cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

AMAZING PARENTS ! ♥

Anda bakal mendapat info praktikal bagaimana menjadi yang terbaik sebagai suami isteri dan info pendidikan anak-anak.

Show more
The country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
306Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
'Bulan Ramadan ini merupakan bulan latihan untuk kita bersyukur. Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi sama ada kita minta atau tidak.'- Dr. Ustazah Atifah Ahmad Yusoff. Perkongsian sempena menyambut Ramadan yang disampaikan oleh Dr. Ustazah Atifah Ahmad Yusoff memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada para hadirin yang hadir untuk terus mensyukuri nikmat yang ada terutama apabila waktu Ramadan nanti. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” Ayuh bersyukur dengan nikmat Ramadan dengan: 1. Membaca Al-Quran 2. Tadabbur Al-Quran 3. Infak dan banyakkan bersedekah 4. Mengadakan taklim keluarga dan wujudkan solat jemaah di rumah. Semoga dengan perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada semua yang hadir dalam menghadapi Ramadan. #mapa #keluargajannah #ramadan #syukur #amazingparents
Show all...
'Jadikan Ramadan pada kali ini yang terbaik sepertimana ia adalah kesempatan yang terakhir buat kita', Puan Suraina Sulong. Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2022 dengan Tema Hari Wanita : Saksama Bersama membawakan slot ceramah yang disampaikan oleh Puan Suraina Sulong, Lembaga Pengarah MyFundAction yang juga merupakan ahli aktif Persatuan Keluarga Hebat Malaysia (MAPA). Program ini dianjurkan oleh Rumah Ngaji Laman Sri Ridzuan yang bertempat di MU Hotel, Ipoh, Perak. Puan Suraina Sulong berkongsi tentang Tips menghadapi Ramadan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Antara tips yang dikongsikan adalah: 1. Banyak berdoa 2. Puasa Sunat 3. Bangun Malam 4. Bertaubat 5. Zikir kpd Allah 6. Sambut Ramadan dengan kegembiraan Semoga dengan perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada para hadirin yang datang terutama dalam menghadapi bulan Ramadan tak lama lagi. #mapa #keluargajannah #ramadan #HariWanita #amazingparents
Show all...
Repost from N/a
👨‍👩‍👧‍👦Motivational Women Empowerment Talk 👨‍👩‍👧‍👦 . . Persatuan Wanita Prihatin Perak membawakan ceramah Motivasi Kewirausahawanan khas buat para penerima manfaat di bawah program Women Empowerment. Kali ini membawakan penceramah jemputan istimewa, Cik Amnie binti Asbah, Pengasas bersama Kaffah Kids Kindergarten yang juga merupakan AJK Tertinggi Persatuan Keluarga Hebat Malaysia (MAPA). Motivasi Kewirausahawanan pada kali ini dianjurkan khas bagi meningkatkan lagi motivasi para usahawan dalam menjalankan perniagaan. . . Butiran Program : ✅TARIKH: 20 Februari 2022 ✅HARI : Ahad ✅MASA : 10.00 pagi -11.30 pagi ✅LOKASI : Tingkat 1, Bilik Persidangan Humaira Spa, Jalan Maxwell, Ipoh, Perak. Semoga memberi banyak manfaat kepada peserta sepanjang sesi ini berlangsung. . . Terus bersama kami di Kaffah Kids: https://www.kaffahkids.com https://www.facebook.com/kaffahkidsHQ https://www.instagram.com/kaffahkidsofficial https://t.me/kaffahkidsofficial
Show all...
Repost from N/a
[FIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK] Jika tidak,hidup anda akan menjadi gelap Hari ini perbagai masalah yang berlaku di sekitar kita peniaga positif HIV didakwa rogol remaja bawah umur ,Mangsa dibunuh oleh suami sendiri dan pelbagai lagi. . . Ibu ayah pening kepala, untuk mengatasi masalah-masalah sosial yang berlaku terhadap keluarga mereka. Guru buntu apa pendekatan terbaik untuk mengelak anak murid terjebak dengan pengaruh rakan sebaya. . . Nak tahu bagaimana kita ingin tahu tindakan kita betul atau tidak?Apa cara terbaik bila kita berhadapan dengan situasi begini? . . Tunggu apa lagi.. . 📌Tarikh :14 Ogos(Sabtu) 📌Masa : 0900 📌Tempat google meet : https://meet.google.com/vwe-uurr-ogk Klik link ---http://wasap.my/601111464691/sentuhan_qalbu Klik link ---http://wasap.my/601111464691/sentuhan_qalbu . Untuk dapatkan link google meet perkongsian ini.
Show all...
Sakinah. Mawaddah. Rahmah. ========================= Tiga hiasan utama dalam rumah tangga, Tiada mereka, tiadalah indah, Tidak terus hadir, Tidak langsung ianya ada, Di bina, di jemput dan di rayu minta dari Dia, Proses yang panjang di jalan mujahadah. Kadang tersungkur di lopakan nafsu. Kata dia, Sakinah itu ketika kau melihat kekurangan pasangan, kau mampu untuk menjaga lisan dari mencelanya. Kau tenang. Setenang Sakinah. Mawaddah pula ketika kau melihat kekurangan pasangan, kau mampu menjaga lisanmu malah mampu memilih untuk memejamkan sebelah mata atas kekurangannya. Dan kau tahu apa yang lebih hebat? Kau juga mampu membuka luas sebelah mata lagi untuk fokus kelebihannya. Sambung dia lagi, Rahmah pula, bagaimana hati kau mampu berdamai dengan takdir Tuhan, jiwa penuh kasih sayang dan pengertian bahawa kekurangan pasanganmu itu ternyata adalah ladang pahala buatmu. Sebesar hati yang penuh rahmah. Tak mungkin bertemu Mawaddah andai tidak di buka pintu Sakinah. Dan mustahil kau ketemukan gerbang Rahmah andai belum lepasi tembok Mawaddah. Berantai kait setiap satunya. Namun manis jika hati berpaut kepada Dia. Ah, Indah di baca Sulit di amal. Hanya saja Allah izin dan pilih kita untuk kekal di jalan mujahadah ini. Kerna, sungguh, nikah itu adalah ruang ibadah paling panjang dan lama. Panjangnya kerana sebuah sabar, lamanya kerana sebuah redha. Surah Ar-Rum : Ayat 21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. 🔰🔰🔰
Show all...
Impak PKP masih tidak menunjukkan kesan yang positif. Kes-kes seperti bunuh diri, tekanan mental, sumbang mahram, isu keruntuhan institusi rumahtangga, dan lain-lain mencanak naik. Ya, mungkin kita tidak terlibat.. tapi pastinya kita sebagai para ibu, turut merasakan kesan hidup di norma baharu. Pastinya telah banyak emosi yang rabak, telah banyak air mata kesabaran yang gugur, telah habis tenaga disedut oleh pelbagai macam cabaran dan ragam di rumah. Jangan mengalah wahai ibu! Sedarlah bahawa seorang ibu perlu kuat untuk menjadi pendorong terkuat membawa keluarganya menuju jannah. Jika baik seorang ibu, maka akan baiklah seluruh keluarga tersebut. . Nak tahu caranya tak? Jom ikuti perkongsian istimewa yang kami bawakan kepada anda sempena bulan mulia Zulhijjah ini. Ikuti kupasan bagaimana untuk membentuk keluarga dambaan syurga yang sering dilupakan peranannya oleh kita para ibu. Hari: Ahad Tarikh : 25 Julai 2021 Masa : 9.00 AM-11.00 AM Platform: Google Meet Daftar sekarang untuk book seat anda sebelum penuh. https://forms.gle/3J9fTCUmLgrUnxbe6 Untuk sebarang pertanyaan: http://www.wasap.my/+60183114203/KeluargaJannah . . . #sirikeluargajannah #amazingparents #mapa
Show all...
"Naak, nanti mama dah takde, jangan lupa doakan kesejahteraan mama di syurga ya.." "Baik mama, InsyaAllah mamat takkan pernah lupakan mama, sayang mama.." 🥺🥺🥺 Inilah hasrat bagi semua insan yang bergelar ibu, tidak akan pernah lenyap harapannya untuk menjadikan anak kesayangannya sebagai pembantunya di akhirat kelak nanti.. Cuma, kadangkala, mungkin kita terlupa membuat persediaan kebahagiaan yang perlu kita kecapi di akhirat kelak.. 😔 Jadi, adakah anda seorang ibu atau bakal menjadi seorang isteri? Ayuh, sama-sama kita luangkan masa dan sulamkan bersama hati yang fokus di dalam sebuah perkongsian yang bertajuk "Al-Quran: Kunci Membentuk Keluarga Sakinah".. 💠 Pengisi Jemputan: Puan Syakirah bt Mohd Nadzir, Penasihat Sektor Pendidikan MyFundAction, Penasihat Utama Tadika Kaffah Kids. 💠 Maklumat program Tarikh : 2/7/2021 Hari: Jumaat Masa : Jam 21:15 MY Platform: Atas talian di WebEx Link: https://tnb.webex.com/tnb/j.php?MTID=m989398589094f50fa570c0596796d556 💠 Jom daftar nama anda segera di link pendaftaran di bawah👇🏼 https://forms.gle/4BjT6wF8VcqXjM4e6 💠 Apa-apa pertanyaan boleh whatsapp👇🏼 Ustazah Nabihah : http://www.wasap.my/60183544588/NakJoinSharingJumaat Ustaz Syukri : http://www.wasap.my/201112960908/NakJoinSharingJumaat . . .
Show all...
🎥Sedang berlangsung🎥 " Cakna Palestin: Didik Anak Berjiwa Kental " Jom dengar kupasan menarik secara live daripada Dr. Nurul Rawaida Ain Burhani dan Dr. Ustazah Atifah Ahmad Yusoff sekarang.😊 Cuma klik link di bawah: https://fb.watch/658ukG8W89/ Mohon sebarkan supaya ramai ibu bapa Yang mendapat panduan dan manfaat sebanyaknya. . .
Show all...
CAKNA PALESTIN: DIDIK ANAK BERJIWA KENTAL "Adik tak takut ke kena bom? Kena tembak?" "Kami tak takut. Kalau kena bom, kami mati shahid!" Sambil tersenyum-senyum anak Palestin tersebut. Allahu. Dialog di atas hanya akan lahir dari jiwa anak pemberani. Peribadi seperti apakah yang mencorakkan mereka sehingga menjadi sebegitu kental? Lihat pula anak-anak kita? Lihat pula anak-anak Melayu yang lain? Setandingkah mereka? Atau masih sibuk bertiktok, sibuk dengan hiburan melampau, masih selesa hidup senang? Bagaimana ibu bapa ingin mendidik anak berjiwa sekental anak Palestin? Berani, tegar dan siap siaga menghadapi cabaran mendatang. Jom ikuti kupasan menarik ini dalam topik Cakna Palestin; Mendidik Anak Berjiwa Kental secara live. Hari: Ahad Tarikh: 13 Jun 2021 Masa: 1000-1200 Platform: Live FB Malaysian Amazing Parenting Association Ayuh semua mari kita lebih cakna Palestin dan sebarkan kepada para ibu dan ayah. Daftar segera di http://www.wasap.my/60138522895/CaknaPalestine atau https://bit.ly/3pMpId1 Jumpa nanti. #mapa #monthlysharing #savePalestine
Show all...
🎥Sedang berlangsung🎥 " Barakah Syawal: Ayuh Syukuri Nikmat Tarbiyah Ramadan, Manifestasi Barakahnya Syawal " Jom dengar kupasan menarik secara live daripada penceramah jemputan Ustaz Ahmad Umair Bin Zulkefli, Pengurus MyFundAction Perak dan juga pemegang tauliah mengajar agama Negeri Perak. Cuma klik link di bawah: https://www.facebook.com/amazingparent/videos/963920164442101/ Mohon sebarkan supaya ramai ibu bapa yang mendapat panduan dan manfaat sebanyaknya sempena pengakhiran Ramadan pada kali ini. . . #sharingmapa #barakahsyawal #ramadan
Show all...
🎥Sedang berlangsung🎥 " Ramadan Tips & Tricks for Kids " Jom dengar kupasan menarik secara live daripada Puan Mazni Dato’ Mohamed Zainal, Hospital Play Specialist sekarang.😊 Cuma klik link di bawah: https://fb.watch/4ES73Luwb6/ Mohon sebarkan supaya ramai ibu bapa Yang mendapat panduan dan manfaat sebanyaknya. . . Ikuti kami di media sosial: FB : https://is.gd/akgsSt Telegram : https://is.gd/DwhcMt
Show all...
Attention to All Amazing Parents!! Kurang dari 15 hari lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Hmmm.. semestinya dah tak sabar kan? 💓 Dan untuk anda, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang akan berpuasa pada tahun ini, sudah tentu anda semua sibuk mencari & menyediakan ; A) tips-tips & aktiviti menarik supaya masa berpuasa anak2 terisi? B) resipi-resipi yang ‘best’ sebagai juadah ketika Sahur & Saum untuk anak anda? Justeru itu, MAPA membawakan Puan Mazni Dato’ Mohamed Zainal, Hospital Play Specialist untuk berkongsi kepada kita berkenaan dengan Ramadan Tips & Tricks for Kids. Jom bersama kami pada; Tarikh : 4 April 2021 Hari : Ahad Jam : 1000 - 1130 Platform : FB Live di Facebook MAPA Jumpa anda semua nanti ya! Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan @Nhashila.
Show all...
🎥Sedang berlangsung🎥 " Ramadan Tips & Tricks for Kids " Jom dengar kupasan menarik secara live daripada Puan Mazni Dato’ Mohamed Zainal, Hospital Play Specialist sekarang.😊 Cuma klik link di bawah: https://fb.watch/4ES73Luwb6/ Mohon sebarkan supaya ramai ibu bapa Yang mendapat panduan dan manfaat sebanyaknya. . .
Show all...
"Terima kasih semua. Tahniah MAPA, AJK dan semua yang terlibat atas kejayaan menganjurkan program hebat ini" "Terima kasih semuanya.. materinya baguss banget.. MasyaAllah.." "Syukran, jazakallahukhairan." . . Program Konvensyen Keluarga Rabbani 2021 yang bermula seawal jam 0730 pagi telah melabuhkan tirai. Program ini berjaya mengumpulkan para ibu bapa dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, New Zealand dan Mesir. Bermatlamatkan satu tujuan yang sama iaitu, untuk sama-sama membangun keluarga dan mendidik anak-anak mengikut al-Quran dan sunnah. Berikut merupakan slot-slot penting yang telah dijalankan sepanjang program seperti: 1. Membentuk Keluarga Acuan Nabi Ibrahim 2. Ordinary Parents Extraordinary Family 3. Metod Praktis Membina Keluarga Rabbani Puan Nurul Uyun Mohd Taher sempat memberikan ucapan selaku Pengarah Program, merangkap Timbalan Pengerusi Malaysian Amazing Parents Association (MAPA). Kalam beliau menginspirasikan serta memotivasikan semua peserta yang hadir ketika sesi ucapan penutupan ini. Nantikan, program-program susulan akan dijalankan sepanjang tahun dan diharapkan sambutan ibu bapa dan masyarakat bagi memeriahkan lagi program pembangunan keluarga dan pendidikan anak seperti ini. Ikuti media sosial Malaysian Amazing Parenting Association untuk bersama kami dalam perbincangan dan aktiviti keibubapaan. 🔹 https://is.gd/akgsSt 🔹 https://is.gd/DwhcMt #KKR2021 #MAPA #amazingparent
Show all...