cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

💜JiwaTaqwaJalanKu💜

Taqwa berasal dari kata waqa, yaqii, wiqayah yang artinya memelihara, yaitu memelihara iman agar terhindar dari hal-hal yang dibenci dan dilarang oleh Allah SWT.

Show more
Advertising posts
417Subscribers
-124 hours
-47 days
-1230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

SYAITAN ITU PENYABAR… Sedarkah engkau: bahawa ternyata Syaitan itu sungguh sangat penyabar dalam menghadapimu? Sedarkah engkau: bahawa ternyata Syaitan itu nyaris tak kenal putus asa dalam mengelus-elusmu? Kenapa? Kerana engkaulah satu-satunya projek prioriti dalam hidupnya. Sepanjang hayatnya, obsesi Syaitan hanya fokus pada satu hal, yaitu: dirimu! Dia akan terus mencari dan mencari celah sekecil apapun itu untuk memuslihatimu meski sedikit. Tidak perlu besar-besar amat. Cukuplah ia membuatmu lupa untuk berdzikir. Cukuplah ia membuatmu lalai dari tasbihmu. Membuatmu terluput dari wirid al-Qur’anmu. Keasyikan main game dan scrolling medsos. Begitulah rencana-rencana kerja Syaitan padamu: Setahap demi setahap, begitu rapinya! Hingga akhirnya dengan senyap dan perlahan, tanpa kau sedari: Syaitan pun sukses membuatmu terlewatkan dari ibadah fardhumu. Hingga akhirnya, di dalam hatimu semuanya menjadi tiada bererti lagi. Hatimu akhirnya kosong melompong, hingga Syaitan pun bebas mengisinya dengan apa saja yang ia inginkan. Solat tidak lagi penting. Menutup aurat tidak lagi perlu. Bermaksiat tidak masalah. Makan yang haram tidak perlu disoalkan. Hingga akhirnya, hati manusia tidak lagi percaya pada Allah. Syurga dan Neraka hanyalah ilusi manusia. Akhirat hanya dongeng manusia yang putus asa. Maka, tidaklah hairan… Jika Ibnu al-Jauzy-rahimahullah- pernah berujar: لا يزال الإنسان صريعًا تحت الشيطان حتى يذكر الله ويتلو القرآن “Manusia itu akan terus dipecundangi Syaitan, hingga berdzikir mengingat Allah, dan membaca al-Qur’an.” Kerana itu, Jangan pernah lupakan dzikirmu. Jangan pernah lupakan Al-Qur’anmu. Akhukum, ✍Muhammad Ihsan Zainuddin >>> https://bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Show all...
Hidup ni ada naik ada turun nya Ada masa kita upgrade ada masa kena downgrade juga Dah namanya hidup sebuah penjalanan, mana mau selamanya duduk di atas Dan sepanjang kita merasa dekat dengan ground level, kita belajar hidup sederhana, kita belajar erti kurang dan cukup.. Jalan terus.. >>> bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Show all...
semakin banyak duit tidak semestinya semakin cukup. Ada orang, makin banyak duit, makin tidak cukup. Sebab itu ada org yg walaupun hartanya berjuta, masih berahi untuk makan rasuah, tipu duit orang, curi duit syarikat dan sebagainya. Masa duit takde, dia cukup berbasikal. Duit bertambah sikit, dia beli motosikal. Bertambah lagi duit, dibelinya kereta. Makin banyak duit, dia tukar kereta yg lebih mahal. Semakin banyak duit, semakin banyak keperluan dan keinginannya sehingga menjadikan hidupnya tidak pernah cukup. Ustaz Mohd Saleh >>> https://bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Show all...
Saya selalu bagitahu isteri. Kalau nak beri makanan kepada orang susah. Jangan beri makanan lebihan, yang tak habis, yang dah simpan dalam peti, yang dah hampir rosak, yang rasa dah lari, yang kita sendiri pun tak lalu nak makan. Kalau nak bersedekah beri semasa masih baru. Yang kita sendiri nak makan masa tu. Yang masih rasa sedap. Yang tak ada kekurangan kualiti. Makanan yang terbaik yang kita ada. Bukan apa, kalau kita tak biasakan benda ni. Kita akan jadi tabiat. Nak beri makanan lebihan kepada mereka. Kita beri yang 'second class' kerana mereka kita anggap 'second class'. Sesuatu yang patut pikir ramai ramai dalam 'membantu'. Muliakan lah orang susah. Mereka adalah tempat kita mencuci harta bukan tempat kita mencuci peti sejuk kita. Sumber: FB Nizam Mohamed >>> bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Show all...
Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Bila kita merasakan tidak ada tempat mengadu, hilang arah tujuan, ingatlah sesungguhnya tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Usahlah mengadu sesama mahluk allah.. kerana setiap ciptaan allah tiada daya upaya melainkan dgn izinnya Kembalilah kepada ALLAH, berserahlah sepenuhnya kepada ALLAH. Yakin lah Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Suburkanlah iman di hati dan selalu menginsafi diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada ALLAH. Inilah caranya ALLAH menuntun kita agar tidak jauh daripadaNya. Mintalah pertolongan daripadaNya dengan menggandakan kuasa sabar dan memperbanyakkan solat. Perteguhkan tawakkal dan redha dengan takdirNya. Kembalilah kepada ALLAH dengan memilih jalan kehambaan. In sha ALLAH di situ akan ada tempat bagi melabuhkan jiwa yang kepenatan. Muhasabah Diri Segala Puji Bagi ALLAH... #quotephotovideo https://bit.ly//JiwaTaqwaJalanku
Show all...
⭐️ PERINGATAN ISYAK! ⭐️ (08:25 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Imsak: 05:42 AM
Show all...