cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Keluarga Bahagia

Aku terima nikahnya

Show more
The country is not specifiedIndonesian3 482The category is not specified
Advertising posts
720Subscribers
No data24 hours
-37 days
-430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Alhamdulilah Semoga kita bersyukurlah apa yang kita miliki. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pasangan anda
Show all...
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬𝗮𝗻-𝟱𝟬𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛! Antaranya : 1⃣ . Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga 2⃣ . Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar 3⃣ . Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang. 4⃣ . Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga 5⃣ . Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang! 6⃣ . Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang toxic. 7⃣ . Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake! 8⃣ . Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk. 9⃣ . Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga! 🔟 . Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara.40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat. Sumber : Prof Madya Dr Kamal @isteri @suami @perkahwinan
Show all...
"Semakin jauh hubungan suami isteri dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi jauh. Semakin dekat hubungan suami isteri itu dengan Allah, maka jarak kamu antara suami isteri juga menjadi semakin dekat. Peliharalah hubungan kamu dengan Allah, tidak kira kamu sudah bernikah atau masih bujang." [Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
Alhamdulilah Semoga kita bersyukurlah apa yang kita miliki. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pasangan anda
Show all...
Saat doaku dikabulkan, aku bersyukur kerana itu keinginanku. Saat doaku tidak dikabulkan, aku lebih bersyukur kerana itu keinginan Allah. Saidina Ali Abi Thalib كرم الله وجهه ~ #KalamUlama Ayuh Solat Zuhur 💕
Show all...
BILA UMUR MASUK 40 TAHUN 1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal. . 2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang 🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan. 🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap 🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir. 3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat. . 4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka. . 5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati. . 6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah. . 7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat. . 8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita. . 9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.." . 10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka. . 11. Bykkan taubat- 70 kali sehari . 12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati. . 13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah. . 14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti. . 15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah. USTAZ AHMAD DUSUKI @sangkata
Show all...
TIPS KELUARGA BAHAGIA 1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. 8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Kredit : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Show all...
asangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri. . 🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita. . 🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak. . 🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan. . 🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan. . 🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang! . 🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia! . 🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati. . 🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka. . 🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia. . 🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah. . 🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya. . 🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa. . 🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah. . 🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga. . 🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129. Ini doa favourite Rasulullah saw. . 🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40. . 🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: Surah Al-Ahqaf, ayat 15. . 🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10. . . Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian. . Ini cuma perkongsian. Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus. . Sama-sama kita berlapang dada, cuba ikut sunnah Rasulullah, dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah. . Sementara masih dipinjamkan nyawa ni. Kan? 😊 Kredit. Hamba Allah yang sudi berkongsi ilmu ini .
Show all...