cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Monologis

- Tips2 - Quotes - Lawak - Bercerita - Nasihat / usrah - Teka teki

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
701Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Admin Lelaki: I was told I was dangerous. I asked why? "Because you dont need anyone. And im afraid to love someone like you. And also i knew someday you gonna disappear without saying goodbye." I smiled. And we haven't talked since then.
Show all...
Bismillahirrahmanirrahim. Rasa sedih itu lumrah. Lumrah sangat. Allah bagi kita sedih, supaya kita tak terlalu 'senang' dengan apa yang kita peroleh. Kita usaha. Orang lain pun usaha. Allah bagi dia bagus. Tapi Allah bagi kita biasa-biasa. Jadi kita rasa down dan lemah sangat. Ditambah lagi apabila kegembiraan yang dikongsikan oleh teman sekeliling mungkin sedikit 'berlebihan' sehingga mungkin tidak perasan di sebelahnya ada jiwa yang sedang sedih berhati rapuh menghadap dan 'menelan' takdir Tuhan. Sahabat, Kita mungkin terlihat sebagai seorang yang 'kalah' oleh diri sendiri. Diri kita ni yang declare "aku tak berjaya". Dalam fikiran, macam-macam yang datang, mungkin hati berbisik; Macam mana aku nak apply university nanti dengan result macam ni? Habislah, peluang aku nanti sedikit tertutup. Ya Allah sedihnyaaa. Mulalah hati berfikir bukan-bukan. Bersangka yang bukan-bukan. Okay, awal pemikiran sebagai seorang manusia memang macam itu, tapi jangan sampai berlanjutan sehingga putusnya bait-bait harapan. Allah sangat faham kita ni macam mana. Allah faham bahawa sekarang kita sedang sedih sangat. Allah Tahu. Dan Allah tetap Perhati. Allah perhati, macam mana kita 'adapt' dengan situasi tu. Apa yang kita lakukan, perlu ada usaha. Dan seiring usaha itu ada dititipkan pula doa. Lalu apa? Yang akhir keperluannya adalah tawakkal dan redha. Apapun Allah bagi maka kita kena redha. Ikhlaskan hati untuk 'redha'. Sakit macam mana pun kita kena telan. Supaya hati kita terubat untuk melihat segala macam hikmah di sebalik tabir masalah. Sebab kita kena ingat, kesedihan yang kita alami ini juga merupakan apa yang Allah takdirkan. Apa-apa kesedihan atau ujian yang tertimpa, sudah di 'approved' oleh Allah untuk kita hadapkan. Lalu adakah Allah ingin menghina? Tidak. Apa Allah sengaja menjatuhkan? Tidak. Allah bagi kita rasa sakit dengan dunia dan seisinya, supaya hati kita lebih cintakan akhirat dan lebih meminta-minta kepada Allah daripada dunia. Beruntunglah orang yang apabila ditimpa kesedihan dan malapetaka, dengan itu dirinya lebih merendah diri dan lebih bergantung kepada Tuhan. Berkenaan dengan peluang pada masa hadapan. Kat sini kita kena yakin dan tetap yakin bahawa Allah akan tunjukkan jalan dan rezeki yang terbaik buat kita. Orang yang berjaya tak semestinya cuma seorang doktor. Seorang jurutera. Seorang pensyarah ataupun seorang yang mempunyai kerjaya profesional yang dilihat tinggi. Tapi orang yang berjaya adalah dia yang sentiasa melihat ke hadapan, redha atas takdir, perbaiki kesilapan, yakin akan segala pilihan yang akan menjadi pilihan, dan follow the flow of life lalu lakukan yang terbaik. Orang yang berjaya adalah orang bersyukur dengan kegembiraan danbersabar dengan kesedihan. Orang yang berjaya adalah dia yang dalam jiwanya 'ada' Allah. Di samping tetap berpegang teguh untuk tidak terus jatuh hanya asbab kepada satu 'alat' yang mungkin kita rasa itu adalah penentu masa hadapan kita. Jika kita sedih kerana 'alat' itu langsung hilang dan tiada harapan, maka ketahuilah bukan itu yang jadi penentu. Itu cuma secebis halangan, kerna yang akan menentukan rezeki, bukan 'alat' yang kita sangka sungguh dahsyat penangannya jikalau hilang. Tapi yang tentukan rezeki kita adalah Allah. Merasa cukuplah dengan yang sekarang, InsyaAllah Allah akan tambah lebih lagi di masa hadapan. ********************** "Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Al-Hadid 57 : 22-23) Sangat deep. Dah dah jangan sedih. Tenangkan diri dan have faith! This is not the end of life. Move on ! Allah with you. Wallahu a'lam. 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 https://telegram.me/notadariqalbu Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa 'ala Alihi Wasohbihi Wasallam.
Show all...
Cukuplah kau tagih rindu, Dia sudah naik jemu, Atas segala bicara manismu, Yang banyak noda selalu. Bila bahagia -- Kau dodoi dia dengan nyanyian, Tapi bila berduka, Kau abaikan tanpa ada sapaan. Insan persis apa kau ini, Kau fikir dia tidak punya hati? Yang bisa kau mainkan kanan kiri, Memutusi segala janji yang dipatri. Dia penat dengan segala mainan, Yang kau laungkan dahulu, Untuk setia disisi dia selalu, Tapi kini-- semuanya tinggal angan. Cukuplah! Biarkan dia pergi melangkah, Berlari dari kau jauh jauh, Tidak lagi mahu terus jatuh, Dalam cerita yang bikin dia rebah. By, AsmaAlHumaira 13032017; 2220PM #KalamSiPemuisi Telegram.me/TheKSP
Show all...
Jaka yang hadir itu galak, Memeluk jiwa makin rabak, Hingga nyali sakit terkoyak, Hanya mampu menangis berteriak. Air mata ini mengalir sebak, Mahu saja aku tembak, Biar jaka itu mati katak, Kerna aku sudah naik muak. Melihat setiap babak, Terasa mahu aku campak, Segala kisah yang dihurai busuk, Hingga sukma perit tertusuk. Mahu saja aku datang menggertak, Biar dia sedar jiwa yang retak, Sedang rakus memberontak, Dek perihal dia dalam kotak. Senyum jaka itu dalam seronok, Sebab dia lupa yang tersorok, Allah Maha Esa itu nampak, Setiap amal baik mahupun buruk. - AsmaAlHumaira 13Mac2017; 2324PM #KalamSiPemuisi Telegram.me/TheKSP
Show all...
kad Atm tanpa password tiada gunanya, begitu juga dengan solat, solat tanpa wuduk dan khusyuk tiada gunanya. @arifflah
Show all...
Pesanan buat teman. teman, jika hari ini aku jatuh tersungkur di dunia ini, bantulah aku untuk bangun semula, sedarkan aku yang jatuh ini adalah untuk menguatkan ku, menguatkan ku untuk terus berdiri teguh jika rintangan yang sama datang melanda. teman, jika hari ini kau melihat aku tinggi diatas, bantulah aku agar aku tidak lupa bahawa kejayaan juga merupakan ujian bagiku, sedarkanlah aku supaya aku tidak menjadi seorang yang bongkak dan takbur, sedarkanlah aku supaya jangan terus mendongak sampai aku terlupa siapa yang ada dibawah, pimpinlah aku supaya aku masih kekal di jalan yang lurus, agar sama-sama kita mengecapi redha ilahi, kerana itulah tujuan utama kita dihidupkan di dunia ini. @arifflah
Show all...