*[PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2021/2022]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perhatian kepada semua mahasiswa/i Kolej Rahim Kajai bagi program Prasiswazah Sesi Akademik 2021/2022.
Merujuk kepada Pekeliling Akademik Bil. 16/2022 yang dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Akademik UKM, sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2021/2022 akan diadakan mulai tarikh *18 Julai hingga 7 Ogos 2022*.
Sehubungan itu, urusan Pengesahan Kursus dan Jadual Waktu Peperiksaan perlulah dibuat melalui laman sesawang *
http://smplucee.ukm.my/smpweb* mulai *23 hingga 29 Mei 2022*.
Tindakan yang saudara/i perlu lakukan adalah seperti berikut:
➡️ Membaca dan mengesahkan *Borang Aku Janji Pelajar di SMPweb* sebelum membuat Pengesahan Kursus dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan.
➡️ Menyemak senarai kursus yang didaftarkan dan draf jadual peperiksaan akhir. Sekiranya semua maklumat adalah betul dan tiada percanggahan jadual peperiksaan, maka saudara/i perlu mengesahkannya dengan menekan butang *SAH*.
➡️ Sekiranya terdapat *percanggahan jadual peperiksaan* atau *3 kursus berturutan dalam satu hari*, maka saudara/i dikehendaki mencatatkan kursus terlibat dan memaklumkan kepada Timbalan Dekan (Prasiswazah) di fakulti masing-masing selewat-lewatnya pada *30 Mei 2022*.
📌 Sekiranya saudara/i gagal membuat pengesahan atau pembetulan terhadap maklumat tersebut, maka segala butiran kursus yang dicatatkan akan dianggap betul dan lengkap. Saudara/i yang tidak membuat pengesahan juga akan *dikenakan denda sebanyak RM15.00*. *Bayaran denda boleh dibuat melalui Portal
https://ekewangan.ukm.my/ (Pilih Bayaran Tanpa Invois*. Kemudian emelkan salinan bukti pembayaran kepada pihak Pusat Pengurusan Akademik (
[email protected]) untuk tindakan selanjutnya.
📌 Jadual Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam *Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang boleh dicapai melalui SMPweb mulai 20 Jun 2022*. Pelajar dinasihatkan untuk menjelaskan semua hutang dengan universiti untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekiranya saudara/i mempunyai masalah untuk menjelaskan hutang secara sekaligus, *sila berbincang dengan Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari*.
Sekian, terima kasih.
*EKSEKUTIF PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI*
*KOLEJ RAHIM KAJAI*
*SESI 2021/2022*
Show more ...