cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Ā«Accept allĀ», you agree to the use of cookies.

avatar

Hal Dunia šŸ”„

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 32 " Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan(yang siaĀ²)dan hiburan yang melalaikan." šŸ’22 /2/2017 šŸ’

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
206Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Habits are things we just do without thinking much of how to do it or putting much thought on it. But little did we know, this simple habit can reveal the secret to our personality. http://wswuoi.cn/56neA5WZma26
Show all...
Know the secret to your personality from the way you're holding your pen

Habits are things we just do without thinking much of how to do it or putting much thought on it. But little did we know, this simple habit can reveal the secret to our personality.

Moga kalian yang masih join channel ini , ana doakan anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya.
Show all...
assalamualaikum , sudah lama . ana tidak hadir dalam channel ini .šŸ˜
Show all...
OPEN PROMOTE PROMOTE OUR CHANNEL FIRST & I WILL PROMOTE YOUR CHANNEL . PM ASAP šŸ”– @eshex
Show all...
*HADIS HARI INI* Khamis 25 Rabiulawwal 1439H 14 Dis 2017 *Sumber Yang Haram* Riwayat:Ā  (Muslim) Ā  Ā  Ā Ā  Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak. *Huraian* Mu'amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ). Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus. Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.
Show all...
*HADIS HARI INI Rabu 24 Rabiulawwal 1439H 13 Dis 2017 *Tiada Warisan Dalam Harta Rasulullah SAW* Riwayat:Ā  (Bukhari dan Muslim) Aisyah r.a menerangkan:Bahawasanya isteri-isteri Nabi SAW di waktu Rasulullah telah wafat mahu menyuruh Uthman berjumpa dengan Abu Bakar untuk meminta pusaka mereka kepadanya. Kerana itu berkatalah Aisyah:Apakah Rasulullah SAW tidak menyatakan:Kami tidak meninggalkan warisan, apa yang kami tinggalkan adalah sedekah. *Huraian* Antara hikmah mengapa harta peninggalan Rasulullah SAW tidak dijadikan sebagai pusaka adalah supaya tiada tuduhan bahawa baginda mengumpulkan harta untuk kepentingan keluarga baginda. Sedangkan baginda adalah pemimpin umat maka harta baginda adalah dianggap sebagai sedekah untuk orang umum. Hanya mereka masing-masing (waris-waris) mengambil daripada harta itu sekadar keperluannya dan harta itu dipegang dan diuruskan oleh para penguasa.
Show all...
*HADIS HARI INI* Jumaat 19 Rabiulawwal 1439H 8 Dis 2017 *Pengertian Kebajikan Dan Dosa* Riwayat:Ā  (Muslim) Ā  Ā  Ā Ā  Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain. *Huraian* 1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka. 2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: 'Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).' 3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Show all...
*HADIS HARI INI* Khamis 18 Rabiulawwal 1439H 7 Dis 2017 *Doakan Yang Baik-baik* Riwayat:Ā  (al-Bukhari) Ā  Ā  Ā Ā  Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:Semoga hujan yang bermanfaat. *Huraian* Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.
Show all...
*HADIS HARI INI* Selasa 16 Rabiulawwal 1439H 5 Dis 2017 *Hati Yang Selalu Muda* Riwayat:Ā  (Muslim) Ā  Ā Ā  Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda. *Huraian* Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda. Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa. Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati. Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan. Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.
Show all...
*HADIS HARI INI* Isnin 15 Rabiulawwal 1439H 4 Dis 2017 *Allah Bersifat Lemah Lembut* Riwayat:Ā  Riwayat Muslim Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:Ā  Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut. *Huraian* 1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.Ā  2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya. 3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Show all...