cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ "Barangsiapa yang Allah Taala kehendaki dengannya akan kebaikan, nescaya diberikannya kefahaman pada agama..."(Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Show more
Malaysia10 535The language is not specifiedReligion & Spirituality14 284
Advertising posts
5 625Subscribers
-324 hours
+17 days
+1930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Adakah kene berniat untuk buat sujud sahwi Jawapan kami; Imam dan seseorang yang solat bersendirian wajib berniat melakukan sujud sahwi tanpa melafazkannya. Hal ini kerana niat melakukan solat ketika takbiratul ihram tidak merangkumi niat melakukan sujud sahwi. Selain itu, tidak dituntut membaca tasyahhud (tahiyyat) selepas melakukan sujud sahwi. Sehubungan dengan itu, niat melakukan sujud sahwi mesti dihadirkan di dalam hati ketika ingin turun melakukannya. Contoh niat sujud sahwi di dalam hati adalah seperti berikut : "Sahaja aku sujud sahwi kerana meninggalkan qunut dan seumpamanya..." Justeru, jika dia melakukan sujud sahwi tanpa berniat melakukannya atau dia melafazkan niat dengan sengaja dan tahu tentang hukumnya, maka solatnya batal. Makmum pula tidak wajib berniat sujud sahwi ketika mengikut imamnya melakukan sujud sahwi. اليسع Wallahu a‘lam. Rujukan - Tuhfah al-Muhtaj - Nihayah al-Muhtaj - Mughni al-Muhtaj - Hasyiah al-Qalyubi - Hasyiah al-Bujairimi - Sabil al-Muhtadin - Hasyiah al-Baijuri - Hasyiah I‘anah al-Talibin - Fath al-‘Allam - Hidayah al-Sibyan - Sullam al-Sibyan Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ "Barangsiapa yang Allah Taala kehendaki dengannya akan kebaikan, nescaya diberikannya kefahaman pada agama..."(Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Assalamualaikum barakallahu fikum ustz nak tanya, jika imam tak takbir 7kali dlm solat hari raya dan terus membaca surah AL Fatihah setelah itu baru dia takbir sebab baru teringat, apa hukum perbuatan dan solatnya? Jawapan kami; Takbir sebanyak 7x dalam rakaat pertama dan 5x dalam rakaat kedua solat sunat hari raya termasuk dalam kategori sunat haiat solat. Ia sunat dibaca antara Doa Iftitah dan Ta‘awwuz (sebelum al-Fatihah). Namun, jika takbir tersebut dibaca selepas membaca Surah al-Fatihah, maka ia tidak membatalkan solat. Walau bagaimanapun, bacaan Surah al-Fatihah sunat diulangi semula. اليسع Wallahu a‘lam. Rujukan - Asna al-Matalib - Tuhfah al-Muhtaj - Nihayah al-Muhtaj - Mughni al-Muhtaj - Sabil al-Muhtadin - Busyra al-Karim Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ "Barangsiapa yang Allah Taala kehendaki dengannya akan kebaikan, nescaya diberikannya kefahaman pada agama..."(Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Niat Korban 1) Niat korban adalah salah satu daripada syarat sah korban (wajib berniat). 2) Jika seseorang tidak berniat, maka korbannya tidak sah. 3) Niat untuk berkorban tempatnya di hati. Namun, sunat melafazkannya dengan lidah. - Lafaz niat bagi korban sunat adalah seperti berikut : نَوَيْتُ الأُضْحِيَّةَ الْمَسْنُوْنَةَ "Sahaja aku melakukan korban yang sunat." نَوَيْتُ أَدَاءَ سُنَّةِ التَّضْحِيَّةِ "Sahaja aku melaksanakan sunat korban." 4) Niat di hati untuk berkorban boleh dilakukan ketika menyembelih binatang atau sebelumnya. 5) Harus mendahulukan niat sebelum menyembelih korban (selain binatang yang telah dita‘yinkan pada permulaan dengan nazar) dengan 2 syarat, iaitu : 1. Setelah menentukan mana satu binatang yang ingin dikorbankan. 2. Setelah masuk waktu korban (muktamad). 6) Justeru, boleh berniat korban ketika : - menyembelih sendiri binatang korban. - mengasingkan binatangnya di kandang. - menyerahkan binatang kepada pihak yang menguruskan korban. - menyerahkan binatang kepada penyembelih. - binatang disembelih oleh wakil. - menentukan binatang korban yang telah dimiliki. - mewakilkan niat kepada penyembelih (muslim & mumayyiz) bagi pihaknya. - mewakilkan niat bagi pihaknya semasa wakil serah binatang kepada penyembelih. - membeli binatang korban. 7) Jika seseorang berniat di hati untuk melakukan korban sunat tanpa dilafazkan, maka ia akan menjadi korban sunat. 8) Jika seseorang berniat di hati untuk melakukan korban wajib tanpa dilafazkan, maka ia tidak akan menjadi korban wajib. Hal ini kerana korban tidak menjadi wajib melainkan dengan sebab nazar (hakiki atau hukmi). Sedangkan nazar tidak berlaku melainkan dengan lafaz. 9) Jika seseorang berlafaz : نَوَيْتُ الأُضْحِيَّةَ الْمَسْنُوْنَةَ "Sahaja aku melakukan korban yang sunat." dan berniat di hati untuk melakukan korban, maka ia akan menjadi korban sunat. 10) Jika seseorang berlafaz : نَوَيْتُ الأُضْحِيَّةَ "Sahaja aku melakukan korban." dan berniat di hati untuk melakukan korban sunat, maka ia akan menjadi korban sunat. Hal ini berdasarkan ketentuan, perkara yang diambil kira pada niat adalah apa yang di hati, bukan pada lisan. 11) Jika seseorang berlafaz : نَوَيْتُ الأُضْحِيَّةَ "Sahaja aku melakukan korban." dan berniat di hati untuk melakukan korban wajib atau tidak menentukan korban wajib atau sunat (itlaq), maka ia akan menjadi korban wajib. Hal ini kerana lafaz tersebut termasuk dalam kategori insya' (الإنشاء) yang mesti ditunaikan, bukan semata-mata pernyataan (الإخبار). اليسع Wallahu a‘lam. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ "Barangsiapa yang Allah Taala kehendaki dengannya akan kebaikan, nescaya diberikannya kefahaman pada agama..."(Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Nisbah Ulama Mazhab Syafi‘i (4) Imam Syamsuddin Muhammad al-Khatib al-Syirbīni. Antara karya fiqahnya yang paling masyhur dan kerap dirujuk adalah : 1) Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, iaitu huraian bagi Kitab Minhaj al-Talibin, karya Imam al-Nawawi. 2) Al-Iqna‘ fi Halli Alfaz Abi Syuja‘, iaitu huraian bagi Kitab Ghayah al-Ikhtasar (Matn Abi Syuja‘), karya Imam Qadhi Abu Syuja‘ Dalam kitab mutakhir Mazhab Syafi‘i, beliau dirumuzkan (isyarat) dengan (خط @ خ ط). Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Nisbah Ulama Mazhab Syafi‘i (3) Syeikh Ibrahim al-Baijūri@al-Bājūri. Karya fiqahnya yang paling masyhur adalah Hasyiah al-Baijuri@al-Bajuri ‘ala Syarh al-‘Allamah Ibn Qasim al-Ghazzi, iaitu huraian bagi Kitab Fath al-Qarib al-Mujib, karya al-‘Allamah Ibn Qasim al-Ghazzi. Dalam kitab mutakhir Mazhab Syafi‘i, beliau dirumuzkan (isyarat) dengan (با ج). Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Nisbah Ulama Mazhab Syafi‘i (2) Syeikh Ali al-Syabrāmallisi@al-Syubrāmillisi. Karya fiqahnya yang paling masyhur adalah Hasyiah al-Syabrāmallisi@al-Syubrāmillisi ‘ala Nihayah al-Muhtaj, iaitu huraian bagi Kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj‘, karya Syeikh Syamsuddin@Jamaluddin al-Ramli (al-Ramli al-Saghir). Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Nisbah Ulama Mazhab Syafi‘i (1) Syeikh Sulaymān al-Bijīrimī@al-Bujairimī. Antara karya fiqahnya yang masyhur adalah : 1) Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib (Tuhfah al-Khatib ‘ala Syarh al-Khatib), iaitu huraian bagi Kitab al-Iqna‘ fi Halli Alfaz Abi Syuja‘, karya Syeikh al-Khatib al-Syirbini. 2) Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh Manhaj al-Tullab (al-Tajrid li Naf‘i al-‘Abid), iaitu huraian bagi Kitab Fath al-Wahhab, karya Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari. Koleksi Q&A Ustaz Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
assalamualaikum ustaz, Imam Lupa qunut atau tahiyat awal , adakah makmum boleh buat qunut atau tahiyat awal tersebut ? adakah hukum Sunat  makmum buat ? Jawapan kami; 1) Doa qunut Berkaitan permasalahan imam meninggalkan qunut, sila rujuk jawapan berikut : https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/698 2) Tahiyat awal 1. Makmum wajib mengikut imam jika imam meninggalkan tahiyat awal. 2. Makmum tidak harus ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah (berpisah daripada mengikut imam) jika imam meninggalkan duduk istirahah dan tahiyat awal. 3. Imam dan makmum disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam kerana meninggalkan tahiyat awal tersebut. 4. Jika imam tidak melakukan sujud sahwi kerana meninggalkan tahiyat awal tersebut, maka makmum disunatkan juga melakukan sujud sahwi. 5. Ulama berbeza pandangan jika imam meninggalkan tahiyat awal padahal dia melakukan duduk istirahah sepertimana berikut : i. Menurut pandangan Syeikh al-Ramli dan Syeikh al-Khatib al-Syirbini, makmum tidak harus ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah. Malah, Syeikh Ibn Hajar turut cenderung dengan pandangan ini. Inilah pandangan yang kuat (rajih) dalam Mazhab Syafi‘i. ii. Menurut pandangan Syeikh al-Sayyid al-Bakri dan diikuti oleh T.G. Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah, harus bagi makmum ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah jika imam melakukan duduk istirahah. Namun, ini adalah pandangan yang lemah (marjuh). 6. Oleh itu, jika makmum ketinggalan daripada imamnya untuk melakukan tahiyyat awal tanpa berniat mufaraqah dengan sengaja dan tahu tentang hukumnya, maka solatnya batal sekalipun imam melakukan duduk istirahah. 7. Adapun jika imam melakukan tahiyyat awal, sedangkan makmum tertinggal tahiyyat awal tersebut kerana lupa atau sengaja, maka boleh rujuk jawapan berikut : https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/21 اليسع Wallahu a‘lam. Rujukan - Tuhfah al-Muhtaj - Nihayah al-Muhtaj - Mughni al-Muhtaj - Sabil al-Muhtadin - Hasyiah al-Baijuri - Hasyiah I‘anah al-Talibin - Tarsyih al-Mustafidin - Fath al-‘Allam - Hasyiah al-Tarmasi - Wabl al-Ghamam - Pedoman Sembahyang Berjemaah Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel
Show all...
Koleksi Q&A Ustaz Dr. Alyasak

Tika di Masjidil Haram, Imam tidak membaca Doa Qunut, apakah hukum jika makmum mazhab syafie melazimi membaca doa qunut ? Jawapan kami; Menurut ulama, untuk mendapatkan pahala bacaan doa qunut memadai dengan doa dan pujian, seperti berikut: اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي يَا غَفُورُ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ “Ya Allah, ampunkanlah aku, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun. (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya." وَارْحَمْنِي يَا رَحِيمُ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ "Rahmatilah aku wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.” Justeru, jika makmum mengikut imam yang melaksanakan solat Subuh, padahal imamnya itu tidak membaca qunut sama ada kerana terlupa atau dia sengaja meninggalkan doa qunut, maka perinciannya adalah sepertimana berikut; 1) Jika makmum dapat membaca doa qunut dan mengetahui…