cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Tips Biologi SPM

. Bahan: https://TipsBiologiSPM.com . Perbincangan: https://t.me/TipsBiologiSPMGroup .

Show more
Malaysia6 967The language is not specifiedEducation22 633
Advertising posts
3 051Subscribers
No data24 hours
+17 days
+2330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Show all...
Dopamine, serotonin, endorphins, oxytocin: Your happy hormones, explained

The release of the “feel-good” chemicals dopamine, serotonin, endorphins, and oxytocin are tied to specific lifestyle, exercise, and dietary choices. Here’s what triggers each one.

@TipsBiologiSPM #Kesihatan #Semasa BERITA: MINUM 6 CAWAN AIR DALAM MASA SEJAM BOLEH BAWA MAUT - PAKAR SEKUMPULAN pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran individu yang mengambil air dengan kadar pantas sehingga empat liter, boleh membawa maut. Pakar menasihatkan supaya seseorang itu minum air tidak melebihi 1.4 liter dalam tempoh satu jam atau bersamaan kira-kira enam cawan. Menurut mereka, jika tidak, keadaan itu boleh mencetuskan hiponatremia, iaitu suatu kecemasan perubatan yang boleh melumpuhkan sistem badan. Hiponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah turun ke paras rendah yang luar biasa. CDC memberi amaran keadaan sama juga berisiko berlaku apabila seseorang itu mengambil minuman tenaga dan cecair lain dalam kuantiti yang sama. Sebelum ini, seorang ibu dua anak, Ashley Summers, 35, dari Indiana, meninggal dunia selepas mengambil dua liter air dalam masa 20 minit sahaja. Wanita berusia 35 tahun itu, yang mengalami dehidrasi dan ingin menghilangkan dahaga, bagaimanapun rebah dan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu. Sel badan bengkak jika elektrolit tidak seimbang Natrium adalah penting untuk mengawal jumlah air dalam badan dan mengawal tekanan darah, saraf dan otot. Apabila kepekatan elektrolit tidak seimbang, air tambahan menyebabkan sel badan membengkak. Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, keadaan itu paling bahaya jika berlaku di otak berikutan organ tidak dapat membengkak disebabkan adanya tengkorak. Kesannya, ia boleh menyebabkan sawan atau koma, sekali gus membawa maut. Namun, pada kebiasaannya, gejala dihadapi individu mengambil air berlebihan dalam tempoh singkat ini adalah kurang teruk termasuk muntah, sakit kepala, kekeliruan, keletihan, tekanan darah rendah, kelemahan otot dan sawan. Kesan pada buah pinggang dan jantung Hyponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah, yang biasanya antara 135 dan 145 mEq/L, menurun hingga kurang 135 mEq/L. Walaupun kemungkinan kesan itu adalah daripada mengambil terlalu banyak air, ia juga boleh disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan jantung serta pengambilan beberapa ubat. Sesetengah kes boleh dirawat di hospital melalui titisan IV yang mengandungi larutan natrium atau ubat-ubatan. Namun, menurut kajian kadar kematian dalam kalangan mereka yang menerima rawatan itu di hospital adalah sekitar 25 peratus. Kematian dan kemasukan ke hospital sering dilaporkan selepas pesakit dikesan mengambil tujuh hingga lapan liter air dalam sehari, berbanding dengan saranan sekitar dua liter sahaja. Namun, bagi sesetengah orang, mereka mungkin perlu minum lebih banyak air antaranya golongan yang hamil, melakukan senaman berat atau sedang melalui proses pemulihan daripada penyakit. Malah, pakar dan pemimpin kesihatan juga menasihatkan bahawa orang ramai mungkin perlu minum lebih banyak cecair dalam cuaca panas yang melanda kini. Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/08/1136197/minum-6-cawan-air-dalam-masa-sejam-boleh-bawa-maut-pakar
Show all...
Minum 6 cawan air dalam masa sejam boleh bawa maut - pakar

SEKUMPULAN pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran individu yang mengambil air dengan kadar pantas sehingga empat liter, boleh membawa maut.

@TipsBiologiSPM #Semasa BERITA: IBU MAUT SELEPAS MENEGUK 4 BOTOL AIR DALAM MASA 20 MINIT INDIANA: Tiada siapa sangka, minum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab seorang ibu kepada dua anak di sini, maut. Memetik laporan portal berita dailymail.co.uk, Ashley Summers, 35, meninggal dunia kerana mengalami ketoksikan air dalam badannya. Pada mula, wanita itu berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi, namun tiada sukatan air tepat yang boleh melempiaskan dahaganya. Untuk itu, dia mula minum empat botol air untuk menghilangkan rasa hausnya. Setibanya di rumah, dia tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk. Selepas itu, dia tidak pernah sedarkan diri. Alami hyponatremia Di hospital, doktor yang mendiagnosis keadaannya merumuskan dia mengalami ketoksikan air atau istilah lain dipanggil hyponatremia. Keadaan itu berlaku kerana seseorang itu minum terlalu banyak air selain tidak cukup sodium dalam badan. Menurut abang kepada Summers, Devon Miller yang mendengar keadaan adiknya seakan tidak percaya. "Ia adalah satu kejutan besar kepada kami semua. Biar betul disebabkan ini?. "Dia hanya berasa seperti dia tidak mendapat air yang mencukupi. Apabila dia meninggalkan bar selepas bot berlayar, dia minum empat botor air dalam masa 20 minit," katanya. Keluarga Summers bercuti ke Tasik Freeman iaitu sebuah destinasi musim panas popular yang terletak kira-kira 128.7 kilometer (km) dekat utara Indianapolis, dalam lawatan bot percutian hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu. Menurut Miller, adiknya memang 'suka berada di atas air'. Pada pagi Selasa, keluarganya memberitahu Summers mengalami dehidrasi dan tidak minum air mencukupi untuk menghilangkan dahaga. Pada petang hari sama, Miller mendapat panggilan yang membimbangkan mengenai keadaan adiknya daripada adik-beradik yang lain. Summers dikatakan rebah di garajnya dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kesihatan Arnett untuk menerima rawatan lanjut. Otak jadi bengkak Dia menceritakan, kakaknya, Holly ada menelefonnya dan memberitahu keadaan Summers sangat teruk sambil menambah "Ashley berada di hospital kerana otaknya bengkak dan mereka tidak tahu apa puncanya. Mereka tidak tahu apa boleh dilakukan untuk merawatnya dan ia tidak kelihatan baik". Summers masih tidak sedarkan diri dan doktor mendiagnosisnya mengalami keracunan air atau hipornatremia. Keadaan ini berlaku apabila seseorang meneguk jumlah air yang berlebihan dalam saluran sempit, yang mengatasi keupayaan sistem organ kompleks badan terutama buah pinggang bagi mengawal keseimbangan cecair. Matlamat utama untuk mencapai keseimbangan antara air dan elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida yang memastikan fungsi sel yang betul. Natrium amat penting untuk keupayaan mengekalkan komunikasi antara sel melalui impuls elektrik. Dalam masa sama, natrium juga membantu penyerapan nutrien dalam sistem pencernaan dan buah pinggang, yang menyesuaikan jumlah air serta elektrolit kemudian diserap semula ke dalam aliran darah atau dikumuhkan melalui air kencing.- Agensi Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/08/1136134/ibu-maut-selepas-meneguk-4-botol-air-dalam-masa-20-minit
Show all...
Ibu maut selepas meneguk 4 botol air dalam masa 20 minit

INDIANA: Tiada siapa sangka, minum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab seorang ibu kepada dua anak di sini, maut.

Terima kasih SMKDHAB atas jemputan pada hari ini. Semoga beroleh manfaat yang banyak. 🤲🏻 [Cikgu Izzat]
Show all...
💐 BENGKEL KERJA PEMANTAPAN KBAT DALAM PdPc BIOLOGI DALAM PAK21 DI BAWAH INISIATIF #20: TEKNIK PENANDAAN KERTAS 2 BIOLOGI SPM JPN PERLIS Terima kasih JPN Perlis atas jemputan pada kali ini. Terima kasih guru-guru biologi Perlis yang hebat-hebat belaka. Sesi pembentangan yang sangat menarik dan kritis, memang beruntung murid-murid negeri Perlis. Sumber: https://bit.ly/3q3JrJM [Cikgu Izzat]
Show all...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak buat podcast biologi SPM memandangkan Jumaat jadual saya penuh dari hari tu. Malam ni pun saya ada di Perlis sebab esok ada program bersama-sama guru-guru biologi negeri Perlis anjuran JPN Perlis. Tapi malam ni rasa nak buat jugak podcast memandangkan internet kat hotel ni laju. So, malam ni podcast kita tak buat tajuk soalan praktis formatif tapi tajuk lain daripada yang lain sikit. Jadi, macam biasa, jam 9:00 malam ni kita mula, ok? 😉 @TipsBiologiSPM #PodcastBiologiSPM
Show all...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Podcast biologi SPM pada malam ini terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan kepada 3 program dalam talian yang akan berlangsung dari hari ini hingga esok malam. Pagi ini sambungan perbincangan soalan-soalan terpilih dalam modul homeostasis, esok pagi pula sambungan perbincangan soalan-soalan terpilih dalam modul sistem urinari dan malam esok bengkel dalam talian panduan bina soalan peperiksaan. Jumaat dan Sabtu minggu hadapan pula cikgu akan ke Perak untuk ceramah teknik menjawab biologi SPM, maka terpaksa tangguh lagi podcast biologi SPM nampaknya. In sha Allah, kita akan sambung minggu kemudiannya. Terima kasih atas sokongan semua. ❤️ @TipsBiologiSPM #PodcastBiologiSPM
Show all...
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. 🤲🏻 Semoga pengorbanan dan ibadah kita diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala. آمين يارب العالمين
Show all...
` 🔴 LANGSUNG Podcast Biologi SPM episod 58 malam ini gais 😎 🎙 Podcast: http://bit.ly/PodcastBiologiSPM 📖 Bahan: https://bit.ly/tipsbiologispm 👉🏻 Pilih 'Praktis Formatif T4' @TipsBiologiSPM #PodcastBiologiSPM #PBSE58
Show all...
Follow Cikgu Mahazir rapat² untuk dapat ilmu fizik 👇🏻 ❤️Asas Fizik Asas Graf fizik Mencari Unit kecerunan graf https://vt.tiktok.com/ZSLMfjtss/ Graf garis lurus & melengkung https://vt.tiktok.com/ZSLMPcrRX/ Kecerunan positif & Negatif https://vt.tiktok.com/ZSLMWE8uE/ Mencari kecerunan graf https://vt.tiktok.com/ZSLM7U1UA/ Garis tangen adalah kecerunan graf https://vt.tiktok.com/ZSLr1HKMv/ Persamaan Garis lurus dalam fizik https://vt.tiktok.com/ZSLreJcby/ Persamaan garis lurus (contoh) https://vt.tiktok.com/ZSLr9b3uU/ Mencari koordinat dalam graf fizik https://vt.tiktok.com/ZSLr1hGDw/ Graf Ekstrapolasi https://vt.tiktok.com/ZSLM4d56L/ Graf ekstrapolasi (contoh soalan) https://vt.tiktok.com/ZSLr99p6r/ Hubungan pembolehubah dalam graf fizik https://vt.tiktok.com/ZSLrJbwET/ Graf sesaran-masa https://vt.tiktok.com/ZSLr9vT6v/ Graf halaju masa https://vt.tiktok.com/ZSLr9cXXL/ Graf halaju-masa (kecerunan & luas dibawah graf) https://vt.tiktok.com/ZSLM4u5WH/ Telegram Channel https://t.me/fizikmahazir
Show all...