🌹
https://t.me/salafySumbawa
مجموعــة طريق السلف:
🍚📆 Definisi Zakat Fitrah & Waktu Mengeluarkannya
❓Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله ditanya tentang hukum mengeluarkan zakat fitrah pada sepuluh hari pertama pada bulan Ramadhan?
✅ Beliau رحمه الله menjawab, “Kata Zakat Fitrah berasal dari kata al-Fithr (berbuka), kerana dari al-Fithr inilah sebab dinamakan Zakat Fitrah. Apabila berbuka dari Ramadhan merupakan sebab dari ini, maka zakat ini terkait dengannya dan tidak boleh mendahuluinya (dari berbuka -masuk Syawal- red). Oleh sebab itu, waktu yang paling utama dalam mengeluarkannya adalah pada hari ‘Ied sebelum solat (‘Ied).
☝🏼Akan tetapi, diperbolehkan untuk mendahului (dalam mengeluarkannya) sehari atau dua hari sebelum ‘Ied kerana memberi kelapangan bagi yang memberi dan yang menerima. Adapun zakat yang dilakukan sebelum hari-hari tersebut, menurut pendapat yang kuat dari para ulama adalah tidak boleh.
⏰ Berkaitan dengan hal ini ada dua bahagian waktu:
1⃣ Waktu yang diperbolehkan, iaitu sehari atau dua hari sebelum ‘Ied
2⃣ Waktu yang utama, iaitu pada hari ‘ied sebelum solat
❗Adapun mengakhirkannya hingga selesai melaksanakan solat, maka hal ini haram (terlarang) dan tidak sah sebagai zakat fitrah. Ini berdasarkan hadits ‘Abdullah Ibnu Abbas رضي الله عنهما,
📕“Barang siapa menunaikannya sebelum solat, maka zakatnya diterima. Barang siapa menunaikannya setelah solat, maka itu termasuk dari sedekah.”
☝🏼Kecuali apabila orang tersebut tidak mengetahui (bila) hari ‘Ied. Misalnya dia berada di padang pasir dan tidak mengetahui kecuali dalam keadaan terlambat atau yang semisal hal itu; maka tidak mengapa baginya untuk menunaikannya setelah solat ‘Ied, dan itu mencukupi sebagai zakat fitrah.”
📂 Sumber:
http://asysyariah.com/seputar-zakat-fitrah/
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐
www.thoriqussalaf.com
🌐
http://telegram.me/thoriqussalaf
🌾⚖ Ukuran Zakat Fitrah
☝🏼Ukuran yang dikeluarkan dari hadits-hadits yang lalu jelas sekali bahawa Nabi ﷺ menentukan ukuran zakat fitrah adalah 1 sha’. Tapi, berapa 1 sha’ itu. Satu sha’ sama dengan 4 mud. Sedangkan 1 mud sama dengan dua telapak tangan yang berukuran sedang.
❓Berapa bila diukur dengan kilogram (kg)? Tentu yang demikian ini tidak dapat tepat dan hanya dapat diukur dengan perkiraan. Oleh kerananya para ulama sekarangpun berbeza pendapat ketika mengukurnya dengan kilogram.
✅ Dewan Fatwa Saudi Arabia atau Al-Lajnah Ad-Da`imah yang diketuai Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, wakilnya Asy-Syaikh Abdurrazzaq ‘Afifi dan anggotanya Abdullah bin Ghudayyan memperkirakan 3 kg (Fatawa Al-Lajnah, 9/371)
✅ Adapun Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin berpendapat sekitar 2.040 kg. (Fatawa Arkanil Islam, hal. 429)
📂 Sumber:
http://salafy.or.id/blog/2006/10/15/zakat-fitrah-pembersih-jiwa/
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐
www.thoriqussalaf.com
🌐
http://telegram.me/thoriqussalaf
🍚🌾 Apa Yang Dikeluarkan Sebagai Zakat Fitrah?
📕“Dari Abu Sa’id , ia berkata: ‘Kami memberikan zakat fitrah di zaman Nabi sebanyak 1 sha’ dari makanan, 1 sha’ kurma, 1 sha’ gandum, ataupun 1 sha’ kismis (anggur kering)’.” (Sahih, HR Al-Bukhari Kitabuz Zakat no. 1508 dan 1506, dengan Bab Zakat Fitrah 1 sha’ dengan makanan. Diriwayatkan juga oleh Muslim no. 2280)
☝🏼Kata (makanan) maksudnya adalah makanan pokok penduduk suatu negara baik berupa gandum, jagung, beras, atau lainnya. Yang mendukung pendapat ini adalah riwayat Abu Sa’id yang lain:
📕“Ia mengatakan: ‘Kami mengeluarkannya (zakat fitrah) berupa makanan di zaman Rasulullah ﷺ pada hari Idul Fitri’. Abu Sa’id mengatakan lagi: ‘Dan makanan kami saat itu adalah gandum, kismis, susu kering, dan kurma’.” (Sahih, HR Al-Bukhari, Kitabuz Zakat Bab Shadaqah Qablal Id, Al-Fath, 3/375 no. 1510)
💯 Di sisi lain, zakat fitrah bertujuan untuk menyenangkan para fakir dan miskin. Sehingga seandainya diberi sesuatu yang bukan dari makanan pokoknya maka tujuan itu menjadi kurang tepat sasaran.