cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Islam Itu Indah

sampai kan walaupun satu ayat

Show more
Malaysia3 547The language is not specifiedReligion & Spirituality2 751
Advertising posts
25 432Subscribers
-524 hours
-1127 days
-49830 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

M U T I A R A K A T A H A R I INI "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat" @islamitu_indah
Show all...
Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w. "CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w. itu adalah: Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam : Jaga wuduk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba-Nya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua do'a, diampuni dosa dan sayangi dia ya Allah." Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti kita kepada Allah. Bila kita bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling diperlukan, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditinggalkan sehingga jauhlah umat manusia daripada sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. @islamitu_indah
Show all...
Tujuan Hidup adalah menuju kematian... Setiap yg bernyawa pasti akan rasa mati.. isikan lah perjalanan hidup kita ini dengan ilmu yg bermunafaat agar tidak sesat atau leka dgn dunia yg hanya sementara.. Persiapkan lah diri sebelum menemui pencipta.. Kenal Diri Rata2... Baru lah kenal ALLAH yg Nyata.. Jangan sampai tiba masanya kita x jumpa jalan pulang... Sesat dlm perjalanan duniawi.. Saat itu barulah di IBARATKAN.. NAK TERBANG TAK BERSAYAP, NAK HINGGAP TAK BERKAKI... sekadar peringatan bersama.... @islamitu_indah
Show all...
Jangan pernah berpaling dri Allah dalam apa pun hal keadaanmu.. ujian tetap akan berjalan.. takdir terus melihat kan wajahNya.. Jika engkau sabar dan redha maka takdir tetap akan berjalan.. dan jika engkau membangkang.. bersungut.. takdir juga berlalu meninggalkan mu kepada takdir yang lain.. Maka hadapkanlah wajah qalbu mu.. Takut dan berharap lah kepadaNya.. dlm hal keadaan mu jangan pernah berputus asa.. Jagalah akal qalbumu dengan zikir kepadaNya. dan jaga lah dosa maksiat mu dengan taubat dan istighfar kepadaNya. Masuklah kedalam kota Allah.. Kota tauhid LAAILAHAILALLAH.. Cuba lihat didalam hatimu apakah zikir itu hidup didalam qalbumu.. Jangan pernah merasa aman dan gembira jika zikirmu tidak hidup didalam qalbumu.. Tanda orang yang dekat itu adalah orang yang mengingati sang kekasihnya @islamitu_indah
Show all...
Mencari sebuah bahagia itu sulit, namun itu bukan bererti untuk kau terus meratapi derita. Hidup ini, terlalu banyak untuk kau syukuri, nikmatilah bahagiamu kerana janji Allah itu tak pernah palsu. @islamitu_indah
Show all...
Sahabat , Jika ada manusia yang pernah datang dan buat kau kecewa. Buat kau jatuh tersungkur. Buat kau menangis teresak esak . Buat kau putus asa . Buat kau hilang semangat dan sebagainya. Maka kau bangkitlah kerana Dia. Allah sentiasa disisi kita . Allah tak pernah tinggalkan kita keseorangan sebagaimana yang kau fikirkan . Allah sentiasa pandang kita dengan penuh kasih sayang. Percayalah , Allah uji sebab Dia tahu kita mampu Allah uji atas kemampuan kita Dan ingat ,tanam dalam hati Allah uji sebab Allah rindu dan sayang kita 💕 Sangka baik dengan Allah ya. Moga tiap ujian yang kita lalui akan berakhir dengan kemanisan. @islamitu_indah
Show all...
Rumah contoh masa depan yang pasti untuk mengingatkan kita semua agar tidak terbelenggu akan kesombongan atas pangkat jabatan atau harta. Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara. @islamitu_indah
Show all...
Hidup ini upama 1 bulatan...dimana setiap pengakhiran akan bertemu dengan pemulaan...jadi sekiranya sesuatu itu berakhir dari hidup anda jangan terlalu ratapinya kerana anda perlu bersedia untuk sebuah permulaan yang anda jumpa dihadapan... @islamitu_indah
Show all...
Menghargai sesuatu itu bukan hanya setelah kehilangan...tapi hargailah sejak ianya ada dan bila tiada hargainya dalam kenangan...jangan bila hilang diratapi dengan penyesalan... @islamitu_indah
Show all...
Perjalanan hidup tiada yang mudah kerana ujian adalah sebahagian daripada kehidupan. Hati yang lapang akan membantu diri menempuh hidup dengan lebih tenang dan lebih bermakna. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya betapa hatinya terobek... Cederanya parah hingga terasa nyawa tersekat di hujung nafas.... Untuk mengikhlaskan itu, Allah juga tahu bukanlah Semudah berkata kata.. Untuk bangkit itu, Allah juga tahu ia sangatlah susah. Namun bersama Allah hatinya jadi terpujuk segala gundah.... Hakikat perjalanan hidup ini terlalulah misteri.... "Ya Allah... tiada JALAN yang MUDAH, kecuali dengan izin-Mu... Sesungguhnya PERJALANAN hidup ini adalah salah satu daripada UJIAN-MU... Seandainya kami BERDOSA pada hari ini, Engkau SUCIKANLAH dan AMPUNKANLAH dosa-dosa kami... Namun seandainya KEBAIKAN yang kami lakukan hari ini, Engkau KEKALKANLAH dan REDHAKANLAH... kerana sesungguhnya Engkau Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG..." Amin Ya Rabbal a'lamin... @islamitu_indah
Show all...
Sign in and get access to detailed information

We will reveal these treasures to you after authorization. We promise, it's fast!