cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Info semasa official

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Show more
Malaysia70The language is not specifiedNews & Media156
Advertising posts
498 137Subscribers
-38924 hours
-1 7807 days
-1 61230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

ASSALAMUALAIKUM YS PENGARAH TUAN/PUAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TINGGI, CEPAT DAN MESRA. LAPORAN UNTUK MAKLUMAN YS PENGARAH TUAN/PUAN. BALAI : BBP TAIPING BALAI BANTUAN : BBP KAMUNTING JENIS KEJADIAN : KEBAKARAN KILANG ALAMAT : COMFORT RUBBER GLOVE JALAN MATANG TAIPING TARIKH : 23/04/2024 TERIMA PANGGILAN : 0850 CATATAN : SETIBANYA DILOKASI KEJADIAN PEGAWAI OPERASI MEMBUAT SIZE UP DENGAN KONSEP RECEO DAN MENDAPATI KEBAKARAN MELIBATKAN STOR PENYIMPANAN CECAIR GETAH KELUASAN 20 KAKI X 20 KAKI PERSEGI KEMUSNAHAN 30%. TINDAKAN : ANGGOTA MELAKUKAN PEMADAMAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN 2 PANCUTAN 200 KAKI SEHINGGA API BERJAYA DIKAWAL DAN DIPADAMKAN SEPENUHNYA.PEGAWAI OPERASI SERTA ANGGOTA MEMBUAT PEMERIKSAAN BAGI MEMASTIKAN TIADA LAGI PUNCA API YANG BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN BERULANG SETERUSNYA JENTERA BERSAMA ANGGOTA BERGERAK BALIK KE BALAI. KOMANDER OPERASI TPgB RAFEEL BIN HAIRUL RICHARD PENYELIA OPERASI PBK II KUP IZUAN BIN IBRAHIM Kredit ➡️ BBP TAIPING #infosemasa @infosemasaofficial
Show all...
Sekitar majlis pengebumian Muhammed Faris, angkawasan Syria bersama kehadiran ribuan penduduk dan figura politik dan askar dari pihak Pejuang Syria di bandar Azaz, Syria #infosemasa
Show all...
83👍 12😭 12🤨 1
harap2 la setia keesokannya juga huhu #infosemasa
Show all...
💔 34🙈 11👍 9🌚 3😇 2😭 1
Show all...
👍 3👌 3 2🤨 2🤮 1
Imbang badan, pernafasan rahsia nelayan selamat KOTA BHARU - Teknik imbangan badan dan pernafasan menjadi 'penyambung nyawa' buat seorang pengawal keselamatan yang lebih 17 jam terapung di laut selepas terjatuh dari bot di Pantai Mek Mas, di sini pada Ahad lalu. Muhamad Nursyarif Mat Nasir berkata, sepanjang tempoh itu mulutnya tidak putus-putus mengucap syahadah selepas memikirkan malaikat maut akan menjemputnya pulang ke negeri abadi pada bila-bila masa sahaja. "Saya cuba berenang ke daratan namun gagal selepas diserang obor-obor sepanjang proses menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Menurutnya, disebabkan tubuhnya sudah tidak kuat untuk mengekang sengatan obor-obor Muhamad Nursyarif membuat keputusan berenang semula ke laut. Bapa kepada seorang anak itu memberitahu, untuk menahan serangan obor-obor dia sempat melaungkan azan dengan sepenuh hati sebagai usaha melawan serangan hidupan laut itu. Katanya, usaha itu membuahkan hasil apabila hidupan laut itu tertanggal dari badannya. Ujarnya, sepanjang berada di tengah-tengah samudera tanpa bantuan alat pernafasan itu, dia hanya mampu bertahan dengan mengapungkan diri menggunakan teknik imbangan badan. Muhamad Nursyarif memberitahu, kakinya beberapa kali kejang sehingga terpaksa berenang menggunakan tangan. "Sepanjang tempoh ini, hanya mampu berdoa, berzikir dan berharap ada orang datang menyelamatkan saya. "Pada malam itu saya nampak bot-bot yang sedang melakukan operasi mencari. Saya melambai-lambaikan tangan namun faktor keadaan gelap menyebabkan mereka tidak nampak saya. "Sehinggalah jam 11 pagi esoknya saya lihat ada sebuah bot nelayan sedang mengangkat pukat dan terus berenang ke arah mereka untuk meminta tolong," katanya. Menurut anak nelayan itu, dengan izin ALLAH dia berjaya diselamatkan di perairan Pantai Geting, Tumpat dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Dia memberitahu, tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam di hospital kerana badannya terasa terbakar ekoran sengatan obor-obor. "Kejadian jatuh dari bot ini bukannya yang pertama kerana sebelum ini pernah berlaku tetapi biasanya saya ditemani ayah. "Namun kali ini saya keluar memukat sotong sendirian. Saya sudah ke laut sejak berusia 12 tahun kerana membantu ayah," katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di sini. HAZELEN LIANA KAMARUDIN 23 April 2024 03:47pm Kredit ➡️ Sinar Harian #infosemasa @infosemasaofficial
Show all...
👍 72 27😭 19😢 6🏆 1
🤬 156🌚 15😭 15👍 2 2
Bakar kucing hidup-hidup dapat kecaman netizen Oleh NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMAN 23 April 2024, 7:10 pm PETALING JAYA – Perbuatan kejam sekumpulan lelaki yang tergamak membakar seekor anak kucing hidup-hidup menerima kecaman daripada netizen di laman sosial semalam. Video televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan akaun Instagram milik Persatuan Haiwan Malaysia mendapat perhatian meluas daripada orang ramai yang semacam tidak percaya dengan apa yang berlaku. Menerusi perkongsian video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor jelas menunjukkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sambil disaksikan oleh dua orang rakannya. Bagaimanapun, anak kucing itu berjaya diselamatkan oleh persatuan itu dan dibawa ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan pemulihan intensif ekoran mengalami kecederaan parah. Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan ia merupakan kejadian pertama yang melibatkan pembakaran kucing hidup-hidup di negara ini. Di ruangan komen akaun tersebut, ramai orang yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dan menggesa polis untuk mengambil tindakan tegas dengan segera menangkap penjenayah kejam itu. “Pastikan tangkap jangan senyap,” kata Liya Lee. “Allahu rabbi, tergamaknya buat macam itu. Paling tak tengok orang seksa binatang terutamanya kucing,” kata Hanna Zainal. “Tak sanggup tengok habis. Tapi pastikan PDRM dapat semua pelaku dan beri tindakan agar menjadi pengajaran kepada mereka,” ujar Missabdul1975. - KOSMO ONLINE #Kosmo #infosemasa
Show all...
🤬 67👍 17 13🌚 1🍾 1👨‍💻 1
Strok haba: Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari SEREMBAN – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang meninggal dunia semalam akibat strok haba selepas koma sejak 9 Mac lalu ketika menjalani latihan di Port Dickson. Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, Allahyarham Muhammad Afiq Ammar, 25, sebelum itu dimasukan ke Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) selepas Hari Raya Aidilfitri. Menurutnya, Allahyarham terpilih sebagai calon pemilihan anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan telah memulakan latihan di Port Dickson bersama calon lain di seluruh negara. “Bagaimanapun, semasa sesi larian dijalankan, Allahyarham telah rebah dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi rawatan lanjut. Selepas hari raya, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot dan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban. “Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan di HTJS dan kami menguruskan jenazahnya untuk di bawa balik ke kampung halaman arwah di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Mohd. Nazri berkata, jenazah Allahyarham turut disolatkan di Surau Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Negeri Sembilan pukul 11 malam tadi sebelum dikebumikan di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang. “Keluarga Allahyarham juga yang kita tempatkan di sebuah homestay di Port Dickson sejurus kejadian tersebut sehinggalah semalam,” ujarnya. Ketika diminta mengulas mengenai kejadian berkenaan, beliau menyatakan aktiviti fizikal tersebut telah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan serta turut disediakan kemudahan stesen air. “Bagaimanapun, kita kini mengurangkan aktiviti fizikal dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengadakan latihan di tempat redup,” katanya. – KOSMO! ONLINE Oleh NOR AINNA HAMZAH 23 April 2024, 12:36 pm Kredit ➡️ Kosmo #infosemasa @infosemasaofficial
Show all...
😭 58👍 24😢 12 7🤔 1🕊 1🎄 1
Tiga sekawan didakwa ‘parang’ dua beranak SHAH ALAM – Tiga sekawan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap dua beranak, bulan lalu. Bagaimanapun, hanya P. Suzendran, 27, yang mengaku bersalah manakala A. Alagendran yang merupakan OKU kudung kaki kanan dan S. Sathiyakumar masing-masing berusia 39 tahun membuat pengakuan sebaliknya selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Norazlin Othman. Ketiga-tiga tertuduh secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah terhadap ibu dan anak yang masing-masing berusia 11 dan 37 tahun menggunakan sebilah parang di rangkaian kedai makanan segera di Kota Kemuning di sini, kira-kira pukul 7 pagi pada 27 Mac lalu. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Suzendran yang merupakan penganggur didakwa satu lagi pertuduhan merompak hasil jualan berjumlah RM115 milik sebuah kedai serbaneka di Seksyen 23 di sini, kira-kira pukul 5.25 pagi, 11 April lalu. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri manakala Peguam Muhammad Hidhir Mustapa mewakili Suzendran dan dua lagi tidak diwakili peguam. Jaminan kemudiannya ditetapkan sebanyak RM20,000 kepada Suzendran sementara RM10,000 masing-masing bagi Alagendran dan Sathiyakumar selain syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran, tidak menganggu saksi dan mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah turut menetapkan esok bagi sebutan semula kes kepada Suzendran termasuk berkaitan fakta kes dan jatuh hukum untuk kes dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sebutan bagi dua lagi tertuduh ditetapkan 13 Jun depan. -KOSMO! ONLINE Oleh MOHD YUNUS YAKKUB 23 April 2024, 2:32 pm Kredit ➡️ Kosmo #infosemasa
Show all...
👍 34🌚 13 6🤮 4