cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Sabah Info

Segalanya Info mengenai Negeri Sabah (Trending Info: #COVID19)

Show more
Malaysia1 832The language is not specifiedNews & Media2 817
Advertising posts
42 677Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Pertama kali dalam sejarah. Tiga pelajar Sabah menang kes saman terhadap guru 'ponteng' dan empat lagi termasuk kerajaan Malaysia. 🔷 Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah telah memberikan ganti rugi RM90,000 kepada tiga pelajar dalam tuntutan mahkamah terhadap seorang bekas guru dan yang lain, kerana enggan mengajar bahasa Inggeris pada 2017. 🔷 Hakim Leonard David Shim berpendapat bahawa plaintif :- Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, telah membuktikan kes mereka berdasarkan 'balance of probabilities.' 🔷 Ketiga-tiga mereka telah memfailkan saman terhadap guru mereka, Jainal Jamran, dan bekas guru besar, Suid Hanapi, serta menamakan Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan, dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan. 🔷 Mereka berkata kerajaan gagal mengambil langkah untuk membetulkan ketiadaan guru tersebut walaupun telah dimaklumkan. 🔷 Seorang pelajar tersebut, Natasha mengatakan dia memfailkan saman itu untuk memastikan pelajar lain tidak akan menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. 🔶 "Alhamdulilah saat-saat yang ditunggu selama hampir 6 tahun perjuangan ini. Masih segar diingatan kejadian kes guru ponteng kelas ini. Kami adalah mangsa-mangsa ketidakadilan guru ini hingga menyebabkan kami gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Namun siapa kita untuk menidakkan ketentuan Illahi." - Calvina Angayung
Show all...
YA! Mereka kini kembali di jalanan. Itu tinjuan Sabah Info sejak beberapa hari lepas di perhentian lampu isyarat Wawasan Plaza. 🔷Justeru, menyatakan kebimbangan awam apa sudah jadi dengan projek "Pusat Perlindungan Sementara" kanak-kanak Jalanan? 🔷 Isu ini sewajarnya dijawab oleh pihak bertanggungjawab dan jabatan berkaitan, kerana ini melibatkan dana awam. 🔷 Rumah yang diubahsuai untuk projek ini permulaannya sudah menelan RM250,000 (Yang diumum lah). Belum lagi dengan kos makan-minum serta elaun tenaga pengajar. 🔷 Dengan kemasukan pelancong yang semakin ramai, sudah tentu keadaan ini akan merosakkan imej negeri Sabah. 🔷 Pihak bertanggungjawab perlu telus adakah projek ini sudah menemui kegagalan? Bincangkan...
Show all...
Al Hambra Juhar dan Yong mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam satu istiadat ringkas di Istana Seri Kinabalu hari ini. Selamat maju jaya Timbalan Speaker DUN Sabah yang baharu!
Show all...
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi, seorang penumpang lelaki yang cedera parah dikenali Nursiq Rahim, 31, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Kantie Amir, 29, cedera ringan. 🔷 Menurut pihak Bomba, 33 penumpang bas ekspres termasuk dua mangsa yang cedera dan pemandunya dilaporkan selamat manakala pemandu lori yang membawa muatan kayu turut dilaporkan tiada kecederaan serius. 🔷 Bas tersebut dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu
Show all...
GEMPA BUMI LEMAH di Semporna berukuran 2.6 pada skala richter dikesan pada 7.39 malam tadi. Be safe warga Semporna 😮
Show all...
Sabah catat tiga kes strok haba berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini, membabitkan murid dan pelajar sekolah selain orang awam. 🔹Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata kes terbabit dilaporkan antara 15 April lalu sehingga Jumaat lalu. 🔹Katanya, kes pertama adalah seorang pelajar lelaki berumur 18 tahun yang dimasukkan ke wad pada 15 April lalu dan dibenarkan balik pada 18 April. 🔸"Bagi kes kedua, pesakit adalah seorang murid lelaki berumur sembilan tahun yang dimasukkan ke wad pada 30 April lalu dan dibenarkan keluar pada 2 Mei. 🔸"Kes ketiga pula ialah seorang wanita berumur 27 tahun yang bekerja sendiri dan menerima rawatan sebagai pesakit luar pada 29 April lalu. 🔸"Ketiga-tiga pesakit sudah selesai mendapatkan rawatan dan sembuh sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Show all...
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Datuk Seri Panglima Hajiji dalam masa terdekat bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah air yang kian meruncing di Sabah. 🔶 "Tiada alasan untuk kerajaan pada 2023 tidak dapat memulakan program besar-besaran selesaikan masalah air sepenuhnya. Dia perlukan dana besar, pinjaman, sukuk atau bon, itu masalah kita, jangan bebankan kepada rakyat." 🔶 "Kalau pun perlu berbilion, kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga," katanya 🔷 Selain Sabah, PM juga nyatakan komitmen untuk menangani masalah air di Kelantan dalam ucapan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Show all...
Malaysia Airports dalam twitternya memaklumkan KKIA kini menghadapi gangguan bekalan air. 🔷 Menurutnya, sebagai langkah segera, mereka juga telah memaklumkan kepada syarikat penerbangan untuk mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke BKI (Kota Kinabalu). 🔷 Kedai-kedai/restoran makanan dan minuman di KKIA juga telah diminta untuk menyediakan peralatan pakai buang. 🔷 Tambahnya lagi, beberapa tandas juga akan ditutup buat sementara waktu. Air mineral secara pukal akan disediakan dan diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.
Show all...
KEDAPATAN akhirnya, selepas 15 tahun menggunakan kad pengenalan orang lain. 🔷 Buruh warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan milik orang lain selama 15 tahun. 🔷Tertuduh, Ray Baintong, 45, mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan kad pengenalan orang lain atas nama Sulaiman Hamran beralamat di Paya Rumput, Sungai Udang, pada 27 Januari tahun lalu, jam 11.50 pagi. 🔷 Beliau ditahan ditahan ketika hadir di Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka untuk mengganti kad pengenalan baharu sebelum dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN kerana nombor MyKad dimiliki sudah disenarai hitam dan diragui oleh petugas kaunter. 🔷 Hasil semakan nombor kad pengenalan dimiliki tertuduh pada sistem LU2 (Logical Unit 2) mendapati ia disenarai hitam oleh JPN Sabah kerana sijil kelahiran adalah kepunyaan orang lain. 🔷 Tertuduh mengaku mendapatkan sijil kelahiran dengan bayaran RM3,000 ketika di Kota Kinabalu, Sabah pada 2003 sebelum datang ke Semenanjung Malaysia. 🔷 Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan kerana mahu pulang ke negara asal. 🔷 Pegawai Pendakwa JPN, Ahmad Amirul Ahmad Jamal bagaimanapun berhujah supaya hukuman berat dikenakan kerana tertuduh terbabit sindiket pembelian cabutan sijil kelahiran yang seterusnya mengakibatkan penghasilan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas). (Sumber: Portal Bharian)
Show all...
CUACA PANAS bah kan 🥵. Menurut SESB, pihak mereka sedang melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah akibat permintaan tinggi susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini. 🔷 Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah mengalami gangguan bekalan. 🔷Secara purata, pemintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah adalah sekitar 970 megawatt (MW), bagaimanapun pada 26 April lalu negeri ini telah mencatat permintaan paling tinggi untuk tahun ini iaitu 1,029MW. 🔶 "Keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini secara tidak langsung telah meningkatkan permintaan tertinggi tenaga elektrik. Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah secara amnya boleh menampung jumlah permintaan tersebut. 🔶 "Bagaimanapun baru-baru ini terdapat beberapa loji penjanaan telah mengalami masalah di luar jangka menyebabkan loji-loji tersebut tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan grid (elektrik) Sabah,” 🔷 Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar dalam kenyataan sama berkata, SESB sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga dalam menangani masalah kekurangan rizab bekalan elektrik dengan menambah penjaaan baharu di Sabah dan Labuan. 🔶 "SESB ketika ini di dalam proses untuk menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini dan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan dan sebahagian daripada usaha ini, kini di peringkat mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh,” katanya. 🔷 SESB memahami kesulitan dialami pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, namun pada masa sama SESB memohon kerjasama pengguna untuk turut memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mampan kepada pengguna.
Show all...