sepeninggal baginda.” (Muttafaq ‘alaih)” 🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹 🔘 Definisi & Hukum I’tikaf 🔹Definisi i’tikaf secara bahasa adalah al-Habs (menahan diri), al-Mukts (berdiam diri), dan al-Mulazamah (menetapi). Jadi, i’tikaf adalah menetapi sesuatu dan menahan diri padanya untuk kebaikkan atau untuk perkara dosa. 🔹Adapun definisi i’tikaf secara syariat, adalah seperti keterangan sebahagian ulama: ➡Al-Imam an-Nawawi berkata, “I’tikaf adalah berdiam diri di masjid yang dilakukan oleh orang tertentu dengan niat tertentu.” ➡Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “I’tikaf adalah menetap di dalam masjid yang dilakukan oleh orang tertentu dengan tata cara tertentu.” 🔹Hukum i’tikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan adalah sunnah (tidak wajib), kecuali bagi orang yang bernazar untuk melakukannya, hukumnya menjadi wajib. 🔹Pendapat yang masyhur bahawa i’tikaf disunnahkan pada setiap waktu dan lebih ditekankan di sepuluh hari terakhir Ramadhan. 🔘 Waktu Mula & Berakhirnya I’tikaf Di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan 🔹Hadits menunjukkan bahawa Nabi memulai i’tikaf baginda sejak terbenam matahari di malam ke-21 Ramadhan. Sebab, sepuluh hari terakhir Ramadhan bermula dari terbenamnya matahari di malam ke-21 Ramadhan.  📕“Rasulullah sering beri’tikaf pada sepuluh hari pertengahan Ramadhan. Baginda lalu beri’tikaf pada suatu tahun. Ketika tiba malam ke-21 yang merupakan malam yang di pagi harinya (hari ke-20) baginda keluar dari i’tikaf, baginda berkata ketika itu, ‘Barangsiapa beri’tikaf bersamaku, hendaklah ia beri’tikaf (kembali) pada sepuluh hari terakhir’.” (Muttafaq ‘alaih) 📕Akan tetapi, telah datang riwayat dari Aisyah bahawa Rasulullah bersabda, “Jika Rasulullah ingin melakukan i’tikaf, baginda menunaikan solat fajar (Subuh) lalu masuk ke tempat i’tikafnya.” (Muttafaq ‘alaih) 🔹Dalam memahami hadits-hadits ini, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama: 1⃣: Pendapat empat imam mazhab dan jumhur ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah memulai i’tikaf di masjidnya ketika matahari terbenam di awal malam ke-21, kemudian baginda masuk ke dalam tenda (khemah) yang telah disiapkan untuk dirinya dan menyendiri di sana setelah solat Subuh. Pendapat ini dinyatakan kuat oleh al-Utsaimin. Dan pendapat ini yang benar, insyaAllah. 2⃣: Pendapat al-Auza’i, al-Laits dan Sufyan ats-Tsauri yang mengambil zahir makna dari hadits Aisyah. Mereka mengatakan bahawa awal waktu dimulainya i’tikaf di masjid tempat i’tikaf adalah setelah solat Subuh. Pendapat ini dinyatakan kuat oleh ash-Shan’ani dan Ibnu Baz. 🔹Berdasarkan hadits Aisyah yang disebutkan al-Imam as-Sa’di, menunjukkan i’tikaf Rasulullah berakhir ketika matahari terbenam di akhir Ramadhan. Berdasarkan hal ini, i’tikaf berakhir ketika matahari terbenam di malam ‘Id. Inilah pendapat yang benar, iaitu pendapat jumhur ulama dan Ibnu Hazm. 📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media) Bersambung insyaAllah. 💎💎💎💎💎💎💎 📲 WhatsApp Pena Ilmu Salafiyyin 📡 Channel Telegram II https://t.me/PenaIlmuSalafiyin ========================= 🌏 Sumber : http://telegram.me/thoriqussalaf ✅🌺✅🌺✅🌺✅
Show all...
Pena Ilmu Salafiyyin

Ittiba'u Rasullillah Menyebarkan Ilmu. Berdakwah KeJalan Allah diatas Bashirah...

✅💎🌷🌹🌺 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 32 – Akhir) 📚 Bab 1⃣2⃣ : Ibadah I’tikaf 🔘 Syarat-Syarat I’tikaf 🔹Antara syarat-syarat dalam i’tikaf adalah: 1⃣: Islam. Tidak sah jika i’tikaf dilakukan oleh orang kafir. 2⃣: Minimum telah berusia tamyiz (mampu memahami perkataan dan boleh menjawab pertanyaan), dan biasanya pada usia tujuh tahun. 3⃣: Suci dari haidh dan nifas bagi kaum wanita. Jadi, i’tikaf sah dilakukan oleh wanita yang mengalami istihadhah (keluarnya darah di luar masa haidh dan nifas) jika ia menjaga darahnya tidak terjatuh di masjid. 4⃣: Berniat i’tikaf. 5⃣: Melaksanakannya di masjid. Menurut pendapat yang benar, i’tikaf sah dilakukan di setiap masjid. 6⃣: I’tikaf sah dilakukan meskipun tidak disertai puasa, menurut pendapat yang benar. Ini adalah pendapar azh-Zhahiriyah, asy-Syafi’i, dan yang masyhur pada mazhab Ahmad, serta diriwayatkan dari sejumlah sahabat. Ini yang dipilih oleh asy-Syaukani, Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin. Dalil yang menunjukkan hal ini adalah qadha i’tikaf yang dilakukan oleh Rasulullah pada sepuluh hari pertama di bulan Syawal, sedangkan awal Syawal adalah Hari Raya ‘Idul Fitri yang diharamkan berpuasa padanya. 7⃣: Tidak melakukan jima’, berdasarkan firman Allah, “Janganlah kalian menggauli isteri-isteri itu selagi kalian beri’tikaf dalam masjid.” (Al-Baqarah: 187) 8⃣: Tidak melakukan hal-hal kontradik (bertentangan) dengan tujuan i’tikaf, seperti keluar untuk bersetubuh dengan isteri di rumah, keluar untuk menjalankan pekerjaannya, keluar untuk transaksi jual beli, melakukan pekerjaan (seperti upah menjahit) di tempat i’tikafnya, dan transaksi jual beli di tempat i’tikafnya, atau lainnya. 9⃣: Tidak keluar dari tempat i’tikaf untuk urusan yang tidak bersifat harus dilakukan. Adapun keluar untuk urusan yang bersifat harus dilakukan, hal itu boleh, baik urusan yang bersifat tabiat manusiawi, seperti buang hajat, makan dan minum, mahupun yang bersifat aturan syariat seperti wudhu, mandi janabah dan solat jumaat. 📕“Sesungguhnya Nabi biasanya tidak masuk rumah kecuali untuk suatu hajat manusiawi jika sedang beri’tikaf.” (HR Muslim) ❗Jika seseorang yang beri’tikaf mengeluarkan sebahagian anggota tubuhnya dari masjid, i’tikafnya tidak batal. Sebab ketika i’tikaf, Nabi pernah mengeluarkan kepalanya dari masjid dan kepalanya dibasuh oleh Aisyah dari luar, kerana Aisyah sedang haidh, sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. 🔘 Sunnah-Sunnah I’tikaf 🔹Antara unnah-sunnah dalam i’tikaf adalah: 1⃣: Hendaknya seseorang mengambil tempat khusus dengan membuat tenda (khemah) di dalam masjid, sebagaimana amalan Rasulullah dan isteri-isterinya. 2⃣: Hendaknya seseorang menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah khusus, seperti solat sunnah mutlak di waktu-waktu yang tidak terlarang, membaca Al-Qur’an, berzikir, berdoa dan beristighfar. Khususnya i’tikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan, malam-malamnya dihidupkan dengan solat tarawih. 3⃣: Hendaknya meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. Bukan bermakna tidak boleh berbicara atau tidak boleh dikunjungi keluarga atau teman. Namun yang ditekankan agar menghindar dari perkara yang tidak bermanfaat. 📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Sa’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media) Alhamdulillah, selesai perkongsian ringkasan faedah ilmiyah dari kitab ini. Moga bisa bermanfaat buat kita semua. 💎💎💎💎💎💎💎 📲 WhatsApp Pena Ilmu Salafiyyin 📡 Channel Telegram II https://t.me/PenaIlmuSalafiyin ========================= 🌏 Sumber : http://telegram.me/thoriqussalaf ✅🌺✅🌺✅🌺✅
Show all...
Pena Ilmu Salafiyyin

Ittiba'u Rasullillah Menyebarkan Ilmu. Berdakwah KeJalan Allah diatas Bashirah...

DUA JIHAD ORANG YANG BERPUASA ✅🌺✅🌺✅🌺✅ 📲 WhatsApp Salafy Prabumulih 📡Telegram : https://t.me/salafy_prabumulih 🔰🌹🔰🌹🔰🌹🔰
Show all...
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!