cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

The Usrah Muslimah 🌸

Salam Alayk ❤️ “Moga Allah Redha” 💞🌸 Instagram Official : theusrahmuslimah🌸 Kami juga ada group usrah tersendiri 😊 Jom sertai usrah kami ! 💪🏻✨ May Allah Ease 🎀

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
538Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Kebahagiaan selain kepada-Nya hanyalah sementara dan bersifat hanya seketika kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan apabila bersama-Nya ❤️😊 Jom sama-sama kita tekadkan hati supaya kita rajin beribadah kepada-Nya agar nikmat kebahagiaan apabila bersama-Nya itu kita kecapi.
Show all...
Salam Ramadhan Al Mubarak semua. 💕 Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna. Yang mana diberi peluang untuk berpuasa bersama keluarga, manfaatkan. Yang mana berjauhan, jangan bersedih. Allah turunkan sesuatu benda ada hikmahnya. Allah sayang kita. 💕 Selamat berpuasa.
Show all...
Ini semua adalah ujian. Ujian untuk kita lebih kuat tempuhi hari-hari mendatang. Memang kalau ikut emosi, tekanan yang dirasa menggunung tinggi. Terperuk tak boleh pergi mana-mana. Lagi-lagi bila kena lanjutkan lagi tempoh #stayathome sampai 14 April. Ada yang menangis, merengek macam anak kecil minta mainan. Sebab rasa sudah penat. Terkurung tak boleh pergi mana-mana. Yang bekerja kais pagi, makan paginya. Diujinya dengan cara mereka. Yang sedang belajar, berjuang dalam menuntut ilmu. Diuji dengan cara mereka. Pemimpin kita diuji, rakyatnya juga diuji. Hakikatnya kita semua dalam fasa ujian. Penat? Usah dikata. Para frontliner dan barisan hadapan bertungkus lumus dalam menangani wabak ini. Mereka lagi penat. Yang duduk rumah, pun penat? Ya, penat juga. Tapi tidaklah sepenat barisan barisan hadapan yang berperang dengan ujian ini. Tapi apa kita boleh buat ? Bersabar. Kita sabar sekejap saja agar keadaan bumi kita kembali pulih. Kita berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk sementara ini, demi kehidupan yang lebih sejahtera dan aman di masa akan datang. Sungguh, wabak yang datang ini adalah ujian daripada Allah SWT, maka kepada Dialah kita berdoa dan berserah. Kita minta agar wabak ini akan pergi secepat mungkin. Yang datang ini mungkin memberatkan beban di bahu, tapi pandanglah hikmah yang akan datang—tak kita nampak lagi sekarang. Tapi percayalah hikmah itu berbungkus dengan hadiah yang indah. Semoga saja jiwa kita dipertinggikan lagi rasa sabarnya. Semoga kita terus kuat bersangka baik kepada Dia, dan pergantungan kita kepada Allah semakin kuat ikatannya. Hati yang baik pasti akan mencuba dan sentiasa memandang dengan hikmah setiap sesuatu yang datang daripada Allah. In sha Allah, bumi kita akan kembali pulih seperti sediakala dan jauh lebih menenangkan. Aamiin. In sha Allah. " Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya." [ 40:44 ]
Show all...
Ada kenyataan yang kau kena terima dengan rela. Meskipun bukan itu yang dihendakkan, tetapi itulah yang telah terjadi. Apa kau bisa lagi menidakkan? Tidak! Hal itu adalah satu kenyataan yang terpampang jelas bahawa kau kena redha dan lepaskan. Penerimaan ini mungkin mengambil masa yang lama. Tidak mengapa. Jalanilah hari yang kau kecapi itu untuk sentiasa belajar menerima dan percaya. Percaya bahawa kenyataan itu bukan tertakdir buat kau. Sabar. Redha. Bukan suatu hal yang mudah. Atleast kau cuba sampai boleh. Selama mana pun masa yang kau nak untuk sebuah kenyataan ini, jangan berputus asa dalam kehidupan. Ini hanyalah secebis kepahitan saja, sedangkan banyak lagi kemanisan yang ada. Di belakang, tepi, kiri dan kanan kau sendiri. Banyak, kan ? Jangan terlalu menghitung yang keruh. Keluar dan carilah yang jernih.
Show all...
Sabar bukan wujud semulajadi. Ia dilatih dengan kesakitan, kehilangan dan penderitaan. Orang yang sabar paling banyak terluka dan sakit. Allah mendatangkan ujian untuk menguatkan kita. Bahkan sebenarnya jika kita berdosa. Ujian itulah kaffarah dosa-dosa kita.
Show all...