cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Hasbul Brothers

Gandingan duo membimbing usahawan untuk menembusi pasaran & membantu usahawan untuk kembangkan bisnes. https://linktr.ee/hasbulbrothers

Show more
Malaysia3 895The language is not specifiedBusiness2 158
Advertising posts
28 625Subscribers
-1424 hours
-1037 days
-49530 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

KURANG 30 JAM SAHAJA LAGI BAKAL BERLANGSUNGNYA SEMINAR GROW YOUR BUSINESS: FROM 2X TO 10X READY FIZIKAL & MENTAL! Pastikan anda sudah cukup bersedia untuk seminar esok. Hadir awal, rancang perjalanan anda supaya lancar. Kosongkan gelas fikiran. Datanglah dengan nawaitu, mindset dan impian yang betul. Jangan lupa untuk bawa buku catatan anda. Komited untuk tanya soalan, saya benar-benar nak bantu anda berjaya. Apabila ilmu penuh diisi, sediakan diri untuk bertindak. Laksanakan apa yang dipelajari. Saya faham, dalam ramai-ramai peserta yang bakal hadir, background kita masing-masing tidak sama. Ada yang bakal datang dengan penuh kekusutan, ada yang datang dengan bangga dan ingin tambah ilmu, ada yang datang dengan sejuta harapan untuk bangkit semula. Saya cuma nak anda keluar dari derita bisnes yang tak nampak hasil. Keluarlah dari sengsara hutang piutang. Ini masanya. Pastikan anda fokus pada seminar esok. Semoga bisnes berkembang dari 2x kepada 10x ganda! Amiin. Jumpa anda di sana esok! P/s: Peserta paling awal hadir akan dapat hadiah misteri. www.growyourbusiness.my
Show all...
Final call! Usahawan, kita rasa tahun 2023 bisnes dah serabut kepala. Tak sangka 2024 lagi struggle rasa nak jual je bisnes. Sampaikan ada yang terpaksa jual segala aset untuk ‘hidup’ sebagai usahawan. Iya. Tak dinafikan. Bisnes tahun 2024 ini berat buat kita. Siapa berada lama dalam bisnes, mereka tahu betapa pentingnya upgrade ilmu bisnes. Behaviour pembelian pelanggan dah berubah. Ini faktornya. Bila corak pembelian pelanggan berubah, apa signalnya pada kita? Berubahlah. Jangan setia pada marketing strategy yang entah zaman bila tu. Ini sebab seminar legend kami yang telahpun bantu lebih puluhan ribu usahawan berjaya kembangkan bisnes mereka lebih 10X ganda ini dikembalikan. Ada sebabnya. Kali ini pengisian seminar Grow Your Business (GYB) lebih padu dengan gabungan strategi menyeluruh Marketing, Finance dan People dalam seminar GYB selama 2 hari. Ketahui cara tembus pasaran dengan modul marketing trend terkini, cara kira kos sebenar dan bawa masuk & retain talent berkualiti supaya bisnes berkembang dengan profit sihat. Kami susun modul GYB berdasarkan proven case study, real strategies dan real example dari kategori-kategori bisnes berbeza yang berjaya kami bantu. Jadi, 2 hari lagi. Rabu & Khamis 24 & 25 April seminar ini akan berlangsung di Cyberjaya. Klik link dibawah dan daftar sekarang! https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
Show all...
Bisnes kita drop bukan salah market! Kita selalu salahkan market yang tak membeli. Sedangkan ramai yang berbelanja lebih dari luar biasa mereka berbelanja di bulan puasa lepas. Jadi bukan salah market. Mereka membeli seperti biasa. Tapi isunya. Mereka tak membeli dengan anda. Mereka memilih pesaing anda. Antara faktor utama kita ‘tewas’ dengan pesaing adalah kita sendiri ada mindset ‘orang tak membeli’ menyebabkan kita selesa dengan marketing cara purba. Pesaing setiap hari tak selesa cara lama. Mereka ‘dahagakan’ cara, strategi, taktik yang latest untuk memastikan jenama mereka boleh bawa masuk duit dan kekal lama di minda pelanggan Mana nak belajar supaya anda tak lagi menjadi mangsa sales sendu sebelum dan selepas raya? Kami akan ajarkan caranya dalam seminar 2 hari GYB pada Rabu & Khamis (24 & 25 April 2024), di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya. 3 hari lagi akan berlangsung! Daftar dan hadir. Tak payah fikir panjang. Klik link di bawah dan daftar seminar GYB. https://growyourbusiness.my
Show all...
Realiti orang bisnes, hari ini kita nampak duit masuk boleh, boleh jadi esok lusa langsung tak ada duit yang masuk. Ingat. Bila kita senang, orang datang. Bila kita dah jatuh, tak ada apa, orang menjauh. Tiada siapa bersimpati dengan nasib kita. Kecuali diri kita sendiri. Jadi, kalau sayang bisnes dan diri kita. Jangan selesa di tahap yang sama. Dunia bisnes sekarang berbeza. Ianya tak macam dulu-dulu. Buka kedai, tak buat marketing pun orang datang. Sekarang, buka kedai tak buat marketing orang tak pandang langsung. Sebab market terlalu sibuk. Pelanggan banyak pilihan. Nak tak belajar strategi ramaikan pelanggan, naikkan jualan dan keuntungan 10X ganda pada 24 & 25 April ini? Jom klik link daftar seminar GYB dibawah sekarang. https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
Show all...
Ada yang tanya saya.. Gen Y atau Millennials tidak ada banyak wang dan tengah ‘down’ walaupun buat bisnes macam-macam sebelum ni, tapi masih gagal dalam kewangan. Masa semakin suntuk, masih mampukah untuk mencapai kebebasan kewangan? Mindset tu ikat kuat-kuat dahulu. Yang positif tarik ke depan. Yang negatif buang terus. Saya suggest Gen Y yang berbisnes buat perkara ini: [1] Jika belum buat perkara yang disukai, buatlah sekarang walaupun ada kerja hakiki lain. Sebagai contoh, minat bermain chess dan mahir ikuti pertandingan. Jadikan ia hobi berguna selepas anda bersara nanti. Jika minat perkara yang boleh mendatangkan wang, itu sangat baik. Jika sekadar hobi, ketahuilah setiap darinya ada cara menghasilkan wang. -- [2] Labur dalam bidang yang diminati. Kenapa? Supaya kita boleh belajar dan memahami selok belok pelaburan dengan mudah. Mula sekarang untuk masa hadapan. Jangan biar usia dihujung kehidupan baru nak bermula. -- [3] Upah pengajar untuk bidang yang kita minat. Hidup terlalu banyak peluang. Belajar & jangan lokek ilmu untuk diri sendiri. Gen Y tak boleh duduk dalam zon selesa. Sudah tiba masa buat perubahan dalam hidup. Banyak peluang kejayaan menanti anda di hadapan. Sebagai usahawan, bangkit dengan penuh success strategi! Hadir ke Grow Your Business 24 & 25 April ini. Tempat terhad. Daftar sekarang. https://growyourbusiness.my/ https://growyourbusiness.my/
Show all...
Post Mortem Bisnes Selepas Raya 🔥 Usahawan tahu buat planning, tetapi silap sebab tidak bermain dengan data. Tidak baca data dan keep buat salah perkara yang sama. Main langgar dinding, umpama buat rancangan bisnes yang syok sendiri. Maka, akan berulanglah kesilapan yang sama. Sebab itu, penting buat analisis dan post morterm bisnes selepas raya. Tujuannya untuk lihat apa yang berlaku dalam bisnes kita dan adakah capai target untuk projek raya sebelum ni? Antara perkara yang perlu dibuat adalah: 1. Semua data tentang bisnes anda pada bulan Ramadan dan Raya ini, kumpulkan. Data jumlah jualan, kos modal dan overhead, keuntungan, profit dan lain-lain lagi. Wajib kenal pasti adakah jualan anda naik atau turun, apa pattern yang telah berlaku menyebabkan bisnes anda naik atau turun. Kenal pasti punca, apa perkara yang anda buat dan tidak buat. 2. Semak segala kos yang telah dikeluarkan dan hasil yang telah diperoleh. Kenal pasti adalah ia relevant atau terlalu tidak berbaloi. Lihat profit keuntungan anda, jangan lihat jumlah jualan sebelum ditolak segala kos. Kenal pasti adakah kos tersebut boleh dikurangkan pada masa akan datang atau mengapa kos tersebut meningkat? 3. Semak stok inventori. Adakah stok kurang atau terlebih pada projek bisnes sebelum raya? Adakah ia menguntung atau merugikan syarikat? Perlu tahu kenapa produk tak laku dan cara uruskan stok untuk masa yang akan datang. 4. Semak kapasiti team. Adakah team mencukupi pada fasa berniaga sebelum raya? Apa yang berlaku pada bulan ramadan dan raya tahun ini dan apa cara terbaik yang perlu improve dari segi kapasiti staf? 5. Semak cash flow syarikat. Kena ambil tahu jualan, profit, margin keuntungan dan cash flow syarikat supaya tiada masalah yang berlaku secara tak sedar. Adakala selepas raya, baru sesetengah usahawan tersedar rupanya banyak wang yang mereka spent sedangkan masih boleh dikurangkan jumlah tersebut. Dengan segala data, kenal pasti masalah dan plan penyelesaian serta solusi untuk masalah tersebut. Kini, anda boleh mula merancang dengan baik apa perlu dilakukan untuk NEXT setelah apa yang terjadi sebelumnya. Bagi yang sudah ada Plan A atau B untuk segala kemungkinan, anda boleh lihat pro dan cons juga. Analisis dan post morterm bisnes selepas raya ini sangat-sangat penting! Jangan terlepas akan step ini untuk bisnes berkembang dengan lebih baik lagi. — Jemput hadir ke Seminar Grow Your Business pada 24 & 25 April 2024 ini. Tempat adalah terhad! Jumpa kami di sana. https://growyourbusiness.my/ https://growyourbusiness.my/
Show all...
Ramai yang dah balik ke bandar untuk bekerja. Peniaga-peniaga pula dah mula berniaga. Anak-anak bersedia untuk sekolah. Hidup akan jadi seperti biasa. ... Hutang piutang dan segala kos-kos perlu difikirkan setiap bulan. Struggle akan mula terasa kembali Tapi satu sahaja perlu pesan pada diri Impian jangan pernah benamkan. ... Orang berimpian, takkan kosong tanpa tindakan. Sentiasa usaha untuk buat yang terbaik. Jatuh, jatuh, bangun semula. Masalah datang dan pergi tanpa henti. Hanya kita yang pegang kuncinya. ... Nak stay berjuang atau tengok macam mana? Pilihan di tangan kita. Siap ‘senjata’ dan terus bertindak! #hasbulbrothers #usahawanbangsapejuang
Show all...
Selepas raya, butik krik-krik tak ramai pelanggan. Itu bukan masalah luar biasa, itu sangat-sangat biasa berlaku kepada bisnes fesyen. Tapi jangan bimbang, kalau kita tahu dekat mana pelanggan menunggu waktu cuti raya ini nak membeli, memang barang boleh laku teruk. Cuti-cuti ni, lagi ramai duduk rumah tengok fon, nak cuci mata dan beli online sahaja. Selepas raya, orang nak mood baru, nak pergi kerja pakai baju baru.. Dah bosan dengan baju lama, kalau boleh nak bina penampilan baru. Seller, Live jangan tinggal. Sambung live jual baju macam biasa. Percayalah bulan raya dan selepas raya ni, orang tetap nak beli. Tudung, baju kurung, kain batik, tshirt, apa sahaja pasti orang beli. Cuma masalah peniaga adalah tidak ke depan dan tidak membuatkan orang nampak. “Saya dah buat, tapi tak de yang beli”.. Sebab orang tak cukup nampak itu dia ‘perlu’. Tukarkan kelebihan produk anda supaya jadi ‘keperluan’ orang. Macam mana nak tukar? Sentiasa highlight masalah pelanggan dan selesaikan! ------- Anda masih buntu nak naikkan sales untuk kuarter kedua tahun 2024 ini? Jumpa kami 24 & 25 April 2024 ini di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya. Taktik dan strategi sales melonjak 2x sehingga 10x ganda akan didedahkan di Seminar Grow Your Business (GYB). Daftar sekarang. https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
Show all...
Kedai makan kena “serbu” luar biasa. Biasa dalam waktu serentak pelanggan datang average 10-30 orang je. Tapi sejak semalam, jumlah pelanggan luar biasa datangnya serentak. Sampaikan 100-150 orang dalam waktu yang sama. Menyebabkan owner kedai makan gelabah, cuak, panik. Dalam senyuman ramah layan pelanggan, hatinya mula kusut. “Bahan mentah macam tak cukup.” “Ramai lagi staff cuti ni.” “Tukang masak kedua pun tengah cuti lagi.Tak ada backup!” Alamak betul😂 Jadi apa kena buat? ~> Bagi cadangan kepada pelanggan mana hidangan yang boleh siap awal yang tak memerlukan mereka menunggu lama. Bagi penjelasan mengapa dan kenapa. Contoh, satu family datang average 30 orang. Satu-satu jenis minuman dipesan mereka. Kita pula tak cukup tukang bancuh air. Sebab masih bercuti raya. Solusinya. Kita boleh bagi cadangan, boleh order jug. Lebih cepat dan tak perlu menunggu lama. Customer akan faham. Jadi beranikan diri untuk memberi cadangan kepada mereka. Kadang-kadang pelanggan itu bukan nak makan minum sangat pun. Mereka nak bersama-sama dengan keluarga besar mereka bersembang di luar rumah. Sebelum masing-masing sibuk dengan kerja hakiki. InsyaAllah jika kita berani memberi cadangan, pelanggan akan faham. Malah akan hargai cadangan kita itu. Kita dan pekerja kita pun tak stress-stress kena marah dengan pelanggan yang tak berpuas hati dengan layanan kita. Ingat, mereka tak akan faham “masalah dalaman” kita, kita kena control keadaan itu. Sebab kita tahu kekuatan team kita musim raya ini agak berbeza di bulan-bulan lain. ~> Bagitau siap-siap bila anggaran order akan siap Sebelum ambil order, ramahkan diri bagitau pelanggan, “Bang, ramai pelanggan hari ni. Jadi order abang ni ambil masa 45 minit-1 jam. Boleh ke bang?” Jadi tak ada isu bila kita declare akan berlaku sedikit kelewatan. Lagi baik dari kita ambil order banyak-banyak tapi akhirnya pelanggan tak berpuas hati. Peluang nak mereka datang balik ke kedai makan kita itu agak tipis. Kedai makan ni memang kena betul-betul jaga customer happiness. Ingat tu! ~> Sediakan air minuman kosong dan kudap-kudap secara percuma Sementara pelanggan menunggu pesanan, sediakan satu ruang khas “layan diri” untuk pelanggan ambil sendiri air kosong sejuk dan juga kudapan seperti kacang. Biasa chinese restaurant akan buat macam ni. Supaya pelanggan tak terasa lama walaupun kadang-kadang musim begini boleh siap order tu makan masa 2 jam lamanya. Secara psikologinya, pelanggan datang kedai makan sebab mereka lapar. Dengan adanya layanan “layan diri” begini, pelanggan lebih tenang dan boleh kurangkan rasa marah sebab order lambat. Nak belajar jadi owner kedai makan “celik strategi” dan tahu “buat forecast” agar dapat elak situasi gelabah ketika pelanggan datang dengan jumlah luar biasa serentak? Jumpa kami 24 & 25 April 2024 ini di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya. Ada taktik dan strategi pemilik kedai makan wajib tahu yang kami akan dedahkan dalam seminar offline 2 hari, seminar Grow Your Business (GYB). Daftar seminar dan kita jumpa nanti. https://growyourbusiness.my https://growyourbusiness.my
Show all...