cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

♥ ♥

Takkan usha je kot 🤗 jom klik n join 😉 Macam² ada : pm 👱🏻‍♀ @kakpeah 📖 agama 📚 😂 lawak 😆 😘 teka teki 🤔 🎃 kata-kata nasihat 😇

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
265Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

SURAH-SURAH PILIHAN ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Share byk2 lgi ke group lain..agar dapat pahala yg berganda2...Aamiin @Dakwah_Bidadari
Show all...
Ikhtiar Elak Gangguan Jin/Syaitan 1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena. 2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib. 3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan. 4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka. 5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki. 6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi. 7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib. 8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia. 9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri. 10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup. 11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama. 12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan 13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki. 14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah. 15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah. 16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf. Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka. 17. Amalkan ayat Manzil. 18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk. 19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah. 20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri. 21. Basuh pinggan makan selepas makan malam. 22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan. 23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan. 25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap. 26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi. 27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar. 28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan . 29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan. 30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati. 31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi. 32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman. 33. Mandi garam pagi dan petang. 34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an. 35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu. 36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas. 37. Membakar bukhoor di ruang tamu rumah terutama apabila menghampiri waktu maghrib 38. Amalan zikir asma ul husna. 39. Makan kurma 1 hari 1 biji 40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan. 41. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia. 42. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi. 43. Baca bismillah 5, 3x sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau. 44. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam. 45. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap. 46. Menggunakan wangian badan berasaskan kayu Gaharu 47. Tawakal pada Allah SWT Kredit: Pesan Bonda
Show all...
2 1 P E S A N A N B E R M A K N A Daripada Ustaz Ebit Lew 0️⃣1️⃣ "Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia" 0️⃣2️⃣ "Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah" 0️⃣3️⃣ "Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia" 0️⃣4️⃣ "Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita" 0️⃣5️⃣ "Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita" 0️⃣6️⃣ "Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang" 0️⃣7️⃣ "Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan" 0️⃣8️⃣ "Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang" 0️⃣9️⃣ "Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas" 1️⃣0️⃣ "Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka" 1️⃣1️⃣ "Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar" 1️⃣2️⃣ "Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang" 1️⃣3️⃣ "Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah" 1️⃣4️⃣ "Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan" 1️⃣5️⃣ "Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa, Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia" 1️⃣6️⃣ "Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan" 1️⃣7️⃣ "Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya" 1️⃣8️⃣ "Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik" 1️⃣9️⃣ "Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak" 2️⃣0️⃣ "Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah" 2️⃣1️⃣ "Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang" #pesananUEL
Show all...
KRT untuk berkongsi masalah rumah tangga dan motivasi sesama ahli group. Sesiapa sahaja boleh join : 🔶 bujang 🔷 dh berkahwin ♦️ duda/janda Syarat : 📢 mesti aktif ❌ tidak boleh melucah ❌ tidak boleh share sesuatu yang tidak bermoral ❌ tiada unsur politik Sape nk join pm : 👱🏻‍♀️ @kakpeah 👵🏻 @farha_fildza 👩🏻‍🦰 @FaraFauzizan 👩🏻‍🦱 @nitahamid
Show all...
Vote skit: Dalam usia kita sekarang ni... Perlu lagi ke ada acc wechat? public poll ❌ x payah dah la – 11 👍👍👍👍👍👍👍 69% @daRL_niEz, @Atiehisham9283, @Lindaesa, @Intanshhh, Umbrella hill, @ShahIzwan_msi, @Nynanawan, @Amalina_murshid, @khabib12345678, Kak Miss, @Demisangpenyu ✅ apa salahnya – 5 👍👍👍 31% @FaraFauzizan, @anissyazwaniy, @Dek_sue, @Azahariayie621, @The_Zharif 👥 16 people voted so far.
Show all...
❌ x payah dah la – 11
✅ apa salahnya – 5
Assalamualaikum semua...salam jumaat
Show all...
SAMPAI BILA KITA SIBUK DENGAN KELAZATAN ? Alkisah, ada seorang fakir miskin melalui jalan Madinah. Di sepanjang jalan, dia sering melihat orang-orang makan daging. Dia pun merasa sedih kerana jarang sekali dapat makan daging. Dia pulang ke rumahnya dengan hati yang hiba. Sesampai di rumah, isterinya menghidangkan kacang rebus. Dengan hati terpaksa, dia memakan kacang itu seraya membuang kupasan kulitnya ke luar jendela. Dia sangat bosan dengan kacang. Dia berkata kepada isterinya "Bagaimana hidup kita ini? Orang lain makan daging, kita masih makan kacang." Tak lama kemudian, dia keluar ke jalan di pinggir rumahnya. Alangkah terkejut, dia melihat seorang lelaki tua duduk di bawah jendela rumahnya sambil memungut kulit-kulit kacang yang tadi dia buang dan memakannya sambil mengucapkan : ‎الحمدلله الذي رزقني من غير حول مني ولا قوة "Segala puji bagi Allah سبحانه و تعالى yang telah memberiku rezeki tanpa harus mengeluarkan tenaga." Mendengar ucapan lelaki tua itu, dia menitikkan air mata, seraya berkata: ‎رضيت يا رب "Sejak Detik ini, aku Rela dengan apapun yg Engkau berikan, ya Allah." Rezeki itu yang penting mengalir. Besar atau kecil yg penting ada alirannya. Jangan harap mengalir seperti banjir. Kalau tak pandai berenang boleh tenggelam. ‎ﺇﻟﻰ ﻣﺘﻰ ﺃﻧﺖ ﺑﺎﻟﻠﺬﺍﺕ ﻣﺸﻐﻮﻝ ‎ﻭﺃﻧﺖ ﻋﻦ ﻛﻞ ﻣﺎ ﻗﺪﻣﺖ ﻣﺴﺌﻮﻝ. Sampai bilakah engkau sibuk dengan kelazatan? Sedangkan engkau akan di tanya tentang semua yang kau lakukan. Kalam Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karromalloohu Wajhah.: ‎ﻣﻦ ﻛﺎﻧﺖ ﻫﻤّﺘﻪ ﻣﺎ ﻳﺪﺧﻞ ﻓﻲ ﺑﻄﻨﻪ ﻛﺎﻧﺖ ﻗﻴﻤﺘﻪ ﻣﺎ ﻳﺨﺮﺝ ﻣﻨﻪ "Barangsiapa perhatiannya hanya pada apa yg masuk ke perutnya, maka nilai seseorang itu tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya" Semoga bermanfaat..
Show all...
🖊Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?😱 Meh pm @kakpeah
Show all...
Tggu tau...
Show all...
Hari ni @kakpeah nak bg teka teki....
Show all...