cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

HijrahCinta

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
468Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

assalamualaikum
Show all...
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ Terjemahan : Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qotadah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tiga (perkara) yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Dan siapa yang bila mencintai seseorang, dia tidak mencintai orang itu kecuali kerana Allah 'azza wajalla. Dan siapa yang benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka". Bab: Dan siapa yang benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka. Hadis sahih lafaz Sahih Bukhari No. 20. @hijrahcintaku
Show all...
AGAR KITA LEBIH RISAU TERHADAP DIRI SENDIRI. Aku duduk di majlis ilmu, tapi aku tak mendapat apa-apa, kecuali kejenuhan dan kelelahan. Aku menelaah buku dan kitab salaf, tapi agama dan akhlakku tak berubah jua. Aku beribadah kepada Allah, tapi aku tak mampu merasakan manisnya iman, dan tak mampu pula menahan diri dari kemaksiatan. Aku berdakwah, menasihati saudaraku, namun aku tak mendapat apa-apa kecuali kesombongan, merasa banyak pahala dan suci dari dosa. Di kala aku bersama orang ramai, aku hiasi diriku dengan adab dan akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم, namun tak ada yang kudapat darinya kecuali riya' dan sum'ah. Sedang saat aku sendirian, syaitan menjadi penasihatku, aku bagai binatang ternak yang selalu patuh pada perintah tuannya. Duhai... Betapa hina dan buruknya diri ini, jikalau bukan Engkau yang selalu menjagaku dan mengampuniku, lalu Engkau menuntunku ke jalan yang lurus. Segala Puji bagi Allah Rabb Semesta Alam.. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Wallahua'lam. @hijrahcintaku
Show all...
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ Terjemahan : Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qotadah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tiga (perkara) yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Dan siapa yang bila mencintai seseorang, dia tidak mencintai orang itu kecuali kerana Allah 'azza wajalla. Dan siapa yang benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka". Bab: Dan siapa yang benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka. Hadis sahih lafaz Sahih Bukhari No. 20. @hijrahcintaku
Show all...
Hidup itu sebuah perjalanan. Berjalan untuk tempuh sebuah pengalaman. Dan setiap langkah itu mengajar kita erti makna kecewa, bahagia, menangis dan tersenyum gembira. Jika kita masih rasa kurang, lihatlah kehidupan sebesar lautan.. Dan masih terlalu banyak nikmat pemberian Allah disebalik kekurangan kita sendiri yg rasa. #SenyumSelalu😊 💐KakHijrah @hijrahcintaku
Show all...
TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA. Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni : 1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat. 2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu. 3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian. 4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu. 5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je. 6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang. 7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum. 8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu. 9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala !! tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan. 10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu. Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN. Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima? Renungan bersama...moga dapat kita amalkan.
Show all...
Ujian itu mengajar erti sabar dan redha. Siapa yang bersabar dan redha atas ujiannya, maka tenanglah hatinya. Allah tidak pernah memberi ujian lantas meninggalkan kita keseorangan Tapi, karena Maha Pengasih dan Maha PenyayangNya itulah kita diberi layanan istimewa. Agar kita tetap utuh mencari keredhaan demi keredhaan dalam pelosok sebuah ujian. Karena, yang dapat membantu itu cuma Allah Dan yang dapat menguatkan hati❤️ itu hanya Allah. Maka, carilah Allah. 💐KakHijrah @hijrahcintaku
Show all...
Dikala hatimu diuji dgn duniawi yang sungguh cantik dan misteri, Kau akan mula berbelah bagi dengan ukhrawi. Disaat engkau meletakkan sepenuhnya harapan kepada makhluk, Hatimu akan terus bermain dengan perasaan sehingga lupa hakikat yang kekal. Ada waktunya engkau akan merasa kau sudah cukup bahagia, Tapi kotak fikiranmu masih terasa tidak mencukupi walaupun sudah dipenuhi materi. Wahai insan yang sangat kerdil, Ketahuilah, Tiada yang milikmu diketika didunia Tiada yang akan menemanimu teman saudara bila di barzakh sana Kau tidak akan merasa sebarang bantal yang punya empuknya, Cuman yang menjadi temanmu cacing2 ditubuhmu yang meratah dirimu sehingga engkau menjadi debu. #RenungiDimanaKhilafnyaDiri 💐KakHijrah @hijrahcintaku
Show all...
Show all...
Semua wanita mahu laws.. Tetapi kadangkala mereka lupa.. Bahawa tiket masuk syurga bukan lawa tetapi taqwa 🌸 @HijrahCinta
Show all...